Tuesday, December 16, 2014

Bima Sakti- The Milky Way


                                                  ~~ BIMA SAKTI/ THE MILKY WAY  ~~ 

Duhai malam yang sepi,
Yang sepi, sesepi-sepinya,
Di manakah perginya,
Bebintang yang sering kulihat,
berpasang dengan Sang Rembulan,
Yang memancarkan sinarnya,
Yang Terang Benderang..

Suatu Waktu Dulu,
semasa ku seusia tujuh tahun kiraku,
Tiap malam kudongak ke langit,
Pasti kumelihat susunan permata langit,
Yang cantik dan indah,
Bergemerlapan tersusun indah,
Umpama Orkestra,
Yang Terpimpin dan Terkawal,
Dek Sang Konduktor Muzik.

Aku bertanya pada ayahanda,
"Gerangan apakah semua ini ayah?
"Apakah nama bagi susunan permata,
yang indah ini wahai ayah?"
Lalu dijawab ayah,
"Adapun, BIMA SAKTI namanya nak."
"Dalam Bima Sakti inilah,
duduknya bersemayam bumi,
tempat ujiannya Khalifatullah di atas jagat raya."




Aku kaget seketika,
Termenung akan kebesaranNya,
Tetapi anak kecik seusiaku dulu,
Manalah punya perasaan yang betul2 halus,
Tapi aku akan selalu bertanyakan,
Yang macam-macam kepada kedua orang tuaku,
Sehingga kadang kala,
Mereka naik angin pula kepadaku.

Tetapi kini,
Pabila langit semakin tercemar dek tangan manusia,
Dek asap2 yang memenuhi,
segenap penjuru langit,
Apabila aku mau baring di rerumput,
Untuk memandang 'alam atas' sana,
Alangkah kecewanya,
Yang kelihatan,
Cumalah kegelapan likat malam,
Yang ada pernah kelihatan di malam tertentu pun,
Cumalah cahaya Bulan yang kabur,
Tiada lagi Kelihatan susunan permata,
Bergelar Bintang,

Tiada lagi perhiasan langit,
Tiada lagi Bima Sakti,
Tiada lagi Bima Sakti,
Tiada lagi Bima Sakti,
Yang Inggerisnya,
Milky Way.......





HASIL NUKILAN ORIGINAL : SIDI RIJAL WADUD
TRIBUTE : KITARO Theme Song : MILKY WAY

Friday, December 12, 2014

MENJAWAB segala KRITIKAN PENENTANG KEBENARAN Hadis Berkenaan IMAM MAHDI AS secara santai...



7 Syubhat Pengkritik Hadis Al-Mahdi

Syubhat 1: Hadis-hadis tentang Al-Mahdi tidak ada yang sahih

Jawapan: Terdapat banyak hadis-hadis yang sahih tentang Al-Mahdi antaranya:

Hadis Pertama:  

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُوْدٍ رضي الله عنه قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه و سلم: لَوْ لَمْ يَبْقَ مِنَ الدُّنْيَا إِلاَّ يَوْمٌ لَطَوَّلَ اللهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ حَتَّى يَبْعَثَ فِيْهِ رَجُلاً مِنِّيْ أَوْ مِنْ أهْلِ بَيْتِيْ يُوَاطِئُ اسْمُهُ اسْمِيْ وَاسْمَ أَبِيْهِ اسْمَ أَبِيْ يَمْلأُ الأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلاً كَمَا مُلِئَتْ ظُلْمًا وَجَوْرًا

Dari Abdullah bin Mas’ud radhiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Seandainya dunia tidak tersisa kecuali tinggal sehari sahaja, maka Allah akan memanjangkan hari itu sehingga mengutus seorang lelaki dari keturunanku atau dari ahli baitku, namanya seperti namaku dan nama ayahnya seperti nama ayahku, dia memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana sebelumnya dipenuhi kezaliman dan penganiayaan.”
Orang yang meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud radhiallahu ‘anhu ada dua:

1. Zirr bin Khubaisy
  • Riwayat Abu Daud: 4282, Tirmizi: 2230, 2231, Ahmad 1/376, 377, 430, 448, At-Thabrani dalam Al-Mu’jam Al-Kabir 10/10213-10230 dan Al-Mu’jam Ash-Shaghir hal. 245, Abu Nuaim dalam Al-Hilyah dan Al-Khatib dalam Tarikh Baghdad.
  • Imam Tirmidzi berkata: “Hasan Sahih”. Imam Az-Zahabimensahihkannya dalam At-Talkhis 4/442 dan dipersetujui oleh Syeikh Al-Albani.
2. Alqamah (bin Martsyad)
  • Riwayat Ibnu Majah: 4082 dan Al-Hakim dalam Al-Mustadrak 4/264.
  • Syaikh Al-Albani berkata: Sanadnya hasan.

 

Hadis Kedua:

 

عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِيْ طَالِبٍ رضي الله عنه قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه: الْمَهْدِيْ مِنَّا أَهْلَ الْبَيْتِ يُصْلِحُهُ اللهُ فِيْ لَيْلَةٍ


Dari Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Al-Mahdi adalah dari keturunan kami, ahli bait, Allah memperbaikinya (memberi taufik dan hidayah) dalam sehari.”

Orang yang meriwayatkan dari Ali bin Abi Thalib ada dua:

1. Muhammad bin Hanafiyyah
  • Riwayat Ibnu Majah: 4085, Ahmad 1/84, Al-Uqaili dalam Adh-Dhu’afa: 470, Ibnu Adi dalam Al-Kamil 2/360 dan Abu Nuaim dalam Al-Hilyah3/177 dari Yasin Al-Ijli dari Ibrahim bin Muhammad bin Hanafiyyah dari ayahnya.
  • Sanad hadis ini hasan. Seluruh perawinya terpercaya kecuali Yasin iaitu Ibnu Syaiban, hadisnya hasan. Namun dia tidak sendirian, dia dikuatkan oleh Salim bin Abu Hafshah (hadisnya hasan) sebagaimana riwayat Abu Nuaim dalam Akhbar Ashbahan 1/170 sehingga hadis ini naik kepada darjat sahih. (Ash-Shahihah no. 2371)
2. Abu Thufail
  • Riwayat Abu Daud: 4283, Ahmad 1/99 dengan lafaz seperti hadis Abdullah bin Mas’ud.
  • Syeikh Adzim Abadi berkata dalam Aunul Ma’bud 11/251: “Sanadnya hasan dan kuat”. Dan disahihkan Syeikh Ahmad Syakir dan Syeikh Al-Albani dalam Takhrij Ahadits Fadhail Syam hal. 44.

