Wednesday, July 11, 2012

PENDAPAT PENGARANG BERKENAAN ISU "IMAM MAHDI" MENGAMUK.....




KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dan wanita yang mengamuk di luar pekarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya semalam, dipercayai mengalami masalah mental, kata polis.

Khalil Afandi Hamid, 47, yang mendakwa dirinya Imam Mahadi dan wanita berusia 28 tahun itu juga dipercayai ekstrem dengan ajaran Islam menyebabkan mereka bertindak mengamuk bersenjatakan dua bilah pedang samurai dan sebilah pisau pemotong daging.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, berkata Khalil Afandi dan wanita itu, dipercayai baru mengenali satu sama lain seminggu lalu dan tidak mempunyai rekod jenayah.

Bercakap pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) di sini, hari ini, beliau berkata Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur menggerakkan unit khasnya untuk menyiasat sama ada mereka menganggotai kumpulan ajaran sesat.

"Siasatan mendapati kedua-dua suspek bertindak demikian berikutan ajaran agama yang songsang. Polis sedang menyiasat sama ada suspek anggota ajaran sesat," katanya.

Mohmad berkata, siasatan awal mendapati sebelum kejadian itu, mereka dihantar oleh sebuah kenderaan sebelum ditinggalkan di pekarangan JPM.

Dalam kejadian jam 2.30 petang semalam, Khalil Afandi mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari manakala wanita yang juga bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, terkena tembakan di paha kanan dan dirawat di hospital sama.

Polis terpaksa melepaskan tembakan apabila usaha memujuk lelaki dan wanita itu gagal, sebaliknya mereka yang bersenjatakan pedang samurai, cuba menyerang polis dan merosakkan beberapa kenderaan di kawasan itu.

Mohmad menjelaskan tindakan polis terpaksa menembak kedua-dua suspek itu sebagai langkah mempertahankan diri daripada terus diserang dan meminta orang ramai supaya tidak mempolitikkan kejadian itu.

Mayat Khalil Afandi dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Wanita terbabit ditahan reman mulai hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 307, 427 dan 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Hakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

- BERNAMA

    Dari petikan BERNAMA di atas, kita dapat melihat akan seorang lelaki yang memiliki "hati waja ibarat PANGLIMA MAHDI" yang merusuh akan ketidakpuashatian terhadap keadaan CORRUPT dan PENYELEWENGAN dalam agama dan kerajaan MALAYSIA....dalam masa yang sama menjadi "KAMBING HITAM" kezalimam masyarakat yang suka menjadikan bahan jenaka akan isu2 agama yang penting IMAM MAHDI AS/DAJJAL/NABI ISA kembali dan sebagainya.....

   Apa yang penulis cuba katakan di sini ialah, SAYA bukanlah sekali-kali bermaksud nak menyokong perbuatan ARUAH yang mengaku IMAM MAHDI AS dan mengamuk di PUTRAJAYA. Pada pandangan saya, arwah adalah seorang yang ikhlas dan berniat menegakkan ISLAM serta "MERINDUI KEMBALINYA ISLAM SECARA SYUMUL DI BUMI BERTUAH- MALAYSIA INI"....

   Jangan lah sekali-kali kita mencerca ARWAH yang telah menjalankan amanah dengan BAIK tetapi TIDAK SEMPURNA......beliau tidaklah lain, melainkan SAKIT HATI dan JIWA dengan kalian masyarakat MUNAFIK yang SUKA MEMAKAI TOPENG ISLAM DALAM SETIAP KERJABUAT tetapi MEMAKAI "HAKIKAT" KAFIR.......Maafkan kekasaran bahasa ku, tetapi di MALAYSIA ini, dari FIRASAT-KU berdasarkan guru2 MARIFAT yang handal, kira-kira 13 JUTA manusia di MALAYSIA ini merupakan AHLI NERAKA JAHANNAM.....

   Cakap macam main2 je, tapi kalau tengok REALITI MELAYU SEKARANG.......macam tu lah GAMAKNYA......cuma, kita tak leh nak HUKUM DIRECT je.........apa2 hal, saya merasai SEDIH DENGAN KEHILANGAN ARUAH, dan semoga ALLAH SWT, mengampuni DOSA2NYA, yang tidak bersabar hendak melihat DAULAH BANGKIT, sehingga keluar menonjol diri sebagai IMAM MAHDI AS.....AL-FATIHAH...............

NUKILAN : SIDI RIJJAL AL-FAKIR ILALLAH

RUJUKAN PETIKAN : BERNAMA