Monday, January 5, 2026

 

ZMP : Zero Mind Process..lagi cabang ilmu minda

Nota : Jom kita berkenalan dengan ZMP yg dikatakan power juga la (PHD)


By : Aura Menjaro (  http://menjaro.blogspot.com)

Module ZMP : Zero MIND Proses

Masih ingatkah anda bila anda terjatuh kepala anda terhantuk pada lantai?. Kami orang Terengganu menyebutnya keluar “bintang kamal”. Merupakan sebuah kilatan cahaya dan tabir layar yang muncul secara tiba-tiba sewaktu proses hentakan berlaku. Cahaya yang dihasilkan berupa cahaya perak dan putih yang menyilaukan. Cahaya tersebut muncul dan hilang dalam sekelip mata. Terus terang saya katakan sewaktu saya mempelajari amalan kerohanian di Indonesia sedikit masa dulu, guru saya menerangkan bahawa cahaya yang muncul ini merupakan sebuah cahaya yang tidak mungkin anda jumpa di dunia fana ini. Sebenarnya cahaya ini tidak ada kena mengena langsung dengan dunia keparanormalan, jin atau syaitan. Hanyalah merupakan tindak balas kimia semulajadi yang pada tenaga yang bersifat eletrik yang melalui system saraf tunjang anda. Saya namakan proses ini sebagai ‘Proses pembukaan spontan’ ( pps ).

‘Proses pembukaan spontan’ ( pps )
Pps ini berlaku hanyalah untuk sementara sahaja, apabila melalui proses hentakan. Tetapi proses ini akan kekal berkekalan, selagi anda pandai dan rajin mengawal tenaga eletrik bio tersebut.Mari kita lihat beberapa contoh fenomena pps.
Contoh 1
Saya terlibat dalam dunia perubatan alternative rawatan aura, sufi healing dan al syifa hampir belasan tahun. Hampir 90% penyakit yang saya merawat adalah bersifat gangguan makluk halus, saka , sihir dan seumpama denganya. Salah seorang pesakit saya berasal dari seberang lautan.Dia masih gadis dan belum berkahwin telah menderita gangguan makluk halus hampir empat tahun mungkin lebih atau kurang saya tidak pasti. Akibat dari penyakit ini telah menimbulkan taruma dan fobia dalam diri beliau. Apa yang menjadi satu keanehan adalah Beliau sering melihat gambaran makluk halus, firasat batin beliau sering tepat sehingga beliau dapat mengenali hati dan perasaan seseorang terutama dalam pemilihan pasangan hidupnya. Anehnya setelah beliau sembuh kemampuan tersebut masih beliau miliki.
Contoh 2.
Anda pernah menonton film kung fu hustle arahan Stephen Chow . Bagai mana kemampuan supernatural dapat dimunculkan dengan pengaktifan secara tidak sengaja pada pusat tenaga hayat. Begitu juga cerita tentang kecederaan kemalangan jalan raya membuat seseorang mempunyai kemampuan dan terbuka mata batin. Kesimpulan yang boleh kita ambil dari contoh-contoh di atas. Bahawa fenomena terbuka mata batin boleh dibangkitkan dengan dua cara melalui.
1.Proses pembukaan spontan’ ( pps )

