Tuesday, November 26, 2024

7 MARTABAT NAFSU

 Kali ini kita akan membicarakan 7 Martabat Nafsu serta peel²nya.

1. Nafsu Ammarah - 

 Nafsu yg terpaling rendah dan hina di sisi Allah SWT. Manusia² yg duduk pada martabat nafsu ini sering cenderung melakukan segala bentuk kemungkaran dan kejahatan. Hidupnya dlm perkataan lain adalah "bersultan di mata, beraja di hati" hanya menyukai perkara yg kena dgn hawa nafsunya. Nafsu ini Allah janjikan dgn azab & siksa di akhirat kelak. Nafsu ini patut dijauhi dan jangan diikuti.


2. Nafsu Lawwamah -

Nafsu pada peringkat ini, atas dari Nafsu Ammarah dan perbuatannya bercampur aduk antara perbuatan baik & jahat. Bagaimanapun, manusia² yg duduk pada martabat nafsu ini sering menyesali akan perbuatannya yg menyalahi Allah SWT. Mereka perlu banyak berzikir utk menyuci sisa² kekotoran nafsu mereka. Peluang mereka ke syurga adalah 50-50.


3. Nafsu Mulhammah -

Atas dari Nafsu Lawwamah dan perbuatan² buruk terlihat berkurangan dengan banyaknya. Ia semakin banyak berbuat kebajikan yg diredhoi Allah SWT. Pada peringkat ini sifat² seperti tenang, sabar dan murah hati mulai berakar umbi. Mereka perlu terus menyucikan hati dengan zikrullah secara berterusan agar dpt naik ke nafsu seterusnya. Peluang ke Syurga adalah 60-40.


4. Nafsu Mutmainnah -

Nafsu yg diredhoi oleh Allah SWT. Allah menjanjikan Syurga utk mereka yg duduk pada martabat nafsu ini. Sifat² positif seperti murah hati, tenang dan sabar mulai terlihat kepada mereka ini. Kadang² mulut mereka juga masin dan apa yg diucap terjadi. Ramai juga yg mulai dikurniakan karomah pada nafsu ini. Mereka perlu mempertahankan kedudukan mereka di nafsu ini atau lebih baik berterusan lagi dgn zikrullah menyuci nafsu sehingga ke peringkat seterusnya. 


5. Nafsu Mardhiyah - 

Mereka pada peringkat nafsu ini sudah pun menjadi Wali dan jiwa mereka sentiasa asyik memandang Allah. Sifat² kebaikan semakin bersebati dgn dirinya. Pada masa ini, mereka sudah pun suci diri mereka dari segala bentuk kemungkaran. Karamah² super banyak yg terjadi kpda mereka. 


6. Nafsu Rodhiyah - 

Peringkat ini atas sedikit dari Nafsu Mardhiyah. Kadang kala mereka terlatah kata² zouk seperti "Ana Al Haq" dan sebagainya akibat kuatnya gelora cinta Allah. Mereka tetap suci dan pada peringkat ini mereka mulai diziarahi Rasul² dan Wali² secara rohani.


7. Nafsu Kamilah

Nafsu yg dimiliki Rasul², Nabi² dan Wali². Pada peringkat ini, sifatnya menjadi amat sakti. Zikirnya tetap di dlm Qalbun Dan tidak bercerai-berai. Ianya nafsu yg kamil lagi sempurna. Mereka yg duduk dlm Nafsu Kamilah ini haruslah kembali ke Nafsu Mutmainnah. 

Wednesday, September 6, 2023

Era Baharu Imam Mahdi AS

    Hari-hari Kita tidak dapat tidak, telah lali mendengar slogan2 tentangnya. Tentang Imam Mahdi AS Dan susuk Nabi Isa AS yg Akan turun dengan misi membunuh Dajjal.

   Soalnya sekarang sejauh manakah keyakinan anda berkenaan peristiwa2 tersebut. Adakah anda menganggap ianya "bedtime stories" atau anda benar2 Yakin Akan keluarnya Imam Mahdi AS bersama dengan kemudiannya turun Nabi Isa AS Dari langit? 

   Perhatikan baik2 bahawa terdapat banyak Hadith sahih berkenaan akan zahirnya Imam Mahdi. Seorang sosok tubuh yg Akan membersihkan Dunia ini dan mengangkat martabat Islam yg selama ini diperlekehkan Barat & paksi2 kufur. Tidak perlulah saya "list"kan di sini memandangkan hadith2nya yg bertaraf Hassan maupun Hassan begitu banyak. Yg dhaif pun ada. 

