Sunday, December 15, 2013

Tenaga Dalam Insani- Potensi ke Arah Kejayaan Multi Purpose

Tenaga dari diri menjadi realiti

1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda

 Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan. Demikianlah apabila anda tidak langsung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari. Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”

2) Berkomunikasi dengan minda ke minda

Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan. Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda. Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang- gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.

3) Daya magnet dalam fikiran beremosi

Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran. Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang- gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.

4) Mengawal minda untuk lebih berjaya

Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah. Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik- tarik, diiya-iyakan, diransang- ransang dan disungguh- sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.

5) Dua pemikiran dalam masa yang sama

Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.

6) Minda teransang melalui solat dan doa

Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA- nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus. Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa. p/s: berhati-hati dengan apa yang kita fikirkan. Fikiran menjadi emosi. Emosi menjadi tindakan. Tindakan menjadi tabiat. Tabiat menjadi penentu kejayaan atau kegagalan kita. Jadi, bangsa melayu perlukan revolusi minda. Mengejar kemajuan dan nama tidak mendatangkan kebaikkan bahkan kita menuju kehancuran. Kita perlukan suatu anjakan paradigma yang positif.


kredit to:
1.Copy Dari : http://nusanaga.blogspot.com(thx AIZ)
2.Sumber asli: http:// albashir1.blogspot.com/

Saturday, December 14, 2013

Kitab Melayu Lama Warisan Sundaland- suatu kajian akan ilmu Ketuhanan dan Tauhid Marifat sebelum kedatangan Syariat Rasulullah SAW...

Pada zaman kegemilangan orang Malayu sebelum sejarah, terdapat pula kitab-kitab besar yang dikarang oleh para cendekiawan Malayu dan ilmu pengetahuan ini pun lenyap apabila berlakunya letusan gunung serta banjir besar yang menenggelamkan sebahagian besar Tanah Sunda. Namun begitu, daripada ingatan para Siddha Malayu, kitab-kitab ini dapat pula dicungkil nama dan isi kandungannya yang dibentuk menjadi Indeks Keilmuan Ajaran Malayu, seperti berikut:





1. Malaiyanam (mengandungi 9 buah kitab), iaitu:

1.1 .Malaiyanamsastrapujanam
Sastra dipuja di dalam hati, membentuk pati yang amat suci, pabila sampai masanya nanti, baru sang adi menjadilah bukti, pada mereka hancurlah diri, tiada lagi wujudnya diri, ini nukilan Malayu sejati, sebagai sastra rahsia tuhani, gunanya membakar dosa terperi, agar pulih diri azali.

1.2.         Malaiyanamshlokagitanam
Seloka mainan Malayu sejati, menjadi ianya petunjuk di dunia ini, aneka cara mengenal diri, seribu hikmah bacaannya sandri, seioka gurindam sabdanya resi, moga ianya berkat di setiap diri, suci hati sucilah diri, baru dapat jalan kembali.

1.3.         Malaiyanamtatpurusanam
Tatpurusa ikatan adhi, pada Malayu yang jati diri, inilah dia pengenalan asal mulanya mani, dari uri simahadiri, menjadikan diri mengakna bakti, dan di atas titah sebagai sandri, inilah akan rahsianya diri, dari kahyangan turun ke bhumi, dan menjadi Malayu sosok siadhi.

1.4.         Mulaiyanammanusutram
Manustra gurihnya bakri, peri akan manusia admi, menjana akal rahsia tuhani, mengenal dunia dalamnya diri, akan sastra asli hikmah menjadi, atasnya kenal diri sendiri, tahu asal yang mana asli, tahu hal usul pancaran kalbi, tahu ilmu tak payah dicari.

1.5.         Malaiyanamchittanampursam
Chittam adhi upayanya diri, mengenal akan hukum alami, menjadikan kehendak Malayu sejati, menjadi di atas KUNnya diri, mengaji akan chitta bestari, menjadi akan angan yang peri, menjadinya nyata di kalam tuhani, inilah ilmu mengenal chittani segala minta segala menjadi.

1.6.         Malaiyanamadhigottamariam
Ini disuratkan paduka indrawi, sebagai gurih aksara diri, menjadi suluh di dunia ini, agar tetap iman di hati, dibicara oleh sandri penuh teliti, mengenal diri dengan sendiri, mengenal Malayu padanya diri, ibarat mengadap paduka bestari.

1.7.         Malaiyanamavitrakandam
Ini carik rahsia purbi, perihal usul alam nak jadi, dari sebiji telur angsani, menjadi pecah tiga segi, asal orang datang mengkaji, akan hikmah kejadian diri, inilah diri tripalasari, hanya untuk yang kenal diri, kenal bukan fikir duniawi, tapi akal asalnya budhi.

1.8.         Malaiyanamutamapadam
Kisah ujian diri, menjadikan karma penghalang diri, mengenal dosa siksanya hati, mengenal jalan penebus diri, mengenal wujud membawa bukti, mengenal kebenaran tiadalah berbelah bagi.

1.9.         Malaiyanamdevarajapusam
Inilah pula asal prajati, menjadi umbi sekelian sandri, belajar harus tiada henti, kerana ini rahsia menjadi, siapa faham isinya diri, hanya ada nafsu yang keji, devaraj itu tubuh yang suci, bila noda udah tiada lagi, baru sempurna jadinya diri.

2. Malaiyasanputrieyanam (mengandungi 9 kitab):

2.1. Malaiyasanputrieyanammoolamdjivatnam
Asalnya bija menjadi bendi, membentuk bindu sekelian sandri, mengenal asal sekelian tendi, menjadi tiga titik berahi, inilah mula adhi menjadi, belum ada telurnya lagi sudah siap akal berdiri, belum rupa wujudnya lagi, inilah mula sekelian diri, adhimoolam adam azali.

2.2.         Malaiyasanputrieayanambhumipartivam
Inilah pati anjani bhumi, mula rupa mengambil safi, akan bentuk untuk pertivi, kelak berupa sekelian diri, mula admi tabik sendiri, di atas rasa diri tersembunyi, dalamnya ada anasir sir maknawi, baru dapat menjadinya apni, untuk bekalan hidup dan mati, atas lingkaran sapta banawi.

2.3.         Malaiyasanputrieayanamtrilokamakayam
Triloka asal mani trimurti, sugi segala hangat terperi, membentuklah ragi tiganya hari, akan tanda masuknya jawi, yang tahu akan ilmunya ini, tahu akan asal makhluk asali, tiga alam menyembah diri, akan titah langit alhi, belum wujud wujudnya izofi, hanya kalam cerita diri.

2.4.         Malaiyasanputrieayanamrisyaahayanam
Terkumpullah sekelian zat bestari, menjadi nahi paksinya diri, akan rahsia awal nusawi, asal jadinya akan niat tuhani, yang membentuk tubuh nama insani, menjadi pati bagi sekelian sandri, bukannya along mengenal diri, ini pula rahsia amat tersembunyi, hanya yang terang akal dan budhi, boleh bicara akannya ini.

2.5.         Malaiyasanputrieayanamdwirupanama
Inilah erti kitab dicari, dwirupa sri rupani, satu nama juanya diri, tapi ianya dua dalam khuldi, jikalau dibicara akannya sandiri, nescaya dapat ilham akali, membukakan rahsia pintunya ini, mendapatkan hidup langit dan bhumi, sungguh nyata padpadamuni, nyata lagi nukilan ini.

2.6.         Malaiyasanputrieayanmanamamam
Sudah dikisah zat diapatri, inilah sifat berulang jadi, akan menyebut kuasanya begini, di dalam rahsia tertulis kawi, mereka yang faham nama azali, dapat dipuja setiap hari, menjadi kekal nyawa arnapi, tiada hancur badannya ini, selagi dikabul akan lllahi, sampai kiamat tiada mati.

2.7.         Malaiyasanputrieayanamsaptaprajapatanam
Tujuh budhi menjadi hati, akan manusia yang akalnya tinggi, ini surih rahsia ilmu yang tinggi, mengenal pati chakrawala ini, jika dapat rahsianya ini, nescaya berkuasa di atas bhumi, tiada yang engkar titah diberi, kerana ini penunduk nafsi, bukan manusia yang ada ini, tapi kuasa pembentuk pertivi.

