Thursday, May 16, 2013

Asbab Bakal Bangkitnya Keturunan Melayu- Menurut Pendapat Tok P.H.D


Saya percaya Kebangkitan Akhir Zaman di Nusantara oleh orang-orang Melayu dimulakan dgn munculnya seorang Raja Akhr Zaman. Beliau mengubah struktur pemikiran, sosial dan politik orang-orang Melayu utk mjadi bangsa terhebat menentang Barat. Orang Melayu tiada rekod sejarah berubah atau bangkit berjuang secara besar-besaran atas nama kezaliman atau penindasan. Dato' Onn Jaafar disokong dan Melayu bangkit juga atas isu Raja-raja Melayu. Jika atas isu lain orang Melayu tiada sokongan. Buktinya kes Hang Jebat atau Laksamana Bentan. Keputusan PRU 13 juga boleh dijadikan sebagai bukti.

Orang Melayu hanya bangkit berjuang apabila Raja-raja digugat, pembesar-pembesar dihalang kutip cukai atau dihalang melakukan ibadat. Perjuangan besar-besaran menentang kezaliman atau penindasan tiada dlm sejarah Melayu

Bermula dgn seorang Raja..Jepun begitu juga..Bangsa Asia revolusi hanya apabila muncul Raja yg hebat. Ahli politik atau pembesar tak mampu mgubah cuma sikit-sikit. Raja ni kesetiaan dan kasih-sayang kpd tanah air lebih genuine berbanding ahli politik

Orang Melayu tak suka mencuba. Istilah revolusi atau reinanssance dalam apa shj aspek kehidupan tiada dlm kamus sejarah Melayu. Berbeza dengan Eropah & Cina. Melayu hanya berubah secara besar-besaran apabila Raja-rajanya berubah. Contohnya apabila Raja memeluk Islam keseluruhan rakyat akan mengikutinya. Kelebihannya walaupun 500 tahun dijajah Kristian, orang Melayu kekal Islam. Tidak spt di Filipina atau Indonesia

Pada zaman dulu Raja ialah 'wakil tuhan' atau jelmaan tuhan ( ketika agama hindu). Selepas Melaka, raja Melayu adalah Khalifah Allah. Raja-raja kita juga berketrunan Ahlul Bait iaitu yg akan menerajui kebangkitan Akhir Zaman. Itu hebatnya status Raja-raja kita



Walaupun agak lewat, Raja-raja Melayu akan menerajui perubahan nanti. Hadith Nabi bermaksud "Sesungguhnya rakyat akan mengikut gaya, cara hidup dan agama pemimpin mereka"..Apabila Monggol dgn ganas menghancurkan empayar islam spt tiada harapan kerana jutaan umat termasuk ulamak di bunuh. Tetapi ulama2 sufi dgn kebolehan masing2 mendakwah raja2 yg ganas itu sehingga mereka menjadi peneraju perubahan iaitu hampir sluruh keturunan mereka memeluk Islam dakwah Islamiyah berkembang hasil usaha mereka juga.

Lihatlah betapa besarnya sokongan apabila YM Sultan Kelantan mencemar duli berpakaian mengikut sunnah, menyertai program pemyembelihan, pemyempurnaan jenazah dan mengimami solat hajat. Berpuluh ribu rakyat jatuh hati dan menyertai bersama-sama. Ini juga berlaku di Johor Darul Takzim. Apabila Tengku Mahkota Johor menerajui persatuan bola sepak. Hampir semua bangsa Johor bangkit dengan penuh bersemangat turun beramai-ramai ke stadium. Hal yg sama apabila Parameswara memeluk Islam apabila Maulana Aziz berdakwah kepada baginda. Hampir seluruh pembesar dan rakyat menyertainya. Masanya akan tiba apabila seorang Raja Akhir Zaman muncul untuk kebangkitan Islam di Timur. SesungguhNya semua Raja Melayu berketurunan suci Ahlul Bait. Sudah termaktub begitu pada Kalam dan kitabNya..Allahuakbar !!


Petikan dari : http://mrsmmersing.blogspot.com/2013/05/saya-percaya-kebangkitan-akhir-zaman-di.html

1 comment:

  1. sesungguhnya Iman tidak dapat diwarisi walau sekelumit pun, kecuali diizinkan Allah. Kecuali DIIZINKAN ALLAH. Kecuali DIIZINKAN ALLAH.

    Dan Raja hanyalah pada pandangan mata kasar manusia, tapi dari pandangan Allah, Raja yang sebenar yg akan membantuNya merubah dunia kepada FitrahNya adalah yang memegang Dua (2) pusaka dariNya. Pusaka dari Nabi Adam sehinnga Nabi Muhammad.

    W/bagaimana pun, teruskan dgn usaha mu, moga DIA memimpin mu kepada GerakNya.

    ReplyDelete