Tuesday, May 24, 2011

Kitab Hazrat Sultan Bahu...



Kitab Hazrat Sultan Bahu...

Maj satul Nabi.....(Ringkasan)

Bismillahirrahmanirrahim

1.Allah itu Cahaya atas segala Cahaya......Cahaya bumi dan langit serta segala isinya....
Seluruh alam dan isinya dicipta dari Nur Tuhan Yang Maha Kuasa dan Dia yang menghaturkan semuanya....

2.Barangsiapa yang membaca kitab ini dari hatinya dan dengan ikhlas, tiadalah baginya memerlukan lagi seorang pun guru yg ada zahir di bumi ini, kerana buku ini sudah cukup afdhal untuk memberi cahaya kepada ruhaniah.....dan mencapai martabat Tawajjuh dalam batinnya dan ruhaniahnya akan sentiasa disayangiNya dan mendapat limpahan menghadiri Hazoor(menghadap Nabi SAW secara nyata dan ruhaniah)....Dan sang Salik tadi pasti akan berupaya untuk merungkai semua rahsia dan misteri yang terselubung yang mana seluruh Maqam, Destinasi dan Devisi dibuka hijab tanpa sebarang halangan antara diri salik dengan Realiti Maha Pencipta....

3.Akan dapat mencapai Fana Fillah dan berupaya menundukkan nafsu dan egonya.

4.Marifat itu suatu misteri dari banyak rahsia Ketuhanan, ia diberikan kepada sang Arifbillah dari Maqam Hazoor Muhammad saw secara Yaqazah yang Haq...

5.Sang arif akan berjalan ruhaninya sama ada berjaga atau tidur seperti Nabi saw...

6.Sang salik masuk dalam kehadiran Rasulullah dengan Bathin dan jaganya,sepanjang masa. Siapa ingkar bakal kafir dan nerakalah tempatnya, Murshid kamil memiliki hati emas bersih,tapi murshid Naqis(tak sempurna) adalah seperti anjing. Sesungguhnya Bahu r.a sentiasa mencapai keamanan dalam zikir dan fikir kepada Sang Pencipta.

7.Mestilah kita menghapus binasakan diri dalam Allah bahkan melebur nafsu dalam Ismu Zat zikir.Maka salik dinaik makam dan dapat menadbir nafsunya.

8.Lima maqam untuk Salik:
-Nafi
-Isbaat
-Tasawwar dalam Ismu Zat
-Pembukaan Al-Quran
-Pembukaan dan bacaan Doa Saifi dengan namaNya yang tanpa had tanpa
gangguan.

9.Maka naiklah sang Salik di Maqam mampu memberi Irshad kepada manusia.

10.Sang Salik akan mendapati nafsunya lah musuh yang paling susah ditentang. Nafsu akan berwatak firaun bila kenyang dan menjadi seperti anjing bila lapar, manakala, dia menjadi seperti Qarun bila perlu menderma dan syahwat nya seperti binatang.

11.Ketahuilah, tanpa seorang murshid yg beliau sendiri adalah musuh nafsu, maka kau akan dapati susah kerana nafsu itu menguasai dan merajai badan mu.Sekalipun kau bertapa dan riyadah pun tiada kesannya.

12.Murshid kamil pertamanya akan menghapus dan memisah Syaithan dari tubuh dan ruhani sang Talib(murid) dan membunuh syaithan ini bukannya mudah tanpa inyat Nya. Bila sang Murshid memisah sang syaithan dari tubuh dan ruhani maka sang murid akan cepat2 menghadap Sang Illahi sepintas sahaja.

13.Pengetahuan batin ibarat mentega dan pengetahuan zahir ibarat tenusu, mentega tak dapat terhasil tanpa tenusu, maka bagaimanakah keadaannya sang salik dengan tanpa sang murshid?

14.Dengan melalui penyaksian dan penyiasatan melalui Muraqabah(tafakkur) maka nafsu, khurafat dan pemikiran syaithan dan keduniaan sepatutnya dihapuskan dan tidak menghalang muraqabah.