 

Hadis Ketiga:

عَنْ أَبِيْ سَعِيْدٍ الْخُدْرِيِّ رضي الله عنه قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه و سلم: الْمَهْدِيْ مِنِّيْ أَجْلَى الْجَبْهَةِ أَقْنَى الأَنْفِ يَمْلأَ الأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلاً كَمَا مُلِئَتْ جَوْرًا وَظُلْمًا وَ يَمْلِكُ سَبْعَ سِنِيْنَ


Dari Abu Said Al-Khudri radhiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Al-Mahdi adalah dari keturunanku, berdahi lebar dan berhidung mancung, dia memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman dan dia berkuasa selama tujuh tahun lamanya.”

Orang yang meriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri ada dua:

1. Abu Nadhrah
  • Riwayat Abu Daud: 4285 dan Al-Hakim dalam Al-Mustadrak 1/556 dari jalur Imran Al-Qatthan dari Qatadah dari Abu Nadhrah dengannya.
  • Al-Hakim berkata: “Hadis ini sahih menurut syarat Muslim”. Dan dipersetujui Az-Zahabi. Syeikh Al-Albani berkata: “Sanadnya hasan.”
2. Abu Ash-Shiddiq
  • Riwayat Tirmizi: 2232, Ibnu Majah: 4083, Ahmad 3/21 dan Al-Hakim dalam Al-Mustadrak 4/557 dari jalur Zaid Al-‘Ummi dari Abu Ash-Shiddiq.
  • Imam Tirmizi berkata: “Hadisnya hasan”.
  • Al-Hakim berkata: “Sahih menurut syarat Muslim”. Dan dipersetujui Az-Zahabi dan Al-Albani. 
  • Syeikh Al-Albani berkata: “Menurut saya hadis ini mutawatir dari Abu Ash-Shiddiq dari Abu Said Al-Khudri. Dan yang paling sahih adalah dua jalur:
    Pertama: Auf bin Abu Jamilah. Riwayat Ahmad 3/36, Ibnu Hibban: 1880, Al-Hakim 4/557 dan Abu Nuaim dalam Al-Hilyah 3/101. Al-Hakim berkata: “Sahih menurut syarat Bukhari Muslim” Dan disetujui Az-Zahabi dan memang seperti itu.

    Kedua: Sulaiman bin Ubaid. Riwayat Al-Hakim 4/557-558 dan berkata: “Sanadnya sahih”. Dan disetujui Az-Zahabi dan Ibnu Khuldun. (Lihat Ash-Shahihah 4/40, 2/328).

 

Hadis Keempat:

عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ رضي الله عنها قَالَتْ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه و سلم يَقُوْلُ : الْمَهْدِيْ مِنْ عِتْرَتِيْ مِنْ وَلَدِ فَاطِمَةَ


Dari Ummu Salamah radhiallahu ‘anha berkata: Saya mendengar Rasulullahshallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Al-Mahdi adalah dari keturunanku dari anak keturunan Fatimah.”
  • Riwayat Abu Daud: 4284, Ibnu Majah: 4086, Al-Hakim dalam Al-Mustadrak 4/557, Abu Amr Ad-Dani dalam As-Sunan Al-Waridah fil Fitan: 99-100 dan Al-Uqaili dalam Adh-Dhu’afa: 139, 300 dari jalur Ziyad bin Bayan dari Ali bin Nufail dari Said bin Musayyib dari Ummu Salamah secara marfu’.
  • Syeikh Al-Albani berkata: “Sanadnya jayyid (baik), seluruh perawinya terpercaya”. (Silsilah Adh-Dha’ifah 1/181)
Demikianlah beberapa contoh hadis yang sahih tentang kedatangan Imam Al-Mahdi. Bagi sesiapa yang ingin mengetahui hadis-hadis lain, silalah membaca kitabAl-Idha’ah Lima Kana wa Maa Yakunu Baina Yadai As-Sa’ah oleh Al-Allamah Siddiq Hasan Khan dan Al-Urful Wardi oleh Imam As-Suyuti. Wallahu A’lam.
Syubhat 2: Ucapan Imam Ibnu Khaldun

Jawapan: Seringkali para pengkritik berhujah dengan keterangan Ibnu Khuldun dalam kitabnya yang masyhur itu dan menipu umat dengannya. Sebagai jawapan, alasan ini tidak dapat diterima kerana dua sebab:

Pertama: Ibnu Khaldun bukanlah ahli hadis. Oleh kerana itulah para pakar hadis mengingkari dan membantah keterangannya tersebut. Diantaranya Al-Allamah Siddiq Hasan Khan, beliau berkata setelah menukil ucapan Ibnu Khuldun: “Masalahnya tak seperti yang dia terangkan. Dan kebenaran lebih utama untuk diikuti,” Syeikh Adzim Abadi dan Al-Mubarakfuri mengatakan: “Dia terjatuh dalam kesalahan dan jauh dari kebenaran.” (Aunul Ma’bud 11/243 dan Tuhfatul Ahwadzi 6/402)

Syeikh Al-Allamah Ahmad Syakir rahimahullah berkata:
“Ibnu Khuldan tidak faham kaedah ahli hadis “Al-Jarh Muqaddam ‘ala Ta’dil” (Celaan lebih didahulukan daripada pujian). Seandainya dia mengetahui dan memahami kaedah tersebut, nescaya dia tidak akan berucap seperti ini. Atau mungkin dia tahu tetapi sengaja melemahkan hadis-hadis tentang Al-Mahdi kerana situasi politik pada masanya”. Kemudian beliau menjelaskan bahawa keterangan Ibnu Khuldun banyak memuat kesalahan.”(Syarhul Musnad 5/197-198) (*)
(*) Syeikh Ahmad bin Shiddiq Al-Ghumari memiliki kitab yang menjelaskan tentang kesalahan-kesalahan Ibnu Khuldun tentang hadis Mahdi dengan judul “Ar-Raddu Ala Tawahhumi Ibnu Khuldun”. Sebagaimana dalam buku “Menunggu Kedatangan Imam Mahdi, Dajjal, Nabi Isa” oleh Abdul Latif Asyur cet. Darul Nu’man, Kuala Lumpur.
Syeikh Al-Albani rahimahullah juga berkata:
“Ibnu Khaldun telah melakukan kesalahan yang amat fatal tatkala melemahkan kebanyakan hadits-hadits tentang Mahdi. Hal itu tak aneh, karena memang ilmu hadits bukanlah bidangnya”.(Takhrij Ahadits Fadhail Syam, hal 45 cet. Maktabah Al-Ma’arif)
Kedua: Sekalipun Ibnu Khaldun menilai bahawa kebanyakan hadis tentang Mahdi adalah cacat, tetapi beliau tidak melemahkan semuanya. Perhatikan ucapan beliau usai memaparkannya: “Inilah beberapa hadis yang diriwayatkan oleh para imam tentang kedatangan Al-Mahdi di akhir zaman. Sebagaimana anda lihat sendiri tidak ada yang selamat dari cacat kecuali sedikit atau sedikit sekali.” (Muqaddimah Tarikh Ibnu Khuldun 1/574)

