Monday, August 4, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014!!!



Assalamualaikum kepada semua yang saya hormati dan semoga dalam sejahtera dan dilimpahi rahmah Allah SWT. Dengan diiringi ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014 dan Maaf Zhohir Bathin.

Dengan ini, tamatlah ujian menempuhi bulan Ramadhan Al Mubarak yang diagungkan dan dimuliakan Allah SWT dan setelah tamat berpuasa selama sebulan maka tibalah Aidil Fitr yang menandakan kemenangan bagi umat Islam. Semoga umat Islam selalu menang Insya Allah.

Meskipun tahun ini saya hanya dapat menyambut Aidilfitri dengan hanya sekadar 'ala kadar' sahaja, tetapi itu pun sudah cukup Alhamdulillah untuk memamnjat rasa syukur yang tidak terhingga padaNya. Duhai Allah Yg Maha Kuasa, ampunilah kira-kiranya ada lintasan hati kecilku yang merungut dan tergetus rasa kurang redha padaMu Ya Allah!!!

Sekali lagi saya memohon maaf kerana kurang dapat meluangkan masa bersama anda disebabkan sibuk di bulan Ramadhan dengan perniagaan Bazar Ramadhan. Sehinggakan terniat nak buat artikel pasal kelebihan malam Lailatul Qadr pun tak kesampaian. He he he.

Maka inginlah patik pacal yang hina lagi dina ini, mengucapkan Salam Aidilfitri- Salam Lebaran- dan memohon maaf zahir dan batin kepada semua para pembaca dan rakan taulan yang mengikuti blog saya kiranya ada terkasar bahasa, dan andai kata ada perbuatan ku yang tidak disenangi kalian. Maafkanlah daku atas nama agama Islam yang mulia. Dan bersamalah kita berdiri di belakang ummah yang dimusuhi Yahudi di Gaza serta dizalimi tanpa hentinya. Serta kepada musibah yang menimpa negara kita dengan kehilangan pesawat MH 370 dan peristiwa MH 17 ditembak jatuh.

Semoga lebaran ini akan bererti kebangkitan untuk kita selaku umat Islam, sama ada yang benar2 beriman agar lebih memperkuat keimanan dan mengukuh lagi  kedudukan, mahupun umat Islam yang disebut Nabi SAW sebagai "buih di laut"-(lebih kurang cam aku jugak lah)- iaitu Islam awam agar diberi kekuatan Iman dan Ihsan oleh Allah SWT. Semoga Islam mencapai hak dan kemenangan di bawah kepimpinan Mahdi AS! Amiin!!!

Nukilan : Sidi Rijal Kajang Yang Hina Dina, Papa Kedana......


No comments:

Post a Comment