2.8.         Malaiyasanputrieayanamsundayavanam
Inilah ilmu membawa erti, akan kuasa awalnya brahmi, di atas pesada pengenalan diri, akan diri yang jadi tiada tandingi, ibarat loh aksara jawi, dari sunda hidupnya sandri, faham akan rahsia ini, tiadatah tua diri sendiri, kerana asal dikenal pasti, itu pati Malayu sejati.

2.9.         Malaiyasanputrieayanamchahyarupam
Ini kisah kalbi, punca cahaya dapat menerangi, siapa tahu ilmunya ini, tembus mata sekelian negeri, tiada ruang menjadi kendi, tiada buta akan hakiki, tahu asal segala jadi, pada nampak matanya ini, mereka yang dapat fahamnya ini, menjadi mata serupa matahari.

3. Malaiyaidhasundayanam (mengandungi 9 buah kitab):

3.1. Malaiyadhasundayanamkosasutramayapadam
Perihal akan daya alam yang tinggi, diguna pakai dahulu lagi, mengenai yang mana kuasa sejati, guna untuk kelebihan diri, pernah menjadi ibu teknologi, manusia mencapai hakikat tertinggi, meleburkan badan cara tanapi, sakti yang amat kekal abadi.

3.2.         Malaiyadhasundayanamhariharamantayanam
Ini rahsia raja menanti, ingin kuasa memerintah hati, tunduklah sandri akannya diri, memegang chokmar rahsia sikunti, menjadi segan makhluk duniawi, kerana segak ilmu perawi, ini Malayu ilmunya sakti, menjadi gerun musuh nak mati, jika dapat ilmu ini, jadinya diri bunuh tak mati.

3.3.         Malaiyadhasundayanammithraksanam
Ini ialah surih kuasa duniawi, atas anasir empat berdiri, mengenal akan mereka membanting diri, untuk mereka yang tahu rahsia ini, tunduk anasir jin serta peri, sekelian makhluk dari anasir ini, mereka yang bertuah jikalau mengerti, betapa dahsyat ilmunya ini, nukilan Malayu yang telah sakti.

3.4.         Malaiyadhusandayanampadmasakthanam
Serulah pula mainan surih ini, memuja akan diri sendiri, hingga sakti pula seluruh sendi, tiada lut dimakan api, tiadalah lemas di lautan duniawi, tiada hanyut arus pawani, tiada ditelan akannya bhumi, mereka yang dapat ilmunya ini, nescaya gagah tidaklah terperi, musuh mudah menerima mati, kerana rahsia ini hanya yang mengerti.

3.5.         Malaiyadhusandayanampusapapasupatinam
Ini mantra hambaran ajukan sekelian para dewi, memujuk alam menyembah bhumi, inilah rahsia nilainya tinggi, menjadi terkejar umat duniawi, hilang akal lupanya diri, mahupun nyata ataupun ghaibi, ini geliga citra mani, jadi pujaan rahsia sekelian sandri.

3.6.         Malaiyadhusandayanamsatchittanandininam
Surih ini ilmu yang tinggi, member akan kenal makhluk yang akli, kerana mereka yang sangat mengenali, rahsia langit dan juga bhumi, menjadi sakti beribu kali, tiadalah cela berseri-seri, akal budhi meliputi diri, jadi insan tatkalajadi, puja rahsia sinaran tuhani.

3.7.         Malaiyadhusandayanamkieruvanamantan
Ini ilmu jangan dicari, hancur andai alpanya diri, memegang tengkuk sekelian ifriti, boleh dapat membina apa jua yang dikehendaki, minta saja semua menjadi, takut iman tidak kuat lagi, jadi kafir diri sendiri, kerana kuasa serupa tuhani, nanti rugi diri sendiri.

3.8.         Malaiyadhusandayanamkhotavhiranampuskaram
Ramai yang mencari akan ilmu ini, kerana hendak merajakan diri, di atas nafsu bangsa duniawi, harus hendak jika ditunjuki, hati jika dimiliki, akan hikmah tiada peri, takut anak cucu tak sedar diri, akibatnya mati ditelan bhumi, nescaya ilmu hilang sendiri, awaslah bila memohonnya nanti.

3.9.         Malaiyadhusandayanamagamanusantaram
Mengenal asal manusia di bhumi, amat sakti ngeri sekali, apa barang diminta barang menjadi, inilah ilmu kalam arahi, disurih sekelian dewa dan dewi, dikumpul jadi khazanah indrani, siapa mahu mesti berani, kerana ilmu tujuh kali mati, jadilah getar moksanya diri, dapat duduk di alam tuhani.

4. Malaiyahastinapuramkorusam (mengaindungi 9 buah kitab):

4.1. Malaiyahastinapuramkorusamantarikam
Kenal sapta dvipa nagari, lautan wujud sekelian yang jadi, ilmu mengenal kejadian tuhani, tempat akan sekelian malaikati, jauhnya teramat tiada terperi, mengetahui akan ilmunya ini, boleh pula dapat berhubung dengan paranya rishi, pemegang ilmu berteknologi tinggi, tiada dapat kita akali, kerana mereka yang tua sekali, beruntung mereka dapat ilmu ini.

4.2.         Malaiyahastinapuramkorusamkumarikandam
Inilah mula manusia di bhumi, memberikan kenal asalnya bani, mula di sunda terbitnya diri, asal manusia menjadi sandri, mereka ini tidak serupa diri, kerana bukan bertanah lagi, mengenal ilmu tahu mereka ini, dapatlah munafaat padanya diri, kerana mereka amatlah sakti, tiada tidur tiadalah mati.

4.3.         Malaiyahastinapuramkorusamalengkavanam
Inilah kisah si rama dan sita dewi, mengenal akan raksasa di zaman ini, gagah perkasa perkasanya sakti, memiliki tamadun yang tinggi, mengenal mereka bukan seperti kita ini, mereka besar dan amat tinggi, jika faham akan keterangan ini, boleh sakti seperti mereka ini.

4.4.         Malaiyahastinapuramkorusampatalasaptanam
Tujuh petala langit yang tinggi, penuh makhluk pelbagai peri, ada yang sombong ada yang baik hati, mengenal sejarah sebenar akan mereka ini, mengetahui hebat kejadian tuhani, berjuta tahun berlalu pergi, mereka pula tetap masih menghuni, hebat atas segala segi.

4.5. Malaiyahastinapuramkorusamsatyanamaditvapuram
Mulanya kahyangan satyanaputri, tempat sekelian asal roh yang suci, di sini ada pula pelbagai ahi, menjadikan tempat ada penghuni, di langit lima kerajaan berdiri, menjadikan melihat tembus ke bhumi, tiadalah manusia boleh memahami, hanya jika akal berisi, akan hikmah anugerah diberi, ini pengenalan mereka ini, mengenal mereka sebagai pitri.

4.6.         Malaiyahastinapuramkorusammalaiyalam
Mula kamulan asal negeri, asal batara turun ke bhumi, memiliki semua rakyat sekelian pribhumi, bhumiputra awal jadi sandri, dari haiwan binatang dan peri, disumpah menjadi manusia batawi, inilah kenal asalnya mula jadi, manusia yang ada di muka bhumi.

4.7.         Malaiyahastinapuramkorusamekanekalokam
Ada tujuh laluan di alam ini, lapisan ghaib banyak penghuni, dari yang rendah ke alam yang tinggi, mengenal mereka upah diberi, ada biasa ada juga yang dengki, dan melihat manusia merosakkan diri, habis kampung dan sekelian negeri, manusia tidak nampak mereka ini, mereka berguna jika bestari, boleh menikah atau berbini.

4.8.         Malaiyahastinapuramkorusammayapadam
Inilah surih manusia seni, rupa seperti bayang tak berbari, di angkasa hidup terapung diri, mereka makhluk aneh sekali, boleh terbang sana dan sini, banyak barang dicipta mereka ini, ilmu yang ada tiada manusia miliki, mendapat tahu alam mereka ini, jadi pelik diri sendiri.

4.9.         Malaiyahastinapuramkorusamkadalidhapuram
Inilah perihal manusia buri, berkerajaan di lautan selatan bhumi, besarnya kerajaan beribu sandri, hebat mengenal mereka ini, bunian laut dan jin peri, asalnya dulu hidup seperti kita ini, berkalih zaman berubah diri, mereka masih ada di sini, ilmu mereka teramat sakti, berguna jikalau dapat dikenali.