Oleh kerana itulah Imam Muhammad Nasiruddin Al-Albani berkata dalam Ash-Shahihah 4/40: “Barangsiapa menisbatkan pada Ibnu Khaldun bahawa beliau melemahkan seluruh hadis tentang Al-Mahdi, sungguh dia telah berdusta baik terlupa mahupun sengaja.” (Lihat juga bantahan menarik  Syeikh Abdul Muhsin al-Abbad dalam risalahnya Aqidah Ahli Sunnah wal Atsar hal. 210-214)

Syubhat 3: Hadis-hadisnya karangan para politisi kelompok Syiah dan seluruh sanadnya tidak terlepas dari perawi Syiah.

Jawapan: Alasan ini sangat rapuh sekali kerana:

Pertama: Menyatakan secara mutlak seperti itu tidak benar dan hanya dugaan semata yang tidak ada buktinya kerana empat hadis yang telah saya sebutkan di atas, tak ada seorang perawi pun dalam sanadnya yang dikenal termasuk golongan Syi’ah. Ya, memang benar ada beberapa hadis tentang Mahdi yang dikarang oleh Syiah tetapi para ahli hadis telah menjelaskan secara terperinci tentangnya sehingga dapat dibezakan. “Adanya hadis-hadis tentang Mahdi yang palsu kerana karangan politisi Syiah atau sejenisnya tidaklah bererti kita mengingkari hadis sahih tentang Mahdi” sebagaimana dikatakan oleh Ustaz Muhammad Hidhir Husain (Syeikul Azhar dahulu).

Kedua: Katakanlah sekiranya memang semua hadis tentang Al-Mahdi tidak luput dari perawi Syiah, maka perkara itu tidaklah merosak keabsahan hadis kerana perselisihan mazhab bukanlah syarat absahnya suatu hadis sebagaimana diterangkan dalam kitab-kitab mustalah hadis. Oleh kerana itu, Imam Bukhari dan Muslim juga meriwayatkan dalam kitab sahihnya dari beberapa perawi Syiah dan kelompok-kelompok lainnya.(Lihat Hadyu Saari hal 459 oleh Ibnu Hajar, Tsamarat Nadhar hal 86-93 oleh As-San’ani, Al-Baits Hatsits 1/303 Ahmad Syakir, dan As-Shahihah no. 396 Al-Albani)

Syubhat 4: Hadisnya tidak diriwayatkan Imam Bukhari Muslim

Jawapannya: Pertama: Apakah hadis-hadis sahih hanya terhimpun dalam Sahih Bukhari dan Muslim saja?!! Tidak ada seorangpun ulama yang mengatakan demikian, kerana terdapat banyak juga hadis-hadis sahih yang terhimpun dalam kitab-kitab Sunan, Musnad, Mu’jam dan ensiklopedia hadis lainnya. Al-Hafiz Ibnu Katsir berkata: “Sesunggunya Bukhari dan Muslim tidaklah mengeluarkan seluruh hadis sahih dalam kitabnya. Buktinya keduanya telah mensahihkan beberapa hadis dalam selain kitab sahihnya tersebut sebagaimana At-Tirmizi dan lainnya menukil dari Bukhari bahawa beliau mensahihkan beberapa hadis yang tidak ada di dalam kitab sahihnya, tetapi dalam kitab sunan.”(Al-Baits Al-Hatsits 1/106)

Kedua: Sebenarnya dalam Sahih Bukhari dan Muslim ada beberapa hadis yang memberikan isyarat tentang Al-Mahdi seperti:
عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه و سلم: كَيْفَ أَنْتُمْ إِذَا نَزَلَ ابْنُ مَرْيَمَ فِيْكُمْ وَإِمَامُكُمْ مِنْكُمْ؟

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallambersabda: “Bagaimana kalian apabila Isa bin Maryam turun kepada kalian dan Imam kalian dari kalangan kalian?!” (HR. Bukhari no: 2449 dan Muslim no: 155)

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ رضي الله عنه قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه و سلم يَقُوْلُ: لاَ تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِيْ يُقَاتِلُوْنَ عَلَى الْحَقِّ ظَاهِرِيْنَ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ. قَالَ: فَيَنْزِلُ عِيْسَى ابْنُ مَرْيَمَ فَيَقُوْلُ أَمِيْرُهُمْ: تَعَالَ صَلِّ لَنَا. فَيَقُوْلُ: لاَ, إِنَّ بَعْضَكُمْ عَلَى بَعْضٍ أُمَرَاءُ, تَكْرِمَةُ اللهِ عَلَى هَذِهِ الأُمَّةِ

Dari Jabir bin Abdillah radhiyallahu ‘anhu berkata: Saya mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Dari Akan sentiasa ada sekelompok dari umatku yang berperang di atas kebenaran dan tegar (menang) sehingga hari kiamat. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallambersabda: Maka Isa bin Maryam turun, lalu amir (pemimpin) mereka mengatakan: Marilah, maju untuk mengimami solat kami. Isa menjawab: Tidak, sesungguhnya sebahagian kamu adalah pemimpin kepada sebahagian lainnya sebagai kemuliaan Allah atas umat ini.” (HR. Muslim no: 156)
Al-Allamah Shiddiq Hasan Khan rahimahullah setelah membawakan beberapa hadis yang banyak sekali dalam kitabnya Al-Idha’ah halaman 144, beliau mengakhirinya dengan hadis Jabir di atas lalu berkomentar: “Memang benar dalam hadis ini tidak ada kata “Al-Mahdi” secara jelas, namun tidak ada maksud lain dari hadis ini dan hadis-hadis sejenisnya melainkan adalah Al-Mahdi yang dinanti-nanti sebagaimana dijelaskan dalam beberapa hadis dan atsar yang banyak sekali.”

