Kanak-kanak ahli Syurga belaka..........
tiada dosa.........
tidak pernah khianat..........
tidak tahu menipu.........
sentiasa jujur dan hanya mengikut.......
Kalau ada buat jahat pun...........
hanya kerana tidak tahu..........
dan pengaruh sang dewasa yang porak peranda........
tiada pernah di hati mereka............
menaruh dendam yang lama............
kalau bergaduh pun................
beberapa detik dah bersalam balik..............
dan berbaik semula............
Kanak-kanak.............
engkau suci sesuci kapas putih............
kehalusan jejarimu...........
menunjukkan kehalusan pekerti...........
dan wajah yang sering memancar..........
sentiasa riang dan gembira...........
tidak pernah bermasam durja...........
Kalau hendak belajar erti ikhlas dan kebaikan........
belajarlah dari kanak-kanak.........
kerna, sekiranya tiada orang soleh dan wali di sisi..........
cukup kanak-kanak sebagai tempat luah pandang........
redup wajah comel riang mereka buat hati gundah.........
menjadi tenteram dan senyum............
tangisan bisa dihilangkan..............
hanya dengan mengamati mereka.........
Kanak-kanak..........
adalah kekasih Allah.........
sebab itu tiada bagi Rasul-Rasul, Nabi-Nabi........
mahupun Wali-Wali dan para solehin solehah.........
melainkan mencintai mereka............
kerana sesungguhnya.........
mereka adalah manifestasi..........
cinta ALLAH YANG ESA.........
dari itu kasihanilah mereka.......
jangan ditindas dan dianiayai mereka........
kerna di sebalik lemah rayu mereka........
terselit laknat ammarah Yang Maha.........
bagi yang tidak erti..........
kasih pada kanak-kanak..........
Nukilan : Sidi Rijjal Fakir Al-Hina
No comments:
Post a Comment