4 yang tonggak

Sunday, May 29, 2011

HURAIAN RINGKAS AKAN ZPE,SEJARAHNYA DAN APLIKASI PADA SPIRITUALITY INSANI.




ZPE(Zero Point Energy) atau bahasa Malaysianya, Tenaga Titik Sifar, merupakan tenaga paling rendah di dalam Quantum Mechanical Physical System(Sistem Quantum Mekanikal Fisikal) yang ada, tetapi menzahirkan tenaga yang paling kuat, yang merupakan 'asas' kepada medan tenaga. Semua Sistem Mekanikal Quantum melalui suatu perubahan, meskipun pada peringkat paling asas dan semua berkaitan dengan ZERO POINT ENERGY, suatu penghasilan interaksi yang seakan gelombang.

Disebabkan keadaan prinsipnya yang berubah dan tidak tetap, semua sistem fisikal, meskipun pada suhu bawah sifar, pasti memiliki tenaga ZPE yang lebih besar dari minima potensi tak terbatasnya. Kita bolehlah memisalkan begini, Helium cecair-4(4He) kekal cecair dan tidak akan membeku, di bawah tekanan atmosfera, meski suhu berada di bawah tahap beku sekalipun, kerana tenaga ZPE yang wujud padanya.

Konsep Zero-Point Energy ini, mula ditemui di German oleh dua tokoh saintis terkemuka iaitu Albert Einstein dan Otto Stern pada tahun 1913, menggunakan formula yang diselesaikan Max Planck pada tahun 1900. Terma Zero Point Energy diambil dari perkataan bahasa German, Nullpunktsenergie.

Tenaga Vakum adalah tenaga ZPE yang ada pada semua lapang dan ruang di angkasa raya, yang dalam 'Standard Model' termasuklah 'medan elektromagnetik', 'gauge fields', fermionic fields', dan 'Higgs field'. Ianya merupakan tenaga vakuum, yang di dalam teori medan kuantum bukanlah didefinisi sebagai ruang kosong angkasa, tetapi lebih kepada keadaan tenaga asas dalam suatu medan. Dalam kajian kosmologi, ia dikaitkan dengan penjelasan mengenai 'cosmological constant'. Terma yang berkait rapat adalah 'Zero Point Field', yang merupakan tenaga paling rendah dalam suatu medan tertentu.

ZPE ini pada sebutannya, dapatlah diaplikasi pada setiap unsur, bahkan dalam diri manusia itu sendiri. Dalam jasad manusia terdapat bermacam-macam elemen dan bahan. Controller bagi jasad adalah roh dan kesedaran. Jadi, ZPE ini jika kita kaitkan dengan manusia, bangkitkan roh dan kesedaran tadi kepada minda paling tinggi iaitu 'Minda Super Sedar/Superconcsious Mind'. Dan button kepada semua controller, iaitu kesedaran tadi adalah Nyawa dan Nafas kita.

Jadi, segala elemen-elemen dalam tubuh badan kita yang terdiri dari mineral dan unsur-unsur 4 iaitu Tanah, Air, Api dan Angin semua memiliki frekuensi terpendam yang mampu dirungkai sehingga membentuk tenaga asas yang memiliki kuasa luarbiasa, tetapi, dalam realitinya, merupakan asas atau hanyalah suatu perkara biasa, bagi mereka yang mengerti akan prinsip asas ZPE. Dimudahkan, perkara ZPE ini telah pun dirungkai dalam berbagai budaya agama Tauhid,yang mengertikan kejadian ZPE pada diri insan, sebagai Mukjizat, Karamah, Maunah, Tenaga Dalam, Aura dan lain-lain tenaga yang di luar batas.

Perkara-perkara ini dapat ditemui di dalam manuskrip-manuskrip agama yang lama-lama,dan sistem Metafisika lama, tetapi, mereka tidak lagi tahu hendak menamakan elemen asas perkara tersebut, melainkan diberi term2 seperti,Tenaga Hayat, Nasma, Cakra, Lataif, dan sebagainya.


SUMBER:
http://en.wikipedia.org/wiki/Zeropoint_energy,http://nusanaga.blogspot.com/2011/03/apa-itu-zpe-zero-point-energy-pada.html

TRIBUTE : MASTER H07, MASTER MIND INSTALLER, SIR AIZVERUS(thx for support :)).

Thursday, May 26, 2011

Perjalanan ku......


Wahai, Allah Rabbul Izzaty,
Dahulu, ku rasakan hidup penuh makna,
Segala pandangan hatiku, hanyalah ke arah duniawi,
Tanpa makna,
Segalanya dalam hidupku,
Hanyalah, seronok, seronok dan seronok....
Namun........jauh dalam lubuk hati,
Aku 'hilang' sesuatu....

Hinggalah pada suatu ketika,
Daku diuji dengan ujianMu yang Maha Berat,
Segala nikmat yang kurasai,
Tak semena-mena,
Ditarik satu persatu dariku,
Aku dari seorang yang senang lenang,
Jatuh merudum dalam hidupku,
Segala perniagaanku yang maju,
Pendapatan boleh ku kumpul sehingga RM2000lebih sebulan,
Habis, menjadi punah ranah, bersama dengan susut ekonomi global,
Kawan-kawan semua jauh dariku,
Kecuali, mereka yang tetap setia bersamaku,
Dari solat 5 waktu yang kulakukan,
Kerna 'terpaksa', menurut suruhan ibu dan bapa,
Aku menjadi malas untuk beribadah,
Aku mula meroyan sendirian,
Dahulu aku menyangka aku ini mudah dapat Surga,
Hanya dengan solat 5 waktu yang kujadikan tiket,
Meskipun, tidak sesempurna mana,
Dan masih dipenuhi ujub,
Solat tanpa kesedaran yang utuh di sanubari....

Makanya, setelah itu, aku menerus kembara Ruhani,
Dalam keadaan kemelut hidup yang penuh tertekan,
Aku menjalani berbagai perguruan,
Sehingga aku menimbang-nimbang,
Mana yang Haq dan mana pula yang Bathil,
Dari bersolat, aku semakin lama merasa tidak perlu bersolat,
Kerna dalam hatiku bergetus, "Untuk apa? Untuk apa?"
"Bukankah Tuhan yang kalian panggil, Ar-Rahman itu telah tinggalkan daku?"
Jadi, aku, berbekalkan 'pengajian hakikatku' yang tinggi,
Menjadi semakin bongkak, keras kepala, dan menurut emosi,
Aku meletakkan dirikulah Tuhan,
Iaitu egoku.....

Aku berlagak mengerti dan arif dalam dunia Tasauf,
Meskipun, perjalananku hakikatnya baru bermula 5 persen,
Aku semakin berbuat maksiat, semakin meninggalkan solat,
Dan, yang penting, aku sering meletakkan semua pada DIA,
Yalah, apa yang tidaknya, bukankah DIA penentu semua?
Bukankah DIA yang menjadikan aku susah?
Bukankah DIA yang meletakkan 'sifat ego dan bongkak' dalam hatiku?
Aku terus yakin yang aku telah mengenal, meski tidak jaga syariatNya,
Dan, aku tinggalkan semua guru tarekat dan hakikatku,
Serta menongkah arus sendirian, dengan Ego dan Bongkak,
Yang kukira sebagai Marifahku.......

Bukan ujianmu itu buat aku lagi syukur padaMu,
Bahkan, aku yang merasa telah 'terpilih' dan ada maqom di sisiMu,
Mendabik dan membangkang, "Aku patut dan berhak senang"
"Bagaimana sang kafirin ko perhias dengan rezeki tanpa putus?"
"Bagaimana, sang salik, kau susahkan?"
"Apa benarkah kata Engkau bahawa Engkau cinta makhluk yang menujuMu?"
Betapa susah aku menuju jalanMu, Ya ALLAH,
Akhirnya, aku menerima Istidraj darimu,
Sehingga perjalananku dalam keruhanian,
Yang lebih berupa sangka-sangka,
Menyangka telah 'berme'raj' naik dekat denganMu,
Dan berkhayal-khayal,
"Biarlah aku susah, Syurga pasti untukku."
Aku ni bukan saja Surga, bahkan akan menyatu dalamNya,
"Getus hatiku, yang merasa telah 'tinggi'."
Sehingga suatu ketika,
Aku merasa sangat gelisah,
Api neraka terbuka depan kosad mataku,
Sehingga aku nampak,
Dengan Mata pancaindera keenamku,
Seksaan yang bakalku terima,
Di neraka Jahannam yang pedih,
Bersama, penyangak-penyangak yang suka kau jadikan sahabat,
Bersama, gadis-gadis seksi yang suka engkau lihat,
Bersama, penipuan yang engkau lakukan,

Aku menjerit dan meraung di dalam Jahannam yang berjelaga,
Gelap dan pekat, serta mengerikan,
Dalam perjalanan ruhaniku itu,
"Arghhhhhh, Sakitttt, It hurts..........Arghhhhhhh",
Terdengar suara dari hatiku,
"Inilah neraka yang kau sindir-sindir, yang engkau permainkan"
Teringatlah aku, kalamku dulu masa zaman 'MARIFAT aku HEBAT',
"Ah, neraka tu, aku duduk dalam dia aku 'STEAM',
pasal apa, aku dah jadik Tohan, Aku tengok pompuan naked kena seksa,
Lagi aku STEAM."
"Lagipun apa perguruan yang tadak kat aku? Naqshband, aku pegang, ABJAD dah kuambil.",
"Mestilah Syafaat senang-senang melimpahiku."
Begitulah teruknya pemikiranku di zaman Jahiliyah yang ku sangka Marifat,
Aku sering menjadi kusut dan tidak tentu arah,
Aku menangis, dan meratap sendirian,
Hatiku semakin layu....

Barulah kusedar, jalanku salah, dan masih perlu pembetulan,
Teologi marifatku memang tak dinafikan,
Sehingga aku berupaya menarik pengikut,
Di kalanganku sendiri,
Tetapi, semua telah kuselewengkan selama ini,
Dengan kehendak nafsu serakahku,
Guru-guru mengajar yang Haq, kita tafsir ikut nafsu,
Mana serasi dengan kita diambil,
Mana tidak dicampak jauh-jauh......

