Wednesday, October 7, 2015

Nyata itu Ruang Masa






Wujud nyata iaitu Ruang, Masa.


Hukum alam bermula bila zarah2 subatomik mula bergerak dari satu kedudukan ke satu kedudukan dlm orbit yg ditetapkan. zarah itu sendiri adalah tenaga yg lebih seni atau murni yg akhirnya menimbulkan pelbagai bentuk tenaga asas spt tarikan, tolakan magnetik, graviti, nuklear, cahaya dlm gaya dan sifat yg dinamakan frekuensi. maknanya tenaga yg bergerak dlm tenaga dan semestinya asal tenaga ini dari al hayat.

Apabila semua wujud ini adalah suatu tarian frekuensi yg berubah-ubah sudah semestinya ada suatu bentuk atau  pattern utk menjana pelbagai rupa dgn keupayaan dan kekuatan berbeza. Apakah yg mampu mengawal semua bentuk tarian lantas mengubah dan mencipta dari khyalan dan kehendak makhluk yg terwujud darinya? 

Jika kita melihat suatu zarah subatomik spt elektron mempunyai sifat yg sama walaupun berada di atom-atom yg berbeza.  bermakna sudah pasti ada suatu acuan atau hukum atau intelligent yg mengawalnya. Intelligent ini sudah pasti juga mempunyai pusat kawalan dan sgt pantas. Mungkin di situlah turning point utk menukar btk sama ada ke arah malaikat atau  blis yg memberi muka dimensi suatu persepsi atau perspektif.

Sistem inteligen wujud dan mempunyai rangkaian bersama inilah mungkin dihipotesis sbagai S-string atau istilah popular terkini sbagai matrix yg digambarkan sbagai asal bumi & langit itu satu.

Apabila semua wujud itu satu dlm kawalan frekuensi wujudnya, maka tiada istilah macro atau micro. Istilah macro atau micro itu
adalah keterhadan fungsi deria atau alat yg dicipta manusia atau kelemahan otak untuk menaakul

Kehebatan ciptaan tanpa batasan.
wujud ini ialah bagaimana di alam wujud, atomik sesuatu unsur itu begitu mudah mjadi unsur yg lain hanya kerana perubahan elektron shj atau jika ingin ditamsilkan, di alam macro ini seorang manusia boleh tiba-tiba menjadi seekor gajah atau pokok kelapa. suatu yg sgt mustahil tetapi berlaku di alam mikro walhal mikro dan makro itu dipisahkan oleh keterhadan makhluk yg tercipta.


Kesemua keterhadan ini  akan musnah atau lebur apabila kewujudan diri dipindahkan ke suatu kesedaran. apabila mati kelak, manusia boleh bertukar  mjadi apa sahaja boleh dimusnah dan dicipta semula berulang kali. Keadaan tanpa had inilah yg dimaksudkan terjaga sebenar dari tidur spt mana Sayyidana Ali kwjh memberitahu bahawa hidup dunia ini adalah mimpi dan bila mati akan terjaga.

Apabila manusia itu sedar bahawa mati itu penamat keterhadan, maka mereka percaya bahawa keterhadan itu perlu dihapuskan. disitulah timbul istilah Matikan diri kamu sebelum mati. Mereka cuba melepaskan belenggu ini akibat kawalan deria dan otak tadi.

Mereka percaya bahawa deria dan otak yg menghadkan keupayaan diri utk 'terjaga'. itulah yg mencipta pelbagai wayang

thx to Aixa, picked fresh from this farm : 
http://nusanaga.blogspot.my/2015/07/nyata-itu-ruang-masa.html

No comments:

Post a Comment