Sunday, December 15, 2013

Tenaga Dalam Insani- Potensi ke Arah Kejayaan Multi Purpose

Tenaga dari diri menjadi realiti

1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda

 Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan. Demikianlah apabila anda tidak langsung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari. Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”

2) Berkomunikasi dengan minda ke minda

Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan. Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda. Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang- gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.

3) Daya magnet dalam fikiran beremosi

Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran. Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang- gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.

4) Mengawal minda untuk lebih berjaya

Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah. Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik- tarik, diiya-iyakan, diransang- ransang dan disungguh- sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.

5) Dua pemikiran dalam masa yang sama

Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.

6) Minda teransang melalui solat dan doa

Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA- nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus. Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa. p/s: berhati-hati dengan apa yang kita fikirkan. Fikiran menjadi emosi. Emosi menjadi tindakan. Tindakan menjadi tabiat. Tabiat menjadi penentu kejayaan atau kegagalan kita. Jadi, bangsa melayu perlukan revolusi minda. Mengejar kemajuan dan nama tidak mendatangkan kebaikkan bahkan kita menuju kehancuran. Kita perlukan suatu anjakan paradigma yang positif.


kredit to:
1.Copy Dari : http://nusanaga.blogspot.com(thx AIZ)
2.Sumber asli: http:// albashir1.blogspot.com/

1 comment:

  1. APAKAH ANDA TERMASUK DALAM KATEGORI INI;
    1:DILILIT HUTANG
    2:SELALU KALAH DALAM BERMAIN TOGEL
    3:BUTUH MODAL DALAM BUKA USAHA
    4:PENGLARIS USAHA
    5:BARANG BERHARGA ANDA SUDAH HABIS
    BUAT JUDI TOGEL
    ANDA SUDAH KEMANA MANA TAPI TIDAK MENDAPATKAN
    SOLUSI YANG TEPAT,JANGAN ANDA RAGU
    UNTUK MENGHUBUNGI LANGSUN AKI DARMO
    DI 082=310= 142 = 255 = DAN MUDAH MUDAHAN
    INI SUDAH BISA MENJADI SOLUSI YANG SANGAT TEPAT
    KARNA RAMALAN AKI DARMO
    MEMAN MEMILIKI RAMALAN
    “GHOIB” YANG DIJAMIN
    100% TEMBUS,ADAPUN RAMALAN INI DIDAPAT
    MELALUI “RITUAL KHUSUS”
    DAN RAMALAN INI TELAH
    TERBUKTI SELAMA 3 TAHUN
    TIDAK PERNAH GAGAL DAN
    SELALU TEMBUS,UNTUK MENDAPATKAN RAMALAN
    TEMBUS AKI DARMO,ANDA HARUS
    MENGIRIM BIAYA RITUALNYA
    UNTUK MENJADI MEMBER DAN ANDA AKAN
    DIBANTU DALAM 5 X PUTARAN.
    JANGAN ANDA
    RAGU SOAL MASALAH
    ANKA YANG AKAN
    DIBERIKAN SAMA AKI DARMO KARNA ANKA
    YANG ANDA DAPATKAN
    ADALAH ANKA RITUAL YANG
    DIJAMIN 100% TEMBUS DAN
    SUDAH BANYAK ORANG
    YANG DIBANTUH SAMA AKI DARMO..DAN ALHAMDULILLAH
    MEREKA SEMUA SUDAH
    BERHASI… BETAPA
    INDAHNYA BILA SALING
    BERBAGI,BETAPA BAHAGIA
    BILA MENJADI YG TERBAIK,BETAPA GEMBIRA BILA KITA
    JP BARENG HANYA SALING
    BERBAGI BISA MENCAPAI
    KEBERHASILAN,DAN SILAHKAN
    MENUJU HARI YG SUDAH
    TERSEDIA,,JIKA ANDA INGIN MENCAPAI KEBERHASILAN
    SEPERTI SAYA SILAHKAN HUBUNGI
    AKI DARMO DI 082 = 310 =142 =255 ATAU KTIK - http://sporttoto4d.blogspot.co.id

    ReplyDelete