Showing posts with label bumi. Show all posts
Showing posts with label bumi. Show all posts

Sunday, November 30, 2014

NASA menafikan pemberitahuan "BUMI BERGELAP 3 hari"

NASA Nafi Bumi Bergelap 3 Hari Disember Ini

Posted by phat dot my on Tuesday, October 28, 2014

NASA Nafi Bumi Bergelap Disember Ini

NEW YORK – Pihak Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menafikan mengeluar satu artikel yang mengesahkan bahawa bumi bakal bergelap selama tiga hari pada Disember depan.

Artikel tersebut yang kini tersebar di internet mendakwa bumi bakal bergelap kerana satu ribut solar menyebabkan pancaran cahaya matahari terhalang.


Sebuah laman web, Huzlers.com baru-baru ini mengeluarkan satu artikel yang bertajuk NASA mengesahkan bumi akan bergelap selama enam hari pada Disember 2014 sebelum ia dikongsi secara meluas di media sosial.


Laman web itu mendakwa NASA mengesahkan bahawa bumi akan bergelap selama enam hari bermula pada 21 hingga 23 Disember depan.


“Satu ribut solar menyebabkan debu-debu memenuhi ruang angkasa dan menghalang pancaran cahaya matahari sebanyak 90 peratus.


“Keadaan ini bakal menyebabkan bumi bakal menjadi gelap gelita selama enam hari,” katanya artikel tersebut.


Bagaimanapun, NASA menerusi laman web rasminya menafikan mereka ada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian itu.– Agensi

-petikan dari : http://www.phat.my/2014/10/nasa-nafi-bumi-bergelap-3-hari-disember.html

- MORAL- teliti dahulu dengan BETUL2 sesuatu berita- kebenarannya- kalau salah tak malu kita- bukan TOLAK TERUS- atau- TERIMA TERUS- dua2 tak betul- ambil sifat RELAKS dan teliti dulu...

Tuesday, September 9, 2014

MATRIX Special 2 : THE 3rd DENSITY

Warning! The Matrix 3rd Density









WARNING! ACHTUNG!


The Matrix 3rd Density



Apakah hubungan tubuh dengan minda kita?Bagaimana ketika kita bermimpi,minda kita seolah-olah menerawang ke mana-mana sedangkan tubuh kita terdiam kaku?Ke manakah orang-orang yang sudah mati itu pergi?Adakah apabila tubuh mereka mati,maka minda mereka turut mati?Adakah terdapat kehidupan selepas kematian?Bagaimana kehidupan selepas kematian itu terjadi?Di dunia yang bagaimana?Mengapa kita tidak dapat melihat mereka?

Di manakah diri kita atau minda kita sebelum wujud di dunia ini?Bagaimana segumpal darah dan daging di dalam kandungan ibu kita boleh berubah menjadi tubuh dan minda kita?Jika minda kita sudah ada sebelum dalam kandungan ibu lagi,di dunia yang bagaimanakah minda kita bertempat,sebelum terwujud di dunia yang kita hadapi kini?Adakah kita pernah hidup di dunia lain sebelum dunia yang kita berhidup kini?

Siapa yang memasukkan dan mengeluarkan minda kita atau lebih tepat roh;dari dunia kepada dunia yang lain dan apa tujuan dia?Mengapa dia melakukan begini dan apakah kepentingannya?

Apakah sebenarnya dunia ini?Adakah bumi dan alam semesta ini benar-benar ada?Adakah makhluk lain di planet lain atau galaksi lain yang jumlahnya tidak terhitung banyaknya?Jika tiada,mengapa alam semesta ini diciptakan?Untuk siapa alam semesta yang sebegini luas ini diciptakan?