15.Apabila sang salik memandang Tawajjuh ke dalam Batin, baca Bismillah 3x, dan 3 x darood shariff, dan ayatul Qursiy 3x, dan 3x ayat berikut "Salamun Qaulan Mirabbirrahiim". Kemudian diikuti 3x surah 4Qul,3x AlFatihah, 3x istighfar, 3x kalimah Tamjid, 3x kalimah Tayyibah dan memarifatkan kalimah Allah dan Muhammad bentuk tulisannya. Pejamkan mata dan cuba qosadkan kehadiran Rohaniah Wali2 dan Rasulullah SAW dan memohon Marifat akan Allah.

16.Apabila tawajuh tadi berhasil, ia akan mendengar bacaan Quran dan Zikrullah serta bacaan hadith Nabi dalam majlis "Suci".

17.Selepas beberapa ketika sang Talib akan diberitahu akan kehadiran ruhaniah mulia Rasul2 dan Wali2 dan diri sang Talib sendiri sudah pandai mengesan kehadiran mereka dan tak perlu lagi melukis apa2 rajah marifat seperti tadinya bahkan dengan kehendak sahaja bisa tercapai kerana Talib telah sampai Haq.

18.Apabila sang Talib mahu ke hadratNya sahaja dengan mudah dapat dilaksana ketika itu, di mana Asma2 Allah akan terlukis dengan cantiknya.

19.Bila seseorang melaksanakan Tasarruf pada Tasawwar maka akan terbukalah rahsia pemandangan kepada Rahsia Diri Ketuhanan dan apa yang dikehendaki ditemui di Loh Zamir(sebuah catitan di hati insan) dan bahkan Lauhul Mahfuz itu kecil dibandingkan dengan Lauhul Zamir seperti suatu titik sahaja. Dan setiap pengetahuan Zahir dan Batin, Ilham dan Laduni masuk ke dapal Lauhul Zamiir. Ini baru sahaja peringkat awal bagi salik.

20.Ramai orang tertipu dan mendakwa diri mereka sudah sampai ke Fana Fillah(lebur dalam Allah),tetapi sebaliknya Fana Fi Syaithan keranasesungguhnya mereka hanya bangkai gagak. Ini sungguh mengecewakan dan menghampakan.

21.Bagaimana meneliti Fana Fi Sheikh, Fana Fi Rasul dan Fana Fi Allah dan apakah definisi itu semua? Adapun Fana Fi Sheikh adalah keadaan di mana bila sang Talib menvisualisasi sang Sheikh dan wajahnya maka akan dibawa ke'rohanian Talib ke mana2 maqam yang diingini si Talib. Adapun ini adalah untuk "meneropong" dan "scan" serta untuk menyiasat alam ghoib, jika tidak visualisasi wajah sheikh ini akan menjadi suatu kesyirikan di mana adalah seolah-olah menyembah selain Allah. Faham betul2 akan tujuan Fana Fi Sheikh ini.

22.Adapun dalam Fana Fi Rasul, sang Talib memfokus visualisasi Isma' Muhammad SAW dan dengan demikian serta merta dibawa ke hadrat majlis Rasulullah SAW yang mulia dan diberi kemuliaan bakti kepada Nabi Muhammad SAW di mana sang Talib akan memiliki hati bersih suci seperti mana sifat Nabi kita SAW dan akan menjauhinya dari kebathilan.

23.Adapun Fana Fi Allah adalah keadaan di mana sang Talib mengamalkan dan fokus kepada Ismu' Allah Zat yang mana membawa faedah kepada ruhani dan jasad Talib dan ianya dipenuhi dengan Marifat akan Tuhannya dari hujung kepala hingga ke hujung kaki serta dilimpahi Wahdat dari Nur Allah yang mana apabila diselami Talib, hilanglah kesedaran manusiawinya dari Azali sampai Abadi. Ini tercapai menerusi barakah murshid Kamil Mukammil.

