Assalamualaikum, dan salam sejahtera kepada sekalian peminat dan pengikut blog yang mengikuti setiap perkembangan penulisanku ini......
Maaf kuucap kepada anda sekalian, kerana memandangkan aku sibuk beraya di kampungku, maka lama aku tidak menulis di blog ini. Sepatutnya, post ini kutulis semalam tetapi aku terlupa dan mungkin agak terkejut dengan pemergian ke alam baka salah seorang Sheikh Tariqat Agung di Indonesia yang tidak dapat dicari tolok gantinya iaitu ABAH ANOM, salah seorang karakter dunia yang sangat kusanjung2 sebagai seorang yang sangat Taqarrub dalam mendekatkan diri padaNya. Semoga ALLAH mencucurkan RAHMAT-NYA yang tidak berbatas.......AL-FATIHAH..........
Maka, tahun demi tahun, bulan demi bulan, hari demi hari, dan detik demi detik, kita telah semakin menghampiri penghujung zaman yang mana kita sendiri dapat melihat natijahnya di atas muka bumi kita ini sendiri. Hari Raya Aidilfitri juga melalui yang serupa. Tahun demi tahun telah berlalu Ramadhan dan Syawal, silih berganti. Hari ini, kalau kita tengok betul-betul, pada hakikatnya, semangat Aidilfitri sepertimana yang dikehendaki Islam semakin zaman semakin kurang 'mutu'nya dan SPIRITnya. Zaman dahulu, Hari Raya je, mestilah orang akan mula balik ke kampung dan selain itu menziarahi pula jiran-jiran dan sanak saudara. Penulis masih ingat ketika zaman kecil-kecil, Aidilfitri adalah hari yang sangat ditunggu-tunggu dan segalanya kelihatan seolah-olah sangat "BLESSED".
Tapi apa kan daya, sekarang ni, aku rasa, SEMANGAT raya dah makin pudar dan hilang. Bila kita lihat, hari ini, Hari Raya masuk 'aje', pasti kita akan disajikan dengan siaran televisyen yang berbentuk hedonisme sehingga ramai kalangan umat Islam yang lebih suka beraya di rumah sahaja. Mereka mengabaikan untuk beraya ke rumah jiran dan sanak saudara. Ada juga orang yang menggunakan Hari Raya untuk berlibur dan berhibur semata-mata tanpa pengisian iaitu bermaaf-maafan sesama saudara dan sebagainya....
Jadi pembaca-pembaca dan pengikut Blog sekalian, marilah kita saling maaf-bermaafan dan ziarah-menziarahi sesama kita di Bulan Syawal yang penuh mulia dan berkah ini, setelah Sebulan di bulan Ramadhan kita bertarung dengan nafsu dan serakah kita dengan berpuasa. Hidupkanlah kembali 'SPIRIT of HARI RAYA' di dalam sanubari kita dan berusahalah kalian untuk menjadi INSAN yang KAMIL dan SEMPURNA, dan paling tidak pun, hamba yang SOLEH dan BAIK.......
Semoga Allah SWT akan meRAHMATI kita semua....
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI-MAAF ZAHIR DAN BATIN"
Ikhlas Dari : Shahrizal Sidi Munthazzar(pengagung MAHDI AS-penegak SYARIAT AGUNG ZAHIR dan BATIN)
No comments:
Post a Comment