SEbelum Adam turun ke dunia,di manakah dia tinggal?Adakah di planet lain atau di galaksi lain?Adakah Adam turun ke dunia menaiki pesawat yang teramat canggih?Atau jatuh seperti burung kepatahan sayap terus ke bumi?Adakah 'dunia' yang dimaksudkan itu benar-benar bumi ini atau seluruh alam semesta ini?Jika begitu di manakah Adam bertempat sebelum turun ke alam semesta ini?Adakah ada alam semesta yang lain?Adakah Adam turun ke dunia ini bersama-sama tubuh dan minda atau hanya minda sahaja kemudian mula bertubuh apabila sampai ke 'langit dunia'??

Apakah sebenarnya kehidupan kita ini?Mengapa kita hidup?Mengapa kita diciptakan?Apa tujuan kita diciptakan?


SELAMAT DATANG KE DUNIA BARU MATRIX ANDA




Kepada yang telah mengikuti siri ini,tahniah diucapkan.Kepada yang baru,anda diberi amaran supaya menyemak kembali siri-siri sebelumnya.Ini penting untuk mengelakkan ANDA LEMAS DALAM KEKELIRUAN SENDIRI.

Siri The Matrix telah memasuki 3rd density dan ini merupakan satu siri yang penting.Kandungan siri ini terdiri daripada material yang agak berat dan mencabar minda.Sebab itu kami menasihatkan anda supaya:

1. Baca dengan teliti.Jangan membaca secara sekilas pandang (skip)

2. Tidak digalakkan membaca ketika kesibukan,anda dinasihatkan membacanya pada waktu lapang dan tenang.

3. Selalu merujuk pada AlQuran dan Hadis.Jangan terkejut,sebenarnya AlQuran mengandungi terlampau banyak kunci-kunci rahsia The Matrix.

Material The Matrix adalah yang lain dari yang lain.Ia bukan bahan bacaan ilmiah yang biasa tetapi kandungannya 1000 tahun ke hadapan.Biar kami beritahu rahsia dari mana material The Matrix ini berasal.Terdapat dua sumber pengetahuan The Matrix.Pertamanya,dari sumber-sumber Barat.Tahukah anda bahawa produser filem The Matrix Trilogy telah membayar sejumlah bayaran yang mahal kepada orang yang mempunyai idea asal The Matrix ini?Orang ini telah menerbitkan material berkaitan seawal 1980-an lagi!Dan dari sini pihak berkaitan mengarahkan Wachowsky Brothers untuk mengendalikan filem fiksyen sains itu.Orang ini adalah bekas intelligen Amerika dan mempunyai kaitan dengan CIA dan 'shadow government'.

Berita buruknya,semua material dan hasil penyelidikan orang ini 'terlepas' ke tangan kami.

Semua material The Matrix dari sumber-sumber Barat ini datang dari pelbagai punca seperti Theosophy (Secret Doctrine),Kabbalah,Sufism,Kitab-kitab Hindu,Hermetic,falsafah Buddha dan kajian sains.Namun terdapat satu sumber terbesar mereka,iaitu dari para makhluk yang hidup lebih awal dari manusia.Malangnya,makhluk-makhluk ini memberitahu mereka sebahagian kebenaran dan yang lain adalah kepalsuan yang ditokoktambah.

Sumber kedua ialah dari AlQuran dan pemberitahuan dari Nabi Muhammad s.a.w.Satu maklumat yang perlu diberitahu,bahawa orang-orang Yahudi amat meyakini apa yang keluar dari mulut Nabi Muhammad s.a.w.Tepatnya,para Elit Yahudi.Para Elit Yahudi ini lebih menghafal perwatakan dan rupa paras Nabi Muhammad s.a.w melebihi perwatakan anak-anak mereka sendiri beratus tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w!Nabi-nabi mereka ada mengkhabarkan kehadiran messiah terakhir dan ramalan-ramalan dibuat oleh para rabbi dan cendekiawan mereka.Ini termasuklah bahawa mereka tahu bahawa messiah ini akan tinggal di Madinah dan orang-orang Yahudi ini sanggup berpindah ke Madinah beramai-ramai dengan harapan keturunan mereka menjadi banyak di Madinah (dahulunya dikenali sebagai Yathrib) jadi kemungkinan messiah itu akan lahir dari kalangan bangsa mereka.