24.Ingat ini! Nafsu menjadi semakin segar dan kenyang dengan pembelajaran ilmu zahir dan peribadatan zahir yang tidak diisi dengan keruhanian. Ia akan seronok bila dipuja dan disanjung masyarakat dan menyukai khalayak ramai kerana di sana terdapat bermacam pujian dan sanjungan. Tetapi amat membenci Zikrullah dan jalan Ma'rifat. Apa2 pembicaraan ma'rifat dan zikrullah ditentangnya habis-habisan.

25.Nafsu akan menjadi pelembut,pemalu,dan suci bila penyucian Bathiin berjalan sempurna dalam pengabdian dan keikhlasan dalam Majlis Muhammad SAW dan mengawal nafsu dalam muhasabah berpanjangan. Nafsu sang Arif sentiasa dikawal dan sentiasa mensyukuri Allah swt.

26.Firman Allah SWT dalam AlQuran: "Sesungguhnya bagi hamba2Ku yang takut pada Tuhannya dan mengawal hawa nafsunya. Taman Syurga lah yang akan menjadi kediamannya."(49:40-41)-Al-Quran. Dengan ini sang Arif beroleh petunjuk dan kemenangan ke atas hawa nafsunya. Mereka punyai semangat,cinta dan bakti yang luar biasa ke arah jalan Ketuhanan.

27.Sebuah bait- "Kalau sang Nafsu jadi kawanmu maka takutilah ia, kerana sesungguhnya dengan demikian dia bukan lagi pencinta agama,jangan kamu rasa selamat akan gangguan Nafsu di mana ia akan mencemari Ruh, ialah musuh sebenar-benar musuh bagimu di dunia dan akhirat". Kamu harus sedar dalam diri kita ada 4 elemen: Nafsu, Qalbi,Ruh dan Sirr Allah SWT. Nafsu dikenal melalui pandangan umum di dunia, Qalbi dinilai dengan zikrullah sang hamba pada Tuhannya serta kesuciannya dalam Batin.Ruh dikenal melalui pembacaan Al-Quran dan Zikirullah, Hadis dan Fiqah, Sirr dan pembawa Sirr dikenal melalui pandangan ma'rifat akan Ketuhanan.

28.Bagaimanapun, manusia sering dihalang 10 jenis Syaithan. Bait:"Kenali 10 syaithan dalam manusia,kawal mereka dalam telunjukmu,secara luarannya syaithan ini tak dapat terkalahkan, tetapi barangsiapa yang dapat mengalah syaithan2 itu,tiada lagi tekanan dan gangguan akan jiwanya".

29.Separuh dari agama adalah mengamalkan Sunnah Rasulullah SAW. Dan ini tidak semua manusia dapat melaksanakannya!"Tiadalah semua kepala dapat disarung dengan mahkota, dan tiada lah semua hati itu dikatakan menyimpan Nur Allah".

30.Sang Fakir mestilah memiliki ilmu dan pengetahuan serta melangkah masuk dalam Fukr. Jika tidak pasti jalannya akan tersesat jauh dari kebenaran kerana sifat tidak pedulinya. Ini diwajibkan ke ats semua lelaki dan wanita Muslim.

31.Ketahuilah hamba, semua jalan yang bertentangan syariat adalah jalan menuju kepada Kufur.Keruhanian sebenar adalah berasas Al-Quran dan Hadis dan tunjangnya Zikir dan Ismu'Allah.-"Seafdhal-afdhal zikir adalah Lailahaillallah Muhammadarrasulullah"

32.Apabila seseorang yang "karam" dalam Kalimah Taiyyibah ini, leburlah kesedaran dirinya. Akan menyaksilah dia akan keEsaan Allah dan dibawa menghadiri majlis Rasulullah SAW. Dibukakan hijab dengan Nur yang terang.Bukan senang hendak mendapat maqam dalam Zikir dan menjadi ahli Zakir.Di dalam Ismu Azam duduknya Sirr dalam Sirr dan penyaksian Nur Illahiah.