Hal tersebut kerana “hadis itu saling menafsirkan antara satu sama lainnya”. Diantara hadis yang menjelaskannya adalah sebagai berikut:
عَنْ جَابِرٍ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه و سلم: يَنْزِلُ عِيْسَى ابْنُ مَرْيَمَ فَيَقُوْلُ أَمِيْرُهُمْ الْمَهْدِيْ: تَعَالَ صَلِّ لَنَا. فَيَقُوْلُ: لاَ, إِنَّ بَعْضَهُمْ أَمِيْرُ بَعْضٍ, تَكْرِمَةُ اللهِ هَذِهِ الأُمَّةَ

Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Tatkala Isa bin Maryam turun, amir (pemimpin) mereka Al-Mahdi mengatakan: Kemarilah, imami kami dalam solat. Isa menjawab: Tidak, sesungguhnya sebahagian mereka adalah pemimpin atas lainnya, sebagai kemulian Allah kepada umat ini”.(HR. Haris bin Abu Usamah dalam Musnadnya. Ibnu Qayyim berkata dalam Al-Manar Al-Munif hal 147-148: “Sanadnya jayyid (baik)”. Dan dipersetujui oleh Syeikh Abdul Muhsin Al-Abbad dalam risalahnya “Al-Mahdi” dan Al-Albani dalam Ash-Shahihah no. 2236)
Syubhat 5: Hadisnya saling bertentangan

Jawapan: Anggapan ini tertolak kerana kontradiksi antara hadis dianggap bertentangan sekiranya hadisnya sama-sama sahih, tetapi kalau sekiranya satu hadis sahih dan satu lagi dha’if maka jelas tidak dianggap bertentangan sebagaimana diketahui oleh setiap orang yang belajar ilmu hadis. Sebagai contoh hadis dari Ummu Salamah di atas: “Al-Mahdi adalah dari keturunanku dari anak keturunan Fatimah”. Dengan hadis Utsman bin Affan secara marfu’:
الْمَهْدِيْ مِنْ وَلَدِ الْعَبَّاسِ عَمِّيْ

"Al-Mahdi dari keturunan anak Abbas, pakcikku."
  • Bagaimana boleh dipertentangkan, sedangkan hadis Ummu Salamah sanadnya sahih, manakala hadis di atas maudhu’ yang diriwayatkan Imam Daruqutni dalam Al-Afrad no. 26, Ad-Dailami 4/84 dan Ibnu Jauzi dalam Al-Wahiyat: 1431 dan pada sanadnya terdapat perawi bernama Muhammad bin Walid Al-Qurasyi, sedangkan dia pendusta. (Silsilah adh-Dhaifah no. 80)
  • Jadi anggapan kontradiksi tersebut hanyalah muncul dari hadis-hadis yang tidak sahih tentang Mahdi. Sedangkan hadis-hadis yang sahih, maka tiada kontradiksi sedikit pun.

Syubhat 6: Membendung para pengaku Mahdi yang dusta (palsu)

Jawaban: Pertama: Sesungguhnya Imam Mahdi yang dikhabarkan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam memiliki ciri-ciri yang jelas sebagaimana penjelasan dalam hadis-hadis di atas seperti keluar di akhir zaman, lelaki, keturunan ahli bait, namanya Muhammad bin Abdullah, berdahi lebar, berhidung mancung, menegakkan agama dan keadilan, dermawan dan soleh, mengimami Isa bin Maryam dalam solat. Dengan demikian, apabila ada yang mengaku Mahdi sedangkan tidak sesuai dengan ciri-ciri tersebut, maka bererti dia adalah pendusta.

Kedua: Para ulama telah membantah para pengaku Mahdi dusta tersebut.  Jadi, benar kami setuju dengan kalian dalam mengingkari para pengaku Mahdi secara dusta seperti Juhaiman (Saudi Arabia), begitu juga Mirza Ghulam Ahmad Al-Qadiyani, seorang dajjal India yang mengaku sebagai Nabi Isa lalu mengaku sebagai Nabi. Namun seperti inikah cara kita membendung para pendusta tersebut?!! Apakah kita mengingkari akidah yang sahih hanya kerana adanya pengaku dusta tersebut?!! Kalau begitulah caranya, kita akan berserakan dengan kaedah kita sendiri. Cuba fikirkan, adakah kita juga akan mengingkari adanya ilmu dan ulama kerana adanya orang-orang jahil yang mengaku berilmu?!! Dan apabila ada sebahagian yang mengaku sebagai Tuhan seperti Firaun dan Dajjal, adakah cara membendungnya dengan mengingkari adanya Tuhan?!! Tidak, sekali-kali tidak!! Demikian juga kita beriman tentang Imam Mahdi yang hakiki dan mendustakan para pengaku Mahdi yang palsu.

Syubhat 7: Menyebabkan manusia tidak berusaha

Jawapan: Kami sependapat dengan kalian dalam mengingkari pemahaman keliru dan khurafat Syaitan ini, kerana tidak ada keterangan sedikitpun dalam hadis-hadis Mahdi yang mengisyaratkan bahawa kejayaan Islam tidak mungkin digapai sebelum datangnya Mahdi. Namun jika memang ada sebahagian kalangan yang berfamahaman keliru seperti itu, adakah caranya dengan mengingkari hadis-hadis sahih tentang Mahdi atau dengan memahamkan kepada mereka bahawa fahaman tersebut keliru tanpa mengingkari hadis sahih tentang Mahdi?!! Tidak ragu lagi bahawa cara kedua inilah yang benar. ( Lihat ash-Shahihah 4/42)

Kesimpulan:

Sesungguhnya keyakinan tentang akan datangnya Imam Mahdi termasuk aqidah yang ditetapkan dalam hadis-hadis mutawatir yang wajib bagi setiap muslim untuk mengimaninya kerana hal itu termasuk perkara ghaib, sedangkan beriman dengan perkara ghaib adalah sifat orang-orang yang beriman sebagaimana firman Allah: 

ذَلِكَ الْكِتَابُ لاَ رَيْبَ ِفيهِ هُدَى لِلْمُتَّقِينَ . الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاَةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ 

Maksudnya: Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa (iaitu) mereka yang beriman kepada perkara yang ghaib, yang mendirikan solat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka. (Surah Al-Baqarah: 2-3).
 Dan tidak ada yang mengingkari aqidah ini kecuali orang yang jahil atau sombong. Saya memohon kepada Allah agar mewafatkan kita dalam beriman terhadapnya serta aqidah-aqidah shahih lainnya. (Majalah At-Tamaddun Al-Islami 22/642-646 sebagaimana dalam Maqalat Al-Albani hal. 110)

Dipetik dari Sumber : http://al-muwahhidun.blogspot.com/2012/04/10-syubhat-pengkritik-hadis-al-mahdi.html

Sunday, November 30, 2014

NASA menafikan pemberitahuan "BUMI BERGELAP 3 hari"

NASA Nafi Bumi Bergelap 3 Hari Disember Ini

Posted by phat dot my on Tuesday, October 28, 2014

NASA Nafi Bumi Bergelap Disember Ini

NEW YORK – Pihak Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menafikan mengeluar satu artikel yang mengesahkan bahawa bumi bakal bergelap selama tiga hari pada Disember depan.