Sehingga suatu ketika,
Aku menemui seseorang,
Yang membantu kehidupanku,
Sehingga aku berupaya mengenal semula diriku,
Meskipun dirinya bersahaja,
Beliau sanggup turun dari jauh, ke sini,
Semata-mata untuk mengajar aku marifat sebenar,
Maka, setelah itu,
Baharulah aku di'buka'kan,
Bahawa, 'diriku sendirilah' Syaithan paling besar,
Yang menyembah hawa dan nafsuku,
Diajar aku suatu rahsia,
Hanya melihat wajahnya yang bersih,
Telah menggentar segala Iblis dalam sanubariku,
Dan sering berlakon seperti orang awam sahaja....

Maka, fahamlah aku bahawa,
Semua jalan yang aku ambil sebelum ini,
Tidaklah lain,
Hanya membawa cahaya yang SATU,
Berbeza pada ranting sahaja,
Tiada dia memaksakan SOLAT itu,
Melainkan mengarahkan diriku,
Carilah dirimu sendiri,
Maka engkau akan kenal TUHANMU.....

Saat perpisahan,
Aku terasa begitu berat,
Rasa macam dah tertulis kebaikan dalam penemuan itu,
Yang Diatur Sang Maha.....

Nyata, aku pulang dengan penyempurnaan Syariat ke atas diriku,
Yang kurasakan semakin ringan kulaksanakan,
Aku berbuat Solat, bukan lagi mengharap suatu apa pun,
Melainkan atas kesedaran,
Tanggungjawab tanpa soal periksa kepada Sang Yang Satu,
Maka, bermula di situlah,
Aku berupaya mematikan kelima-lima pancainderaku,
Satu persatu hijab terbuka untukku,
Dan akhirnya, Aku kembali menongkah jalan CAHAYA,
Dengan penuh 'Courage' dan Kekuatan jiwa.......

Ya Allah, kini aku bersyukur kepadaMu,
Kerna menunjuki akan kebenaran yang meski masih sekitar satu perlima,
Tetapi sudah cukup baik untuk menghadirkan,
Suatu sensasi 'perubahan' yang kucari-cari,
Dan kini Ya Allah,
Aku tenang padamu,
Meskipun dilanda dengan cobaan,
Rezeki yang tidak banyak mana,
Tapi aku mampu senyum sehingga ke kuping telingaku,
Segala jalan-jalan yang kuambil sebelum ini,
Barulah, mendatangkan 'kesan' seusai aku kenal diriku,
Maka, aku menitis air mata,
Tetapi kali ini, sambil senyum,
"Ya ALLAH, terima kasih Ya ALLAH."
Sehingga hujan RAHMAT membasah kawasan kediamanku,
Aku terus menangis.........dan menangis........

Syukur Ya Allah, Ampun Ya Allah, Agung Kau Ya Allah!!!
Benar Kau pada janji Kau Ya Allah!!!

Aku terdengar bisikan dalam Qalbiku,
"Usahlah Kau risau Rizal.",
Engkau telah berjuang jiwa raga,
dengan penderitaan batinmu,
Demi mencari SANG MAHDI kebenaran,
Zamannya akan tiba jua,
Dan telah begitu hampir,
Biarkanlah mereka yang kufur terus kufur,
Akan tiba suatu saat,
Segala-gala dibumi,
Akan dipenuh CAHAYA KETUHANAN,
yang dalam Injil disebut KERAJAAN ALLAH,
Sedang Quran menyebut sebagai BERITA GEMBIRA,
Maka, marilah kita berdoa kepada Allah,
Agar mendudukkan kita dalam CAHAYA-NYA,
Yang dibawa MAHDI, sang Mujadid Hakiki.....

SEKIAN HASIL NUKILAN : SHAHRIZAL FAKIR ILALLAH
TRIBUTE : HIGHLANDER 07, PENGEMBARA ALAM MASTER OF ASTRAL, SHEIKH AHMAD JUNIDIN, SHEIKH MOLANA SULTAN UL AWLIYA NAZIM AL-HAQQANI, SH YUSUF NAQSHBAND, SH HAJI SARONI KAJANG, SH MUKHTAR DASUKIYAH DAN SEMUA YANG PERNAH JADI GURUKU ZAHIR BATIN.....TIMA KACEH....


Sejarah Perkembangan Agama Tauhid Di Muka Bumi.



Adam As telah diciptakan Allah SWT, pada zaman, di mana belum ada seorang pun makhluk yang bernama manusia di atas muka bumi ini. Allah SWT telah menciptakan Adam SA dari4 anasir iaitu tanah,air,api dan angin.
Allah SWT telah menempa lembaga Adam AS dari tanah liat dan meletakkannya pada suatu wadah. Ketika itu seluruh makhluk yang menghuni Syurga diperintah untuk sujud kepada lembaga tersebut, kecuali Iblis, lantaran keingkarannya. Dengan itu, Allah SWT telah melaknat dan mengusir Iblis keluar dari SyurgaNya, dan Iblis termasuklah di kalangan makhluk yang dilaknat Allah SWT. Setelah itu Allah SWT meniupkan ruhNya ke dalam lembaga tersebut sehingga Adam bangkit dan mengucapkan "Alhamdulillah".
Kisah Iblis mendurhakai Allah SWT untuk sujud kepada lembaga Adam AS sebagai penghormatan kepada bakal khalifahNya di muka bumi ini tersebut di dalam ayat suci Al-Quran dalam surah Al-Araf (ayat 11-13):

Maksudnya :

11 - Dan Kami menciptakan kamu,(wahai insan), dan memberi kamu rupa yang sempurna. Kemudian Kami berkata kepada para malaikat, "Sujudlah kalian kepada Adam", jadi mereka bersujud, kecuali Iblis. Dia termasuk orang yang tidak bersujud.

12 - Dan (Allah) berfirman, "Apakah yang menghalangimu dari menjalankan perintahKu?" Iblis berkata, "Aku ini lebih baik dari dia. Engkau telah ciptakan aku dari api sedangkan dia dari tanah."

13 - (Allah) berkata, "Keluarlah engkau dari SyurgaKu, sesungguhnya engkau tidaklah patut bongkak dan sombong. Sesungguhnya engkau telah terlaknat."

Maka, Adam AS berdiamlah di SyurgaNya selama beberapa ketika dengan penuh bahagia dan gembiranya. Tetapi Adam AS tidak memiliki teman bicara mahupun bergurau senda. Allah SWT Maha Mengetahui bahawa Adam AS sunyi dan telah menciptakan untuknya seorang pasangan iaitu, Hawa dari salah satu tulang rusuknya sebagai teman hidup Adam AS di syurga. Mereka hidup dengan bahagia sehinggalah suatu ketika datanglah Iblis menyusup masuk, yang menurut setengah riwayat dengan berupa seekor ular, tetapi bagaimana kaedah menyusup Iblis ke dalam syurga itu, Walla'hualam. Iblis menggoda Adam AS dan Siti Hawa untuk memakan buah larangan yang terdapat di syurga sehingga akhirnya mereka termakan pujuk rayu mereka.

Allah SWT mengeluarkan mereka dari Syurga kerana telah melanggar larangan di Syurga. Maka bermulalah kehidupan mereka di atas muka bumi dengan ditugaskan untuk menjalani ujian-ujian. Jatuhlah Adam AS menurut setengah riwayat di Sri Lanka dan Siti Hawa di Jazirah Arab. Setelah itu, mereka hidup sehingga melahirkan anak cucu, termasuk Habil dan Qabil yang kemudiannya dikisah dalam Al-Quran. Mereka berdua ditugaskan membawa ajaran Tauhid yang satu dan disuruh mewaris kepada anak cucu mereka untuk berpegang padanya. Agama dalam kehidupan insan adalah untuk mengekang hawa nafsu manusia dan membentuk sifat bertaqwa kepadaNya. Ayat Quran Surah Adz-Zariyat 56 :

Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.

(QS. Adz-Dzariyat: 56)

Zaman terus berlalu sehingga syariat Allah di muka bumi mengalami perubahan sedikit demi sedikit mengikut kadar kesesuaian budaya dan masyarakat setempat serta berdasarkan kemajuan manusia menongkah arus perubahan zaman. Allah telah mengutuskan Rasul-Rasul dan Nabi-NabiNya kepada setiap bangsa sebagaimana yang disebut dalam ayat suci Al-Quran surah Al Fatir ayat 24 yang mafhumnya begini :

"Tiada suatu umatpun (di atas bumi), melainkan telah Kami beri seorang pemberi ingatan."

(Al Fatir, 24)

Maka Rasul-Rasul dan Nabi-Nabi ini membimbing manusia ke arah kebaikan dan bertauhid kepadaNya. Antara mereka yang diutus untuk menyampai risalat Tuhan ini adalah 25 Rasul yang wajib kita ketahui kita umat Islam sebagaimana yang disebutkan nama-nama mereka di dalam Al-Quran. Sekalipun diturunkan mereka ini, manusia masih ramai yang engkar padaNya. Mereka juga gemar memesongkan ajaran Tauhid sehingga tidak murni lagi.

Selain dari 25 Rasul yang wajib kita ketahui di atas, ada kira-kira 313 orang Rasul yang tidak tersebut di dalam kitab Suci Al-Quran namanya. Di samping 124,000 orang NabiNya yang tidak ditugaskan membawa risalah keTuhanan. Antara mereka yang dilantik menjadi Rasul-Rasul tadi, ada yang langsung tidak pernah dapat dikesan serta dikenalpasti melalui kajian sarjana-sarjana yang mengkaji sejarah umat manusia dan keagamaan serta para ulama', sedangkan ada kalangan mereka yang dipersetujui memiliki kriteria penuh untuk diisytiharkan para Rasul Allah SWT. Kalangan ulama-ulama dan intelek Islam sendiri telah ramai yang mengesahkan dan bersetuju besar kemungkinan, tokoh-tokoh besar agama-agama besar dunia ini kebanyakannya para Rasul dan Nabi Allah SWT. Termasuklah Sidharta Gotama Buddha, Lao Tse, Kong Hu Chu, Shri Rama, Shri Krishna, Mahavira, Mani, Zarathustra dan ramai lagi mengajarkan tertib dan kaedah menuju Tuhan Yang Esa.