5. Malaiyaadhisanatkumaram (mengandungi 10 kitab):

5.1. (a)Malaiyaadhisanatkumaramaramapahnamajivanam
Inilah sidha empunya kerni, ilmu mengenali empat diri berdiri, tiap sarung tiapnya sakti, ini janni tak mudah dimiliki, kerana perlu tapakan diri, hingga tiada nafsu haiwani, baru suci sekelian diri, baru ilmu dikenal menjadi erti.


5.1. (b)Malaiyaadhisanatkumaramchaturchaturvaksanam
Ini sidha ratnavi, caturmukha chatur sakhti, kasyaf mereka tiada boleh halangi, melihat perut alam tamprani, arif akan isi chakrawali, teramat tinggi usahanya ini, andai ilmu ini nak dimiliki.

5.2.         Malaiyaadhisanatkumaramsridewikartikieyanam
Inilah sidha sidhi prajapani, tujuh puteri menapah diri, menjadi benih ilmu yang tinggi, menguasai alam lautan lazuli, tiga lapis di bintang kartikel tersimpan kunci, akan ilmu yang teramat sakti ini, mendapatkannya susah sekali, hanyalah untuk jiwa yang besi.

5.3.         Malaiyaadhisanatkumaramchindaieyallam
Inilah sidha kain yang sakti, pelbagai bentuknya bermacam ragi, semuanya hebat kebal dan sakti, beruntung pada siapa dapatlah untuk dirinya boleh menghidup yang telah mati, tiada rosak tubuhnya diri, anugerah putri sidha dewi.

5.4.         Malaiyaadhisanatkumaramlhailaadhimoolam
Ini sidha nilainya tinggi, transformasi akan beribu diri, dari sebesar jagat hingga ke seni, halus dan ghaib tubuh menjadi, arupa hikmahnya menjadi, seperti admi betara jawi, mengetahui akan nama-nama tuhani, tiada dikamus manusia di bhumi.

5.5.         Malaiyaadhisanatkumarammahattattariam
Inilah sidha menjadi aria segala manusia di bhumi, guna penegak keadilan abadi, bukannya menjadi penguasa yang sikapnya keji, sidha ini tahapnya tinggi, tunduk apa di langit dan bhumi, jika dapat beruntung diri, lama hidupnya teramat sakti.

5.6.         Malaiyaadhisanatkumarameckatunggalalam
Inilah sidha langit yang tinggi, tujuh loka di kama dewi, tunduk sekelian bidadari, tunduk sekelian makhluk jenawi, tunduk sekelian hidup di bhumi, tembus melihat tiadalah selindung lagi, khazanah bhumi dapat diwarisi.

5.7.         Malaiyaadhisanaatkumaramgarudhaanyawatam
Inilah sidha kuasanya pawani, menguasai apa yang terbang tinggi, tiadalah halangan bhumi direntasi, menjadinya raja angkasa yang sakti, segala yang bersayap tunduk di kaki, ini sakti hebat sekali, jika jujur dan bersih hati, mudah sakti ini dimiliki.

5.8. Malaiyaadhisanatkumarammahadevvasriagninam
Inilah sidha kahyangan indri, untuk menjadi seperti mereka ini, tubuh yang halus dan teramat sakti, mendewai sekelian alam satyai, mengetahui rahsia sekelian langit yang tinggi, serta tahu hal yang tersembunyi, di dalam perut bhumi.

5.9. Malaiyaadhisanatkumaramadhisatkumaram
Inilah sidha atas sidha, sidhi akan cahaya suci, asal ianya kembali anasir bhumi, mereka yang dapat menguasai, akan jadi hebat dan dikagumi, tunduk makhluk dikemahuan diri, apa saja minta pastilah menjadi.

6. Malaiyaidhaillasanatanam (mengandungi 9 buah kitab):

6.1.         Malaiyaidhaillasanatanamutanamgurutanam
Inilah ilmu mengenal hakiki, akan diri sebenar diri, dari guru yang abadi, sampai pada ekatat sejati, putih diri tiada diri, ini kenal yang tinggi sekali, tiada dihampiri manusia di bhumi, hanya mereka yang diberkahi.

6.2.         Malaiyaidhaillasanatanamjabhiyanam
Inilah pasal mengaji, mengenal diri tahap tajjali, akan penalaran kuasa tuhani, mencecah akan titik salbi, mengenal kenal akan asalnya diri, ini tahap juga tinggi, ibarat budi cahaya mentari, menyinar mereka di jalan ini.

6.3.         MalaiyaidhaUlasanatanamsundaramayanam
Ini kenal puncanya jadi, tujuh diri diabadi abadi, asal manusia membentuk diri, dari langit cahaya indri, mereka mengenal akan jalan ini, terbuka kasyaf tembusnya diri, melihatkan hakiki manusia bhumi, asalnya tak semua begini, hanya yang tahu akan ilmu ini, tahu yang mana asal tuhani.

6.4.         Malaiyaidhaillasanatanamyudistuvamagamanam
Inilah jadi kalifah yang jati, bila kenal turutan tuhani, sebagai nadi manusia di bhumi, menjadi ia akannya mantri, menerima faham wujudnya diri, dari bhumi dan langit yang tinggi, dapat menjadi pilihan tuhani, menjadi akan pelitanya sandri.

6.5.         Malaiyaidhaillasanatanambarhmanujamankoram
Ini laduni manu terpuji, akal manusia yang sejati, bila mengaji akan ilmu ini, mengenal akal iman nasuhi, baru faham fikir yang keji, asalnya nyawa sekelian haiwani, bukannya akal yang diberkati, menjadi tunjang ilmu mengenal diri.

6.6.         Malaiyaidhaillasanatanamgfrisundanam
Ini kajian nafsu mutmani, nafsu yang bersih sudah dicuci, baru faham akan makrifat sejati, atas diri hancur sendiri, akan ilmu ini dikaji, oleh mereka yang fana'kan diri, atas dunia bayangnya sendiri, menjadi diri alamnya dwi.

6.7.         Malaiyaidhaillasanatanambijavanam
Inilah bija laduni, akan kalam nyawa nusrawi, yang mengenal akan kehendak tuhani, atas tiga nafsu menghalangi, mereka yang kenal gurih ini, tahu mengolah hakikat diri, barulah faham diri terdiri, juga akan rupa terperi.

6.8.         Malaiyaidhaillasanatanamsridewiagamasaktimam
Inilah akan kenalnya pati, menjadi manusia benih duniawi, siapa kenal ibu pertivi, tahu akan hidup sejati, mengenal akan ilmunya ini, dapat segera dirinya sakti, atas kuasa mengembleng diri, jadi anak pertivi murni, dapat ibu yang abadi.

6.9.         MalaiyaidhaUlasanatanamkuntinamdvipanam
Ini akhir surat yakini, jadi amalan mencari hakiki, mula padanya diri sendiri, dari luar menghampiri pati, baru faham jalan dicari, pada manusia jua terbukti, akan ilmu manusia dicari, bukan pada alamnya ini, kenal dirinya sebenar diri, pada kita terang tanda tuhani.

7. Malaiyasutravisnahariadikapuram (mengandungi 9 buah kitab):

7.1.         Malaiyasutravisnahariadikapuramhaichettanam
Ini surat akan chitani, mengenal akal pati sendiri, di mana akal tumbuhnya budi, hanya yang boleh memahami, mengerti akan rahsia ini, ia membuat kita kasafi, otak geliga tahu sendiri, tak tahu nak tahu tahu sendiri.

7.2.         Malaiyasutravisnahariadikapuramhaiathuranam
Ini rahsia kuasa akali, kudrat akan seperti gergasi, walaupun gunung langkah sekaki, lautan direntas langkah sekali, yang tahu akan ilmunya ini, banyak hikmah tiadalah terperi, tahu akan di awan siapa penghuni, tembus alam jin dan peri.

7.3.         Malaiyasutravisnahariadikapuramhaivikramam
Ini inti mahasidhi, untuk menjadi saktinya diri, bukan boleh sebarang mempelajari, kerana ia akal yang tinggi, jikalau masih nafsu merasai, tiada dapat ilmu ini, sembilan belas bentuk menjadi inti, akan sidhi hebat tak terperi.

7.4.         Malaiyasutravisnahariadikapuramhaisivamam
Ini ajaran sidha nagiri, rahsia terbentuk atasnya diri, tahu mana puncanya menjadi, pada diri kuasa tuhani, menjadi berahi sekelian mengaji, kerana hebat tiadalah peri, tapi tak semua boleh dekati, ilmu ini anugerah tuhani.