   Dan perlu Pula Kita ingat, seperti musuh2 kebenaran yg silam, ramai Ulama' Suk yg Akan mengikuti Dajjal. Pengikut Dajjal bukanlah kecik2 anak. Apatah lagi Dajjal itu sendiri sehinggakan hanya Nabi Isa sahaja yg mampu membunuhnya. Jika hendak selamat Fitnah Dajjal maka eloklah Kita menghafaz Di samping Cuba memahami Surah Al Kahfi 1-10 dan 100-110.

   Bila keluar je Imam Mahdi serta Dajjal maka game peperangan Malhamah Al Qubra pun bermula. Sebagaimana yg Kita semua tau, ia Akan dimenangi pasukan Islam yg mengikuti Nabi Isa AS & Imam Mahdi AS. Walaubagaimanapun fitnah Dajjal sangat besar sehingga ramai yg Akan terikutnya. 

   So, fokusnya sekarang adalah untuk menjauhi Dari segala makar Dan kejahatan Dajjal dan tentera2 nya. Banyakkan mendengar bacaan Quran. Itulah penguat batin kita. 


Nukilan Mr Rizal @ Zero Pointo Enaagy 

Tuesday, July 26, 2022

Sufi dan pengaruhnya Di Asia Tenggara

   Kesufian Islam di Bumi Nusantara ini sememangnya berakar umbi kukuh di jiwa kebanyakan penduduknya sejak zaman dahulu sehinggalah zaman sekarang. 

Ini ditunjukkan dengan Sejarah Wali Songo contohnya di Jawa. Dan lain2 Wali2 Allah Yang datang mengislamkan majoriti penduduknya. Hasilnya hari ini penduduk Islam teramai Di Dunia adalah di Nusantara. 

Malangnya hari ini Kita melihat betapa ramainya penghina kesufian yang melontar berbagai tohmahan dan fitnah yang tidak berasas. Semoga anda semua yang menghina jalan kesufian Akan dibuka hijab Dan petunjuk Akan Kebenaran jalan Sufi. 

Tanpa jasa2 ahli Sufi silam, tidak mungkin Kita semua Hari ini beragama Islam. Tanpa jasa mereka entah apa agama Yang Kita anuti Hari ini. 

Monday, October 8, 2018



SOLAT: Auto-hi-tech beyond
( Viralkan Jika Sayang Islam)
.
Dlm status post wall
Penjaga Pulau
eden explained
.
bhwa SOLAT ni Beyond Technology
.
mgkn trillion2 tahun masa depan
.
Masa tu, MACHINE2 DAH TAK WUJUD
.
Manusia, tumbuhan, Batu-batan semuanya
.
BERTINDAK spt PERALATAN HI TECH
.
.
Bayangkan MELALUI SOLAT
.
seseorang BOLEH DIUPGRADES
.
mampu ke 4th DIMENSIONAL ke atas
.
atau MELOMPAT antara PARALLEL universe
.
Bertukar jd X-MEN boleh buat mcm2
.
Cuba lihat PARA SAHABAT 3000 orang
LANYAK 200,000 tentera ROM
.
Sayyidina Ali kwjh cabut Pintu Kota sbgai
perisai
.
IBNU SINA boleh ambil Batu di Planet2
.
Perawi boleh hafal jutaan Hadith
.
.
SOLAT ni mjadi PENGISI MASA LAPANG
.
SOLAT ni mjadi REHAT
.
SOLAT ni RAWATAN
.
SOLAT ni KEM MOTIVASI
.
SOLAT ni Alat PENYEMBUH AJAIB
mlebihi DOKTOR2 PAKAR
.
SOLAT ni APHRODISIAC mgalahkan tongkat Ali
.
.
Masa DIORANG diisi dgn SOLAT
.
Berebut2 nak SOLAT
.
Tak CUKUP 1/3 malam
.
Ada Sahabat yg mintak Solat dlm kubur
.
.
JANGAN BUANG MASA
.
di port mamak
.
di atas bike
.
menonton siri realiti
.
atau layan Whatsup
.
atau MAIN GAMES
( dunia ni dah game)
.
KUNCI Solat ialah KUSYUK
.
Mukmin ( insan yg diupgrades)
tandanya SOLAT dan SABAR
.
.
SOLAT la spt NABI SAW SOLAT
.
RUKUK lama
.
SUJUD LAMA
.
spaya berlaku ALCHEMY TRANSMUTATION
.
baru la BERLAKU TRANSFER, TRANSPORT
TRANSCENDENCE
.
bukan SOLAT CAP AYAM ( spt dikejar musang)
.
Ada OSTAT OSTAJAH sebut SOLAT 5 minit cukup
Itu Solat main2, trick tipu orang tua
spt budak2
.
.
SOLAT BUKAN RITUAL PURBA
.
SOLAT TEKNOLOGI FAR BEYOND
.
.
NABI saw AMBIL SENDIRI di SIDRATULMUNTAHA
.
Nak PERGI KE SANA pun
.
TEKNOLOGI TERKINI masih PENING,CONFUSED
.
🌀🌀🌀🌀🌀🌀🌀🌀🌀🌀🌀
Note :
Jom sertai Ziarah Teknologi Kusyuk Solat
Rujuk Post sblm ni
Pm jika berminat
.
.
Wallahua'lam
.
.
Mansur Abu Bakar
Penjaga Pulau

