Sunday, April 15, 2012

Suatu Bangkangan Padu Kepada Blog KetuaPerusuh Berkenaan Daulat Dan Tulah......




Tujuan artikel ini ditulis adalah untuk memerincikan akan apa yang masyarakat nusantara mahupun budaya beraja di mana-mana tentang istilah Daulat atau Tulah. Ia memberi gambaran Daulat dan Tulah dari istilah yang lebih tepat dan bebas dari anasir dongeng dan tahayul serta memberi penjelasan mengenai perkara tersebut. Janganlah adanya masyarakat Melayu jadi masyarakat derhaka kepada Sultan dan Raja.

Kalau ada kekurangan pada mereka, adalah lumrah atas kelemahan makhluk Allah SWT jua. Maka kita doakan mereka dapat inayah Allah SWT dan bukan mencela penuh bernafsu serakah. Sekaligus membangkang kenyataan segelintir manusia-manusia 'buta ilmu hakikat dan marifat' akan perkara sebenar-benar dan semoga Allah saja yang jadi sebaik-baik penilai akan suatu kebenaran hakikat.

Daulat atau Tulah istilahnya, suatu bentuk kelebihan yang dikurniakan Allah SWT kepada para pemerintah, dan telah ujud sejak awal zaman……

Gambaran Nabi/Raja Daud AS.
Gambaran King Solomon @ Raja / Nabi Sulaiman AS
1. Daulat berbentuk mukjizat kepada Raja atau Sultan yang ditabal Allah sebagai Nabi dan Rasul-Zaman Bani Israel – Nabi Sulaiman AS dan Daud AS merupakan antara raja2 paling berdaulat dalam sejarah dengan karunia berbentuk mukjizat Allah…tapi tiada masalah jika nak diistilah dengan Daulat dan Tulah, mulut mereka masin seolah diredhai Allah segala pertuturan mereka. Kata maka jadi dengan mudah. Doa mereka juga makbul.
Raden Fatah Sultan Demak bawah pimpinan
para wali Songo.
 2.Daulat berbentuk keramat – zaman khalifah umar RA dan para auliya2 tabiin dan ahli2 saufi yang haq bertalakki As Sunnah. Saidina Umar Al Khattab RA pernah menulis surat kepada sungai nil yang kering untuk mengalir kerana Allah SWT maka dengan izin Allah mengalir kembali. Juga dapat berbicara dengan orang yang jauh ketika umat Muslim berperang di Iraq. Lain2 contoh adalah pemerintah2 khalifah uthmaniyah dan para Wali Songo yang kalangan mereka ad pemerintah Tanah Jawa. Juga dalam bahasa diistilah daulat dan tulah jika dinasab pada kesultanan dan raja.
Raja Namrud yang zalim
Firaun Ramses kedua yang angkuh dan bongkak
akhirnya binasa
3.Daulat berbentuk shihir-Zaman Babylon – Tulah atau Daulat dengan kaedah Syihir. Inilah Daulah yang diberi Tuhan dengan tiada keredhaanNya, melalui Iblis dan Syaithan sama ada melalui pemujaan dsb. Contoh macam Raja Nimrod @ Namrud laknatullah alaihi. Diberi kepada raja Firaun juga. Ia pernah dapat mengarahkan sungai Nil berhenti mengalir dan perkataannya menjadi. Lalu mereka ini mengangkat diri mereka sebagai Tuhan.Inilah bentuk daulat yang kalian cela2 dan patut ditujukan perkataan shirik tersebut…..
 Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafaru'llahulahu- Daulat Tuank  
Saya cukup marah dan geram kerana mereka menganggap seolah-olah manusia lain ni, yang percaya dengan Daulat dan Tulah ni Syirik semata-mata tanpa mengkaji dengan terperinci akan setiap kejadian Allah baik ke atas alam mahupun ke atas diri insan. Ingatlah, "U reap what u sow..." , "Engkau tuailah apa yang kau perlakukan sendiri." Shirik kalau meletak Daulat atau Tulah ni mengatasi kuasa Tuhan. Sama juga shirik kalau kita iktikadkan kuasa mukjizat dan keramat mengatasi kuasa Tuhan. Nah ini petikannya :

Daulat Dan Tulah?