Artikel tersebut yang kini tersebar di internet mendakwa bumi bakal bergelap kerana satu ribut solar menyebabkan pancaran cahaya matahari terhalang.


Sebuah laman web, Huzlers.com baru-baru ini mengeluarkan satu artikel yang bertajuk NASA mengesahkan bumi akan bergelap selama enam hari pada Disember 2014 sebelum ia dikongsi secara meluas di media sosial.


Laman web itu mendakwa NASA mengesahkan bahawa bumi akan bergelap selama enam hari bermula pada 21 hingga 23 Disember depan.


“Satu ribut solar menyebabkan debu-debu memenuhi ruang angkasa dan menghalang pancaran cahaya matahari sebanyak 90 peratus.


“Keadaan ini bakal menyebabkan bumi bakal menjadi gelap gelita selama enam hari,” katanya artikel tersebut.


Bagaimanapun, NASA menerusi laman web rasminya menafikan mereka ada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian itu.– Agensi

-petikan dari : http://www.phat.my/2014/10/nasa-nafi-bumi-bergelap-3-hari-disember.html

- MORAL- teliti dahulu dengan BETUL2 sesuatu berita- kebenarannya- kalau salah tak malu kita- bukan TOLAK TERUS- atau- TERIMA TERUS- dua2 tak betul- ambil sifat RELAKS dan teliti dulu...

Wednesday, November 26, 2014

Pasal Dimensi vs Teknologi vs Syurgawi

Pasal Dimensi vs Teknologi vs Syurgawi
--------------------------------------------------
Ada yg mengatakan den
dan rakan-rakan menafsir agama
dengan teknologi
atau lebih teruk menganut
agama Sciencetology ( rujuk Wiki)
tetapi apa yg kami
cuba khabarkan ialah
kehebatan Teknologi Ilahi itu sendiri

1 Dimensi ..Alam suatu bentuk titik shj

2 Dimensi..Alam ada panjang & lebar shj
(kedua2 dimensi ini ada makhluknya mgkn
 makhluk berbentuk rohani unsur atau jin
atau malaikat peringkat rendah)

3 Dimensi..Alam manusia  & haiwan
   ada panjang, lebar dan tinggi ( ada isipadu)
   menguasai ruang tapi tak menguasai masa.
   Terpaksa bekerja
   atau bergerak untuk mengubah atau membuat
   sesuatu (proses).
Alam ini penuh kesusahan dan di sisi Allah
tiada nilai walaupun sebelah kepak nyamuk

4  Dimensi..Alam ini ada mguasai dimensi masa
     mereka tak perlu memproses spt makan
     berjalan atau tempat tinggal. Mereka menjaga
     pintu-pintu ruang masa. Mereka mungkin suatu
     entiti cahaya atau kuasa sub atomik. Mungkin
     terdapat insan-insan istimewa berjaya ke sini
     Mereka ini mungkin dikategori Ancient Alien atau
     Ancient Astronaut
     Mungkin ini pintu langit ke 2

5  Dimensi..Alam ini entiti bukan shj menguasai
 masa tetapi mungkin menguasai niat atau kehendak
Ini mungkin alam yg lebih tinggi atau mungkin
di syurga peringkat rendah . Teknologi sangat tinggi
Barang yg dikehendaki maka menjadi
Tiada resah gelisah

6 Dimensi...Alam ini tiada siapa ketahui. Mungkin ini
syurga peringkat sederhana. Ada yg mgatakan mereka
boleh berada di mana2 zaman, masa dan dimensi
Ramai yg tersalah sangka siapa mereka jika
terserempak dgn mereka. Mungkin dianggap sbagai
Tuhan, Dewa atau Blackhole dsbaginya

7 Dimensi..den dah habis idea...

Jika dalam peristiwa Israq & Mikraj didapati
ada 2 teknologi penting iaitu
1. Pembedahan- mungkin utk ubahsuai jasad utk ke dimensi
lebih ke atas
2. Buraq - suatu makhluk, suatu makhluk teknologi ( tak diketahui
    dari dimensi mana)

Jadi kami bukan komikal apatah lagi penganut scientologi
Kami mengambil cabaran Al Quran utk mengkaji
kebesaran Allah swt di bumi & langit
Thoorvanggggggggggggg

dipetik dari : http://mrsmmersing.blogspot.com/

terima kasih kepada : tuan Penjaga Kuala@ Tn Rahman

Friday, November 21, 2014

LOKASI SEBENAR NAJAD- ADALAH RIYADH!!!

FITNAH TANDUK SYAITAN DI NAJD BUKAN DI IRAQ



 Pertama :

 Tempat munculnya fitnah.

 عن ابن عمر رضي لله عنهما أنه سمع رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو مستقبل المشرق يقول : " ألا إن الفتنة هاهنا من حيث يطلع قرن الشيطان . رواه البخاري

 Dari Ibnu Umar Radhiallahu 'anhuma, bahwasanya beliau mendengar Rasulullah Shallahu 'alaihi wasallam bersabda sambil menghadap ke arah Timur (tempat terbitnya matahari)" Ketahuilah, sesungguhnya fitnah itu datangnya dari sana dari tempat munculnya tanduk syaitan ".( HRBukhari : 7093)

 Dengan hadits sahih ini menjelaskan bahwa letak fitnah itu berada di arah Timur dari tempat terbitnya matahari dari kota Madinah, sebab saat berbicara demikian, posisi Nabi berada di Madinah. Kemudian di takshis lagi oleh beliau dengan ucapannya “ Dari sekiranya muncul tanduk syaitan “.

 Di manakah letak tepatnya tanduk syaitan ?

 عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَامِنَا وَفِي يَمَنِنَا قَالَ قَالُوا وَفِي نَجْدِنَا قَالَ قَالَ اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَامِنَا وَفِي يَمَنِنَا قَالَ قَالُوا وَفِي نَجْدِنَا قَالَ قَالَ هُنَاكَ الزَّلَازِلُ وَالْفِتَنُ وَبِهَا يَطْلُعُ قَرْنُ الشَّيْطَانِ

 Dari Ibnu Umar berkata, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berkata“Ya Allah berilah keberkatan kepada kami, pada Syam kami dan pada Yaman kami”. Para sahabat berkata “dan juga Najd kami?”. Beliau bersabda “disana muncul kegoncangan dan fitnah, dan disanalah akan muncul tanduk setan”. (Shahih Bukhari 2/33 no 1037)

 Dengan hadits sahih ini Nabi Shallahu ‘alaihi wa sallam lebih mentakhsis (menentukan)lagi letak munculnya kegoncangan, fitnah dan tanduk syaitan yaitu di Najd. Dan saat Nabi berbicara seperti itu, Daerah Najd hanya satu yang dikenal saat itu yaitu daerah Hijaz. Dan Najd merupakan arah Timur Madinah.

 Kedua :

 Najd dataran tinggi.

 Dari segi Lughah / etimologi Najd bermakna tempat yang berdataran tinggi. Lawannya disebut Ghour yaitu tempat yang berdataran rendah.

 Imam Khoththobi mengatakan :

 وأصل النجد ما ارتفع من الأرض، وهو خلاف الغور فإنه ما انخفض منها

 Asli makna Najd adalah bumi yang berdataran tinggi lawan dari Ghour yaitu bumi yang berdataran rendah.

 Imam Ibnu Hajar setelah menukil kalam imam Khoththobi, berkesimpulan sebagai berikut :

 وعرف بهذا وهاء ما قاله الداودي أن نجدا من ناحية العراق فإنه توهم أن نجدا موضع مخصوص، وليس كذلك بل كل شيء ارتفع بالنسبة إلى ما يليه يسمى المرتفع نجدا والمنخفض غورا

 “ Dengan ini dapat diketahui, dan apa yang diucapkan ad-Dawudi “ Bahwa Najd itu dari pedalaman Iraq “, memberi kesan seolah Najd itu tempat tertentu padahal bukanlah demikian (Najd bukan nama daerah tertentu), akan tetapi setiap sesuatu yang berada disekitar dataran tinggi disebut Najd dan dataran rendah disebut Ghour “.
 (Fath Al-Bari Bi Sharh Sahih Al-Bukhari, Dar Al-Ma’rifah, Beirut, 1379H1347)

 Iraq dataran rendah.

 Dalam kitab tarikh Baghdad, imam Abu Bakar Ahmad bin Ali bin Tsabit al-Baghdadi mengatakan :

 أخبرنا علي بن أبي علي البصري قال: أنبأنا إسماعيل بن سعيد المعدل قال: قال أبو بكر محمد بن القاسم الأنباري قال ابن الأعرابي: (إنما سمي العراق عراقاً لأنه سَفُل عن نجد ودَنا من البحر. أُخذ من: عراق القربة، وهو الخرز الذي في أسفلها

 “ Ibnu al-A’rabi berkata ; “ Sesungguhnya kota Iraq dinamakan Iraq sebab Iraq itu lebih rendah dari Najd dan dekat dengan lautan. Diambil kata itu dari Iraqul qoryah yaitu dasar yang ada di bawah kampung “.

 (Tarikh Baghdad : 1/24)

 Dengan penjelasan dari sisi lughahnya semakin menguatkan bahwa yang dimaksud Najd dalam hadits tersebut adalah Najd Hijaz atau daerah sekitar Riyadh, karena Riyadh merupakan dataran tinggi sedangkan Iraq dataran rendah.


 Tidak ada hadits yang menerangkan Najed adalah Iirak namun ada riwayat yang mengatakan ada timbul fitnah di Irak yakni fitnah dari orang-orang seperti Dzul Khuwaishirah, kabilah Bani Tamim dari Najd.jika periwayatan tentang irak maka jika kita perhatikan hukum matan,sanad dan rawinya.. jelas cacat dan tidak bisa dijadikan hujjah.

 Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda bahwa fitnah dari arah timur

 Dari Ibnu Umar ia mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda sementara beliau menghadap timur: “Ingat, sesungguhnya fitnah itu disini, sesungguhnya fitnah itu disini dari arah terbitnya tanduk setan.” (HR Muslim5167)

 Ada riwayat yang mengatakan bahwa fitnah adalah dari Irak sedangkan Irak tidak berada sebelah Timur. Hal itu terjadi karena orang-orang seperti Dzul Khuwaishirah, kabilah Bani Tamim dari Najd diusir atau diisolasi oleh Rasulullah shallallahu alaihi wasallam ke sebuah kampung yang bernama Haruri yakni kampung dekat Kufah (Irak) maka mereka disebut pula kaum Haruriyyah

 Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda bahwa fitnah dari orang-orang serupa Dzul Khuwaishirah, kabilah Bani Tamim dari Najd

 Dari Kabilah Bani Tamim

 Telah bercerita kepada kami Abu Al Yaman telah mengabarkan kepada kami Syu’aib dari Az Zuhriy berkata, telah mengabarkan kepadaku Abu Salamah bin ‘Abdur Rahman bahwa Abu Sa’id Al Khudriy radliallahu ‘anhu berkata; Ketika kami sedang bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang sedang membagi-bagikan pembagian(harta), datang Dzul Khuwaishirah, seorang laki-laki dari Bani Tamim, lalu berkata; Wahai Rasulullah, tolong engkau berlaku adil. Maka beliau berkata: Celaka kamu!. Siapa yang bisa berbuat adil kalau aku saja tidak bisa berbuat adil. Sungguh kamu telah mengalami keburukan dan kerugian jika aku tidak berbuat adil. Kemudian ‘Umar berkata; Wahai Rasulullah, izinkan aku untuk memenggal batang lehernya!. Beliau berkata: Biarkanlah dia. Karena dia nanti akan memiliki teman-teman yang salah seorang dari kalian memandang remeh shalatnya dibanding shalat mereka, puasanya dibanding puasa mereka. Mereka membaca Al Qur’an namun tidak sampai ke tenggorokan mereka. Mereka keluar dari agama seperti melesatnya anak panah dari target (hewan buruan). (HR Bukhari 3341)