33.Semua ini hanya kedapatan dalam melurusi syariat, Hadis dan Quran serta Ismu' Zaat.Di luar semua ini, tiada marifat akan Tuhan. Siapa yang mengingkari Syariat tidak akan dapat Marifat Tuhan dan seluruh ilmu yang dipelajari adalah sia2 dan tidak diterima Allah.

34."Sesunnguhnya Quran menjadi saksi akan seluruh makhluknya"-Hadith Rasulullah. Fakir harus meminta apa yang dimahu dari Allah Maha Kuasa.Semua realiti yang ada adalah dalam skop Al-Quran sebagai contoh ilmu Marifatullah, realiti Nafsu, Qalbi, Ruh dan Sirr.Allah berfirman"Dialah pemilik perbendeharaan tersembunyi. Tiada siapa yang tahu melainkan Dia. Dia Maha Mengetahui apa di daratan dan lautan.Tiada daun yang gugur melainkan diketahuiNya,tiada suatu zarah pasir pun di bumi,basah atau kering melainkan dalam catitanNya".(6:59)-AlQuran.

35.Kamu seharusnya tahu, hati adalah tempat rahsia agung tersembunyi, dan akan hidup dan bersinar dengan Nur Zikir dan Marifa jika kena kaedahnya cara pengaktifannya dan ini menghidup 4 elemen kita, serta terbukalah 5 panca indera ghaib dan tertutuplah 5 indera zahir kita. Dengan Tasawwar Ismu Zat terbukalah mata bathin di Qalbi.

36.Dalaman ruhani manusia2 Illahi adalah dipenuhi Nur. Dengan Zikir, Fikir dan Marifat maka hati berupaya dicuci dan dibersihkan.Hanya dia yang boleh menentang nafsunya yang sentiasa menentang keadilan serta melakukan muhasabah dengan tepatnya.

37.Adapun keadilan itu terbahagi kepada 2 iaitu: keadilan zahir seperti keadilan yang dinisbatkan kepada seorang Qadhi atau Hakim yang adil. Sabda Nabi SAW:"Keadilan sesaat itu lebih baik dari amal ibadat yang dilakukan seluruh dunia dan isi langit". Dan yang keduanya adalah keadilan batin yang mana manusia2 Illahi akan dipertanggungjawapkan amalan nafsu mereka.

38.Jihad akhbar melawan nafsu adalah lebih besar dari jihad ashgar melawan musuh. Syaithan itu adalah suatu anjing yang dijadikan untuk menguasai manusia2 yang berkenan ke arahnya. Jadi adalah suatu pembaziran masa jika kita memerangi musuh2 zahir dengan meninggalkan musuh bathin yang lebih bahaya iaitu nafsu dan syaithan. Jadi dalam rangka menuju Illahi, tinggalkan yang lain dan Allah akan lindungimu dari bahaya Syaithan dan Nafsu.

39.Ingatlah, dengan zikir Allahu Allahu hati akan hidup dengan jeritan batin "Ya Allah,Ya Allah,Ya Allah". Dan sang salik tadi akan masuk dalam pandangan dan terbuka hijab Wisaal dan Marifat Tuhan Penciptanya. Di mana Allah akan berfirman pada malaikat "Malaikat2Ku, lihatlah ini Sahabat KekasihKu yang kelihatan pada mata orang ramai tidur tetapi bathinnya sentiasa ingat akan Daku." Itulah sebabnya apabila sang salik tadi menebut Allah dalam hatinya Allah akan menjawab 'Labaika Ya Abdiy'(Aku di sini wahai hambaKu) dan Kau pohon apa sahaja pasti Aku tunaikan.