Besar sekali kemungkinan, agama-agama seperti Hindu, Buddha, Jain, Manicaesme, Zoroastrianisme, Taoisme dan banyak lagi agama-agama yang dikatakan dan diklasifikasi sebagai agama budaya hari ini berasal dari ajaran Tauhid yang dibawa tokoh-tokoh yang memenuhi kriteria kerasulan tadi, yang kemudian setelah meninggal mereka ini, dirubah dan di tokok tambah sehingga bercampur ajaran murni dengan ajaran batil dalam ajaran agama mereka. Bercampur antara yang haq dengan batil yang dipenuhi mitos dan dongeng karut. Ini semua dilakukan oleh pengikut-pengikut terkemudian sebagaimana agama Nasrani dan Yahudi, dua agama yang berasal dari agama langit dirosakkan oleh pengikut kemudian. Begitu juga di kalangan Arab Quraish yang menyelewengkan ajaran murni Agama Hanif Ibrahim AS kepada penyembahan berhala.

Sekiranya diteliti memang terdapat banyak yang mirip seolah-olah persamaan dalam beberapa ajaran pokok seperti mempercayai ada pencipta Yang Esa, syurga dan neraka serta mempercayai adanya orang-orang suci pilihanNya dan memiliki kitab-kitab suci yang mengajarkan kebaikan-kebaikan yang mana mirip dengan ajaran Al-Quran seperti larangan mencuri, berzina, mencuri, berjudi, merompak dan suruhan beribadat kepada Yang Esa. Yang berbeza adalah perlaksanaan Syariat yang berbeza-beza. Zaman sebelum Rasul SAW sememangnya syariat lain dan berbeza antara satu umat dengan umat lain.

Bahkan kalangan ulama dan pengkaji Islam sendiri yang mengkaji kitab-kitab suci mereka telah menemukan penemuan-penemuan besar yang jelas serta terangan memberitahukan akan ramalan kedatangan Rasul penutup kalangan mereka sepertimana di dalam kitab-kitab Veda, Tripitaka, Zend Avista dan lain-lain kitab agama lama, sebelum kedatangan Muhammad SAW. Selain itu, didapati terdapat banyak kisah-kisah umat lama yang serupa seperti mana di dalam Veda ada menyebut kisah Nabi Nuh AS dengan banjir besar yang dalam bahasa mereka adalah Manu. Juga kisah Ibrahim AS(Brahma), dan Siti Sarah(Sarasvati), yang diangkat umat kemudian dalam Hindu menjadi Dewa serta setaraf Tuhan. Kitab-kitab lama menyebut berkenaan Muhammad SAW dalam panggilan bahasa mereka yang membawa maksud yang sama iaitu yang terpuji dalam bahasa masing-masing seperti Ahamiddhi, Soeshyant, MahaRishi, Astvat-ereta, Maitreya dan lain-lain. Kita akan bercerita tentang ini dengan lebih panjang lebar di penulisan yang lain pula.

Perkara ini berterusan sehinggalah zaman kedatangan Rasul pilihan Allah SWT yang diutus sebagai penutup kerasulan iaitu Nabi Muhammad SAW. Ajarannya lengkap dan sempurna menjadi penutup segala ajaran lama yang berbeza syariat. Dari zaman baginda SAW diutus sehingga ke akhir zaman, agama Islam terus dipertahankan oleh para Alim Ulama' dan Wali-Wali kekasihNya, sehinggalah ke zaman penghujung yang akan lahir seorang mujaddid yang akan menjadi penutup pula dari kalangan sekelian para Wali dan Ulama', iaitu Imam Mahdi AS sohib uz zaman.

Begitulah fitrah kejadian manusia yang mana, akan sentiasa ada pertempuran yang haq dengan yang bathil kerana Iblis telah banyak memasukkan Talbis dan tipudayanya ke dalam ajaran agama, sehinggalah ke penghujung zaman, sebelum beralih ke alam yang seterusnya iaitu alam Akhirat.

Sekian dulu, hasil nukilan : SHAHRIZAL AL-FAKIR ILALLAH




Wednesday, May 25, 2011


Kaifiat Amalan

Amalan sebagai Wirid

Jika hendak dijadikan sebagai wirid harian. Sebelum membacanya, hendaklah terlebih dahulu membaca Al-Fatihah niat hadiah kepada Rasulullah SAW, kemudian membaca Selawat sebanyak tiga kali dan Ayatul Kursi satu kali. Kemudian barulah kita membacanya sebanyak tiga kali.
Boleh diwiridkan secara beristiqamah atau berterusan pada waktu pagi dan petang atau tiap-tiap kali selepas selesai solat lima waktu.

Amalan Untuk Riadhah Atau Khalwat

Kaifiatnya seperti berikut :

 Hendaklah berpuasa 3 hari dan mewiridkan kaf 40 sebanyak 7000 kali.

 Berwirid bermula dari subuh dan tamat pada hari ketiga lepas Isyak.

 Berwirid hendalah duduk, lebih utama di atas tanah atau batu. Tidak boleh berdiri semasa beramal.

 Tidak boleh berkata-kata dengan sesiapa pun.

 Hendaklah berwirid di tempat yang berasingan atau jauh dari orang ramai (sunyi)

 Memasang bau-bauan yang wangi.

 Riadhah hendaklah ditamatkan dalam masa 3 hari.

 Pada malam terakhir, akan dihadiri Khadam Ayat Ini. Firasat kita akan dapat mengetahui dan mengesan kehadirannya. Seperti tubuh menjadi bersemangat, keras, suasana malam berangin, sejuk, pendengaran akan lebih sensitif. Itu adalah tanda amalan kita menjadi dan telah berjaya di kuasai. Seterusnya, pelbagai mimpi dan firasat cara-cara pengunaan ayat ini akan anda perolehi insya-Allah.
Khasiat Kaf Empat Puluh

Antara khasiatnya yang dapat saya nukilkan daripada beberapa buah kitab adalah seperti berikut :

(1) Menyerang musuh.
Jika hendak menghadap musuh, maka bacalah Kaf 40 ini sebanyak tiga kali di hadapan tangga dan dihembuskan kekanan, kiri dan hadapan serta genggamkan tangan dan kancingkan gigi. Kemudian berjalan melangkah barulah dilepaskan genggaman tangan itu tadi. Maka teruskanlah berjalan. Insya-Allah terpelihara daripada musuh seteru.

(2) Membutakan mata musuh
Supaya musuh tidak dapat melihat kita, maka bacalah kaf ini sebanyak tiga kali dan hembuskan pada pasir, tanah dan sebagainya. Setelah itu lontarkan pasir tersebut ke arah musuh. Insya-Allah musuh tidak akan dapat melihat kita.

(3) Musuh berlawan sama sendiri.
Bacakan kaf ini sebanyak tujuh kali dan hembuskan pada pasir, kayu, tanah atau sebagainya. Kemudian lontarkan ke arah musuh. Insya-Allah mereka akan berlawan dan berlaga sesama sendiri.

(4) Kelimunan.
Jikalau musuh terlampau ramai, maka bacalah kaf ini sebanyak bilangannya iaitu empat puluh kali pada pasir, tanah, batu, kayu dan sebagainya. Kemudian lontarkan ke arah musuh, nescaya gelap gelitalah pandangan mereka insya-Allah.

(5) Menawarkan Bisa-bisa senjata atau sengatan binatang.
Jika terkena bisa-bisa senjata atau binatang, kaf ini hendaklah dibaca sebanyak tiga kali dan dihembus serta diludahkan ke tempat yang terkena itu. Insya-Allah hilang dan turunlah bisa-bisa itu.

(6) Perempuan lekat uri.
Jika perempuan lekat uri atau mati anaknya di dalam perut, maka bacakan kaf ini sebanyak sembilan kali pada air di dalam tudung periuk tembaga atau pada minyak tanak. Kemudian diberi minum sedikit dan dihembuskan kepada perut perempuan itu. Insya-Allah Taala keluarlah uri atau anak itu.

(7) Memperbanyakkan air susu.
Jikalau perempuan kurang air susunya, bacakan kaf ini sebanyak tujuh kali pada air kemudian sapukan dengan sisir dan diurut-urutkan susunya itu. Insya-Allah susunya akan bertambah banyak. Atau dijampikan pada jantung pisang kelat. Kemudian direbus dan diberi makan kepada perempuan yang bersalin itu, maka susunya akan bertambah.

(8) Menghalau pelesit.
Bagi orang yang kerasukan syaitan, hendaklah dibacakan kaf ini sebanyak tiga kali pada lada hitam yang dipecah-pecahkan sedikit atau dibelah dua. Kemudian letakkan di sebelah atas dan di sebelah bawah ibu jarinya serta dipicit-picit dan ditekan. Insya-Allah akan keluar.

(9) Menahan darah.
Barangsiapa yang luka dan banyak keluar darahnya, bacakan kaf ini sebanyak tiga kali dan dihembus serta diludahkan pada tempat luka itu tadi, nescaya darahnya akan berhenti insya-Allah taala.

(10) Menghilangkan Bisa-bisa binatang.
Jika kita disengat lipan, kala, jengking, ular dan sebarang binatang yang berbisa, samaada yang di darat atau di laut. Hendaklah membaca kaf 40 ini dengan segera dan serta merta selepas disengat itu tiga kali dan dihembus serta diludahkan pada tempat yang disengat. Insya-Allah bisa-bisa itu akan hilang dengan segera. Molek juga dibaca pada air garam dan disapu pada tempat itu.

