Friday, May 11, 2012


Mengenai Isu Bala di Bulan Safar dan Amalan Bulan Safar

Bulan Safar tiba lagi. Alhamdulillah...bagi para auliya' dan solihin mereka mengisi pelbagai program ibadah-ibadah sunnah. Amalan-amalan ini telah diamalkan oleh para ulama' silam dari dahulu hingga kini. Berikut al-faqir memuatkan beberapa amalan-amalan yang telah diamalkan oleh para ulama' sufi bagi jalan kami dengan merujuk kepada kitab FUTUHAT  karangan Syeikh Adnan Kabbani (qs) mukasurat 419 :
  
Dan daripada adab wazifah bagi murid itu hendaklah dia melazimi setiap hari melakukan beberapa perkara berikut di dalam bulan safar al-khair :

1)Syahadah (3x)
2)Istighfar (300x) 
3)Sedekah dan di niatkan tolak bala'
4)Membaca setiap hari Surah al-Fil (7x)
5) Ayatul Kursi (7x)

Dan adab wazifah bagi hari Rabu terakhir bulan Safar ialah membaca :
1) Syahadah (3x)
2) Istighfar (300x)
3) Ayatul Kursi (7x)
4) Surah al-Fil (7x)
5) terlebih afdhal pada petang atau siang hari Rabu terakhir bulan Safar tidak digalakkan keluar daripada tempat tinggal atau rumah (kecuali atas sebab mencari nafkah dan hal yang benar2 mustahak).


AMALAN-AMALAN PARA ULAMA' SUFI NUSANTARA DAHULU PADA BULAN SAFAR


1.                  Membaca doa berikut pada awal hari dan akhir arbia’ (hari rabu terakhir) pada bulan safar : 

 
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ. أَعُوْذُبِا اللهِ مِنْ شَرِّ هَذَا الزَّمَانِ وَأَهْلِهِ. وَأَعُوذُبِجَلاَلِكَ وَجَلاَلِ وَجْهِكَ وَكَمَالِ جَلاَلِ قُدْسِكَ أَنْ تُجِيْرَنِي وَوَالِدَيَّ وَأَوْلاَدِيْ وَأَهْلِي وَأَحِبَّائِي. وَمَا تُحِيْطُ شَفَقَّهُ قَلْبِي مِنْ شَرِّ هَذِهِ السَّنَةِ وَقِنِي شَرَّمَا قَضَيْتَ فِيْهَا. وَاصْرِفْ عَنِّي شَرَّ شَهْرِ صَفَرَ. يَا كَرِيْمَ النَّظَرِ وَاخْتِمْ لِيْ فِي هَذَا الشَّهْرِ وَالدَّهْرِ بِاالسَّلاَمَةِ وَالعَافِيَةِ وَالسَّعَادَةِ لِيْ  وَلِوَالِدَيَّ وَأَوْلاَدِيْ وَلِلأَهْلِيْ. وَمَا تُحُوْطُهُ شَفَقَّهُ قَلْبِيْ وَجَمِيْعِ الْمُسْلِمِيْنَ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ.


2.                  Membaca surah yaasin pada akhir arbia’ (hari rabu terakhir) pada bulan safar dan apabila sampai pada ayat سَلاَمٌ قَوْلاً مِّن رِّبِّ الرَّحِيْم  hendaklah di ulang-ulang sebanyak 313 kali. Kemudian berdoa dengan doa ini iaitu Selawat Munjiyat :


Kemudian berkata ia dengan doa ini :

اَللّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا شَرَّمَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَآءِ وَمَا يَخْرُجُ مِنَ الأَرْضِ. إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ.  

Kemudian berdoa ia dengan barang yang muhim (perkara-perkara penting yang dihajati) pada dunia dan akhirat dan meminta ia akan Allah akan ‘afiah dan salaamah (kesihatan dan keselamatan).

Bersambung pada bahagian ketiga, inshaAllah….
 
