Tanpa ragu-ragu lagi, seorang demi seorang orang-orang yang dikasihi orang lain, dan para wali-wali, alim ulama' dan kekasih-kekasih syurgawi kembali ke rahmatullah. Tahun lepas sahaja baru sahaja rasanya kita dikejutkan dengan kewafatan Sheikh Abah Anom Suryalaya, Murshid Toriq Naqshbandi-Qodiriyah.
Mata tidak lagi dapat mencucur air mata, hati tidak dapat lagi menyata rasa yang bagaimana, igauan bayangan wajahnya beberapa kali ter'flash' dalam jiwa. Seolah-olah suatu suratan "LOH MAHFUZ AGUNG" menggemakan akan peristiwa hakikah ini.
Ampunkan aku Maulana, Sheikh Raja, kerana tidak dapat menuruti diri muliamu dari segi perbuatan, zikir yang berkekalan mahupun dari segi cara ikutan Rasul SAW mulia.
Pada hakikatnya, baginda hanya mengalami 'tidur yang panjang' dan menghadap Allah SWT serta kekasih kami semua Rasulullah SAW yang memerintah alam maya ini sahaja. Semoga ruh Almarhum dicucuri rahmat Allah SWT dan ditinggikan maqam kedudukan di sisi Allah SWT.
"Innallillah hi wa inna ilaihi roji'un"
-Al-Fatihah........
Nukilan : Sidi Rijjal Al-Haqaiq
Pemergian almarhum kehilangan besar kepada golongan spiritual Islam di Malaysia. Almarhum adalah khalifah Tariqat Naqsyabandiah wilayah Asia Tenggara. Al-Fatihah
Al Fatehah!
ReplyDelete"Innallillah hi wa inna ilaihi roji'un" Al-Fatihah untuk Al-Marhum The Prince.Semoga rohnya ditempatkan diantara kekasih2 Allah swt dan juga Semoga ruh Almarhum dicucuri rahmat Allah SWT dan ditinggikan maqam kedudukan di sisi Allah SWT.Saya : Mansor Haji Abdul Ghani.
ReplyDeleteInnalillah
ReplyDeleteSesungguhnya kita kehilangan 2 Permata besar dalam dunia Tasauf... iaitu Abah Anom dan Al Marhum.
ReplyDeletePengakhiran sebuah era....dan permulaan tanda tanda era baru dalam dunia Tasauf
semoga roh beliau dicucuri rahmat, insyallah amin.
ReplyDeleteAlfatihah.
ReplyDeleteAL FATIHAH..........SEKALI LAGI........BELIAU SEPERTI BERADU DALAM GAMBAR BELIAU DI PEMBARINGAN TERAKHIR........ALHAMDULILLAH........
ReplyDeleteSMOGA KTA AKAN BERJAYA DALAM TAUBAT DAN MEMPERBAIKI AMAL KITA, SEMOGA MENCAPAI YANG HAQ..
ReplyDelete