40.Bagaimana orang yang hidup hatinya dikatakan mati? Bahkan tidak! Walaupun sang salik tadi dalam keadaan tidur tetapi batinnya tetap mengadap Wisaal Allah dan sentiasa berhubung dalam Wahdaniyyat Illahiyah serta masuk dalam Majlis Kebatinan Rasulullah SAW. Dengarkan ini 'Apabila hati hidup, maka nafsu akan mati. Nafsu mati dan lebur dalam 4 anasir tadi.'

41.Ba'it syair sufi:"Aku asalnya adalah gabungan 4 elemen dan kemudian jadi 3 dan akhirnya jadi 2 anasir, dan bila ditinggalkan semua jadilah Kesatuan".

42.4 anasir elemen2 dalam manusia adapun terdiri dari 4 anasir
-Ayam jantan nafsu(syahwat)-unsur Api
-Merpati Kemahuan-Angin
-Merak Kebanggaan dan Ujub-Air
-Gagak yang Tamak-Tanah

43.Dengan Zikrullah, maka keempat-empat ekor burung ini akan disembelih dan binasalah nafsu2 burung2 ini yang duduk dalam badan kita serta akan bergemerlapan lah cahaya Nur dalam diri kita.

44.Tuhan berfirman "dan ketika Ibrahim berkata'Tuhanku tunjukkanlah bagaimana Kau hidupkan yang mati' Dia berfirman'Adakah kau tak percaya?' maka dia(Ibrahim) berkata 'Aku percaya Tuhanku tetapi untuk menguat keyakinanku padaMu' Dia berfirman 'Ambil 4 ekor burung sembelihnya dan cincangnya serta asingkan pada tiap2 bukit berasingan. apabila kau menyeru akan mereka pasti mereka akan datang segera dengan Kuasa Kami.Ketahuilah Kami lah yang Maha Agung lagi Bijaksana"-(2:260)

45.Allah merfirman bahawa "bersabarlah hai Muhammad bersama dengan hamba-hamba yang memanggil dan menyeru nama Ku siang malam, janganlah biarkan mata mu terpukau dengan debu-debu dunia dan nafsu, dan jangan sekali-kali kau mengikuti jalan orang2 yang tidak mendapat petunjuk serta menurut nafsunya"(18:28)

46.Wahai Talib! Kau harus banyak lagi belajar.Martabat ilmu Yakin adalah maqam kebijaksanaan dan arif.kepandaian sang alim adalah terletak pada Pengetahuan.

47.Seterusnya atas dari makam Ilmu'l Yakin adalah masih ada lagi.Sebagai contoh sang Majzoob adalah senantiasa tenggelam dalam Wahdat Illahiah,dan sentiasa seronok dalam pandangan Nor Zat Sang Rahsia.Rumahnya kelihatan kosong dan tak bermaya tetapi Batinnya amat kaya.

48.Maqam yang ketiga adalah maqam darjat Haqqul Yakin.Siapa-siapa yang sampai di sini telah berjaya membina keruhaniannya.Dipanggil 'pemegang martabat Yang Dicintai'. Zahirnya sentiasa dengan orang awam tetapi manakala Batinnya sentiasa dengan AlHaq.Bila sang fukr sampai klimaks maka ianya Wisaal Haq, Allah.Beliau makan dari yang halal dan menjauhi yang Haram dan syubhah. Beliau amat membenci nafsu dan telah mengamalkan Islam dengan ikhlas dan sebenar-benarnya.

49.Makam yang keempat, adalah Nur ul Mubin di mana sang Fukr mencapai Fana Fi Allah dan Baqa Bi Allah.Di peringkat ini, apabila sang Talib mengalami Hijr(kejauhan dari Allah), maka dia akan merasai api yang hangat menyala hingga ke ubun-ubun kepalanya dan bila mengalami Wisaal tetapi tidak cukup yakin untuk menanggung rahsia itu,dia jadi sedih dan bimbang.Kufr dan Syirik untuk sedih dan bimbang dalam Wisaal.Dan dia amat berharap dapat kembali pada Tuhannya.