7.5.         Malaiyasutravisnahariadikapuramhaidwijvanam
Ini kaji mereka yang mati dua kali, dapat merasai akhirat di bhumi, dapat ilmu tak payah mengaji, kerana atas akal azali, bukan pada cernaan fikir shatani, manusia biasa takkan sampai ke tahap ini.

7.6.         Malaiyasutravisnahanadikapuramhaisamtamraksam
Inilah erti ilmu yang suci, dikaji dan diberi mereka yang sudah suci, suci dari pada nafsu diri, suci dari kehidupan bhumi, suci akal daripada ilmu dunia ini, tiadalah sampai manusia yang ada ini, kerana akal belum menjadi, hanya fikir diguna diri.

7.7.         Malaiyasutravisnahariadikapuramhaiakulaviram
Inilah khazanah ilmu jampi, cara membuat wafaq yang suci, hanya diguna kebaikan diri, menolong manusia yang bermasalah diri, ilmunya mengenal aksara sakti, diguriskan menjadi tangkal sejati, pelbagai guna dan pagar diri.

7.8.         Malaiyasutravisnahariadikapurammanikmayam
Ini gurih ilmu dicari, ibu ilmu manusia di dunia ini, ramai mengaji tidak dapat erti, kerana ia hakikat tersirat rapi, tetap susah jikalau nak dikaji, jika berakal dapat difahami, ini ilmu untuk manusia di seluruh bhumi.

7.9.         Malaiyasutravinahariadikapuramvirunilam
Inilah terakhir surat dikaji, akan makrifat ilmu duniawi, ada yang jahat ada yang suci, manusia pilih ikutnya hati, pilihlah sebaik ke jalan tuhani, bukan sihir hantu dan peri, serta harta yang tak dibawa mati.

8. Malaiyamayadanavasuramayam (mengandungi 9 buah kitab):

8.1.
Malaiyamayadanavasuramayambindujanvnamavrohavantam
Srota ini teramatnya sakti, dimiliki oleh pemuja rahsia sejati, boleh mewujudkan apa-apa sahaja keinginan hati, hanya mereka yang menapah diri, dapatlah akan arus yang suci dan diberkati, telah diksa diri.

8.2.         Malaiyamayadanavasuramayamvirajanamkolam
Srota ini hasil daripadu tafakur yang tinggi, dalam memahami rahsia dalam hati, arusnya cahaya suci budhi diri, hangat hidup batinnya diri, mencipta apa terpancar di akal ini, juga sudah diksa diri.

8.3.         Malaiyamayadanavasuramayamsakhstavaranam
Srota ini puji diri jua dan mantra puji, akan rahsia satchakranirupa yang membuka tabir kebenaran diri, menukar pengamal kepada tubuh yang suci, hilang kosa nafsu hanya budhi berdiri, juga sudah diksa diri.

8.4.         Malaiyamayadanavasuramayamsomapadamsuranam
Srota ini hasil anugerah para dewa dan juga rishi sebagai diksa pengenalan diri, pemilik hidup abadi, menerima air amrta somapati, mereka ini tiada tara kerana telah disarung dengan tubuh yang suci, juga sudah diksa diri.

8.5.         Malaiyamayadanavasuramayamgavitamanikam
Srota ini pembuka avaroha panti suci, ilham ajaran di langit yang tinggi, menerima sabda oleh mereka dalam laduni, guna ajar manusia di bhumi, juga sudah diksa diri.

8.6.         Mataiyamayadanavasuramayambijakanamam
Srota hasil cipta yang dikuasai, mendapatkan ilmu atas ilmu jadi, tiada perlu belajar lagi, dapat tahu segala yang diingini, walau jauh di perut bhumi ataupun di langit yang tinggi.

8.7.         Malaiyamayadanavasuramayamvirukumamalamam
Srota dari shaktipat aliran mahasuci, diberi hasil ketetapan hati, tenang diri mengetahui hidup ilusi, bayang yang tiada erti akan diri, terima hakikat jadi rishi yang bestari, juga telah diksa diri.

8.8.         Malaiyamayadanavasuramayamkannanampilurari
Srota ini yang maha dahsyat lagi menakutkan hati, memerintah sekelian ifrit dan jin di bhumi, dari mahasiddha empunya karsi, bagi diri yang berani, telah juga diksa diri.

8.9.         Malaiyamayadanavasuramayampitrimabijamantram
Srota ini bija bindu mula kali jadi anugerah yang tinggi, mencipta kata atas KUN lidah berdiri, sakti yang amat sangat dan hebat tiada peri, memberi kuasa atas suara dan bahasa makhluk di bhumi, juga sudah diksa diri.

9. Malaiyashaktipurunamchakravatam (merigandungi 9 buah kitab):

9.1.        
Malaiyashaktipurunamchakravatamasanasatnirupavanam
Shatipat tujuh belas akal manusia di bhumi, dapat lengkap akan dirinya dan membuka kepada tiga ratus empat puluh tiga akal cahaya tuhani, tiada siapa yang dapat melainkan sudah melepasi diksa peringkat tinggi, dan bukti akan faham yang amat jitu terperi.

9.2.        
Malaiyashaktipurunamchakravatamastikasastinapuram
Shatipat geliga-geliga yang amat sakti, dan 17,000 jenis pelbagai guna dan segi, tiada barang yang tiada dapat dimiliki dan tiada penyakit tiada dapat diubati dengan geliga yang sakti ini.

9.3.        
Malaiyashaktipurunamchakravatamasmaradhinavanam
Shaktipat menukarkan diri di dalam apa jua bentuk dikehendaki, dengan memindah diri kepada sesiapa atau tubuh mana yang dikehendaki dan menyelami rahsia tersembunyi di hati, dan tahu apa jua yang manusia fikir dan niat dalam diri.

9.4.        
Malaiyashaktipurunamchakravatamahirazustrazanam
Shaktipat kuat bhimasakti, tiada berat dan besar menjadi halangan diri, jadi jua kuat dan berat dan besar tiada mustahil bagi yang dapat tahu ini.

9.5.        
Malaiyashatipurunamchakravatamakulanilasasturanam
Shaktipat haius dan amat sakti, tembus segala yang ada di bhumi oleh diri, melihat yang ghaib serupa yang kasar ini, dan tiada dapat ditembusi oleh apa jua ilmu di bhumi ini.

9.6.         Malaiyashatipurunamchakravatamanupadukarinam
Shaktipat akan mengenal naraka dan swarga hidup hidup sebelum mati, juga boleh selamatkan sesiapa diingini dan boleh pula menghidupkan sesiapa yang telah mati.

9.7.
Mataiyashatipurunamchakravatamadhimoolatatittavam
Shaktipat suci diri daripada kasar sehabis halus secahaya yang tiada rupa lagi, memiliki faham akan segala urusan langit yang tinggi, tiada akan menerima hancur lagi.

9.8.        
Malaiyashaktipurunamchakravatamatamasamyayanam
Shaktipat puji nyawa dan nafas menjadi bersih suci, dapat hawa serupa dewa dan dewi, tubuh suci, akal suci, diri sesuci yang amat sehingga tiada hijab dari bawah sampai ke langit yang tinggi.

9.9.        
Malaiyashaktipurunamchakravatamillavanaasatikiranam
Shaktipat tiada lagi wujud dari hanya wujud yang sebenar diri, tiadalah mudah mendapatnya ini, kerja yang rapi dan akal yang tinggi serta rajin tiada henti.

10. Malaiyasutrananilavanam (mengandungi 9 buah kitab):

10.1. Malaiyasutrananilavanamgirinatamasokalamulam
Inilah sutra asalnya Malayu dan alam adhimoola sapta diri, hanya getar wujud di alam yang sepi, wujud peri tiada diri, adanya belum lagi masih sembunyi, tahu akan diri belum lagi pada takrif manusia tiada bererti.

10.2. Malaiyasutranilavanammayagunammayaganam
Ini sutra akan mulajadi nabolon sang adhi sakti, mengenal akan nisbah diri, tiada satu tiada dua atau berbahagi, tiada manusia ilmu ini diberi, kerana akal manusia hanya fikir nafsi, serupa binatang yang ada di bhumi, lebih sikit kerana pandai mengkaji.

