Sunday, November 6, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha


Assalamualaikum semua..........





   Semalam hari Sabtu bersamaan 6 November, 2011, 1432 Hijrah, merupakan hari Raya Aidiladha, yang merupakan salah satu hari yang mulia dan pentinga dalam agama Islam Habibullah Rasulullah SAW. Maka umat Islam di seluruh dunia telah menyambutnya dengan penuh keredhaan dan bersemangat. Ada sesetengah negara yang menyambut hari ini iaitu Ahad bersamaan 7hb November, tetapi itu bukanlah persoalan utama, tetapi yang penting adalah 'spirit of Raya'. 


   Orang ramai bersemangat melihat seekor demi seekor lembu,kerbau,kambing dan lain-lain haiwan korban yang ditumbangkan untuk diagihkan dagingnya kepada ramai insan yang beragama Islam. Hari ini dirayakan sebagai mengigati peristiwa Nabi Allah Ismail AS yang diperintah Allah SWT untuk menyembelih anaknya Ismail AS, sebagai tanda kepatuhan dan ketaatan beliau kepada Allah SWT. Baginda tanpa menyoal mengikut perintahNya dan begitu juga anaknya Ismail AS menerima tanpa banyak persoalan.

   Maka, ketika akan bermulanya penyembelihan Ismail AS, Allah SWT tiba-tiba telah menyelamatkan baginda dan menggantikan dengan seekor kibasy sebagai ganti korban. Sejak detik itu, umat Islam merayakan Hari Raya Aiduladha dengan penuh gemilangnya.

   Hari Raya Aidiladha membawa banyak pengertian dan pengajaran kepada umat Islam seluruhnya. Contohnya, kita diajar supaya sedia mengorbankan segala-gala harta benda bahkan nyawa kita sekalipun, demi untuk menegakkan agama dan syiar Allah SWT dan itulah yang ditunjukkan Ibrahim AS dan Ismail AS dalam kisah berkaitan Aidiladha ini.

   Semoga, Hari Raya Aidiladha tahun ini, akan menyemai dan menyuburkan semangat sanggup berkorban di kalangan umat Islam, dan sanggup menghadapi ujian Allah SWT dengan penuh ketabahan dan kegigihan dan mudah-mudahan dapatlah kita semua memperoleh pengajaran yang bermakna dari kisah peristiwa ini.


Selamat Hari Raya Aidiladha untuk sekalian Muslimin dan Muslimat, dan semoga anda sekalian dirahmati Allah SWT dalam segala kerja buat dan amalan mulia anda, Amiin. -

Hasil nukilan : Sidi Rijjal

No comments:

Post a Comment