(11) Menjauhkan bahaya dan gangguan hantu puaka.
Bacalah kaf ini tiga kali ketika hendak tidur, insya-Allah selamat sejahtera dalam perlindungan Allah Taala daripada gangguan dan kekacauan hantu puaka itu. Kalau dibaca kaf ini di tempat yang keras atau berpuaka, insya-Allah sejahtera dari gangguan mereka dan hal ini telah beberapa kali dicuba dan terbukti.(Ada satu hikayat) sewaktu Jepun menjajah Tanah Melayu suatu ketika dahulu, ramai orang yang keluar berniaga ke Bangkok dengan kapal layar atau tongkang. Semasa dalam pelayaran di tengah laut tiba-tiba muncul tiga jenis warna api menghampiri tiang layar. Setelah dilihat oleh anak-anak kapal nyatalah api itu adalah hantu. Jikalau api itu terjun turun ke atas kapal, pastinya kapal itu akan tembus. Semua anak-anak kapal terperanjat dengan kemunculan 3 jenis api itu tadi, lalu membaca beberapa ayat untuk menghalau hantu jembalang, namun api itu tidak juga terpadam. Maka dibacanya pula akan hizib kaf ini, belum lagi habis hizib ini dibaca, api itu pun terus terpadam. Akhirnya baru lah mereka sedar akan kelebihan kaf empat puluh ini.

(12) Sakit mata.
Bacalah Kaf ini lima kali dan hembuskan ke mata yang sakit itu selama tiga atau tujuh pagi. Serta dibuat sedikit air tawar untuk diminum dan dilumur pada mata yang sakit itu. Insya-Allah akan segera sembuh

(13) Terkena lintasan atau sawan.
Bacalah kaf ini tujuh kali pada orang yang terkena lintasan hantu syaitan atau pada kanak-kanak yang sawan dan timang-timangkan kanak-kanak tersebut. Insya-Allah selamat.

(14) Penawar demam.
Baca kaf ini tujuh kali pada air kelapa muda dan diberi minum kepada orang yang demam. Insya-Allah akan segera sembuh.

(15) Kuat Badan.
Sesiapa yang terasa lemah badannya, hendaklah membaca kaf ini tiga kali kemudian disuhud atau tarik nafas dalam-dalam. Insya-Allah kuatlah badannya. Tetapi petua ini tidak boleh dilakukan kerap kali. Hanya jarang-jarang ketika terdesak sahaja.
Dan dilarang sama sekali melakukannya bagi orang yang dibawah umur 25 tahun, kerana takut kepanasan.

(16) Tuju demam kura.
Bacakan kaf ini sembilan kali pada orang yang demam kura. Mulakan dengan bacaan Al-fatihah, selawat tiga kali dan buatkan rajah Lam Alif dengan kapur pada perutnya. Kemudian tekan dengan ibu jari pada lubang rajah Lam Alif itu serta dipulas-pulaskan. Lakukan pengubatan ini sampai tujuh pagi insya-Allah sembuh.

(17) Menumbangkan Tiang Kayu berpenunggu.
Bacalah kaf ini tujuh kali serta ayat ( Walaqad fatannaa Sulaimaana Wa alqaina ’ala kursiyyihi jasadan tsumma anaab ) tujuh kali dalam keadaan mengelilingi pokok atau tiang yang hendak ditebang itu, nescaya larilah hantu syaitan, jin yang menjadi penghuni tiang itu tadi. Maka selamatlah kita daripada gangguan dan kejahatan mereka.

(18) Sakit pinggang
Jika sakit pinggang, bacalah kaf ini tujuh kali pada tiap-tiap pagi. Apabila sampai kepada tempat syaja’nya itu, kepala lutut hendaklah dipalu atau dipukul dengan tangan, manakala tangan yang sebelah lagi hendaklah memalu atau memukul pinggang sejatuh atau serentak dengan perkataan kaf itu. Demikianlah lakukan pada lutut yang sebelah lagi, insya-Allah sembuh.

(19) Memperbanyakkan makanan yang sedikit.
Baca kaf ini 21 kali pada makanan yang sedikit, insya-Allah akan mencukupi untuk tetamu yang ramai.

(20) Menjinakkan binatang liar.
Baca tujuh kali pada sebaldi air dan diberi minum kepada kerbau atau binatang yang liar, insya-Allah ia akan menjadi jinak. Atau dimandikan pada kerbau yang beranak. InsyaAllah susunya akan menjadi.

(21) Pelaris.
Bacalah hizib kaf ini tiap-tiap hari sebanyak 44 kali untuk melariskan perniagaan kita.

(22) Pengebal
Kata orang, antara khasiatnya lagi adalah untuk kekebalan kulit dan kekuatan tulang dari segala jenis benda keras seperti logam. Ilmu kebal secara umumnya bolehlah dibahagikan kepada tiga jenis :

a. Ilmu Kebal Defensif ( kebal ketika diserang sahaja).

b. Ilmu Kebal Atraktif / Demontratif ( khusus untuk demontrasi / dabus, dll ).

c. Ilmu Kebal Pro Aktif ( boleh dipakai di mana sahaja, tanpa mengira waktu, boleh diperlihatkan kepada orang ramai. Kekebalannya sentiasa aktif walaupun tidak diserang).

a. Kategori pertama biasanya daripada aliran ilmu hikmah. Ilmu kebalnya diperolehi melalui pengisian oleh guru , riadah, pertapaan dan lain-lain. Amalan hizib kaf 40 termasuk di dalam kategori ini.

b. Kategori kedua biasanya daripada aliran kebudayaan, ilmu-ilmu kedaerahan. Tiap-tiap daerah memiliki ciri khas ilmu kebal masing-masing. Ilmu itu berasal dari pengisian oleh guru atau amalan wirid dan riadah

c. Kategori ketiga inilah yang paling ekstrim, biasanya kekuatan ilmu berasal daripada mustika alam atau batu permata yang memiliki kekebalan alami seperti rantai bumi, batu badar besi, besi kuning dan lain-lain. Biasanya kebal kategori ini sering disalahgunakan oleh orang-orang jahat dan tidak bertanggungjawab.
Diceritakan bahawa pahlawan masyhur Si Pitung juga memakai hizib kaf 40 ini sebagai azimat. Menjadikan dirinya kebal dari sebarang jenis senjata. Kata orang, ilmunya itu dituntut daripada Al Habib Husein Al Idrus. Wallahua’lam.

(23) Pelembut Besi
Jikalau kita melakukan riadah hizib kaf 40 ini, pada hari terakhir riadah, kita hendaklah memegang sebatang besi. Semasa mewiridkan hizib ini kita hendaklah memicit-micit besi itu. Jikalau besi itu jadi lembut seperti kita memicit batang lilin, maka itulah tandanya amalan kita telah berhasil dan menjadi.

(24) Orang Gila
Bacalah hizib ini kepada orang gila beberapa kali sehingga hilang gilanya. Insya-Allah berkat ikhtiar.

(25) Meredakan ribut dan ombak besar.
Bacalah hizib ini tiga kali dan tiuplah ke arah ribut atau ombak besar itu.
Insya-Allah ribut dan ombak besar itu akan reda.

(26) Hendak Masuk Hutan.
Jika kita hendak masuk hutan, bacalah terlebih dahulu hizib ini di tepi hutan sebelum masuk. Insya-Allah selamat daripada segala kejahatan yang ada di dalam hutan itu.

(27) Perang Sabil .
Jika berlaku peperangan, pengamal mampu memimpin 40 orang pengikut dengan selamat pulang dan pergi. Insya-Allah.

(28) Pendinding
Hizib ini mujarab untuk dibuat pendinding, samaada daripada kejahatan jin, manusia atau binatang buas. Lebih utama dibaca selepas Ayatul Kursi lalu ditiup ke tujuh arah dengan niat memagar diri sejauh mata memandang. Insya-Allah selamat daripada gangguan.

SUMBER : http://jalanakhirat.wordpress.com/2010/03/22/rahsia-ayat-kaf-40/




AJARAN ASAS NAQSHBANDIYAH

TARIQAT Naqshbandiyah mempunyai prinsip asasnya yang tersendiri yang telah diasaskan oleh Hadhrat Khwajah Khwajahgan Maulana Syeikh ‘Abdul Khaliq Al-Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih. Ia telah meletakkan lapan prinsip asas ini sebagai dasar Tariqat Naqshbandiyah. Prinsip-prinsip ini dinyatakannya dalam sebutan bahasa Parsi dan mengandungi pengertian dan pangajaran yang amat tinggi nilainya. Adapun prinsip-prinsipnya adalah seperti berikut:

Hadhrat Syeikh Muhammad Parsa Rahmatullah ‘alaih yang merupakan sahabat, khalifah dan penulis riwayat Hadhrat Maulana Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih telah menyatakan di dalam kitabnya bahawa ajaran Tariqat Hadhrat Khwajah Maulana Syeikh Abdul Khaliq Al-Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih berkenaan zikir dan ajaran lapan prinsip asas seperti yang dinyatakan di atas turut dianuti dan diamalkan oleh 40 jenis Tariqat. Tariqat lain menjadikan asas ini sebagai panduan kepada jalan kebenaran yang mulia iaitu jalan kesedaran dalam menuruti Sunnah Hadhrat Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dengan meninggalkan sebarang bentuk Bida’ah dan bermujahadah melawan hawa nafsu. Kerana itulah Hadhrat Khwajah Maulana Syeikh Abdul Khaliq Al-Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih mencapai ketinggian Ruhani dan menjadi seorang Mahaguru Tariqat dan penghulu pemimpin keruhanian pada zamannya.


1. YAD KARD

Yad bererti ingat yakni Zikir. Perkataan Kard pula bagi menyatakan kata kerja bagi ingat yakni pekerjaan mengingati Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan ianya merupakan zat bagi zikir. Berkata Para Masyaikh, Yad Kard bermaksud melakukan zikir mengingati Tuhan dengan menghadirkan hati. Murid yang telah melakukan Bai‘ah dan telah ditalqinkan dengan zikir hendaklah senantiasa sibuk mengingati Allah Subhanahu Wa Ta’ala dengan kalimah zikir yang telah ditalqinkan.

Zikir yang telah ditalqinkan oleh Syeikh adalah zikir yang akan membawa seseorang murid itu mencapai ketinggian darjat Ruhani. Syeikh akan mentalqinkan zikir kepada muridnya sama ada Zikir Ismu Zat ataupun Zikir Nafi Itsbat secara Lisani ataupun Qalbi. Seseorang murid hendaklah melakukan zikir yang sebanyak-banyaknya dan sentiasa menyibukkan dirinya dengan berzikir. Pada setiap hari, masa dan keadaan, sama ada dalam keadaaan berdiri atau duduk atau berbaring ataupun berjalan, hendaklah sentiasa berzikir.