50.Sungguh, permohonan terhadap Wisaal itu suatu bentuk Syirik. Ini adalah dakwaan egoistik.Siapa yang mencapai makam ini adalah pemegang pelbagai perbendaharaan. Pelbagai makam akan dibuka untuknya sehingga sampai depan hadirat Rasulullah SAW atas kesetiaan menuruti jalan Rasulullah SAW.Salik mencapai kesemua makam tersebut faedah dari pengamalan Ismu Allah Zat dan Nafi dan Isbat yang memberi kemantapan kepada tubuh ruhani dan jasadnya. Ini kerana dalam Tariqat, harta makamat ini dibuka pada sang Talib.Dibuka rahsia Tajalli Tuhan. Tajalli Zat dan Tauhid sejati serta penglihatan akan majlis Rasulullah SAW, dan status transfigurasi Nafsu, transfigurasi Syaitan,dan status transfigurasi Zikir Qalbi,status transfigurasi Zikir Ruh, Sirr, malaikat-malaikat dan jin-jin serta Alam tak Terjelajah.

51.Mula-mula sekali, transfigurasi Nur terjelma dari Nur Allah SWT atau Nur Muhammad SAW atauNur Qalbi atau Nur Ruh atau Nur Sirr atau Nur Malaikat atau Nur Muslim yang hidup di dunia. Bila semua transfigurasi(Tajalliyat) ini berhimpun dalam Zahir dan Batin Talib Tuhan maka dia akan dapat Jamiyat yang tak terhitung banyaknya. Sifatnya meninggalkan dunia,perbanyak kesyukuran,semangat yang kuat dan cekal,hati yang tenang,Taufiq Illahi,patuh dalam pengabdian,Zikir dan Fikir,Cinta Illahiah dan Bakti,lebur dalam lebur dalam Fana dan Baqa,Marifat Ketuhanan, pengetahuan Syariat dan Batin dan sebagainya yang baik.

52.Seterusnya, yang keduanya,transfigurasi akan Api Neraka yang darinya lah lahir api nafsu, contohnya api kemarahan,dengki, keingkaran serta transfigurasi Syaithaniah yang mana lahir sifat seperti:syahwat, tamak dunia dan maksiat, dan transfigurasi Jin di mana kelihatan nafsu ingin dilihat orang ramai sebagai ahli keruhanian yang hebat, tamak pada kedudukan dunia dan alam keruhanian dan setelah itu melakukan pula perbuatan menyalahi agama.Mereka ini kesudahannya istidraj dan sesat.Mereka amat-amat menghormati dan memuliakan Yahudi,Kafir dan Istidraj dan si murtad.Martabat mereka adalah seperti Firaun dan hati gelap.Kesemua status ini adalah dari Api neraka dan istidraaj.Perlu diingat setiap martabat,kedudukan mahupun darjat dari langit adalah semata-mata ujian dari Allah jua untuk meneliti sang Talib.

53.Ada kira-kira sejuta tujuh puluh ribu tiga puluh tujuh maqam dari status transfigurasi Nur dan Naari.Semua ini ditemui dalam jalan Tariqat dan menjadi nyata dalam jalan Haqiqat.

54.Dan ahli-ahli Tariqat ada yang mendakwa menduduki hazoori sebelum mencapai Haqiqat dan Marifat.Maka apabila mereka berjaya melepasi tahap ini akan duduk di takhta Wali Allah.

55.Kau seharusnya tahu bahawa ribuan Talib telah tersesat dari jalan ini, yakni jalan Tariqat dan selepas riadatt mereka biasanya tak dapat membereskan pengajian. Dari ribuan ini, ramai yang hilang kesedaran diri dan jadi gila kesudahannya,dan sedikit sahaja mencapai marifat dan haqiqat dengan selamat sejahtera.