 Dari Najd

 Telah menceritakan kepada kami Hannad bin As Sari telah menceritakan kepada kami Abul Ahwash dari Sa’id bin Masruq dari Abdurrahman bin Abu Nu’m dari Abu Sa’id Al Khudri ia berkata; Ketika Ali bin Abi Thalib berada di Yaman, dia pernah mengirimkan emas yang masih kotor kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Lalu emas itu dibagi-bagikan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kepada empat kelompok. Yaitu kepada Aqra` bin Habis Al Hanzhali, Uyainah bin Badar Al Fazari, Alqamah bin Ulatsah Al Amiri, termasuk Bani Kilab dan Zaid Al Khair Ath Thay dan salah satu Bani Nabhan. Abu Sa’id berkata; Orang-orang Quraisy marah dengan adanya pembagian itu. kata mereka, Kenapa pemimpin-pemimpin Najd yang diberi pembagian oleh Rasulullah, dan kita tidak dibaginya? maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pun menjawab: Sesungguhnya aku lakukan yang demikian itu, untuk membujuk hati mereka. Sementara itu, datanglah laki-laki berjenggot tebal, pelipis menonjol, mata cekung, dahi menjorok dan kepalanya digundul. Ia berkata, Wahai Muhammad! Takutlah Anda kepada Allah! Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Siapa pulakah lagi yang akan mentaati Allah, jika aku sendiri telah mendurhakai-Nya? Allah memberikan ketenangan bagiku atas semua penduduk bumi, maka apakah kamu tidak mau memberikan ketenangan bagiku? Abu Sa’id berkata; Setelah orang itu berlaku, maka seorang sahabat (Khalid bin Al Walid) meminta izin kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam untuk membunuh orang itu. Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pun bersabda: Dari kelompok orang ini, akan muncul nanti orang-orang yang pandai membaca Al Qur`an tetapi tidak sampai melewati kerongkongan mereka, bahkan mereka membunuh orang-orang Islam, dan membiarkan para penyembah berhala; mereka keluar dari Islam seperti panah yang meluncur dari busurnya. Seandainya aku masih mendapati mereka, akan kumusnahkan mereka seperti musnahnya kaum ‘Ad. (HR Muslim1762)

 Anggota tetap komisi kajian ilmiyyah dan fatwa kerajaan Saudi Arabiyyah mengakui bahwa Masyriq adalah Najd.

 Sebenarnya para ulama wahhabi-salafi yang bergabung dalam komisi tetap kajian ilmiyyah dan fatwa telah mengakui bahwa yang disebut masyriq dalam hadits shahih tentang Qornus syaitan adalah NAJD. Namun mereka enggan dan syok (terkejut) mengakuinya, sehingga mereka menutup-nutupinya dari para pengikutnya.

 Berikut petikan hujjah-hujjah mereka dalam kitab Fatawa Al-Lajnah ad-Daimah jilid 3 fatwa nomer 6667 :

 س؛ ما هي الفتنة التي يقول عليه الصلاة والسلام في هذا الحديث : ألا إن الفتنة ها هنا….من حيث يطلع قرن الشيطان الحديث…؟؟؟

 جـ ؛ ….. وقيل: يعني نجد مسكن ربيعة ومضر وهي مشرق لقوله في حديث ابن عمر حين قال صلى الله عليه وسلم: {اللهم بارك لنا في شامنا وفي يـمننا، قالوا: وفي نجدنا؟؟ قال رسول الله: هنالك الزلازل والطاعون وبها يطلع قرن الشيطان}

 وأهل المشرق يومئذ من مضر….والظاهر أن الحديث يعم جميع المشرق الأدنى والأقصى والأوسط ومن ذلك فتنة مسيلمة الكذاب، وفتنة المرتدين من ربيعة ومضر وغيرهما في الجزيرة

 Soal : Apakah fitnah yang dimaksud dalam Hadits Nabi Saw tentang tanduk syaitan ?

 Jawab : dikatakan adalah yg dimaksud Najd tempat pemukiman bani Rabi’ah dan Mudhar, yaitu di daerah Timur. karena ada Hadits Ibnu Umar ketika Rasul Saw bersabda : ” Ya Allah berkahilah syam kami dan yaman kami, mereka berkata ” Dan juga Najd kami wahai Rasul..Maka Nabi menjawab ” Di sanalah muncul kegoncangan dan Tho’un dan juga di sanalah muncul tanduk syaitan “.

 Penduduk timur saat itu dari kalangan Mudhar. Yang jelas adalah bahwasanya hadits tersebut mencangkup semua Timur, baik dataran rendah, tinggi maupun tengah. Di antara fitnahnya adalah Fitnah Musailamah Al-Kdzdzab dan fitnah murtadnya bani Rabi’ah dan Mudhar dan selain kedua kelompok tersebut di JAZIRAH ARAB “.
 Catatan :

 Bukti-bukti kuat baik peta, ilmu bahasa, sejarah dan hadits-haditsnya telah menunjukkan bahwa masyriq yang dimaksud Nabi Saw dalam hadits tanduk syaitan adalah NAJD, sehingga bahkan ulama komisi tetap mereka pun mengakui kebenaran masyriq adalah NAJD bukan IRAQ.

dipetik dari sumber berikut : http://salafyabad21.blogspot.com/2012/11/fitnah-tanduk-syaitan-di-najd-bukan-di.html

WAHABI : VIRUS Terbesar : MUSUH dalam SELIMUT....

ANTARA TOKOH2 WAHABI YANG PATUT DIJAUHI OLEH UMAT ISLAM..

Wahai saudara dan saudari, marilah kita sama2 memperjuangkan akidah yang dibawa oleh ulamak silam iaitu Akidah yang dibawa oleh Imam Assyaari dan Maturidi..Saudara dan saudariku sekalian,jangnlah biarkan diri kita jahil tentang akidah..kerana segala amalan yang kita buat maka akan menjadi sia2 belaka...Ajaran wahabi makin merebak dan meresap di pemikiran masyarakat dan kadang ada sesetengah orang kuat melawan wahabi tetapi tidak mengenal tokoh BESAR dalam wahabi...Kadang2 ada dalam sesetengah JEMAAH ISLAM banyak dipengaruhi wahabi..ada sesetengah pula, ingin menghapuskan wahabi tetapi TOKOH2 BESAR WAHABI tak kenal...kadang2 ada yang menyanjung dan memuji tokoh2 tersebut....