kREDIT : Penjaga Kuala@Mind Installer@Tok Mansur








SOLAT KHUSYUK YANG PERLU DICARI






Assalamualaikum WBT... 




  Sebelum pergi jauh2 membicarakan soal2 berat seperti Alam Malakut, Jabarut, Lahut dan sebagainya, carilah dulu SOLAT yang KHUSYUK dan SEJATI sampai ketemu...


Pertama2 dihisab dari sekian banyak amalan adalah SOLATmu... Wallahualam Bissawab





Penulis : Salik yang merangkak... Ilmu yang sejati bukanlah ilmu bertulis tapi kenyataan rasa yang diberi Allah

Sunday, September 23, 2018



Bismillahirrohmaanirrohiim....


Dengan kalimah suci tersebut saya kembali menulis sedikit kembali di blog yang telah lama saya tinggalkan...


Alhamdulillah dan segala puji yang tiada terhingga kepada pencipta kitam Allahu SWT Yang Maha Esa dalam KeEsaannya dan tetap berdiri kukuh selama-lamanya lagi abadi. Barangkali mungkin ramai di luar saya yang menanti-nanti penulisan saya yang seterusnya. Maaflah kerana saya bukanlah 24 jam duduk di hadapan komputer dan kadangkala ada banyak urusan lain yang perlu dibereskan. Ada banyak asbab yang menyebabkan penulisan tergendala selama kira-kira kurang lebih 3 tahun juga lamanya.

Rasanya sudah cukup kita sesama Muslim menghentikan perbalahan ideologi dan pandangan dalam pengalaman kerohanian sesama kita. Raikanlah bersama sebagai ahli Tauhid dan satukan hati dan firasat supaya kita dapat mendaulahkan kembali agama tercinta kita di muka bumi ini dengan rahmat dan barokahnya Rasulullah SAW sebagai Rahmat bagi sekalian alam. Cukuplah bersengketa sesama kita yang tiada kesudahan. 

Sekeliling kita sudah jelas tanda-tanda dan petunjuk yang menunjukkan bahawa dunia kita hari ini sudah semakin tua dan berada di Akhir Zaman serta tanda-tanda huru-hara sedang berlaku di mana-mana hari ini. Manusia sudah semakin hilang kedamaian dan keamanan. Sana sini perang berlaku, terutamanya umat Islam yang benar ditindas di merata-rata dunia.



Isyarat sudah pun bermula, sebagaimana yang dijanjikan Robbul Izzati, dunia akan dibasmi dan dibersihkan dari sebarang kekufuran, keingkaran mahupun kebathilan. "Instead of" menyalahkan orang-orang lain, "why don't" kita telek diri kita dalam-dalam dan nilai sikap kita, perbuatan kita, dan sifat kita, adakah bertepatan dengan kehendak sifat-sifat yang diagungkan dan dimuliakan Allah SWT atau tidak. Maka di situlah baharu kita berupaya mengkoreksi diri kita.

Maha Suci Allah SWT dengan keagunganNya. Dan sesungguhnya dimuliakan barangsiapa yang meninggikan Adab dan Budi kepada Baginda Junjungan Semesta Alam- Baginda Rasulullah SAW yang dimuliakan  Allah di semua 70,000 lapis alam dan tidak terhijab dengan Yang Maha Esa.

Moga ALLAH SWT melimpahkan MADAD yang tak terhingga kepada umat baginda Rasulullah SAW yang ikhlas menegakkan syiar-syiar ALLAH SWT dan berusaha menegakkan Nur di dalam Qalbi serta memancarkan pula Nur Cinta tersebut kepada seisi alam. 



AAMIIN.... AAMIIN YA ROBBAL ALAMIEN...

Nukilan : Shahrizal Majid@Mr Zero Quantum@Sidi Ar Rijjal Al Waduddiyah@The Nothing

Gambar berlatarbelakangkan Pulau Besar di mana bersemayamnya seorang Aulia Allah yang Agong...MashaAllahu Haqq!