Mereka percaya kata-kata nabi kerana bagindalah messiah yang diramalkan itu,tetapi kerana baginda lahir sebagai seorang Arab bukannya Yahudi atau Bani Israel maka kerasulannya ditolak.Contoh yang terkenal ialah Nostradamus.

Sebenarnya banyak lagi rahsia yang anda,dan juga kami tidak ketahui.

Adakah anda pernah mendengar hadis yang menyebutkan perihal Perang Dunia I dan II,tentang Hitler dan Napoleon?Apakah rahsia yang dibisikkan oleh Nabi kepada penjaga rahsianya iaitu Huzaifah Ibnu Yaman r.a?

INI ADALAH AMARAN TERAKHIR

Jika anda berasa selesa dengan kehidupan anda sekarang,anda boleh meninggalkan The Matrix.Terlibat dengan material The Matrix hanya akan membahayakan kesihatan anda.

Kepada pembaca tegar The Matrix sebelum ini,anda sedang memasuki tahap kesedaran 3rd density.

KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEGALA KEMUDARATAN DAN KEMALANGAN SETELAH ANDA TERLIBAT DENGANNYA.SEGALA RISIKO ADALAH DI BAWAH PILIHAN DAN TANGGUNGJAWAB ANDA SENDIRI.



Adakah anda sudah bersedia?






















Thursday, May 26, 2011

Sejarah Perkembangan Agama Tauhid Di Muka Bumi.



Adam As telah diciptakan Allah SWT, pada zaman, di mana belum ada seorang pun makhluk yang bernama manusia di atas muka bumi ini. Allah SWT telah menciptakan Adam SA dari4 anasir iaitu tanah,air,api dan angin.
Allah SWT telah menempa lembaga Adam AS dari tanah liat dan meletakkannya pada suatu wadah. Ketika itu seluruh makhluk yang menghuni Syurga diperintah untuk sujud kepada lembaga tersebut, kecuali Iblis, lantaran keingkarannya. Dengan itu, Allah SWT telah melaknat dan mengusir Iblis keluar dari SyurgaNya, dan Iblis termasuklah di kalangan makhluk yang dilaknat Allah SWT. Setelah itu Allah SWT meniupkan ruhNya ke dalam lembaga tersebut sehingga Adam bangkit dan mengucapkan "Alhamdulillah".
Kisah Iblis mendurhakai Allah SWT untuk sujud kepada lembaga Adam AS sebagai penghormatan kepada bakal khalifahNya di muka bumi ini tersebut di dalam ayat suci Al-Quran dalam surah Al-Araf (ayat 11-13):

Maksudnya :

11 - Dan Kami menciptakan kamu,(wahai insan), dan memberi kamu rupa yang sempurna. Kemudian Kami berkata kepada para malaikat, "Sujudlah kalian kepada Adam", jadi mereka bersujud, kecuali Iblis. Dia termasuk orang yang tidak bersujud.

12 - Dan (Allah) berfirman, "Apakah yang menghalangimu dari menjalankan perintahKu?" Iblis berkata, "Aku ini lebih baik dari dia. Engkau telah ciptakan aku dari api sedangkan dia dari tanah."

13 - (Allah) berkata, "Keluarlah engkau dari SyurgaKu, sesungguhnya engkau tidaklah patut bongkak dan sombong. Sesungguhnya engkau telah terlaknat."