Pada lazimnya seseorang yang baru menjalani Tariqat Naqshbandiyah ini, Syeikh akan mentalqinkan kalimah Ismu Zat iaitu lafaz Allah sebagai zikir yang perlu dilakukan pada Latifah Qalb tanpa menggerakkan lidah. Murid hendaklah berzikir Allah Allah pada latifah tersebut sebanyak 24 ribu kali sehari semalam setiap hari sehingga terhasilnya cahaya Warid.

Ada sebahagian Syeikh yang menetapkan jumlah permulaan sebanyak lima ribu kali sehari semalam dan ada juga yang menetapkannya sehingga tujuh puluh ribu kali sehari semalam.

Seterusnya murid hendaklah mengkhabarkan segala pengalaman Ruhaniahnya kepada Syeikh apabila menerima Warid tersebut. Begitulah pada setiap Latifah, murid hendaklah berzikir sebanyak-banyaknya pada kesemua Latifah seperti yang diarahkan oleh Syeikh sehingga tercapainya Warid. Mengingati Allah Subhanahu Wa Ta’ala secara sempurna adalah dengan berzikir menghadirkan hati ke Hadhrat ZatNya.

Setelah Zikir Ismu Zat dilakukan pada setiap Latifah dengan sempurna, Syeikh akan mentalqinkan pula Zikir Nafi Itsbat iaitu kalimah LA ILAHA ILLA ALLAH yang perlu dilakukan sama ada secara Lisani iaitu menerusi lidah atau secara Qalbi iaitu berzikir menerusi lidah hati.

Zikir Nafi Itsbat perlu dilakukan menurut kaifiyatnya. Syeikh akan menentukan dalam bentuk apa sesuatu zikir itu perlu dilakukan. Yang penting bagi Salik adalah menyibukkan diri dengan zikir yang telah ditalqinkan oleh Syeikh sama ada ianya Zikir Ismu Zat ataupun Zikir Nafi Itsbat. Salik hendaklah memelihara zikir dengan hati dan lidah dengan menyebut Allah Allah iaitu nama bagi Zat Tuhan yang merangkumi kesemua Nama-NamaNya dan Sifat-SifatNya yang mulia serta dengan menyebut Zikir Nafi Itsbat menerusi kalimah LA ILAHA ILLA ALLAH dengan sebanyak-banyaknya. Salik hendaklah melakukan Zikir Nafi Itsbat sehingga dia mencapai kejernihan hati dan tenggelam di dalam Muraqabah. Murid hendaklah melakukan Zikir Nafi Itsbat sebanyak 5 ribu ke 10 ribu kali setiap hari bagi menanggalkan segala kekaratan hati. Zikir tersebut akan membersihkan hati dan membawa seseorang itu kepada Musyahadah.

Zikir Nafi Itsbat menurut Akabirin Naqshbandiyah, seseorang murid yang baru itu hendaklah menutup kedua matanya, menutup mulutnya, merapatkan giginya, menongkatkan lidahnya ke langit-langit dan menahan napasnya. Dia hendaklah mengucapkan zikir ini dengan hatinya bermula dari kalimah Nafi dan seterusnya kalimah Itsbat. Bagaimanapun, bagi murid yang telah lama hendaklah membukakan kedua matanya dan tidak perlu menahan napasnya.

Bermula dari kalimah Nafi iaitu LA yang bererti Tiada, dia hendaklah menarik kalimah LA ini dari bawah pusatnya ke atas hingga ke otak. Apabila kalimah LA mencapai otak, ucapkan pula kalimah ILAHA di dalam hati yang bererti Tuhan. Kemudian hendaklah digerakkan dari otak ke bahu kanan sambil menyebut ILLA yang bererti Melainkan, lalu menghentakkan kalimah Itsbat iaitu ALLAH ke arah Latifah Qalb. Sewaktu menghentakkan kalimah ALLAH ke arah Qalb, hendaklah merasakan bahawa kesan hentakan itu mengenai kesemua Lataif di dalam tubuh badan.

Zikir yang sebanyak-banyaknya akan membawa seseorang Salik itu mencapai kepada kehadiran Zat Allah dalam kewujudan secara Zihni yakni di dalam pikiran. Salik hendaklah berzikir dalam setiap napas yang keluar dan masuk. Yad Kard merupakan amalan dipikiran yang bertujuan pikiran hendaklah sentiasa menggesa diri supaya sentiasa ingat kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan melakukan zikir bagi mengingati ZatNya. Pekerjaan berzikir mengingati Allah Subhanahu Wa Ta’ala adalah suatu amalan yang tiada batas dan had. Ianya boleh dikerjakan pada sebarang keadaan, masa dan tempat. Hendaklah sentiasa memperhatikan napas supaya setiap napas yang keluar dan masuk itu disertai ingatan terhadap Zat Allah Subhanahu Wa Ta’ala.


2. BAZ GASHT

Baz Gasht bererti kembali. Menurut Para Masyaikh, maksudnya ialah seseorang yang melakukan zikir dengan menggunakan lidah hati menyebut Allah Allah dan LA ILAHA ILLA ALLAH, begitulah juga setelah itu hendaklah mengucapkan di dalam hati dengan penuh khusyuk dan merendahkan diri akan ucapan ini:

“Ilahi Anta Maqsudi, Wa Ridhoka Matlubi, A’tini Mahabbataka Wa Ma’rifataka”

Yang bererti, “Wahai Tuhanku Engkaulah maksudku dan keredhaanMu tuntutanku, kurniakanlah Cinta dan Makrifat ZatMu.”

Ianya merupakan ucapan Hadhrat Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, ucapan ini akan meningkatkan tahap kesedaran kepada kewujudan dan Keesaan Zat Tuhan, sehingga dia mencapai suatu tahap dimana segala kewujudan makhluk terhapus pada pandangan matanya. Apa yang dilihatnya walau ke mana jua dia memandang, yang dilihatnya hanyalah Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Ucapan kata-kata ini juga memberikan kita pengertian bahawa hanya Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang menjadi maksud dan matlamat kita dan tidak ada tujuan lain selain untuk mendapatkan keredhaanNya. Salik hendaklah mengucapkan kalimah ini bagi menghuraikan segala rahsia Keesaan Zat Tuhan dan supaya terbuka kepadanya keunikan hakikat Kehadiran Zat Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Sebagai murid, tidak boleh meninggalkan zikir kalimah ini meskipun tidak merasakan sebarang kesan pada hati. Dia hendaklah tetap meneruskan zikir kalimah tersebut sebagai menuruti anjuran Syeikhnya.

Makna Baz Gasht ialah kembali kepada Allah Yang Maha Tinggi Lagi Maha Mulia dengan menunjukkan penyerahan yang sempurna, mentaati segala kehendakNya dan merendahkan diri dengan sempurna dalam memuji ZatNya. Adapun lafaz Baz Gasht dalam bahasa Parsi seperti yang diamalkan oleh Para Akabirin Naqshabandiyah Mujaddidiyah adalah seperti berikut:

“Khudawandah, Maqsudi Man Tui Wa Ridhai Tu, Tarak Kardam Dunya Wa Akhirat Baraey Tu, Mahabbat Wa Ma’rifati Khud Badih.”

Yang bererti, “Tuhanku, maksudku hanyalah Engkau dan keredaanMu, telahku lepaskan Dunia dan Akhirat kerana Engkau, kurniakanlah Cinta dan Makrifat ZatMu.”

Pada permulaan, jika Salik sendiri tidak memahami hakikat kebenaran ucapan kata-kata ini, hendaklah dia tetap juga menyebutnya kerana menyebut kata-kata itu dengan hati yang khusyuk dan merendahkan diri akan menambahkan lagi pemahamannya dan secara sedikit demi sedikit Salik itu akan merasai hakikat kebenaran perkataan tersebut dan Insya Allah akan merasai kesannya. Hadhrat Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyatakan dalam doanya, “Ma Zakarnaka Haqqa Zikrika Ya Mazkur.” Yang bererti, “Kami tidak mengingatiMu dengan hak mengingatiMu secara yang sepatutnya, Wahai Zat yang sepatutnya diingati.”

Seseorang Salik itu tidak akan dapat hadir ke Hadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala menerusi zikirnya dan tidak akan dapat mencapai Musyahadah terhadap rahsia-rahsia dan sifat-sifat Allah Subhanahu Wa Ta’ala menerusi zikirnya jika dia tidak berzikir dengan sokongan dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan menerusi ingatan Allah Subhanahu Wa Ta’ala terhadap dirinya.

Seorang Salik itu tidak akan dapat berzikir dengan kemampuan dirinya bahkan dia hendaklah sentiasa menyedari bahawa Allah Subhanahu Wa Ta’ala lah yang sedang berzikir menerusi dirinya. Hadhrat Maulana Syeikh Abu Yazid Bistami Rahmatullah ‘alaih telah berkata, “Apabila daku mencapai ZatNya, daku melihat bahawa ingatanNya terhadap diriku mendahului ingatanku terhadap diriNya.”


3. NIGAH DASYAT

Nigah bererti menjaga, mengawasi, memelihara dan Dasyat pula bererti melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Maksudnya ialah seseorang Salik itu sewaktu melakukan zikir hendaklah sentiasa memelihara hati dari sebarang khatrah lintasan hati dan was-was Syaitan dengan bersungguh-sungguh. Jangan biarkan khayalan kedukaan memberi kesan kepada hati.

Setiap hari hendaklah melapangkan masa selama sejam ke dua jam ataupun lebih untuk memelihara hati dari segala ingatan selain Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Selain DiriNya, jangan ada sebarang khayalan pada pikiran dan hati. Lakukan latihan ini sehingga segala sesuatu selain Allah Subhanahu Wa Ta’ala, segala-galanya menjadi lenyap.

