Sunday, February 5, 2012

Maulidur Rasul Suatu Rahmat Untuk Ummat....


Selawat dan salam kuucapkan buat Rasulullah Habibullah SAW, kekasihku dunia akhirat....
Meskipun diri ku yang tidak sempurna ini......
Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim, bantulah kami.....
Permudahkanlah akan
segala urusan dunia dan akhirat kami......
Berkatilah kami, sebagaimana engkau berkahi Baginda SAW....

Ya Rasulullah, ingatilah wajahku kelak di Mashar,
meskipun diri bergelumang dosa.....
penuh dengan aib dan noda.....
kerna,
sekiranya engkau melupai wajah ku....
dan tidak kenal diriku di sana kelak.....
maka,
termasuklah aku di kalangan golongan merugi....
yang tidak dapat menerima.....
syafaahmu kelak.

Ya Allah, Ya Rasulullah SAW,
dua nama,
yang tiada berpisah....
saling kenal mengenali....
antara satu sama yang lain...
Di hari mulia ini Ya Allah.....
aku mohon,
satukanlah hatiku kepada baginda SAW.....
dan jadikanlah hatiku yang kotor.....
lunak ya Allah.

Hadirkanlah cinta kepada baginda dalam Qalbuku...
sebagaimana cinta baginda.....
terhadap ummah....
yang tiada berbelah bagi.....
hinggalah ke hari Akhirat kelak.....
Semoga sahaja....
shafaah dan rahmah Nur Muhammad SAW....
meliputi diri ini dan kita semua.....
Ummah Islam......
Amiin.


Sempena jatuhnya hari Ahad semalam iaitu tanggal 5hb Feb. 2012 sebagai hari Maulidur Rasul 1433 H, maka saya telah menghasilkan suatu nukilan perasaan kepada baginda SAW, semoga kita semua berada di bawah naungan panji Rasulullah SAW.



















Hasil Nukilan : Sidi Rijjal