56.Jadi Sang Murshid Kamil sepatutnya tidak mendesak Talib Haq ke arah maqamatnya. Dan andai hendak dibawa juga, maka dia patut menurut dan menjaga serta membiar dia mengembara selama sehari dan semalam, dan segera membawanya ke hakikat setelah meninggalkan semua stesyen Tariqat, kalau tidak sang Talib pasti kebingungan dan gila serta akan takjub pada fenomena Alam Ghaib yang amat luarbiasa sementara mengembara dalam alam ini selama 41 tahun.Jika sang Talib keluar dalam keadaan terjaga seperti disebut dia akan mencapai maqam Yang Dicintai, kalau tidak hanya kegilaan yang didapatinya. Amat sukar dan Murshid Kamil mesti tampil membantu.

57.Rasulullah bersabda"Mataku pejam dalam tidur tetapi hatiku tetap hidup". Bait-bait Sufi, "Pejamkan mata mu seperti sang Elang(dari melihat selain Allah),kamu akan dengar sesungguhnya suara yang lama hilang dari kedalaman Batin dalam Qalbimu". Maka kamu ingatlah ini! Bila Iblis Syaitan melihat sang Talib hendak mencapai Allah, dan hendak mencapai stesen2 dalam Tariqat dan menuju stesen2 Haqiqat,Iblis mengumpul syaithan2 di antara kedua-dua stesyen tadi dan memohon semua syaitan2 istidraj Arash,Kursi, Kalam dan Luh,dunia dan langit, Syurga dan Neraka dan singgahsana serta ratu2 bidadari Syurga tetapi semua itu penjelmaan bala tentera syaithan manakala Iblis sendiri akan merupa gambaran Singgahsana Emas Tuhan serta mendakwa dirinya adalah Tuhan Semesta Alam. Seterusnya menipu sang Talib mengatakan amalan sang Talib semua telah diterima dan memberi minum "Air Kencing" yang didakwa Iblis sebagai Air Syurga yang akan diberi Rasulullah SAW kepada penghuni Syurga.Jika sang Talib meminum air itu,dia masuk dalam api Syaithan dan diishtihar pada sang Talib yang malang telah dihalalkan yang haram dan amalannya diterima semuanya.

58.Sesungguhnya mereka tidak dapat membezakan antara hakikat Istidraaj dan ini disebabkan kelemahan dan keingkarannya serta tiada ilmu. Mereka mendakwakan istidraaj itu sebagai kenaikan maqam sedangkan hakikatnya adalah penipuan Iblis dan mereka mendakwa tidak berhajat lagi kepada amalan Ibadat Zahir. Ini adalah batil.

59.Ingatlah wahai sang Talib ketika Allah SWT telah menalkinkan Adam AS bapa kita manusia dengan Talqin 'Pengetahuan Semua Perkara Ghaib dan Zahir' tetapi sebaik jatuh Adam ke bumi, matanya terpandang akan Kalimah Shahadah di Langit di Arasy. Adam AS memohon tawassul akan nama yang tertera Muhammad SAW akan Allah dan memohon ampun.Dia menanya Sang Illahi akan perihalnya dan dijawab akan Nabi Muhammad itu sebagai penghulu alam semesta. Dia bahkan akan menjadi syafaat pada semua manusia bahkan beliau(Adam AS)sndiri. Sungguh kerana nafsu lah Adam AS bapa kita jatuh ke dunia dari Syurga.Dan kerana nafsu juga Qabil anak Adam AS sanggup membunuh Habil AS juga anak ADAM AS. Dunia telah melahirkan 4 anak syaithan iaitu Khannas,Khartoum,Was was dan kebanggaan.

60.Siapa-siapa tak berhasil melawan 4 syaithan tadi, tak akan sampai pada pintu Marifatullah dan tak berjaya menunduk nafsu dan ego. Imam Junaid AlBaghdadi RH berkata:"Siapa yang tidak boleh menanggung ujian Allah dengan sabar,tak betul dakwaannya" dan Hazrat Beyazid Bustami RH berkata:"Siapa yang tidak berupaya menanggung ujian berat Allah sedangkan tetap bersyukur, sebenar-benarnya tidaklah bersyukur". Dan Rabiatul Adawiyah RH berkata:"siapa yang gagal membuang jauh-jauh kesukaran dari Allah dalam pandangannya,tiada betul dakwaannya".