10.3.      Malaiyasutranilavanampandikrisnananitahalam
Ini sutra akan ehwal sekelian tatvi, akan jelma rupa yang ada di alam yang tinggi, serupa bayang chaya nurani, teramat halus getaran maha suci, tiada terasa oleh sesiapa di alam ini, seni dan teramat halusnya ragi.

10.4.      Malaiyasutranilavanamnilaatamamerudandam
Inilah sutra membawakan diri ke alam yang seni, mendapatkan ajaran dari roh yang suci lagi atmi, amat hebat pengetahuan ini, tahu rahsia sekelian makhluk mahupun yang kasar juga yang halus di alam ini.

10.5.      Malaryasutranilavanammalaiyanamamuhiskram
Inilah sutra rahsia sekelian dewata dan rishi yang pernah mendiami bhumi, akan segala jenis ilmu yang pernah mereka temui dan pelajari semasa di bhumi, pelbagai kaedah dan kitab yang ditulis tersimpan dalam khazanah dalam sutra ini.

10.6.      Malaiyasutranilavanamparamisuramayasiram
Ini sutra akan maharaja sakti dan jelmaan Indra sakti yang sakti, dapat kuasa seperti mereka ini, menjadi pemerintah sekelian yang ada di bhumi serta boleh mengeluarkan segala rahsia daripada perut bhumi.

10.7.      MalaiyasutranUavanamvisnunanichiramasuram
Inilah sutra tiada nilainya lagi, akan sakit serupa dengan apa jua yang beredar di alam ini, akan binatang dan planet sehinggalah ke bhimasakti, segalanya terperinci akan susunan kuasa dan juga sakti tiada sembunyi lagi.

10.8.      Malaiyasutranilavanamrudragniviruriagnam
Ini sutra asal sumpah yang menjadi, segala kalam jadi tetap jadi, tiada dimiliki hanyalah dewa dan dewi, serta rishi dan sidha yang hebat diri, akan siapa mengetahunya ini, mendapat dirinya serupa semua kuasa dan sakti.

10.9.      Malaiyasutranilavanamchilabalamayaniram
Inilah sutra akan rahsia kuasa yang amat jahat lagi penghancur segala sekelian yang ada di alam ini, segala roh yang jahat diseru dan diperintah dapat menghancurkan bhumi ini.

11. Malaiyakosanamdevarajam (mengandungi 9 kitab):

11.1.      Mataiyakosanamdevarajambudhimanikismamam
Serat akan sakti para resi dan pendita tiada tara dan amat sakti, sarupa dan varupa sidhi.

11.2.     
Malaiyakosanamdevarajambudhivikramakulamamkam
Serat akan sakti para prajapati, induk dan ketua segala manusia di bhumi nyata dan adanya ini, arupa sidhi.

11.3.     
Malaiyakosanamdevarajambudhijivatnamdumikamam
Serat akan maharaja pemerintah sapta dvipa dan seluruh bhumi, rupa varupa sidhi.

11.4.     
Mataiyakosanamdevarajambudhimanasaputrajnam
Serat akan rajabudhi dan pemerintah kebatinan makhluk di bhumi, varupa arupa sidhi.

11.5.     
Malaiyakosanamdevarajambudhiadhisanatkumaram
Serat akan nakhoda sapta jambudvipa nusantara samudra ratu nyi, rupa sidhi.

11.6.
Malaiyakosanamdevarajambudhikasumavijayanam
Seratnya ratu jajahan nagari, puncak malai sari, mahkota seluruh makhluk di bhumi, ianya varupa arupa sidhi.

11.7.     
Malaiyakosanamdevarajambudhiatmanuaniyamanam
Serat mahadiri sakti pahlawan dan lakshamana Malayu sejati, varupa arupa sidhi.

11.8.     
Malaiyakosanamdevarajambudhisangkahanasangganam
Serat tulis yang pandai dan para pandit bijaksana sekelian Malayu yang berbakti, rupa sidhi.

11.9.
Malaiyakosanamdevarajambudhishangdewarajananam
Serat anak raja Malayu yang teramat sakti, duli yang berketurunan svayambhu svanathari, rupa sidhi.

12. Malaiyasiddhasaptapunamadikasivanam (10 kitab):

12.1. Malaiyasiddhasaptapunamadikasivanamsiddhayanapuja-Mantram
Inilah perihal akan satu lembaran tiada nampak hanyalah yang bermata hati, hasil nukilan dewa tertinggi, di alam yang tiada hurufnya lagi, akan rahsia kuasa sakti, tersimpan di kahyangan dijaga sejuta bidadari.

12.2. Malaiyasiddhasaptapunamadikasivanamsiddhayugachitarupanam
Ini kisahnya seratus juta hikmat sakti, di dalam 1,000 peti, tiada mudah mendapat kunci, kerana perlu diri akali, bijak memahami rentaknya diri, diri sempurna bukan perempuan bukan lelaki, di bawah malaikat 9,999 peri.

12.3. Malaiyasiddhasaptapunamadikasivanamsiddhasanghyangmanipuram
Inilah suatu amalan penguasa alam yang tinggi, sebagai sakti berbilang rupa di dalam diri, guna banyak tiadalah terkira lagi, kerana satu amalan seribu sakti, dua amalan jadi sepuluh ribu sakti, dijaga naga yang teramat sakti.

12.4. (a)  Malaiyasiddhasaptapiinamadikasivanamsiddhapuja-rahsiapadahatinarn
Ini serat wirid sang hyang jati, sudah ada sejak mula alam lagi, sebagai sakti pembina alam ini, atas kudrat mayasari, tiada didekati hancur diri, kerana ini ilmu kiamatnya jadi, dijaga oleh nenek sakti.

12.4.      (b)          Malaiyasiddhasaptapunamadikasivanamsidhhavi-ruparupanekanam
Inilah serat rupa manusia di seluruh bhumi, dari mula sampai akhir nanti, hanya terbuka mereka yang suci, suci akalnya tidak meminta lagi, bila tahu akalnya ini, tahu segala perbuatan manusia di bhumi, dijaga malaikat rupa yang ngeri.

12.5.      Malaiyasiddhasaptapunamadikasivanamsiddhasthula-karnarupam
Ini adalah loh dikatakan mahfuzi, tempat cerita wayang di bhumi, mengetahui segala apa hendak jadi, walau untung ataupun rugi, semasa hidup atau bila nak mati, dijaga malaikat namanya sang munahemani.

12.6. Malaiyasiddhasaptapunamadikasivanamsiddhapumama -anjekalingam
Ini surih akan segala hukum alam semesta yang ada ini, segalanya sudah ada serba terperinci akan kehidupan apa jua yang berkatian dengan tenaga dan pembentukan bulan, matahari dan bhumi, dijaga sang resi yang hyang vamasi.

12.7.     
Malaiyasiddhasaptapunamadikasivanamsiddhaarupasarupasahajananam
Inilah kitab akan empat kitab yang diturunkan di bhumi, ianya dalam satu pati, hanyalah mereka yang tiada berbelah bagi, dalam hidup di dunia ini, nescaya faham dan dapat ertinya kitab ini, dijaga oleh para sakti.
12.8.     

Malaiyasiddhasaptapunamadikasivanamsiddhautamaajnakostamam
Ini akannya satu lembaran mantra sakti, dalam yana yang tiada bahasa bhumi, hanya oleh hati dapat dirasai, ia menyuci akan segala kekotoran di bhumi, diri yang faham kesyukurannya amat berkali-kali, dijaga oleh para sidhi.
12.9.

Malaiyasiddhasaptapunamadikasivariamsiddhamantrasirasivaram
Inilah watikah mantra yang sakti sekali, menjadi rebutan insan di muka bhumi, siapa yang berhati mulia dan tiadalah sangsi akan ilmu kenal diri, nescaya dapat peluang kenal akan ajaran ini, di bawah jagaan sidahi insani.

13. Malaiyapurasailikanamlokaadhitahriam (9 buah kitab):

13.1.     
Malaiyapurasailikanamlokaadhitahnamadityatharasridharmam
Perubatan yang membawa perubahan pada diri, ia merubah tubuh insani kembali kepada cahaya dan akhirnya lenyap dan kembali azali.

13.2.     
Malaiyapurasailikanamlokaadhitahnamajimathurasridhatarmam
Perubatan yang mengubati tubuh manusia ini daripada cacat menjadi pulih kembali, daripada mati hidup kembali.