 
MENANGGAPI PERTIKAIAN PENDAPAT MENGENAI BALA' DALAM BULAN SAFAR

GAMBAR HIASAN : TOKOH ULUNG NUSANTARA 
'ALIM RABBANI SYEIKH DAUD AL-FATHANI (r.a)

CATATAN : SEGALA TULISAN INI AL-FAQIR SALIN SEMULA DENGAN SEDIKIT OLAHAN DARIPADA KITAB بدائع الزهور (Bada-i'uz Zuhur) - SEGUGUS BUNGA NAN INDAH KARYA AL-'ALIM AL-'ALLAMAH AZ-ZAKI SYEIKH WAN AHMAD BIN MUHAMMAD ZAIN AL-FATHANI YANG DI HIMPUN SEMULA OLEH ALMARHUM TUAN GURU HJ. WAN MJOHD SHAGHIR ABDULLAH. 

 Koleksi Khazanah Fathaniyah

Menurut setengah daripada kalangan 'Arif Billah daripada Ahlil Kasyaf wat Tamkin bahawa bala' itu turun pada tiap-tiap tahun sebanyak 320,000. Dan adalah semua bala' itu turun pada hari Rabu yang terakhir pada bulan Safar. Maka adalah hari itu ( hari Rabu terakhir pada bulan Safar) merupakan sepayah-payah segala hari di dalam setahun.

Mengenai hal ini Syeikh Ahmad al-Fathani memetik dari beberapa buah kitab yang di karang oleh ulama' sufi khasnya daripada kitab Fat-h al-Mulkil Majid yang beliau nyatakan pada bahagian mengenai ini dengan katanya;"Intaha Fat-h al-Mulkil Majid". Selain itu dalam hal yang sama beliau juga merujuk kepada kitab "Jawahir al-Khamis", seperti yang beliau nyatakan selanjutnya. Jika di lihat banyak kitab baik di dalam bahasa Arab mahupun bahasa Melayu yang menyebut perkara tersebut selain daripada sumber kitab di atas antaranya ialahAurad al-Khawajah Mughnid Din oleh Syeikh Kamil Fariduddin Syukur Kanji, Kitab al-Firdaus oleh Imam al-Buni, Kitab Mujarrabat oleh Syeikh Ahmad Dairobi as-Syafie.

                                             











Oleh kerana banyak kitab yang di tulis berkenaan perkara ini di dalam bahasa Arab maka para ulama kita di alam melayu telah menyalinnya lalu di muatkan dalam karya-karya mereka untuk tatapan dan ambilan faedah generasi kita. Di antara beberapa ulama' nusantara yang membicarakan bab ini lagi ialah Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani dalam kitabnya Jam'u Fawaid, Syeikh Muhammad bin Ismail al-Fathani dalam al-Bahjatul Mardhiyah, Syeikh Abdul Hamib Kudus, yang mana beliau pernah menjadi Khatib dan Imam Besar Mazhab Syafi'ie di Masjidil Haram Makkah yang beliau naqalkan dalam kitab beliau iaitu Kanzin Najah was Surur di dalam bahasa Arab.

Seterusnya al-Faqir catatkan muatkan beberapa catatan Al-Marhum Tn.Guru Hj.Wan Mohd Saghir tentang beberapa peristiwa yang terjadi pada bulan Safar yang ada kaitannya dengan bala'yang ditinjau dari segi ilmu sejarah : - 

1) Pada 24 Safar Nabi Muhammad s.a.w bersama Sayyidina Abu Bakar as-Shiddiq masuk ke Gua Tsur kerana bersembunyi daripada musuh-musuhnya.

2) Pada hari Rabu akhir bulan Safar tahun 11 Hijrah Nabi Muhammad s.a.w mulai sakit yang menyebabkan kewafatannya. Mengenai hal ini Syeikh Ahmad al-Fathani menulisnya dalamBadrut Tamam, katanya, "Maka pada hari Rubu' daripada akhir bulan Safar membala' dengan Nabi s.a.w oleh sakitnya. Maka demam ia dan sakit kepalanya yang maha mulia...". Mengenai hal ini juga di sebut oleh Syeikh Nawawi al-Bantani dalam karyanya berjudul Madarijus Shu'ud. Dalam riwayat yang lain bahawa pada hari Rabu akhir Safar juga Nabi Muhammad s.a.w termakan daging kambing yang di bubuh racun oleh musuhnya, yang akibatnya dirasakan setahun kemudian, yang mana menyebabkan kewafatan baginda s.a.w.

3) Sayyidina Hasan cucunda Nabi Muhammad s.a.w hari-hari yang paling lama penderitaan sakitnya kerana racun, juga dalam bulan Safar tahun 50 Hijrah. Lama sakitnya 40 hari, sehingga beliau wafat pada 5 Rabi'ul Awwal 50H.