61.Ada 4 jenis nafsu dalam tubuh insani manakala nafsu Anbiya dan Awliya' adalah terlindung. Mereka yang menduduki nafsu Mutmainnah senantiasa tenang dan bahagia dengan Tuhannya. Tetapi nafsu kebanyakan Mukmin adalah nafsu Lawwamah yang selalu bermohon pada Allah dan melakukan kebajikan dan menjaga diri dari maksiat walaupun kadang-kadang tergelincir tetapi cepat disedari Talib. Nafsu Mulhammah adalah nafsu yang senantiasa Benar dan sentiasa bersyukur dan mengingat.

62.Tugas semua nafsu-nafsu tadi adalah mengkehendaki Tuhan. Adapun nafsu orang Kafir dan Yahudi adalah nafsu Amarah. Perbuatan mereka semua hanya untuk nafsu keduniaan dan kepentingan dunia semata-mata serta bermaksiat kepadanya. Haruslah kamu tahu bahwa penulis (Bahu RH) nak memberitahu Nafsu Ammarah akan berlepas diri dari Ruh setelah melakukan semua kejahatannya. Dia akan mendakwa semua kesalahan pada Ruh dan dia akan berlepas tangan. Ruh yang akan bertanggungjawab dan menerima siksa padahal ruh itu rahsia Allah yang diberi pilihan dan akal. Kenapa aku nafsu Ammarah yang patut dimalukan dan dihinakan?

63.Ada dua jenis ruhani iaitu ruhani yang bersih dan ruhani yang kotor.

64.Ada dua jenis murshid Naqis dan Kamil. Begitu juga dua jenis Murid(Talib).Murshid yang Haq akan menyubur rasa cinta pada Allah dalam jiwa manusia serta dapat memasukkan Nur pada Talibnya.

65.Hanya dengan tenungannya sang murshid Arif berupaya masuk ke dalam Nur Tuhan dalam tubuh Talib dan apa sahaja yang ditemui lain dari Allah dalam tubuh Talib bertempiaran lari dan pintu kebatinan Haq dibuka terus.Kasyaf yang benar dan haq diperolehi sang Talib.Murshid mampu membuka dan menembusi semua hijab yang ada pada sang Talib dan tiada masalah baginya masuk dalam kesedaran Illahiah.Jika Murshid sendiri pandangkan dunia maka murid-murid dan pengikutnya akan dibawa ke arah itu juga.

66.Murshid yang Kamil harus memotong 7 helai rambut Talib dan dari perbuatannya akan lahir 7 kebaikan atas jasad Talib:
-Nafsu akan dibakar
-Dengki akan dibasuh
-Sifat Riyak dan Takabur akan lenyap
-Nafsu akan binasa
-Petunjuk akan didapati
-Mudah untuk beribadat dan
-kesemua 14 strata langit dan bumi jelas kepada kasyafnya dan Loh Mahfuz dapat dikajinya dari Allah terus dalam hatinya.

67.Murshid yang gagal berbuat demikian maka tidak layak jadi murshid. Dan hanya berada pada kesedaran alam Nasut(kemanusiaan)dan tiada kesedaran akan Alam Lahut(Ketuhanan).Haram bagi sang Murshid tadi menerima hadiah dari murid-muridnya. Mereka perlulah kepada Murshid Kelas Tinggi seperti Fakir Bahu RH dan Hazrat Sheikh Muhyiddin Abdul Qadir Jailani- semoga Allah mensucikan rahsianya dan salam ke atasnya.

Sekian risalah Majasatul Nabiy...Semoga Allah merahmati Hazrat Sultan Bahu RH...Alfatihah........

No comments:

Post a Comment