13.3.     
Malaiyapurasaih'kanamlokaadhitahnamakulavirathasridhasasuram
Perubatan yang memulihkan tua kepada muda kembali, segala urat, daging dan kudrat pulih 17 kali umur manusia yang ada di bhumi.

13.4.     
Malaiyapurasailikanamlokaadhitahnamanitalamuthasridhimakurmam
Perubatan yang mengubati penyakit yang tak boleh sembuh lagi, menjadi tiada penyakit lagi.

13.5.     
MalaiyapurasaiUkanamlokaadhitahnamaviramuthasridhuyananam
Perubatan yang memulihkan penyakit gila dan menjadi lebih pandai 1000 kali dari manusia yang pandai di bhumi.
13.6.     
MalaiyapurasaiUkanamlokaadhitahnamaksobabithasridhirmayajanam
Perubatan yang boleh menghancurkan sekelian makhluk ghaib dan sihir pada diri.
13.7.     
Malaiyapurasailikanamlokaadhitahnamapawargathasridhesasunyatam
Perubatan yang membawakan manusia berubah rupa dan jantina dan tubuh yang disukai.
13.8.     
Malaiyapurasailikanamlokaadhitahnamathmumathasridhosapanafinam
Perubatan akan membolehkan manusia hidup tubuhnya dalam tanah, angin, air dan api.
13.9.     
Malaiyapurasailikanamlokaadhitahnamammamituthasridhagamaryokanam
Perubatan akan segala ubat-ubatan satu alam dan nama dan di mana ianya dijumpai.
14. Malaiyagurunambrahmarisyayahsutram (9 buah kitab):
14.1.
Malaiyagurunambrahmarisyhayahsutramannomayiksravraktasariam
Keterangan ini tulisnya sendiri, atas sakti dewi purnawi, untuk tunjuk ajaibnya diri, mereka yang dapat akan kalam ini, sudah tahu menilai akli, bukan duduk fikirnya lagi, tapi ilham akan laduni.
14.2.     
Malaiyagurunambrahmarisyayahsutramkapalavidyamsrastavaktasanam
Sesiapa yang hendakkan rahsia di sini, kenalah peka tidak tamakkan diri, kerana rahsia yang tersembunyi, yang memberi kuasa terangnya hati, kasyaf mengaji baca sekali, bukan hafalan yang diketahui, tapi melekat tetap di hati.
14.3.     
Malaiyagurunambrahmarisyayasutramtikasangamanutirumasanam
Melihat akan apa-apa jua di sini, bukan mudah mendapatkan erti, ia sirat surat hakiki, akan pengenalan sabda sulbi, menjadi akan hendak diri, atas kuasa menguasai peri, ifrit dan jin tunduknya diri, kerana ini diri insani.
14.4.     
Malaiyagurunambrahmarisyayasutramriksarotanamatarasanam
Jangan sangka surihnya mati, kerana fikir tiada mengerti, akan ilmu serupa laduni, turun dari kahyangan yang tinggi, rahsia ini akan budhi, memahami suara makhluk di bhumi, untung jua siapa dapat mengkaji.
14.5.     
Malaiyagurunambrahmarisyayasutramaswinakastirupamatantrisanam
Jika suka mengenal akli, di sini tertera caranya hakiki, akan kembali segala yang pergi, akan mati hidup nafasi, jika faham apa di sini, dapat berpeti kayanya hati, ilmu yang mengenal kalbi barani, jadi segala urusan di bhumi.
14.6.     
Malaiyagurunambrahmarisyayasutramaknikakarsanapurasansanam
Melihat bicara yang ada di sini, bicara akan segala yang sakti, mereka mengaji atasnya akli, amat hebat tak perlu tahunya sendiri, jikalau ingat berani hati, di sini kenal sebelum mati, hayat di tangan pulih sendiri.
14.7.     
Malaiyagurunambrahmarisyayasutramwikasitasangalomayanasanam
Ambil bidalan apa di sini, mengenal khayal kuasa armani, kuasa tunduk fikir harkawi, itulah manusia di dunia ini, lemah hanya fikir sekali, tiada tahu muslihatnya ini, hanya mereka yang dapatnya sakti ini, menguasai akan segala mimpi.
14.8.     
Malaiyagurunambrahmarisyayasutramsantisantasangelamayosanam
Inilah gurih hakiki ilmi, mengenal diri kuasa mandiri, mengenal nafas yang sejati, wujud diri bayangan berkahi, menjadi hak kehendak naluri, jadi hanyut diri dijampi, hebat barang jika diketahui, rahsia yang ada padanya diri.
14.9.     
Malaiyagurunambrahmarisyayasutramvamitaskulavarnamasusanam
Ini wahidah yang diberkahi, akan kenal rahsia sendiri, hebat mana manusia di bhumi, akan tumbang dengan jampi ini, jika ada halangan menanti, menjadi hapus segala mati, ini rahsia hebat jikalau dipelajari, oleh mereka kenalnya diri.
15. Malaiyavahasarahsarahsiyahannam (9 buah kitab):
15.1.
Malaiyavahasarahsarahsiyahannamvahasavahanasuridalayanagirinam
Mengenal akan aksara sundani, tercipta atas loh yang suci, akan sekelian sandri, semenjak mula wujud di bhumi, inilah asal bahasa ibrani, hindi dan juga abjad duniawi, sekelian ilmu ditulis darinya ini, ini ladunia aksara sakti.
15.2.     
Malaiyavahasarahsarahsiyahannamvahasapulatsyaviramaningrattanam
Ini akan pengetahuan aksari, sebelumnya wujud aleph berdiri, jika sungguh dipelajari, sebelum kata niat menjadi, ini rahsia mulanya jadi, akal yang faham segera mengerti, di mana suara itu tempatnya ahi, itu adhi sekelian arashi.
15.3.      Malaiyavahasarahsarahsiyahannamvahasabanimhasansansanam
Ini kajinya varni, getar yang hebat tidak terperi, bernada ianya di dalam sandri, tapi tiada juga diketahui, oleh kerana rahsia jenis begini, hanya manusia tubuhnya suci, akal utama selaput diri, bukan manusia masih duniawi, tapi diri sudah hakiki.
15.4.      Malaiyavahasarahsarahsiyahannamvahasatrisuptasanmargasthupasanam
Inilah mula kalam menghadiri diri, pada mereka yang berbakti, selagi masih tak kenal lagi, hanya ibarat air di daun keladi, mereka yang sudah fana'kan diri, mengerti akan rahsia ini, kerana tiada sandri tanpa negeri, paduka raja empunya diri, diri segala mahadiri.
15.5.     
Malaiyavahasarahsarahsiyahannamvahasatikramayamanayamanam
Ini perihal rahsia paling rapi, kata dari nur yang suci, mengenal akannya iimu ini, kata sabda yang amat sakti, tersembunyi menjadi kalam di hati, puncak akan kehendak sandri, jika sampai fahamnya ini, tiada ucapan yang tak akan jadi.
15.6.     
Malaiyavahasarahsarahsiyahannamvahasasinghaduthaanoyamam
Ini perihal pembekal diri, atas ucapan bernama jampi, hanyalah menjadi Malayu yang jati, atas kalam halkum berduri, tiadalah dusta katanya sandri, bukanlah mainan jin dan peri, menjadi dibaca berkali-kali, musnah siapa juga yang menghindari, kerana ini rahsia terpuji, mereka yang dapat amat berani.
15.7.
Malaiyavahasarahsarahsiyahannamvahasasangkretanamkandanam
Inilah rupa bahasa dikaji, bukan bahasa manusia duniawi, tapi bahasa lalunya laduni, dari langit turun ke bhumi ini, mereka yang arif dapatlah mengetahui, asalnya kalam yang menjelma diri, dalam aksara yang terawal lagi, sebelum jadi tulisan kawi.
15.8.
Malaiyavahasarahsarahsiyahannamvahasavaritatpurusam
Inilah kaji untuk sendiri, mencari aksara di diri sendiri, jika bertuah dapat diketahui, melalui ajaran kesedaran akan diri, melalui bahasa roh insani, menjadi tanda hati yang suci, terbuka erti kalam tuhani, kerana sandri mengenal diri, menjadi gubahan, asalnya jampi, di atas kuasa anasir duniawi.
15.9.
Malaiyavahasarahsarahsiyahannamvahasagurutamasivarohanam
