Wednesday, August 14, 2013

MUHAMMAD SAW The Final Legacy.....


A good Arabic Film about the life of Prophet Muhammad SAW-

MUHAMMAD SAW the FINAL LEGACY - Final Messenger To us!!!

Tuesday, August 13, 2013

Selamat Menyambut Hari Raya AiDILfiTri - Tahun 2013 Masehi bersamaan 1434 Hijrah.


Assalamualaikum WBT dan Salam Aidilfitri dari saya untuk anda semua...



     Pertama-tama sekali, ingin saya di sini menyusun 10 jari dan meminta maaf dan ampun kepada semua pengikut Blog ini, yang saya sayangi, dan saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1 Syawal 1434 Hijrah (walaupun saya lambat post- 7 hari selepas hehehe...) dan Maaf Zahir dan Batin kepada semua semoga berada dalam limpah karunia dan rahmat Allah SWT.

     Maka bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri kali ini, eloklah kita renung-renung pula akan kenangan kita sepanjang bulan Ramadhan yang lepas, perjuangan menentang hawa nafsu dan memperbaiki diri dengan amal yang sebanyak-banyaknya sempena kemuliaan bulan Ramadhan tersebut. Betapa beruntungnya umat Adam AS di bulan tersebut, kerana Iblis dan para Syaithan diikat, yang tinggal hanyalah para Jin. Dan godaan kejahatan semakin berkurangan pada bulan tersebut. Betapa berkatnya bulan tersebut, hinggakan diriwayatkan seksaan kubur pun dihentikan sementara sepanjang bulan mulia tersebut sebagai suatu penghormatan terhadap bulan yang mulia itu. Maka bersyukurlah kita sebanyak-banyaknya akan rahmat Allah tersebut. Setelah sebulan berpuasa dan bermujahadah melawan hawa nafsu, maka tanggal 1 Syawal, disambut Islam sebagai meraikan kemenangan melawan hawa nafsu selama sebulan. (Habis tu macam mana lak yang tak puasa tu, tak layak la nak beraya kan? Setan tak ada kau pulak 80 kali setan...??)

     Penulis bagaimanapun berasa pelik dan aneh melihat segelintir pemuda Melayu Islam kita yang tanpa segan silu dan malu di bulan berpuasa, menonjolkan diri tidak berpuasa di khalayak umum dengan tujuan berbangga-bangga dan bermegah kerana dia tidak berpuasa sedangkan orang-orang lain berpuasa. Dikiranya hebat diri kerana melanggar laranganNya. Kita faham ramai juga yang tidak penuh berpuasa kerana ada keuzuran tertentu dan sebagainya, asal diganti semula nanti, tetapi, aneh mereka yang secara sengaja dan tak ada apa-apa alasan meninggalkan puasa seolah-olah perkara biasa. Iblis kena ikat, Syaithan kena rantai, jadi siapa Iblis Syaithannya kalau bukan orang tu sendiri. 

     Kalau penulis sendiri pun, bila puasa tak dapat penuh, rasa malu dan aib nak sambut 1 Syawal dengan penuh girang, kerana gagal dan "fail" untuk memenuhi tuntutan, takkan la korang yang langsung tak puasa dengan selamba togak minum dan makan di tengah2 Ramadhan tak rasa apa-apa?? Adakah kalian tak punya rasa malu dan segan pada Allah engkau? Mana kalian campakkan Allah SWT yang kalian sebut-sebut dan muliakan itu? Ingatlah kawan-kawan taulan, selagi boleh puasa, puasa lah dengan bersungguh-sungguh, kerana bulan Ramadhan tu bulan yang mulia, diberi berbagai kelapangan dan kemudahan dengan penahanan Iblis dan kuncu-kuncunya. Jadi mengapa masih menurut kejahatan?

     Okay lah cukup-cukup la saya berleter, tak larat dah, yang penting hukum Karma-NYA tetap berjalan, korang tak berTobat, ke NERAKA JAHANNAM yang menyala la korang meringkuk!!! Kalau kalian bertaubat nasuha, akan kalian dapati Allah SWT itu Maha Ar-Rahman Ar Rahiim. Apa-apa pun, untuk yang berpuasa terutama yang penuh, Syabas diucapkan dan semoga Allah SWT melipatgandakan pahala anda kerana anda berjuang tanpa penat dan lelah memperbaiki amalan kalian. Kalianlah yang paling layak untuk menyambut Aidilfitri dengan sebenar-benarnya. Akhir kalam dari saya, marilah kita berusaha untuk memperbaiki diri kita dari sekarang dan semoga Syawal tahun ini akan membawa barakah yang melimpah pada anda semua.  Eloklah berhari Raya bersama keluarga, sanak saudara dan rakan taulan anda memohon ampun dan maaf serta meminta restu barakah.

     Akhitr kata dari saya pengarang- SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2013/ 1434 HIJRAH dan MAAF ZAHIR dan BATIN!!! Kupohon AMPUN dan MAAF dari hujung kakiku sampailah ke hujung rambutku serta hingga ke pedalaman LUBUK HATIKU. Rahmatilah kami semua Ya Allah... Amiin Ya Rabbil A'lamiin.........


Nukilan : SIDI TOK KAJANG