Friday, November 25, 2011

Kajian Agama-Agama Besar Dunia(3) : Zoroastrianisme



Zoroastianisme merupakan agama dan kepercayaan yang berasaskan ajaran Zarathustra seorang Nabi yang diutus untuk umat Parsi yang mana suatu masa dahulu merupakan agama terbesar di dunia dari segi bilangannya. Ia diketemukan pada awal sebelum abad ke-6 SM di sekitar Iran.

Dalam Zoroastrianisme(dikenali sebagai Majusi sekarang), mereka mempercayai Tuhan Maha Esa digelar Ahura Mazda, dan tiada kejahatan menandingiNya. Maka, dalam keyakinan Zoroastrianisme sekarang ini, kejahatan(druj) cuba memusnahkan setiap ciptaan Mazda dan cuba menghapuskan kebaikan. Mazda diiringi pembantu-pembantuNya digelar Amesha Spentas dan Yazatas, yang mengerjakan suruhan-suruhan Tuhan kepada insan. Kitab Avesta merupakan kitab suci bagi umat Zarathustra.

Ia merupakan agama negeri bagi orang-orang Iran dahulukala untuk tempoh berabad lamanya. Agama ini mula mengalami kemerosotan dengan penaklukan Empayar Achaemenid oleh Iskandar Makadonia ke-3, yang mana akhirnya diiringi dengan kebangkitan agama Islam beberapa tempoh kemudian abad ke-7 dengan kejatuhan Empayar Sassanid. Agama Zoroastrianisme banyak mempengaruhi ajaran agama-agama kemudian yang dibawa Musa AS, Isa AS dan Muhammad SAW.

Penganut Zoroaster percaya ada hanya satu Tuhan Maha Esa yang Maha Meliputi, Tiada Penghujung dan Tiada SemisalNya, Ahura Mazda. Dia merupakan satu-satunya yang harus disembah dan tiada pencipta diriNya. Ciptaan Ahura Mazda digelar 'asha', kebenaran dan jalan, adalah lawan kepada kekacauan iaitu 'druj', kebatilan dan bala'.

Agama ini mengajar umatnya bahawa kehidupan ini mestilah didirikan dengan pemikiran yang baik, kata-kata yang baik, dan amalan yang baik bagi memastikan kekekalan kebahagiaan dan memastikan huru-hara dan kebatilan dikawal dan diawasi. Ahura Mazda akan menang menentang Angra Maiyu -atau Ahriman dan yang mana dunia akan kiamat dan hancur. Semua ciptaanNya akan dibangkitkan Ahura Mazda. Di masa kemudiannya, ada seorang penyelamat Saoshyant (Nabi Muhammad SAW) yang akan membawa ajaran penghabisan yang mana semua harus mengikutinya, dan yang 'mati' akan kembali hidup dengan kesuburan ajarannya.

Mereka memiliki cara pengebumian jenazah yang amat aneh jika dibandingkan dengan ajaran-ajaran lain. Tetapi penulis sendiri mempertikaikan ini, kerana tiada terdapat dalam pernyataan mana-mana kalimah kitab Avista sendiri mengenai kaedah tersebut, melainkan sebagai catatan ulama-ulama Zarathustra yang menyeleweng. Mereka meletakkan jasad orang yang meninggal dunia di atas suatu menara terbuka dan membiar dimakan burung 'hering' atau 'vulture'. Ini lebih aneh dari kaedah Hindu dan Buddha yang membakar. Sedangkan kita sepakat kaedah yang paling beradab adalah dengan dikebumikan.

Itulah serba sedikit tentang kajian yang dijalankan mengenai ajaran Zarathustra secara umunya, sedangkan di ruang yang lain, penulis akan cuba membentangkan pula mengenai pemberitahuan Rasulullah SAW dan perihal kedatangan Islam dalam kitab suci Zend Avista dan persamaan dengan ajaran Rasulullah SAW. Sekian dahulu, sehingga bertemu di ruang yang lain.

Gambaran Rupa Nabi Zarathustra

Sumber : Wikipedia dan di'adjust' penulis Sidi Rijjal@ Lijai

No comments:

Post a Comment