Nigah Dasyat juga bermakna seseorang Salik itu mesti memperhatikan hatinya dan menjaganya dengan menghindarkan sebarang ingatan yang buruk masuk ke dalam hati. Ingatan dan keinginan yang buruk akan menjauhkan hati dari kehadiran Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Kesufian yang sebenar adalah daya untuk memelihara hati dari ingatan yang buruk dan memeliharanya dari sebarang keinginan yang rendah. Seseorang yang benar-benar mengenali hatinya akan dapat mengenali Tuhannya. Di dalam Tariqat Naqshbandiyah ini, seseorang Salik yang dapat memelihara hatinya dari sebarang ingatan yang buruk selama 15 minit adalah merupakan suatu pencapaian yang besar dan menjadikannya layak sebagai seorang ahli Sufi yang benar.

Hadhrat Maulana Shah Ghulam ‘Ali Dehlawi Rahmatullah ‘alaih menyatakan di dalam kitabnya Idhahut Tariqah bahawa, “Nigah Dasyat adalah merupakan syarat ketika berzikir, bahawa ketika berzikir hendaklah menghentikan segala khayalan serta was-was dan apabila sebarang khayalan yang selain Allah terlintas di dalam hati maka pada waktu itu juga hendaklah dia menjauhkannya supaya khayalan Ghairullah tidak menduduki hati.”

Hadhrat Maulana Syeikh Abul Hassan Kharqani Rahmatullah ‘alaih pernah berkata, “Telah berlalu 40 tahun dimana Allah sentiasa melihat hatiku dan telah melihat tiada sesiapa pun kecuali DiriNya dan tiada ruang bilik di dalam hatiku untuk selain dari Allah.”

Hadhrat Syeikh Abu Bakar Al-Qittani Rahmatullah ‘alaih pernah berkata, “Aku menjadi penjaga di pintu hatiku selama 40 tahun dan aku tidak pernah membukanya kepada sesiapa pun kecuali Allah Subhanahu Wa Ta’ala sehinggakan hatiku tidak mengenali sesiapapun kecuali Allah Subhanahu Wa Ta’ala.”

Seorang Syeikh Sufi pernah berkata, “Oleh kerana aku telah menjaga hatiku selama sepuluh malam, hatiku telah menjagaku selama dua puluh tahun.”


4. YAD DASYAT

Yad Dasyat bererti mengingati Allah Subhanahu Wa Ta’ala dengan bersungguh-sungguh dengan Zauq Wijdani sehingga mencapai Dawam Hudhur yakni kehadiran Zat Allah secara kekal berterusan dan berada dalam keadaan berjaga-jaga memperhatikan limpahan Faidhz dari sisi Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Kesedaran ini diibaratkan sebagai Hudhur Bey Ghibat dan merupakan Nisbat Khassah Naqshbandiyah.

Yad Dasyat juga bermakna seseorang yang berzikir itu memelihara hatinya pada setiap penafian dan pengitsbatan di dalam setiap napas tanpa meninggalkan Kehadiran Zat Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Ianya menghendaki agar Salik memelihara hatinya di dalam Kehadiran Kesucian Zat Allah Subhanahu Wa Ta’ala secara berterusan. Ini untuk membolehkannya agar dapat merasai kesedaran dan melihat Tajalli Cahaya Zat Yang Esa atau disebut sebagai Anwaruz-Zatil-Ahadiyah.

Menurut Hadhrat Maulana Shah Ghulam ‘Ali Dehlawi Rahmatullah ‘alaih, Yad Dasyat merupakan istilah Para Sufi bagi menerangkan keadaan maqam Syuhud atau Musyahadah yang juga dikenali sebagai ‘Ainul Yaqin atau Dawam Hudhur dan Dawam Agahi.

Di zaman para Sahabat Ridhwanullah ‘Alaihim Ajma’in ianya disebut sebagai Ihsan. Ia merupakan suatu maksud di dalam Tariqah Naqshbandiyah Mujaddidiyah bagi menghasilkan Dawam Hudhur dan Dawam Agahi dengan Hadhrat Zat Ilahi Subhanahu Wa Ta’ala dan di samping itu berpegang dengan ‘Aqidah yang sahih menurut Ahlus Sunnah Wal Jama’ah dan melazimkan diri beramal menuruti Sunnah Nabawiyah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Jika Salik tidak memiliki ketiga-tiga sifat ini iaitu tetap mengingati Zat Ilahi, beri’tiqad dengan ‘Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama’ah dan menuruti Sunnah Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ataupun meninggalkan salah satu darinya maka dia adalah terkeluar dari jalan Tariqat Naqshbandiyah, Na’uzu Billahi Minha!


5. HOSH DAR DAM

Hosh bererti sedar, Dar bererti dalam dan Dam bererti napas, yakni sedar dalam napas. Seseorang Salik itu hendaklah berada dalam kesedaran bahawa setiap napasnya yang keluar masuk mestilah beserta kesedaran terhadap Kehadiran Zat Allah Ta’ala. Jangan sampai hati menjadi lalai dan leka dari kesedaran terhadap Kehadiran Zat Allah Ta’ala. Dalam setiap napas hendaklah menyedari kehadiran ZatNya.

Menurut Hadhrat Khwajah Maulana Syeikh Abdul Khaliq Al-Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih bahawa, “Seseorang Salik yang benar hendaklah menjaga dan memelihara napasnya dari kelalaian pada setiap kali masuk dan keluarnya napas serta menetapkan hatinya sentiasa berada dalam Kehadiran Kesucian ZatNya dan dia hendaklah memperbaharukan napasnya dengan ibadah dan khidmat serta membawa ibadah ini menuju kepada Tuhannya seluruh kehidupan, kerana setiap napas yang disedut dan dihembus beserta KehadiranNya adalah hidup dan berhubung dengan Kehadiran ZatNya Yang Suci. Setiap napas yang disedut dan dihembus dengan kelalaian adalah mati dan terputus hubungan dari Kehadiran ZatNya Yang Suci.”

Hadhrat Khwajah Maulana Syeikh ‘Ubaidullah Ahrar Rahmatullah ‘alaih berkata, “Maksud utama seseorang Salik di dalam Tariqah ini adalah untuk menjaga napasnya dan seseorang yang tidak dapat menjaga napasnya dengan baik maka dikatakan kepadanya bahawa dia telah kehilangan dirinya.”

Hadhrat Syeikh Abul Janab Najmuddin Al-Kubra Rahmatullah ‘alaih berkta dalam kitabnya Fawatihul Jamal bahawa, “Zikir adalah sentiasa berjalan di dalam tubuh setiap satu ciptaan Allah sebagai memenuhi keperluan napas mereka biarpun tanpa kehendak sebagai tanda ketaatan yang merupakan sebahagian dari penciptaan mereka. Menerusi pernapasan mereka, bunyi huruf ‘Ha’ dari nama Allah Yang Maha Suci berada dalam setiap napas yang keluar masuk dan ianya merupakan tanda kewujudan Zat Yang Maha Ghaib sebagai menyatakan Keunikan dan Keesaan Zat Tuhan. Maka itu amatlah perlu berada dalam kesedaran dan hadir dalam setiap napas sebagai langkah untuk mengenali Zat Yang Maha Pencipta.”

Nama Allah yang mewakili kesemua Sembilan Puluh Sembilan Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah dan Af’alNya adalah terdiri dari empat huruf iaitu Alif, Lam, Lam dan Ha.

Para Sufi berkata bahawa Zat Ghaib Mutlak adalah Allah Yang Maha Suci lagi Maha Mulia KetinggianNya dan DiriNya dinyatakan menerusi huruf yang terakhir dari Kalimah Allah iaitu huruf Ha. Huruf tersebut apabila ditemukan dengan huruf Alif akan menghasilkan sebutan Ha yang memberikan makna “Dia Yang Ghaib” sebagai kata ganti diri. Bunyi sebutan Ha itu sebagai menampilkan dan menyatakan bukti kewujudan Zat DiriNya Yang Ghaib Mutlak (Ghaibul Huwiyyatil Mutlaqa Lillahi ‘Azza Wa Jalla). Huruf Lam yang pertama adalah bermaksud Ta‘arif atau pengenalan dan huruf Lam yang kedua pula adalah bermaksud Muballaghah yakni pengkhususan. Menjaga dan memelihara hati dari kelalaian akan membawa seseorang itu kepada kesempurnaan Kehadiran Zat, dan kesempurnaan Kehadiran Zat akan membawanya kepada kesempurnaan Musyahadah dan kesempurnaan Musyahadah akan membawanya kepada kesempurnaan Tajalli Sembilan Puluh Sembilan Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah. Seterusnya Allah akan membawanya kepada penzahiran kesemua Sembilan Puluh Sembilan Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah dan Sifat-SifatNya yang lain kerana adalah dikatakan bahawa Sifat Allah itu adalah sebanyak napas-napas manusia.

Hadhrat Shah Naqshband Rahmatullah ‘alaih menegaskan bahawa hendaklah mengingati Allah pada setiap kali keluar masuk napas dan di antara keduanya yakni masa di antara udara disedut masuk dan dihembus keluar dan masa di antara udara dihembus keluar dan disedut masuk. Terdapat empat ruang untuk diisikan dengan Zikrullah. Amalan ini disebut Hosh Dar Dam yakni bezikir secara sedar dalam napas. Zikir dalam pernapasan juga dikenali sebagai Paas Anfas di kalangan Ahli Tariqat Chistiyah.

Hadhrat Shah Naqshband Rahmatullah ‘alaih berkata, “Tariqat ini dibina berasaskan napas, maka adalah wajib bagi setiap orang untuk menjaga napasnya pada waktu menghirup napas dan menghembuskan napas dan seterusnya menjaga napasnya pada waktu di antara menghirup dan menghembuskan napas.”

Udara Masuk - Allah Allah Antara - Allah Allah Udara Keluar - Allah Allah Antara - Allah Allah

Perlu diketahui bahawa menjaga napas dari kelalaian adalah amat sukar bagi seseorang Salik, lantaran itu mereka hendaklah menjaganya dengan memohon Istighfar yakni keampunan kerana memohon Istighfar akan menyucikan hatinya dan mensucikan napasnya dan menyediakan dirinya untuk menyaksikan Tajalli penzahiran manifestasi Allah Subhanahu Wa Ta’ala di mana-mana jua.