Maka, Adam AS berdiamlah di SyurgaNya selama beberapa ketika dengan penuh bahagia dan gembiranya. Tetapi Adam AS tidak memiliki teman bicara mahupun bergurau senda. Allah SWT Maha Mengetahui bahawa Adam AS sunyi dan telah menciptakan untuknya seorang pasangan iaitu, Hawa dari salah satu tulang rusuknya sebagai teman hidup Adam AS di syurga. Mereka hidup dengan bahagia sehinggalah suatu ketika datanglah Iblis menyusup masuk, yang menurut setengah riwayat dengan berupa seekor ular, tetapi bagaimana kaedah menyusup Iblis ke dalam syurga itu, Walla'hualam. Iblis menggoda Adam AS dan Siti Hawa untuk memakan buah larangan yang terdapat di syurga sehingga akhirnya mereka termakan pujuk rayu mereka.

Allah SWT mengeluarkan mereka dari Syurga kerana telah melanggar larangan di Syurga. Maka bermulalah kehidupan mereka di atas muka bumi dengan ditugaskan untuk menjalani ujian-ujian. Jatuhlah Adam AS menurut setengah riwayat di Sri Lanka dan Siti Hawa di Jazirah Arab. Setelah itu, mereka hidup sehingga melahirkan anak cucu, termasuk Habil dan Qabil yang kemudiannya dikisah dalam Al-Quran. Mereka berdua ditugaskan membawa ajaran Tauhid yang satu dan disuruh mewaris kepada anak cucu mereka untuk berpegang padanya. Agama dalam kehidupan insan adalah untuk mengekang hawa nafsu manusia dan membentuk sifat bertaqwa kepadaNya. Ayat Quran Surah Adz-Zariyat 56 :

Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.

(QS. Adz-Dzariyat: 56)

Zaman terus berlalu sehingga syariat Allah di muka bumi mengalami perubahan sedikit demi sedikit mengikut kadar kesesuaian budaya dan masyarakat setempat serta berdasarkan kemajuan manusia menongkah arus perubahan zaman. Allah telah mengutuskan Rasul-Rasul dan Nabi-NabiNya kepada setiap bangsa sebagaimana yang disebut dalam ayat suci Al-Quran surah Al Fatir ayat 24 yang mafhumnya begini :

"Tiada suatu umatpun (di atas bumi), melainkan telah Kami beri seorang pemberi ingatan."

(Al Fatir, 24)

Maka Rasul-Rasul dan Nabi-Nabi ini membimbing manusia ke arah kebaikan dan bertauhid kepadaNya. Antara mereka yang diutus untuk menyampai risalat Tuhan ini adalah 25 Rasul yang wajib kita ketahui kita umat Islam sebagaimana yang disebutkan nama-nama mereka di dalam Al-Quran. Sekalipun diturunkan mereka ini, manusia masih ramai yang engkar padaNya. Mereka juga gemar memesongkan ajaran Tauhid sehingga tidak murni lagi.

Selain dari 25 Rasul yang wajib kita ketahui di atas, ada kira-kira 313 orang Rasul yang tidak tersebut di dalam kitab Suci Al-Quran namanya. Di samping 124,000 orang NabiNya yang tidak ditugaskan membawa risalah keTuhanan. Antara mereka yang dilantik menjadi Rasul-Rasul tadi, ada yang langsung tidak pernah dapat dikesan serta dikenalpasti melalui kajian sarjana-sarjana yang mengkaji sejarah umat manusia dan keagamaan serta para ulama', sedangkan ada kalangan mereka yang dipersetujui memiliki kriteria penuh untuk diisytiharkan para Rasul Allah SWT. Kalangan ulama-ulama dan intelek Islam sendiri telah ramai yang mengesahkan dan bersetuju besar kemungkinan, tokoh-tokoh besar agama-agama besar dunia ini kebanyakannya para Rasul dan Nabi Allah SWT. Termasuklah Sidharta Gotama Buddha, Lao Tse, Kong Hu Chu, Shri Rama, Shri Krishna, Mahavira, Mani, Zarathustra dan ramai lagi mengajarkan tertib dan kaedah menuju Tuhan Yang Esa.