Daulat adalah satu perkataan yang menggambarkan kuasa sesorang Raja atau Sultan di alam Melayu. Ianya lebih kepada satu kepercayaan bahawa seorang Raja atau Sultan mempunyai semacam satu kuasa yang membezakannya dari rakyat jelata. Tulah pula bermaksud bahawa bencana yang berlaku kepada rakyat biasa yang mengingkari perintah dan arahan Raja atau Sultan.
Mungkin pada satu masa dahulu, rakyat jelata di Nusantara (Alam Melayu) amat menyakini adanya Daulat dan Tulah ini maka dinasabkan oleh ramai orang bahawa ianya benar-benar boleh terjadi. Namun dalam keadaan sekarang, susah untuk kita mempercayai adanya Daulat dan Tulah ini jika ditaksir secara saintifik.
Berkait rapat dengan senario yang berlaku di Negeri Perak Darul Ridzuan, banyak pihak (terutamanya golongan tua) yang telah cuba memomokkan bahawa adalah menjadi satu malapetaka sekiranya Tuanku Sultan Azlan Muhibbuddin Shah murka dan seterusnya mengeluarkan titah me”nulah” semua rakyat yang tidak setuju dengan titah beliau tidak mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri.
Malah ramai juga yang khabarnya terpengaruh bahawa akan adanya “tulah” yang boleh membawa bencana bagi sesiapa yang menderhaka kepada Sultan Azlan Muhibbuddin Shah. Begitu takutnya golongan tua akan bahana “tulah” ini sehinggakan sanggup mereka membiarkan diri mereka diperbodohkan oleh Daulat dan Tulah ini.
Bagi yang bukan rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan, mereka mungkin ingat bahawa Sultan Azlan Muhibbuddin Shah mempunyai Daulat yang besar dan tinggi, namun bagi rakyat Negeri Perak mereka sememangnya tahu bahawa kejadian di Beting Beras Basah pada pertabalan Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dahulu membuktikan bahawa Tuanku Sultan mempunyai Daulat yang teramat kurang berbanding dengan semasa pertabalan Sultan Idris Shah suatu masa dahulu.
Silalah mengkaji susur galur Keluarga Diraja Perak serta salasilah yang berkaitan dengannya untuk memahami “daulat” Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.
Mana mungkin Sultan Azlan Muhibbuddin Shah akan mengenakan “tulah” (sekiranya masih ada) kepada rakyat kerana semua perancangan agar Barisan Nasional mengambilalih pemerintahan Kerajaan Negeri Perak sememangnya diaturkan oleh pihak istana dari awal seperti mana yang pernah saya dedahkan dahulu. Sejak mula pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat, Sultan Azlan tidak mahu mengiktirafnya malah hanya menyuruh Raja Nazrin sahaja yang berurusan dengan Kerajaan Pakatan Rakyat.
Ini menunjukkan bahawa Sultan Azlan Muhibbuddin Shah memang tidak bersetuju dengan Kerajaan Pakatan Rakyat. Banyak pihak di Negeri Perak Darul Ridzuan menyedari perkara ini, namun untuk tidak mengecilkan hati Tuanku Sultan, maka ianya tidak diperkatakan secara meluas. Jika Sultan Azlan mahu juga mengenakan “Tulah” buat anak Negeri Perak yang “kononnya” menderhaka kepadanya, maka apa lagi yang Sultan Azlan mahu tunggu, silakanlah membuat titah “Tulah” ini agar dapat dibersihkan negeri dari para penderhaka. Itu pun jika beliau masih ada “daulat”.
Sultan Adil Sultan Disembah, Sultan Zalim Sultan Disanggah.
Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin

dipetik dari : http://ketuaperusuh.wordpress.com/2009/02/11/daulat-dan-tulah/#comment-2568
Sultan Zainal Abidin ke 3






Cetusan : Sidi Rijjal

*penulis memohon maaf akan bahasa yang sedikit kasar, tetapi ia berbentuk suatu teguran, dan untuk pengetahuan kalian, ia tidak ada kena mengena dengan politik*




1 comment:

  1. salam sejahtera,

    "daulat itu milik si kuning,yang sembunyi dalam warna dan warni...bukan mudah ketemu,kerana si kuning suka menipu akan hal dirinya yang sangat mistik...sejuta lakonan si kuning,bisa memperdaya sejuta manusia pura...tapi jikalah diketahui,si kuning sangat indah dalam rahsia...taman si kuning itu berkilauan selayaknya emas gemilau..."

    ReplyDelete