6. NAZAR BAR QADAM

Nazar bererti memandang, Bar bererti pada, dan Qadam pula bererti kaki. Seseorang Salik itu ketika berjalan hendaklah sentiasa memandang ke arah kakinya dan jangan melebihkan pandangannya ke tempat lain dan setiap kali ketika duduk hendaklah sentiasa memandang ke hadapan sambil merendahkan pandangan. Jangan menoleh ke kiri dan ke kanan kerana ianya akan menimbulkan fasad yang besar dalam dirinya dan akan menghalangnya dari mencapai maksud.

Nazar Bar Qadam bermakna ketika seseorang Salik itu sedang berjalan, dia hendaklah tetap memperhatikan langkah kakinya. Di mana jua dia hendak meletakkan kakinya, matanya juga perlu memandang ke arah tersebut. Tidak dibolehkan baginya melemparkan pandangannya ke sana sini, memandang kiri dan kanan ataupun di hadapannya kerana pandangan yang tidak baik akan menghijabkan hatinya.

Kebanyakan hijab-hijab di hati itu terjadi kerana bayangan gambaran yang dipindahkan dari pandangan penglihatan mata ke otak sewaktu menjalani kehidupan seharian. Ini akan mengganggu hati dan menimbulkan keinginan memenuhi berbagai kehendak hawa nafsu seperti yang telah tergambar di ruangan otak. Gambaran-gambaran ini merupakan hijab-hijab bagi hati dan ianya menyekat Cahaya Kehadiran Zat Allah Yang Maha Suci.

Kerana itulah Para Masyaikh melarang murid mereka yang telah menyucikan hati mereka menerusi zikir yang berterusan dari memandang ke tempat yang selain dari kaki mereka. Hati mereka ibarat cermin yang menerima dan memantulkan setiap gambaran dengan mudah. Ini akan mengganggu mereka dan akan menyebabkan kekotoran hati.

Maka itu, Salik diarahkan agar merendahkan pandangan supaya mereka tidak terkena panahan dari panahan Syaitan. Merendahkan pandangan juga menjadi tanda kerendahan diri. Orang yang bongkak dan sombong tidak memandang ke arah kaki mereka ketika berjalan. Ia juga merupakan tanda bagi seseorang yang menuruti jejak langkah Hadhrat Baginda Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang mana Hadhrat Baginda Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ketika berjalan tidak menoleh ke kiri dan ke kanan tetapi Hadhrat Baginda Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam hanya melihat ke arah kakinya, bergerak dengan pantas menuju ke arah destinasinya. Pengertian batin yang dituntut dari prinsip ini ialah supaya Salik bergerak dengan laju dan pantas dalam melakukan perjalanan suluk, yang mana apa jua maqam yang terpandang olehnya maka dengan secepat yang mungkin kakinya juga segera sampai pada kedudukan maqam tersebut. Ia juga menjadi tanda ketinggian darjat seseorang yang mana dia tidak memandang kepada sesuatu pun kecuali Tuhannya. Sepertimana seseorang yang hendak lekas menuju kepada tujuannya, begitulah seorang Salik yang menuju Kehadhrat Tuhan hendaklah lekas-lekas bergerak, dengan cepat dan pantas, tidak menoleh ke kiri dan ke kanan, tidak memandang kepada hawa nafsu duniawi sebaliknya hanya memandang ke arah mencapai Kehadiran Zat Tuhan Yang Suci.

Hadhrat Maulana Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani Syeikh Ahmad Faruqi Sirhindi Rahmatullah ‘alaih telah berkata dalam suratnya yang ke-259 di dalam Maktubat, “Pandangan mendahului langkah dan langkah menuruti pandangan. Mi’raj ke maqam yang tinggi didahului dengan pandangan Basirah kemudian diikuti dengan langkah. Apabila langkah telah mencapai Mi’raj tempat yang dipandang, maka kemudian pandangan akan diangkat ke suatu maqam yang lain yang mana langkah perlu menurutinya. Kemudian pandangan akan diangkat ke tempat yang lebih tinggi dan langkah akan menurutinya. Begitulah seterusnya sehingga pandangan mencapai maqam kesempurnaan yang mana langkahnya akan diberhentikan. Kami katakan bahawa, apabila langkah menuruti pandangan, murid telah mencapai maqam kesediaan untuk menuruti jejak langkah Hadhrat Baginda Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Jejak langkah Hadhrat Baginda Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam adalah merupakan sumber asal bagi segala langkah.”

Hadhrat Shah Naqshband Rahmatullah ‘alaih berkata, “Jika kita memandang kesalahan sahabat-sahabat, kita akan ditinggalkan tanpa sahabat kerana tiada seorang juapun yang sempurna.”


7. SAFAR DAR WATAN

Safar bererti menjelajah, berjalan atau bersiar, Dar bererti dalam dan Watan bererti kampung. Safar Dar Watan bermakna bersiar-siar dalam kampung dirinya yakni kembali berjalan menuju Tuhan. Seseorang Salik itu hendaklah menjelajah dari dunia ciptaan kepada dunia Yang Maha Pencipta.

Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang mafhumnya, “Daku sedang menuju Tuhanku dari suatu hal keadaan ke suatu hal keadaan yang lebih baik dan dari suatu maqam ke suatu maqam yang lebih baik.”

Salik hendaklah berpindah dari kehendak hawa nafsu yang dilarang kepada kehendak untuk berada dalam Kehadiran ZatNya. Dia hendaklah berusaha meninggalkan segala sifat-sifat Basyariyah (Kemanusiawian) yang tidak baik dan meningkatkan dirinya dengan sifat-sifat Malakutiyah (Kemalaikatan) yang terdiri dari sepuluh maqam iaitu:

[1] Taubat [2] Inabat [3] Sabar [4] Syukur [5] Qana’ah [6] Wara’ [7] Taqwa [8] Taslim [9] Tawakkal [10] Redha.

Para Masyaikh membahagikan perjalanan ini kepada dua kategori iaitu Sair Afaqi yakni Perjalanan Luaran dan Sair Anfusi yakni Perjalanan Dalaman. Perjalanan Luaran adalah perjalanan dari suatu tempat ke suatu tempat mencari seorang pembimbing Ruhani yang sempurna bagi dirinya dan akan menunjukkan jalan ke tempat yang dimaksudkannya. Ini akan membolehkannya untuk memulakan Perjalanan Dalaman.

Seseorang Salik apabila dia sudah menemui seorang pembimbing Ruhani yang sempurna bagi dirinya adalah dilarang dari melakukan Perjalanan Luaran. Pada Perjalanan Luaran ini terdapat berbagai kesukaran yang mana seseorang yang baru menuruti jalan ini tidak dapat tidak, pasti akan terjerumus ke dalam tindakan yang dilarang, kerana mereka adalah lemah dalam menunaikan ibadah mereka.

Perjalanan yang bersifat dalaman pula mengkehendakkan agar seseorang Salik itu meninggalkan segala tabiat yang buruk dan membawa adab tertib yang baik ke dalam dirinya serta mengeluarkan dari hatinya segala keinginan Duniawi. Dia akan diangkat dari suatu maqam yang kotor zulmat ke suatu maqam kesucian. Pada waktu itu dia tidak perlu lagi melakukan Perjalanan Luaran. Hatinya telah dibersihkan dan menjadikannya tulin seperti air, jernih seperti kaca, bersih bagaikan cermin lalu menunjukkannya hakikat setiap segala suatu urusan yang penting dalam kehidupan sehariannya tanpa memerlukan sebarang tindakan yang bersifat luaran bagi pihak dirinya. Di dalam hatinya akan muncul segala apa yang diperlukan olehnya dalam kehidupan ini dan kehidupan mereka yang berada di sampingnya.

Hadhrat Maulana Shah Ghulam ‘Ali Dehlawi Rahmatullah ‘alaih telah berkata, “Ketahuilah bahawa apabila hati tertakluk dengan sesuatu selain Allah dan khayalan yang buruk menjadi semakin kuat maka limpahan Faidhz Ilahi menjadi sukar untuk dicapai oleh Batin. Jesteru itu dengan kalimah LA ILAHA hendaklah menafikan segala akhlak yang buruk itu sebagai contohnya bagi penyakit hasad, sewaktu mengucapkan LA ILAHA hendaklah menafikan hasad itu dan sewaktu mengucapkan ILLA ALLAH hendaklah mengikrarkan cinta dan kasih sayang di dalam hati. Begitulah ketika melakukan zikir Nafi Itsbat dengan sebanyak-banyaknya lalu menghadap kepada Allah dengan rasa hina dan rendah diri bagi menghapuskan segala keburukan diri sehinggalah keburukan dirinya itu benar-benar terhapus. Begitulah juga terhadap segala rintangan Batin, ianya perlu disingkirkan supaya terhasilnya Tasfiyah dan Tazkiyah. Latihan ini merupakan salah satu dari maksud Safar Dar Watan.”


8. KHALWAT DAR ANJUMAN

Khalwat bererti bersendirian dan Anjuman bererti khalayak ramai, maka pengertiannya ialah bersendirian dalam keramaian. Maksudnya pada zahir, Salik bergaul dengan manusia dan pada batinnya dia kekal bersama Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Terdapat dua jenis khalwat iaitu Khalwat Luaran atau disebut sebagai Khalwat Saghir yakni khalwat kecil dan Khalwat Dalaman atau disebut sebagai Khalwat Kabir yang bermaksud khalwat besar atau disebut sebagai Jalwat. Khalwat Luaran menghendaki Salik agar mengasingkan dirinya di tempat yang sunyi dan jauh dari kesibukan manusia. Secara bersendirian Salik menumpukan kepada Zikirullah dan Muraqabah untuk mencapai penyaksian Kebesaran dan Keagungan Kerajaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Apabila sudah mencapai fana menerusi zikir pikir dan semua deria luaran difanakan, pada waktu itu deria dalaman bebas meneroka ke Alam Kebesaran dan Keagungan Kerajaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Ini seterusnya akan membawa kepada Khalwat Dalaman.