pps ini berlaku diluar kawalan diri anda sendiri apa bila berlaku sesuatu peristiwa yang boleh menggegarkan emosi bawah sedar anda. Ras dalam otak akan terbuka dan membenarkan segala infomasi memasuki minda bawah sedar, bukan sahaja infomasi yang memasuki minda bawah sedar code neuro akan berubah dan mempengaruhi pineal gland.Sebab itulah bila saya membicarakan tentang kecantikan isteri saya, maka anda akan terbayang dengan jelas kecantikan isteri saya.
Bahkan bila infomasi ini semakain kuat , neuro kod juga semakin kuat dan energy yang di gunakan juga kuat. Maka berlakulah infomasi yang melampaui akal dan fikiran manusia ( laduni ), Neuro code yang melampaui akal fikiran manu
sia ( tindakan yang aneh tapi benar. Ini berlaku pada Hasan Al Basri dan Robiatuladawiah ) dan energy yang berkembang melampaui akal fikiran manusia (Psychic abiliy ).Kesedihan adalah emosi, kegembiraan, ketenangan , kebahagiaan dan kasih sayang. Untuk pengetahuan anda emosi merupakan
sebahagian dari energy atau tenaga.
  • Bila ada gangguan makluk halus.
  • Bila tahap ketenangan dalam zikir meningkat.
  • Bila ada dampingan makluk halus.
  • Bila emosi memuncak.
  • Bila terlalu asyik dalam ibadah.
  • Ada juga kes melihat secara tidak sengaja.
  • Kesakitan yang melampaui daya ketahanan diri
2.Proses pembukaan khusus ( ppk )
Proses pembukaan khusus ini dilakukan dengan iktiar, kesungguhan, keinginan yang semangat yang berkobar-kobar dengan teknik dan cara yang tersendiri.menggunakan :
  • Energy Eletrik Biologi.
  • Cahaya.
  • Bunyi
  • Irama gelombang otak.
Energy Eletrik Biologi
Energy merupakan sebuat energy penciptaan. Setiap penciptaan baik dalam sudut jisim maupun dalam sudut kerohanian bermula dari energy. Jadi energy merupakan sebuah elemen yang sangat penting untuk proses penciptaan. Energy ini terkurung di dalam sebuat tempat yang saya namakan sebagai ‘ Miskah’. Miskah ini mendapatkan energy dari sebuah kelenjar yang di sebut ‘kelenjar prostat’. Miskah ini terkurung dalam energy dan dalam energy ada energy . Maaf jika anda keliru dan pening. Sebab tidak ada istilah yang lebih tepat untuk saya terangkan pekara ini. Hanya ini sahaja penjelasan yang paling hampir untuk saya sampaikan di sini. Pada Miskah ini tersimpan sebuah energy yang bersifat penciptaan, mencipta segala keinginan kita menjadi kenyataan.
Lokasi Miskah
Miskah terletak di bahagian rahim bagi wanita dan pada titik dua cun di bawah pusat. Proses penciptaan janin juga berlaku di sini. Janin merupakan hasil yang diperolehi melalui beberapa proses. Janin adalah lambang sebuah kehidupan, jika rahim boleh menciptakan sebuah kehidupan apakah rahim tidak boleh menciptakan penciptaan yang lain. Misalnya sebuah rumah, kereta mewah dan lain-lain untuk keperluan system biologi anda.
Rahim memerlukan beberapa proses untuk menghasilkan janin antara proses asas yang digunakan untuk menghasilkan janin adalah percintaan yang iklas.Ada juga rahim menghasilkan janin tidak melalui percintaan, tetapi melalui proses paksaan, mungkin anda dapat bayangkan hasil akhir yang berlaku pada sebuah kehidupan yang tidak berdosa itu. Ini merupakan sebuah contoh proses penciptaan yang telah di tetapkan oleh Allah yang maha menegakan hukum alam. Setiap hukum yang Allah lakukan adalah untuk manusia berfikir. Gunakan fikiran anda dan fikir menggunakan organ dalaman anda. Fikir dengan hati yang terbuka.
Tanpa ada gandingan dengan eletrik biologi proses perciptaan ini akan terhenti. Selagi akal dan fikiran masih anda gunakan untuk pekara kerohanian atau indera dalamanSelagi itulah miskah tidak dapat melahirkan apa yang anda inginkan dalam kehidupan anda. Jawapanya dengan melakukan zero mind proses rahsia yang tertutup dalam miskah akan terbongkar hasilnya. Tidak dijadikan jin dan manusia melainkan kembali ke fitrah yang allah berikan...... bersambung........
  • Cahaya.
  • Bunyi
  • Irama gelombang otak.
Latihan membuka mata ketiga:
Metode ZMP












  1. Relaksasi minda, jiwa dan fizikal anda. kendurkan seluruh tubuh badan anda.
  1. Niatkan dalam hati anda " saat ini saya semakin rilek semakin tenang, semakin tenang" hubungkan diri anda dengan pusat miskah tersebut.
  1. Lakukan pernafasan ZMP. Caranya tarik nafas getarkan prostate gland tersebut.
  1. hingga terasa ada renjatan eletrik naik pada bahagian pusat miskah tersebut.
  1. Satu tarikan nafas bersamaan satu kali getar.
  1. Bawa getaran eletrik tersebut pada miskah ( pusat tenaga penciptaan ).
  1. Angkat bola mata untuk mengangkat aliran eletrik tersebut kepada pineal gland. Maaf bukan pada kedua alis mata atau ajna. Tapi pada layar batin pada pineal gland. Bukan pula pada screen di belakang retina mata. Tapi pada fungsi otak ketiga pada mata batin.
  1. Bila anda melakukan proses ini minda anda akan semakin tenang dan terfokus pada indera dalaman.Otomatik anda akan medengar seolah olah sebuah letupan bersama paparan sebuah screen seperti tv di bahagian mata ketiga. Menunjukan sebahagian folder dalam minda anda telah terbuka akibat rangsangan neuro code yang anda kirimkan pada mata ketiga.
  1. Aliran eletrik yang kuat dari miskah akan membentuk litar pintas antara pinal gland dan RAS. Fungsi mata ketiga tidak terbuka adalah disebabkan kepercayaan anda pada apa yang anda lihat. Kepercayaan ini merupakan energy dari neuro code yang anda sampaikan kepada fikiran anda. Sedangkan kepercayaan ini tidak perlaku pada penggunaan mata fizikal.Maka sebab itu anda dapat melihat dunia ini dengan penuh kepercayaan. Jika berlakunya litar pintas dari pusat miskah terus kedalam minda bawah sedar anda tanpa melalui proses RAS maka anda dapat melihat dunia halus seperti anda melihat dunia kasar ini.
P/s : RAS merupakan pintu antara minda sedar dan minda bawah sedar yang hanya di buka menlalui shok induction dan emosi. ( sila ikuti artikal seterusya dalam hypnosis )