4) Pada 1 Safar 60 H, kepala Sayyidina Hussain cucunda Rasulullah s.a.w.di arak masuk ke Damsyik oleh Bani Umaiyah, iaitu setelah mereka berhasil membunuhnya pada hari asyura' (10 Muharram 60 H). Pada 20 Safar 60 H kepala Sayyidina Hussain di arak dalam kota.

Maka apabila kita kaji sejarah masih banyak lagi peristiwa yang melibatkan bulan Safar yang ada kaitannya dengan bala'. Oleh itu apa yang disebut oleh para ulama' Sufi bahawa pada hari Rabu akhir bulan Safar bahawa Allah menurunkan 320,000 bala' itu ditinjau dari segi perbandingan berbagai-bagai sejarah yang terjadi dalam Islam adalah mempunyai asas.

Perkataan mereka perlu dikaji dari segenap aspek, kerana itulah PARA ULAMA' BESAR yang faham berbagai-bagai disiplin ilmu termasuk ilmu hadith turut memperkatakan hal yang tersebut (di atas) di dalam kitab-kitab mereka. Wallahu'alam.


 FADHILAT SOLAT PADA HARI RABU AKHIR BULAN SAFAR. 

GAMBAR HIASAN : Solat Tiang Agama
gambar di ambil daripada  http://sainssolat.wordpress.com

Berikut dimuatkan kaifiat dan fadhilat sembahyang pada hari Rabu khir Bulan Safar sepertimana yang al-faqir petik daripada Kitab Bada'uz Zuhur karangan al-'Allamah Syeikh Wan Ahmad Bin Muhammad Zain Al-Fathani yang dihimpunkan semula oleh al-Marhum Tuan Guru Hj.Wan Mohd.Saghir Abdullah terbitan Khazanah Fathaniyyah cetakan 1997.  Inilah dia amalan tersebut : - 

1) Niat Solat sunat (Mutlak) 4 Rakaat.

2) Tiap-tiap rakaat selepas al-Fatihah membaca :-
    a. Surah al-Kauthar (17x)
    b. Surah al-Ikhlas (5x)
    c. Surah al-Falaq (1x)
    d. Surah an-Nas (1x)

3) Selepas solat bacalah doa ini : 

بسم الله الرحمن الرحيم.
اَللّهُمَّ يَا شَدِيْدَ الْقُوَى.  وَيَا شَدِيْدَ الْمِحَالِ.
يَا عَزِيْـــزُ ذَلَّتْ لِعِزَّتِكَ جَمِيْعُ خَلْقِكَ
إِكْفِنِي مِنْ جَمِيْعِ خَلْقِكَ
يَا مُحْسْنُ يَا مُجَمِّلُ يَا مُتَفَضِّلُ يَا مُنْعِمُ يَا مُكْرِمُ
يَا مَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ
بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.
اَللّهُمَّ بِسِرِّ الْحَسَنِ وَأَخِيْهِ وَجَدِّهِ وَأَبِيْهِ
أَكْفِنِي هَذَ اليَوْمِ وَمَا يَنْزِلُ فِيْهِ يَا كَافِى
فَسَيَكْفِيْكَهُمُ اللهُ وَهُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ
وَحَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الوَكِيْلُ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِا اللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ
وصلّى الله على سيّدنا محمّدٍ وعلى آله وصحبه وسلِّم
**mulakan adab doa dengan pujian kepada Allah kemudian apitkan dipermulaan doa dengan selawat atas Nabi Muhammad s.a.w dan apitkan akhir doa dengan selawat atas Nabi Muhammad s.a.w juga.


RUJUKAN
1. Kitab Bada'uz Zuhur karangan al-'Allamah Syeikh Wan Ahmad Bin Muhammad Zain Al-Fathani yang dihimpunkan semula olehal-Marhum Tuan Guru Hj.Wan Mohd.Saghir Abdullah terbitan Khazanah Fathaniyyah cetakan 1997, m/s: 57 dan 58.
2. Tuhfatul Authan, Hj Ahmad bin Muhammad Said al-Linggi (Mufti Negeri Sembilan) 
3. al-Bahjatul Mardiyyahas-Syeikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fathani

No comments:

Post a Comment