Khalwat Dalaman bermaksud berkhalwat dalam kesibukan manusia. Hati Salik hendaklah sentiasa hadir ke Hadhrat Tuhan dan hilang dari makhluk sedang jasmaninya sedang hadir bersama mereka. Dikatakan bahawa seseorang Salik yang Haq sentiasa sibuk dengan zikir khafi di dalam hatinya sehinggakan jika dia masuk ke dalam majlis keramaian manusia, dia tidak mendengar suara mereka. Kerana itu ianya dinamakan Khalwat Kabir dan Jalwat yakni berzikir dalam kesibukan manusia. Keadaan berzikir itu mengatasi dirinya dan penzahiran Hadhrat Suci Tuhan sedang menariknya membuatkannya tidak menghiraukan segala sesuatu yang lain kecuali Tuhannya. Ini merupakan tingkat khalwat yang tertinggi dan dianggap sebagai khalwat yang sebenar seperti yang dinyatakan dalam ayat Al-Quran Surah An-Nur ayat 37:

Para lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak pula oleh jual beli dari mengingati Allah, dan dari mendirikan sembahyang, dan dari membayarkan zakat, mereka takut kepada suatu hari yang hati dan penglihatan menjadi goncang.

"Rijalun La Tulhihim Tijaratun Wala Bay’un ‘An Zikrillah," bermaksud para lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan jual beli dari mengingati Allah. Inilah merupakan jalan Tariqat Naqshbandiyah. Hadhrat Khwajah Shah Bahauddin Naqshband Qaddasallahu Sirrahu telah ditanyakan orang bahawa apakah yang menjadi asas bagi Tariqatnya?

Beliau menjawab, “Berdasarkan Khalwat Dar Anjuman, yakni zahir berada bersama Khalaq dan batin hidup bersama Haq serta menempuh kehidupan dengan menganggap bahawa Khalaq mempunyai hubungan dengan Tuhan. Sebagai Salik dia tidak boleh berhenti dari menuju kepada maksudnya yang hakiki.”

Sepertimana mafhum sabdaan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, “Padaku terdapat dua sisi. Satu sisiku menghadap ke arah Penciptaku dan satu sisi lagi menghadap ke arah makhluk ciptaan.”

Hadhrat Shah Naqshband Rahmatullah ‘alaih berkata, “Tariqatuna As-Suhbah Wal Khayru Fil Jam’iyyat.” Yang bererti, “Jalan Tariqah kami adalah dengan cara bersahabat dan kebaikan itu dalam jemaah Jam’iyat.”

Khalwat yang utama di sisi Para Masyaikh Naqshbandiyah adalah Khalwat Dalaman kerana mereka sentiasa berada bersama Tuhan mereka dan pada masa yang sama mereka berada bersama dengan manusia. Adalah dikatakan bahawa seseorang beriman yang dapat bercampur gaul dengan manusia dan menanggung berbagai masaalah dalam kehidupan adalah lebih baik dari orang beriman yang menghindarkan dirinya dari manusia.

Hadhrat Imam Rabbani Rahmatullah ‘alaih telah berkata, “Perlulah diketahui bahawa Salik pada permulaan jalannya mungkin menggunakan khalwat luaran untuk mengasingkan dirinya dari manusia, beribadat dan bertawajjuh kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala sehingga dia mencapai tingkat darjat yang lebih tinggi. Pada waktu itu dia akan dinasihatkan oleh Syeikhnya seperti kata-kata Sayyid Al-Kharraz Rahmatullah ‘alaih iaitu kesempurnaan bukanlah dalam mempamerkan karamah yang hebat-hebat tetapi kesempurnaan yang sebenar ialah untuk duduk bersama manusia, berjual beli, bernikah kahwin dan mendapatkan zuriat dan dalam pada itu sekali-kali tidak meninggalkan Kehadiran Allah walaupun seketika.”

Hadhrat Shah ‘Abdullah Ghulam ‘Ali Dehlawi Rahmatullah ‘alaih berkata, “Daripada masamu, jangan ada sebarang waktu pun yang engkau tidak berzikir dan bertawajjuh serta mengharapkan Kehadiran Allah Ta’ala dan bertemulah dengan manusia dan berzikirlah walaupun berada di dalam keramaian dan sentiasa berjaga-jaga memperhatikan limpahan Allah.”

Berkata Penyair, "Limpahan Faidhz Al-Haq datang tiba-tiba tetapi hatiku memperhatikan waridnya, Biarpun di waktu sekali kerdipan mata namun diriku sekali-kali tidak leka, Boleh jadi Dia sedang memperhatikanmu dan dikau tidak memperhatikannya."

Hal keadaan ini dinamakan Khalwat Dar Anjuman iaitu Kainun Haqiqat Wa Bainun Surat yakni hakikat dirinya berzama Zat Tuhan dan tubuh badan bersama makhluk ciptaan Tuhan. Masyaikh menggelarkannya sebagai Sufi Kain Bain. Kelapan-lapan asas Tariqat ini diperkenalkan oleh Hadhrat Khwajah Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih dan menjadi ikutan 40 Tariqat yang lain dan sehingga ke hari ini menjadi asas yang teguh untuk seseorang hamba Allah kembali menuju kepada Tuhannya.

Hadhrat Shah Naqshband Rahmatullah ‘alaihi telah menerima kelapan-lapan asas Tariqat ini dari Hadhrat Khwajah Abdul Khaliq Ghujduwani dan beliau telah menambahkan tiga asas Tariqat iaitu Wuquf Qalbi, Wuquf ‘Adadi dan Wuquf Zamani menjadikannya sebelas asas.

Hosh Dar Dam Khalwat Dar Anjuman; Yad Kard Yad Dasyat. Nazar Bar Qadam Safar Dar Watan; Baz Gasht Nigah Dasyat.

Sentiasalah sedar dalam napas ketika berkhalwat bersama khalayak; Kerjakanlah Zikir dan ingatlah ZatNya dengan bersungguh-sungguh. Perhatikan setiap langkah ketika bersafar di dalam kampung; Sekembalinya dari merayau, perhatikanlah limpahan Ilahi bersungguh-sungguh.

Wuquf Qalbi Wuquf ‘Adadi, Wuquf Zamani Bi Dawam Agahi.

Ingatlah Allah tetap pada hati, bilangan dan masa dengan sentiasa sedar berjaga-jaga.


TAMBAHAN SHAH NAQSHBAND

HADHRAT Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih merupakan Imam bagi Tariqat Naqshbandiyah dan seorang Mahaguru Tariqat yang terkemuka. Ia telah mengukuhkan lagi jalan ini dengan tiga prinsip penting dalam Zikir Khafi sebagai tambahan kepada lapan prinsip asas yang telah dikemukakan oleh Hadhrat Khwajah Khwajahgan Syeikh ‘Abdul Khaliq Al-Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih iaitu:

1. WUQUF QALBI

Mengarahkan penumpuan terhadap hati dan hati pula mengarahkan penumpuan terhadap Allah Subhanahu Wa Ta’ala pada setiap masa dan keadaan. Sama ada dalam keadaan berdiri, berbaring, berjalan mahupun duduk. Hendaklah bertawajjuh kepada hati dan hati pula tetap bertawajjuh ke Hadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Wuquf Qalbi merupakan syarat bagi zikir.

Kedudukan Qalbi ini adalah pada kedudukan dua jari di bawah tetek kiri dan kedudukan ini hendaklah sentiasa diberikan penumpuan dan Tawajjuh. Bayangan limpahan Nur dari Allah hendaklah sentiasa kelihatan melimpah pada Qalbi dalam pandangan batin.

Ini merupakan suatu kaedah Zikir Khafi yakni suatu bentuk zikir yang tersembunyi dan tidak diketahui oleh Para Malaikat. Ia merupakan suatu kaedah zikir yang rahsia.

2. WUQUF ‘ADADI

Sentiasa memperhatikan bilangan ganjil ketika melakukan zikir Nafi Itsbat. Zikir Nafi Itsbat ialah lafaz LA ILAHA ILLA ALLAH dan dilakukan di dalam hati menurut kaifiyatnya. Dalam melakukan zikir Nafi Itsbat ini, Salik hendaklah sentiasa mengawasi bilangan zikir Nafi Itsbatnya itu dengan memastikannya dalam jumlah bilangan yang ganjil iaitu 7 atau 9 atau 19 atau 21 atau 23 atau sebarang bilangan yang ganjil.

Menurut Para Masyaikh, bilangan ganjil mempunyai rahsia yang tertentu kerana Allah adalah Ganjil dan menyukai bilangan yang ganjil dan ianya akan menghasilkan ilmu tentang Rahsia Allah Ta’ala. Menurut Hadhrat Shah Naqshband Rahmatullah ‘alaih, “Memelihara bilangan di dalam zikir adalah langkah pertama dalam menghasilkan Ilmu Laduni.”

Memelihara bilangan bukanlah untuk jumlahnya semata-mata bahkan ianya untuk memelihara hati dari ingatan selain Allah dan sebagai asbab untuk memberikan lebih penumpuan dalam usahanya untuk menyempurnakan zikir yang telah diberikan oleh Guru Murshidnya.

3. WUQUF ZAMANI

Setiap kali selepas menunaikan Solat, hendaklah bertawajjuh kepada hati dan sentiasa memastikan hati dalam keadaan bertawajjuh kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Lakukan selama beberapa minit sebelum bangkit dari tempat Solat. Kemudian setelah selang beberapa jam hendaklah menyemak semula keadaan hati bagi memastikannya sentiasa dalam keadaan mengingati Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Apabila seseorang Murid itu telah naik ke peringkat menengah dalam bidang Keruhanian maka dia hendaklah selalu memeriksa keadaan hatinya sekali pada tiap-tiap satu jam untuk mengetahui sama ada dia ingat ataupun lalai kepada Allah dalam masa-masa tersebut. Jika dia lalai maka hendaklah dia beristighfar dan berazam untuk menghapuskan kelalaian itu pada masa akan datang sehinggalah dia mencapai peringkat Dawam Hudhur atau Dawam Agahi iaitu peringkat hati yang sentiasa hadir dan sedar ke Hadhrat ZatNya.

Ketiga-tiga prinsip ini adalah tambahan dari Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih dalam membimbing sekelian para murid dan pengikutnya dan terus menjadi amalan yang tetap dalam Tariqat Naqshbandiyah.

SUMBER : http://id.wikipedia.org/wiki/Tarekat_Naqsyabandiyah

TRIBUTE : SHEIKH MAULANA BAHAUDDIN NAQSHABANDIYYAH