Inilah akhir vahasa agni, tulisan emas aksara hakiki, jika dibaca hancurlah diri, kerana ini ilmu ta'yani, hanya pada yang sampai makrifat tajjali, mengenal akan tiadanya diri, kepada mereka yang memahami, tahulah bahasa tiada bunyi, mengerti aksara huruf berapi, nescaya sakti tiada mati, memberi titah umat duniawi, seluruh alam sujud di kaki.
16. Malaiyanamsoksavitranamsivakulanam (9 buah kitab):
16.1. Malaiyanamsoksavitranamsivakulanamavailokasathiswaranam
Kitab ini buka kali, ambil bidalan dalamnya diri, jikalau tahu rahsia ini, dapatlah jalan pintasnya diri, mengenali hikmah tersurat di sini, dapatlah bukti kenal tuhani, tanpa menjadi iblis menyepi, hilang akal nafsu menjadi, di sini mati sudahnya diri.
16.2. Malaiyanamsoksavitranamsivakulanamadhanahariswaranam
Kitab ini ambilnya nafi, kenal diri sifat alkami, tahulah apabila dibaca nanti, di sini ada seribu bukti, mereka yang tekun mencari diri, nescaya dapat pandu tuhani, membawa salik mengenal diri, atas saksi shuhadah napi.
16.3.
Malaiyanamsoksavitranamsivakulanamadvityaksawa ranam
Kitab ini mengenal yang mana inti, bukan fikir disuruh mengkaji, akan akal kenal dah diri, atas sifat diri yang zikri, kita beramal untuknya mati tubuhnya ini, jika faham bila mengkaji, tahulah yang mana palsunya diri.
16.4.     
Malaiyanamsoksavitranamsivakulanamarvityadushtawaranam
Kitab ini diri yang tarbi, untuk mereka ke jalan sendiri, mencari cahaya di dalam duniawi, tiada berjumpa jika tak mengkaji, jika tahu rahsia di sini, barulah faham dirinya ini, tiada ada tiada jati, tubuh kasar sarungnya bhumi.
16.5.     
Malaiyanamsoksavitranamsivakulanamaksobadintawaranam
Kitab ini sukar dikaji, akan makrifat diri yang sandi, bukan fikir diguna lagi, hanya akal jadi kemudi, jikalau dapat fahamnya ini, baru faham hikmahnya di sini, mengenal apa itu diri, berapa lapis berapa jalannya ini.
16.6.     
Malaiyanamsoksavitranamsivakulanamapsokawirdatawaranam
Kitab yang ada bukan yang asli, di sini tersurat sejak azali, perihal mengenal pitrinya diri, asal kita sebelum jadi, pada diri tafakur sendiri, baru faham yang mana suci, bukan tulis manusia bhumi, tapi wali yang dah tahu jalan ini.
16.7.     
Malaiyanamsoksavitranamsivakulanamahamthrana-kailawaranam
Kitab ini berisi kaula sejati, tunjukkan diri sakti sendiri, mengenallah hakiki awalnya diri, siapa yang faham kenal akan diri, di sini ada rahsia menanti, akan hikmat pendingnya diri, jika tahu berkatlah diri, akan hikmat anugerah indrayani.
16.8.     
Malaiyanamsoksavitranamsivakulanamahiarhattanitawaranam
Kitab bernama gagak berahi, akan bahagian diri sembunyi, mencari akan buktinya diri, di sini ada rahsia menanti, bernasib baik dapat ianya difahami, jika tidak membodoh diri, kerana di sini ilmunya tinggi, hanya yang bijak dapatnya bukti.
16.9.
Malaiyanamsoksavitranamsivakulanamangirasatanawaranam
Kitab terakhir tulisan ibrahi, bukan biasa dilihat di sini, hanyalah mereka yang telah suci, dapat baca terang di hati, inilah rahsia kalam tuhani, menjadikan petunjuk mencari diri, berjumpa ia dengan guru sejati.
17. Malaiyanaaintiramniruparaksamayam (9 buah kitab):
17.1.     
Malaiyanaaintiramniruparaksamayamsatchakranabhibhuvanalokam
Perihal sakti tajjali, memberi kenal rupanadewi, tempat siadhi dikenal pasti, akan satchakra yang memuji diri, menjadi semadi sekelian nabhi, jadi perintah sekelian sandri, menjadi titah paduka seri, pada diri lihat sendiri.
17.2.     
Malaiyanaaintiramniruparaksamayamsatchakranabhilavursanalokam
Perihal moksha ananda karni, sekeliannya dewa berbaris rapi, siap menjaga khazanah ini, akan satchakra yang tajjali diri, keduanya di bawah moolamadhi, menjadi kendati maharishi, ada tak jauh di mata dekat di hati.
17.3.     
Malaiyaaintiramniruparaksamayamsatchakranasabhilumanalokam
Perihal akan janna siganapati, tempatnya aksara membentukkan widdhi, akan satchakra mulanya salbi, pada chakri lidah kunhi, ini tempat shariat berdiri, akan sembah memberikannya erti, pada manusia teramat dikeji, pada kita tahu kalam tuhani.
17.4.     
Malaiyaaintiramniruparaksamayamsatchakranathobasltharialokam
Perihal akan alam tujuh arashi, menjadi sendi sekelian alam ini, yang tahu erti iman maknuji, akan satchakra yang sakti ini, rumah ibadah wali tertinggi, akan wujud laduni, cepatlah dapatkan tempat ini, pada kita paling rapat sekali.
17.5.     
Malaiyaaintiramniruparaksamayamsatchakranayasamurutrinalokam
Perihal ia sutuk yakini, tempat akal mengambil saksi, akan satchakra yang hebat ini, penuh ilmu kuasa sakti, cukup untuk bukti tuhani, janganlah tidak percayakan diri sendiri, tempat ini tidak sembunyi, tapi hati tiada mengerti.
17.6.     
Malaiyaiantirammruparaksamayamsatchakranakatabischanalokam
Perihal bindu yang adanya sakti, menjaga swara yang hakiki, akan satchakra mulanya jadi, akan kalam belum berisi, hanya ingat dalamnya diri, belum nyata sudah menjadi, hikmah mengenal tempatnya ini, kata yang masin pasti menjadi.
17.7.     
Malaiyaaintriamniruparaksamayamsatchakranasatyalokanalokam
Perihal ahdahnya alam ini, tempat bicara segala ruhi, akan satchakra brahamani, ini tempatnya orang mengkaji, akan tarikat membawa diri, dari laku menjadi peri, ini hikmah caranya ragi, jika sampai fana'lah diri.
17.8.     
Malaiyaaintiramniruparaksamayamsatcfrakranatanatahanalokam
Perihal lapan berpusing lari, jadi nyawa sekelian jasadi, akan satchakranya tuntuni ruhani, ghaib zahir di fuad diri, inilah hakikinya hujung hati, di ubun wali menjadi saksi.
17.9.     
Malaiyaaintiramniruparaksamayamsatchakrawedhanastirtatnam
Perihal asasnya duniawi, chatur tatvi sarungnya adami, akan satchakra rendah sekali, mula pintu akannya salbi, jika baru hendak mengaji, ambil ini tempatnya nanti, mengenal akan diri sendiri.
18. Malaiyasohanamanamanamchakrawalam kitab):
18.1.
Malaiyasohanamanamanamchakrawalamchakrawedhanastirtalnam
Lelontar ini nukilan malaikat yang suci, perihal kediaman yang abadi, bandingan tiada serupa di bhumi, inilah ardi jauh sekali, tiadalah sampai manusia kita ini, inilah sehalus chakrawala yang terjadi, sejuk dingin indah terperi, ini gugusan bintang yang terjauh sekali.
18.2.
Malaiyasohanamanamanamchakrawalamchakrawisudharkalnam
Lelontar hasil malaikat rupadiri, hampir sedikit dari yang tadi, mereka ini penghuni ajaib sekali, tiada terakal manusia di bhumi, teknologi sudah berjuta tahun diperolehi, kita ini kecil dibanding mereka ini, mengenali alam akan mereka ini, amat sulit seperti yang pertama tadi.
18.3.     
Malaiyasohanamanamanamchakrawalamchakramataharnalnam
Lelontar ini ketiga sudah hilang seni, tiada diri mereka halus lagi, tapi tetap jauh dari evolusi, bandingan manusia di bhumi ini, alam mereka anekawarna warni, serupanya malaikat serupa manusia berdiri, banyak ilmu pada mereka ini, alamnya masih amat jauh lagi, untuk manusia menemui, akan mereka di gugusan ini.