Kredit : Tuan Penjaga Kuala@Mind Installer

Sunday, January 4, 2026

 

Kenali Imam Mahdi sebenar

PENDAPAT paling tepat ialah al-Mahdi dilahirkan di Madinah daripada silsilah Nabi Muhammad SAW.
PENDAPAT paling tepat ialah al-Mahdi dilahirkan di Madinah daripada silsilah Nabi Muhammad SAW.

Imam al-Mahdi adalah seorang insan yang akan dilahirkan di akhir zaman bagi memberi petunjuk kepada manusia yang mula hilang arah dan tujuan sebenar beragama. Dengan kedudukan Imam al-Mahdi yang agong, kita diperlihatkan mutakhir ini ada sosok manusia yang mula mengaku secara langsung bahawa dia adalah Imam al-Mahdi. Tidak sekadar pengakuan yang biasa, bahkan mereka yang taasub mula menjadikannya sebagai 'tuan' sehingga Imam al-Mahdi palsu memiliki ramai pengikut yang sesat dan menyesatkan.

Pengakuan sesetengah manusia sebagai Imam al-Mahdi ini bukan hanya berlaku pada zaman ini sahaja, bahkan telah dikenali sejak zaman berzaman sebelum ini lagi. Di antara individu yang pernah membuat dakwaan bahawa dia adalah al-Mahdi ialah Ubaidullah bin Maimun al-Qaddah yang merupakan pengasas Daulah Fathimiyah. Muhammad bin Tumart membuat dakwaan jahat lagi dusta bahawa dirinya adalah al-Mahdi al-Muntazhar. Al-Mahdi kelompok Kaisan yang menyangka bahawa al-Mahdi adalah Muhammad bin al-Hanafiah. Kewujudan individu ini secara asasnya adalah keyakinan mereka bahawa akan turunnya Imam al-Mahdi, namun disebabkan ketaasuban, mereka dengan sendirinya melantik diri mereka sebagai al-Mahdi akhir zaman.

Imam al-Mahdi merupakan manusia yang akan muncul di akhir zaman sebagaimana hadis yang menceritakan perihal beliau. Peranan beliau adalah menguasai keseluruhan bangsa Arab sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Dunia tidak akan berlalu pergi sehinggalah bangsa Arab akan dikuasai oleh seorang lelaki daripada kalangan ahli baitku yang namanya bersamaan dengan namaku." (Hadis Riwayat al-Tirmizi)

Beliau akan turut serta memenuhi bumi dengan keadilan dan saksama selama tujuh tahun. Perkara ini berdasarkan hadis Baginda Nabi SAW yang bermaksud:  "Al-Mahdi daripadaku. Dahinya luas dan hidungnya mancung. Dia akan memenuhkan bumi dengan keadilan sebagaimana ia dahulunya dipenuhi dengan kezaliman dan dia akan menguasai selama tujuh tahun." (Hadis Riwayat Abu Daud)

Al-Mahdi ialah Muhammad bin Abdillah al-Alawi al-Hasani dari zuriat al-Hasan bin Ali bin Abi Thalib RA. Di dalam kitab al-Tazkirah, al-Imam al-Qurthubi menyebut bahawa kelahiran Imam al-Mahdi adalah di negara Maghrib. Sebahagian ulama pula berkata bahawa al-Mahdi dilahirkan di Andalus. Walau bagaimanapun pendapat yang paling tepat ialah yang diriwayatkan daripada Abu Nu'aim daripada Hammad daripada Ali bin Abi Thalib RA bahawa al-Mahdi dilahirkan di Madinah.