"JANGAN BIARKAN DIRI ANDA BERADA DALAM KEADAAN JAHIL DAN UNSUR2 WAHABI"

TOKOH PEJUANG WAHABI TIMUR TENGAH
1  1. Nasr al-Din al-Baani
2.  Zuhair Syawisy
3.  Muhammad Nasib al-Rida’iy
4.  Mahmud Mahdi Istanbuli
5.  Hamud al-Tuwaijri
6.  Ibnu Baz (Abdullah bin Baz)
7.  Hamad al-Ansari
8.  Abu Bakar al-Jaza’iriy
9.  Soleh Uthaimin
10.              Soleh Fauzan
11.              Ibn al-Alusi (1202-1317)
Abdul al-Rahman al-Mua’llimiy (1313-1386)
12.              Al-Qanuji : Sidq Hassan al-Khan
13.              Hamad bin Nasr bin Uthman al-Najdi
14.              Ahmad Ibrahim al-Najdi
15.              Jamaluddin al-Qasimi al-Dimasyqi
16.              Muhammad Khalil Harras al-Masri
17.              Abdul Razzaq Afifi Ahmad Syakir al-Masri
18.              Abdullah bin Sa’di al-Ghamidiy
19.              Muhammad Jamil Zainu
20.              Umar Sulaiman Asyqar
21.              Furaih bin Soleh al-Bahlul
22.              Salim al-Hilali
23.              Marwan al-Qaisi
24.              Abdul Qader al-Arnawuth
25.              Banyak lagi...................
TOKOH PEJUANG WAHABI DI.MALAYSIA
1.  Dr Mohd Asri Zainal Abidin(Ketua Wahhabi M’sia)
 ( Ex Mufti Perlis )
2.  Dr Abdullah Yassin ( Banyak kali ditangkap oleh JAIS kerana sebar fahaman wahabi di Masjid)
3.  Rasul Dahri ( Diistihar SESAT,  Wahabi pekat dari Singapore yang aktif di Johor)
4.  Fath Bari Bin Mat Jaya ( Ulama MUDA UMNO, Mustashar-pendakwah wahabi tajaan khas Saudi di Malaysia)
5.  Hafiz Firdaus ( Bekas pemandu kapal terbang)
6.  Mazlee Malek (Pensyarah UIAM)
7.  Johari Mat ( AJK Dewan Ulama Kelantan)
8.  Juanda Jaya ( Mufti Perlis, Pendakwah bebas )
9.  Dr Azwira Aziz (Pensyarah UKM)
10.              Mohd Khairi Anwar Abdul Latif – BA al-Quran dan Sunnah (UIA), MA Hadis (UIA), bertugas di Kolej Universiti Islam Antarabangsa
11.              Abdul Razak Mutalib – BA Usul Fiqh (UIA), MA Hadis, bertugas di Kolej Universiti Islam Antarabangsa
12.              Muzairi Mustafa – BA Tafsir, Usul dan Dakwah (Al-Azhar, Kaherah), sedang menuntut di peringkat sarjana
JUGA
1.  Fathlan Mohd Osman – BA Dakwah, MA Tafsir (UKM), sedang menyiapkan PhD Hadis di UIA
2.  Mohd Roesfan Sazzerin Mohamad Sufi – BA Hadis, Diploma Dakwah (Universiti Madinah), MA Hadis (UIA)
3.  Saari, mantan presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM),
4.  Dr Fadlan Othman
5.  Mahmood Zuhdiy Abdul Majid (pensyarah UM yang diupah untuk menulis pasal sumbangan Ibn Taymiyah)
6.  Najib (Pensyarah Akademi Pengajian Islam Nilam Puri UM, dulu mengajar di KIAS)
7.  Dr Abdul Basit Abd Rahman ( bekas pelajar Madinah sekarang mengajar di pondok Kelantan, ayah seorang alim pondok tapi anak……??)…..
8.  Radi ( pensyarah USM)
9.  Ariff Nazri (pensyarah UKM)
10.              Maulana (’ala za’mihi) Asri Yusoff ( aktif di Kelantan, beliau pernah belajar di Pakistan)
11.              Pertubuhan al-Nida’
12.              Institut Ibn Qayyim Jauziyyah ( Pulau Pinang)
13.              Al AHKAM ( laman web yang memecah belahkan umat )
14.              INSTITUT AL-KHADEM.
15.              ABU AQIF STUDIO
16.              ALFIKRAH.NET
17.              Sekolah Qiblah
18.              Semua yang sealiran dengan mujassimah musyabbihah ibn taimiyah dan wahhabiyah.
19.              Banyak lagi...
TOKOH PEJUANG ASWJ YANG MELAWAN WAHABI
1.  AL FADHIL USTAZ AZHAR IDRUS
2.  USTAZ ZAMIHAN  AL GHARI
3.  USTAZ ABU SYAFIQ
4.  DR.OSMAN ALMUHAMMADY
5.  AL-MARHUM TUAN GURU HJ ABDULLAH, Tok Guru Pondok Lubuk Tapah Kelantan.
6.  TUAN GURU HAJI HASYIM, Tok Guru Pondok Pasir Tumbuh Kelantan.
7.  SYEIKH USMAN JALALUDIN, Pengasas Pondok Penanti Pulau Pinang Dalam Kitabnya : Matholi’ Al-Anwar.
8.  UST ZAMIHAN MAT ZIN ALGHARY. Antara karya tulisan beliau ialah Salafiyah Wahabiyah Suatu Penilaian.
9.  MUFTI KERAJAAN JOHOR, ALLAH YARHAM AL’ALLAMAH DATO’ SAYYID ‘ALAWIY BIN THAHIR. Dalam karyanya yang berjudul : Fatwa Mufti Kerajaan Johor. Dalamnya beliau menamakan gerakan al_wahhabiyyah sebagai Khawarij yang memecahbelahkan umat.
10.              BEKAS MUFTI SABAH SAID HJ IBRAHIM, dalam kitabnya ; Perbandingan Agama dan Fahaman Umat Islam
11.              UST RAMLI (IMAM MASJID RAHIMAH,GREENWOOD).
12.              SYEIKH DAUD AL-FATHANY. Antara karya beliau ialah Jawhar al-Saniyyah
13.              TUAN GURU BABA DIR SEKAM,PATANI
14.              SYEIKH NURUDDIN AL BANJARY
15.              SYIEKH WAZIR (TUAN SYEIKH PONDOK MODEN, BACHOK KELANTAN)
16.              TUAN GURU BABA HAMID, KELANTAN
17.              TUAN GURU POK CIK DIN AL-KELANTANY ( TOK GURU PENULIS) .
18.              AL MARHUM TUAN GURU USTAZ AMER ALKELANTANY ( T) ( W 1429 H)
19.              TUAN GURU HJ DAUD HJ OMAR AL KELANTANY, BUKIT ABAL.
20.              Tuan Guru Haji Abdullah Padang Pak Amat
21.              Tuan Guru Mahadi Al-fatani.(Imam Masjid Majidiah Wakaf Berangan)
22.              Baba Rosli Pondok Sungai Petai.
23.              PONDOK SRI PERMAI(TOK AYAH BARAT)
24.              PONDOK SAMBAL
25.              PONDOK MODEN BACHOK
26.              PONDOK LUBUK TAPAH
27.              PONDOK PASIR TUMBUH
28.              BANYAK LAGI...

petikan dari : 
http://kenaliwahabi.blogspot.com/