Besar sekali kemungkinan, agama-agama seperti Hindu, Buddha, Jain, Manicaesme, Zoroastrianisme, Taoisme dan banyak lagi agama-agama yang dikatakan dan diklasifikasi sebagai agama budaya hari ini berasal dari ajaran Tauhid yang dibawa tokoh-tokoh yang memenuhi kriteria kerasulan tadi, yang kemudian setelah meninggal mereka ini, dirubah dan di tokok tambah sehingga bercampur ajaran murni dengan ajaran batil dalam ajaran agama mereka. Bercampur antara yang haq dengan batil yang dipenuhi mitos dan dongeng karut. Ini semua dilakukan oleh pengikut-pengikut terkemudian sebagaimana agama Nasrani dan Yahudi, dua agama yang berasal dari agama langit dirosakkan oleh pengikut kemudian. Begitu juga di kalangan Arab Quraish yang menyelewengkan ajaran murni Agama Hanif Ibrahim AS kepada penyembahan berhala.

Sekiranya diteliti memang terdapat banyak yang mirip seolah-olah persamaan dalam beberapa ajaran pokok seperti mempercayai ada pencipta Yang Esa, syurga dan neraka serta mempercayai adanya orang-orang suci pilihanNya dan memiliki kitab-kitab suci yang mengajarkan kebaikan-kebaikan yang mana mirip dengan ajaran Al-Quran seperti larangan mencuri, berzina, mencuri, berjudi, merompak dan suruhan beribadat kepada Yang Esa. Yang berbeza adalah perlaksanaan Syariat yang berbeza-beza. Zaman sebelum Rasul SAW sememangnya syariat lain dan berbeza antara satu umat dengan umat lain.

Bahkan kalangan ulama dan pengkaji Islam sendiri yang mengkaji kitab-kitab suci mereka telah menemukan penemuan-penemuan besar yang jelas serta terangan memberitahukan akan ramalan kedatangan Rasul penutup kalangan mereka sepertimana di dalam kitab-kitab Veda, Tripitaka, Zend Avista dan lain-lain kitab agama lama, sebelum kedatangan Muhammad SAW. Selain itu, didapati terdapat banyak kisah-kisah umat lama yang serupa seperti mana di dalam Veda ada menyebut kisah Nabi Nuh AS dengan banjir besar yang dalam bahasa mereka adalah Manu. Juga kisah Ibrahim AS(Brahma), dan Siti Sarah(Sarasvati), yang diangkat umat kemudian dalam Hindu menjadi Dewa serta setaraf Tuhan. Kitab-kitab lama menyebut berkenaan Muhammad SAW dalam panggilan bahasa mereka yang membawa maksud yang sama iaitu yang terpuji dalam bahasa masing-masing seperti Ahamiddhi, Soeshyant, MahaRishi, Astvat-ereta, Maitreya dan lain-lain. Kita akan bercerita tentang ini dengan lebih panjang lebar di penulisan yang lain pula.

Perkara ini berterusan sehinggalah zaman kedatangan Rasul pilihan Allah SWT yang diutus sebagai penutup kerasulan iaitu Nabi Muhammad SAW. Ajarannya lengkap dan sempurna menjadi penutup segala ajaran lama yang berbeza syariat. Dari zaman baginda SAW diutus sehingga ke akhir zaman, agama Islam terus dipertahankan oleh para Alim Ulama' dan Wali-Wali kekasihNya, sehinggalah ke zaman penghujung yang akan lahir seorang mujaddid yang akan menjadi penutup pula dari kalangan sekelian para Wali dan Ulama', iaitu Imam Mahdi AS sohib uz zaman.

Begitulah fitrah kejadian manusia yang mana, akan sentiasa ada pertempuran yang haq dengan yang bathil kerana Iblis telah banyak memasukkan Talbis dan tipudayanya ke dalam ajaran agama, sehinggalah ke penghujung zaman, sebelum beralih ke alam yang seterusnya iaitu alam Akhirat.

Sekian dulu, hasil nukilan : SHAHRIZAL AL-FAKIR ILALLAH