ADVERTISEMENT

Kemunculan Imam Al-Mahdi adalah petunjuk kepada sekalian manusia yang mula hanyut dan terpalit dengan kezaliman yang banyak berlaku. Silsilah keturunan Imam Al-Mahdi ini adalah berdasarkan sabda Nabi SAW daripada Abdullah bin Mas'ud RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya: ‏ "Sekiranya tidak berbaki daripada dunia itu melainkan hanya satu hari nescaya Allah akan memanjangkan hari tersebut sehinggalah Dia mengutuskan seorang lelaki pada hari tersebut yang mana lelaki itu daripada kalangan aku – atau daripada ahli baitku – Namanya berbetulan dengan namaku dan nama bapanya berbetulan dengan nama bapaku. Dia akan memenuhi bumi dengan penuh adil dan saksama sebagaimana ia (bumi) dahulunya dipenuhi oleh kegelapan dan kezaliman." (Hadis Riwayat Abu Daud)

Menurut al-Imam Ibn Kathir Rahimahullah: Iaitu Allah mengampunkannya dan memberi taufiq kepadanya serta Allah memberi ilham dan petunjuk kepadanya sedangkan dia tidak diberikan perkara tersebut sebelumnya.

Diriwayatkan daripada Thauban RA beliau berkata, Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya:  "Apabila kalian melihat panji-panji hitam telah datang dari arah Khurasan maka datangilah ia. Kerana sesungguhnya padanya terdapat Khalifah Allah al-Mahdi."  (Hadis Riwayat al-Hakim)

Berdasarkan perbahasan ulama, terdapat tanda-tanda yang terdapat pada Imam Al-Mahdi antaranya di bahagian bahu beliau terdapat tanda yang sama pada bahu Nabi SAW. Beliau akan berkumpul bersama Nabi Isa AS dan Nabi Isa akan bersolat di belakangnya. Pada ketika itu, penduduk bumi akan merasa cukup pada zaman kekuasaannya dan banyaknya keberkatan dari bumi akan keluar. Keistimewaan beliau juga ialah apabila menanam satu batang kayu di atas tanah yang kering lalu ia akan menjadi hijau dan berdaun.

Di antara sifat-sifat keperibadian al-Imam al-Mahdi adalah seperti berikut:

• Beliau merupakan seorang anak Adam.

• Dahinya luas dan hidungnya mancung.

• Kedua-dua matanya bercelak.

• Wajahnya bercahaya seakan-akan beliau adalah bintang yang menyinar.

• Di bahagian bahunya ada tanda seperti yang terdapat pada Rasulullah SAW.

• Warna kulitnya adalah warna orang Arab dan tubuhnya seperti tubuh orang Israel.

• Umurnya 40 tahun dan dalam sebahagian riwayat 30 hingga 40 tahun.

• Akhlak beliau menyerupai akhlak Nabi SAW.     

Al-Imam al-Hafiz Ibn Kathir di dalam kitab al-Fitan wal-Malahim, berkata: "Aku menyangka bahawa keluarnya al-Mahdi berlaku ketika turunnya Nabi Isa AS. Ini berasaskan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah Radhiallahu anhu beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda maksudnya:  "Isa bin Maryam turun lalu berkata pemimpin mereka (Al-Mahdi): Marilah solat bersama kami. Lalu Isa berkata: "Tidak, sesungguhnya sebahagian kalian menjadi pemimpin atas sebahagian yang lain. Kemuliaan Allah kepada umat ini." (Hadis Riwayat Muslim)

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pandangan daripada ulama berkaitan kemunculan Imam al-Mahdi:

Pandangan pertama: Imam al-Mahdi adalah seorang pemimpin soleh yang Allah SWT utuskan untuk memenuhkan bumi dengan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan kezaliman. Beliau menjadi seorang mujaddid (tokoh pembaharuan) untuk agama ini.

Ibn Khaldun menjelaskan bahawa pendapat yang masyhur di sisi umat Islam keseluruhannya kelak akan munculnya seorang lelaki daripada kalangan ahli bait yang akan menguatkan agama, menzahirkan keadilan dan diikuti oleh kaum Muslimin dan beliau akan menguasai ke atas kerajaan Islam. Beliau dinamakan sebagai Al-Mahdi. Sesungguhnya Isa akan datang selepasnya dan membunuh Dajjal atau Isa turun bersama-samanya (al-Mahdi) lalu dia membantunya untuk membunuh Dajjal dan Nabi Isa menjadi makmum kepada al-Mahdi semasa solatnya

Pandangan kedua: Mereka yang menolak kewujudan al-Mahdi dan menafikan kemunculannya pada akhir zaman disebabkan kelemahan dalam pemahaman terhadap hadis akhir zaman.

Justeru itu, Imam al-Mahdi merupakan salah satu tanda daripada tanda kiamat besar yang akan berlaku kelak. Maka kepercayaan terhadap kewujudannya adalah sebagaimana keimanan kita terhadap Hari Kiamat yang akan meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT.

Penulis  Pensyarah Kanan,  Fakulti Pengajian Bahasa Utama,  Universiti Sains Islam Malaysia (Usim)