18.4.     
Malaiyasohanamanamanamchakrawalamcharavulanirvalnam
Lelontar ini tentang hal sekumpulan pribhumi, di dalam gugusan sekelian galaksi, induk yang membentuk satu federasi, menjaga amanah dari lllahi, memanglah tinggi budaya dan teknologi, lebih kasar tetapi halus dari manusia di bhumi, amat bijak serba mengetahui.
18.5.     
Malaiyasohanamanamanamchakrawalamcharabrahispatalnam
Lelontar ini tentang gagasan 49 bintang yang diterangi, ia menjadi induk putaran matahari, tetap ada berpenghuni, mereka hebat bermacam diri, berupa-rupa pelbagai rupa jikalau diingini, tetap kasar adanya makhluk ini, akal mereka itu akal bestari, tiada diwarisi nafsu seperti kita di bhumi.
18.6.     
Malaiyasohanamanamanamchakrawalamcharabhivananalnam
Lelontar cerita perihal makhluk ini, mendiami sempadan bimasakti galaksi, tempat asal pitri dan rishi, mereka yang hebat yang ada di bhumi, ramai asalnya dari sini, tapi manusia tiada yang ketahui, ini lelontar menceritakan tamadun dan budaya mereka ini.
18.7.     
Malaiyasohanamanamanamchakrawatamchakrasukrazulnam
Lelontar ini ceritakan akan bintang 12 di malam hari, menjadi kemudi manusia di bhumi, ramai penduduk amat luas sekali, dikelilingi malaikat bestarif dan penjaga akan bhumi ini, ini halnya dibicara di sini, mengenali alam mereka ini dan ilmu yang dimiliki.
18.8.     
Malaiyasohanamanamanamchakrawalamchakrakarauntanalnam
Lelontar ini suatu hat rahsia terperi, akan alam ghaib yang berpenghuni, seluruh alam di bawah bhumi, tiadalah nampak walau dikaji, kerana manusia akal belum matang lagi, mereka yang ada di alam ini, lebih sakti dan bijak mengkaji, apa yang dikehendaki manusia mereka miliki.
18.9.
Malaiyasohanamamanamamchakrawalamsattatmakalnam
Lelontar terakhir perihal manusia di bhumi ini, akan evolusi yang semakin tinggi, di sini tahu sejauh mana ilmu manusia boleh miliki, dan peradaban yang ada di masa depan akan hidup manusia di bhumi serta rahsia manusia yang menjadi abadi dan sakti.
19. Malaiyamanutaramlokayuganam (9 buah kitab):
19.1.     
Malaiyamanutaramlokayuganammanimanukakahram
Inilah lontar kenalnya aku ini, asalku dari sariya sari, benih dari admi adammi, jadinya kenal aku ini, ibarat ada tidak berbelah bagi, kerana aku yang ini, bukannya ada bayang sendiri, ia tuhani cahaya syurgawi.
19.2.      Malaiyamanutaramlokayuganamchintamanipuram
Inilah lontar kenalan diri, namanya aku graha chintamani, menjadi aku setiap sandri, asalnya satu pecahnya diri, siapa mengkaji fahamlah nanti, asalnya diri umbi sendiri, nampak banyak satunya sendi, ini aku bukan diri sebarang diri.
19.3.     
Malaiyamanutaramlokayuganamsaptarishimanujam
Inilah lelontar arshi berahi, akan aku hendaknya diri, mencari diri kembar sekaki, tahu siapa yang memahami, akan intinya kajian ini, asalnya diri yang menjadi terperi, akibat tajjali pecahnya diri, dari langit meresap ke bhumi.
19.4.     
Malaiyamanutaramlokayuganamhupatisirramanikam
Ini lelontar hakikat diri, hakikat aku empunya diri, pati segala pati aku ini, menyimpan dendam diri beta diri, barulah faham akannya hal ini, mengenal aku seribu diri, jadi fakir diri sendiri, kerana tiada akunya lagi, atas manusia mengaku diri.
19.5.     
Malaiyamanutaramlokayuganamkamagrabhahusbinapuram
Ini lelontar akunya berdiri, membentuk selaput nafsi berahi, asalnya aku graha di bhumi, jadi aku sarung di sementara ini, inilah aku yang kasar nak jadi, dari batin mengolah sendiri, atas kuasa membentuk diri.
19.6.     
Malai'yamanutaramlokayuganammakutarnikraratnam
Ini adalah lelontar aku yang seni, tubuh cahaya malaikati, asal aku sebelum ke bhumi, mengasar jadi tubuhnya diri, ini asal orang mengkaji, akan tubuh sempurnanya diri, sampai aku moksanya diri, pada tuhan jua aku kembali.
19.7.     
Malaiyamanutaramlokayuganammanuzanghpohanshikaroram
Ini adalah lelontar diri dewa diri, asal tanapi membentuk akan akni, sakti aku sakti berperi, menjadi tubuh mahadiri, ini aku laksana chitani, aku berharga amat sekali, menjadi aku guru yang ilmi, berjasa pada ibu pertivi.
19.8.     
Malaiyamanutaramlokayuganammanuikkakuterimaknaram
Ini lelontar habisnya diri, terima azali asalnya aku ini, sudah kamali sempurna akli, aku inilah pemegang fitri, akan janji rabku ini, terima atas cinta tuhani, kenallah aku kenal tiada aku ini, sempurna mengkaji akannya diri.
19.9.     
Malaiyamanutaramlokayuganammanushiamanasaputnaram
Ini lelontar akhir sekali, tiada lagi akunya ini, tahu sebab hanyalah bayangi, akan aku tiada zat sendiri, hanyalah akal merentas bhumi, menjadi maya dibayangi, hanya serpihan akan kebesaran tuhani, inilah diri kita semua yang ada ini, bukan bentuk kasar pirtivi.
Kitab-kitab Malayu purba ini sudah pun hilang dek ditelan zaman yang berlalu berpuluh-puluh ribu tahun dahulu dan penduduk alam Nusantara yang dipanggil Sundaland ramai yang berhijrah ke tempat-tempat lain di seluruh dunia dengan menerokai pelbagai keusahawanan dan tamadun. Mereka telah mengajar lain-lain bangsa yang ada di muka bumi ini untuk mentamadunkan diri ke tahap yang lebih tinggi, seperti tamadun-tamadun Mohendja-Daro dan juga Harappa di Lembah Indus, Sumeria, Babylon, Mesir, Aztek, Maya, Inca, China, India, Yunani dan sebagainya.
Orang Malayu mesti menggali khazanah ilmu pengetahuan yang amat tinggi ini bagi mengembalikan kegemilangan bangsa pada suatu masa dahulu dalam zaman pra-sejarah untuk membina tamadun bangsa yang hebat di masa kini dan di masa-masa akan datang. Para pemimpin Melayu mestilah memikirkan hal ini dan memperuntukkan dana yang besar bagi para cendekiawan dan pengkaji Malayu melakukan kajian mendalam mengikut premis kita sendiri yang tidak bersandar kepada premis Barat.
Di bumi Nusantara sekarang ini masih ada lagi orang-orang yang memiliki ilmu pengetahuan nenek moyang Malayu kita tetapi mereka terlalu kecil bilangannya. Mereka juga memencilkan diri kerana ditekan oleh pengaruh ahli-ahli agama (dulu Hindu/Buddha, sekarang Islam). Perkara ini dapat kita saksikan di Indonesia dan Malaysia di mana ajaran agama yang bertentangan dengan ajaran Islam Sunnah Waljamaah (Sunni) akan ditentang habis-habisan oleh pemerintah, alim ulama dan masyarakat Islam.

My Coment : Kesemua ini pada pendapat kajianku menekan kan kemungkinan bahawa bangsa Melayu MEMANG PERNAH menerima ISLAM@HANIF bahkan sejak agama IBRAHIM AS lagi dan kemungkinan zaman PURBA bangsa MELAYU berpecah dua HANIF dan HINDU BERHALA. Tapi perenggan terakhir tu pada pendapat saya adalah ditekan GOLONGAN SYARIAT BUTA termasuk ISLAM, bukan DITEKAN orang-orang yang ARIF ESOTERIK HANIF@ISLAM@HAQ........WALLAHUALAM BISSAWAB........

Sumber Petikan : Cz FAB Notes Thanks BUNCH...