Wednesday, May 28, 2014

Mangkatnya SULTAN AZLAN SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN YUSUF IZZUDDIN SHAH- Perak berkabung




Assalamualaikum WBT khusus dari penulis tinta Sidi Rijal untuk semua para pengikut blogger yang dimuliakan dan dirahmati Allah SWT, Insya Allah. Sebentar agak, sebentar saja tadi patik hina dina mendapat khabar berita duka mengenai kembalinya DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbudin Shah Ibn Al-Marhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah ke Rahmatullah.

Penulis tinta, sebagai seorang yang memiliki nasab asal usul Perak berdarah keturunan Rawa Sumatera di sebelah ibu, maka saya turut merasakannya, kerana itulah kampung saya. Bonda saya berasal dari Tapah, Perak. Maka sebab itulah, Sultan Perak itu salah satu Sultan saya jua. 



Menurut khabarnya baginda dikatakan mangkat sekitar jam 1.30 petang tadi bersamaan dengan 28 hari bulan Mei 2014. Dengan ini, patik pacal yang hina dan dina ingin meluahkan rasa sedih dan takziah di atas kemangkatan baginda yang kembali menghadap MAHA PENCIPTA-Nya. Semoga beliau dirahmati akan ALLAHU SWT dan membawa barakah kepada seluruh rakyat negeri PERAK khususnya, dan juga kepada rakyat seluruh MALAYSIA secara AMnya. 



Innallillahi wa Inna Ilahi Rojiun...... Al Fatihah......




Belangsungkawa

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah

- Almarhum baginda dilahirkan pada tahun 1928 di Batu Gajah, Perak
- Anak kepada Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah
- Yang di-Pertuan Agong Malaysia kesembilan
- 1 Julai 1983 Dewan Negara Perak memahkotakan Almarhum baginda sebagai Raja Muda Perak
- 3 Februari 1984 dimahsyurkan sebagai Sultan Perak ke-34 
- 9 Disember 1985 ditabal sebagai Sultan Perak secara rasmi




Pendidikan
- Government English School, Batu Gajah (kini SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah) 
- Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)
- Ijazah Sarjana Muda Undang-undang di University of Nottingham, United Kingdom pada tahun 1953
- 23 November 1954 sah menjadi ahli di dalam The English Bar oleh The Honorable Society of Lincoln’s lnn

Kerjaya
- Memulakan perkhidmatan sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak
- Menyertai Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman Persekutuan Tanah Melayu sebagai Majistret Kelas Pertama dan Presiden Mahkamah Sesyen
- Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang
- Penasihat Undang-Undang Negeri Johor
- Pendaftar Mahkamah Tinggi Persekutuan Tanah Melayu
- Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia
- 1965 Almarhum dilantik menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Malaya sekali gus menjadi hakim termuda dalam sejarah kehakiman Komanwel pada usia 37 tahun.
- 1973 Hakim Mahkamah Persekutuan
- 1979 Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya
- 12 November 1982 menjadi Ketua Hakim Negara kelima menggantikan Tun Mohamad Suffian Hashim yang bersara

Sumbangan
- Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang (4 Oktober 1971 hingga Februari 1984).
- Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Pendidikan Tinggi (1 November 1974 hingga 31 Oktober 1976)
- Canselor Universiti Malaya sejak 8 Februari 1986 hingga Mei 2014
- Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Kesusasteraan oleh Universiti Malaya pada 30 Jun 1979
- Dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universiti Sains Malaysia , Pulau Pinang pada 28 Jun 1980
- Dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-Undang oleh University of Nottingham pada 11 Julai1986
- Dianugerah ‘Kerusi Kehormat’ oleh Lincoln’s lnn, London pada 1988
- Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universitas Gadja Mada, Jogjakarta, lndonesia pada 28 September 1990
- Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universiti Brunei Darussalam pada 30 Oktober 1990
- Dianugerahkan Ijazah Kehormat oleh Universiti Chulalongkon, Bangkok, Thailand pada 19 Disember 1990
- Anugerah sebagai Ahli Kehormat The Royal College of Physician of lreland pada 2 Oktober 1991
- Anugerah sebagai Ahli Kehormat The Royal College of Surgeons of Edinburgh dan The Royal College of Surgeons of England pada 1999


Sukan
- Almarhun baginda Sultan Azlan aktif dalam sukan hoki sejak zaman persekolahan di Batu Gajah dan Kuala Kangsar.
- Presiden Persekutuan Hoki Malaysia
- Presiden Hoki Asia
- Naib Presiden Persekutuan Hoki Antarabangsa.
- Membina Stadium Hoki Sultan Azlan Shah di lpoh pada 1983.
- Penaung Diraja bagi Persatuan Undang-undang Malaysia di Great Britain dan Eire, The British Graduates Association of Malaysia, Akademi Perubatan Malaysia, The Rotary Clubs, The Lions Clubs, Kelab Golf Diraja Perak, Kelab Polo lskandar, Kelab Golf Kuala Kangsar, Persatuan Alam Sekitar Malaysia serta Persatuan Hoki Veteran Perak.

Sumber bio data baginda Almarhum DYMM Sultan Azlan Shah : 
http://musramrakunman.blogspot.com/2014/05/dymm-sultan-perak-sultan-azlan-shah.html

Oleh : Sidi Rijjal Al Bangi Al Malayzie Al Majeed





































Wednesday, May 7, 2014

KEMBALI nya seorang WALI ALLAH ke HADRAT ALLAH MAHA ESA......




Allahuakbar....Allahuakbar....Allahuakbar..... aku merasakan kehilangan satu permata berharga yang tidak mungkin ada tolok bandingnya....bahkan, Ya Allah, mengapakah kau memanggil satu2 kekasih2 maknosia Ya Allah?? Maka bertambah lah kelam dunia ini Ya Allah..... ya dunia dikejutkan dengan pemergian seorang permata Tarikat Kesufian kira2 petang semalam.... seorang Wali Allah Besar.... Sultan Al Awliya Mawlana Sheikh Nazim Al Qubrusi Al Haqqani QS.....semoga dirahmati ALLAH SWT.....Innallillahi wa inna ilaihi rojiun

-aku akan merindui kerdipan mata yang SUCI itu.....tangisan berterusan dalam hati....dan segala deria rasa jadi NUMB......

benarlah kata seseorang padaku- manusia PERMATA yang berNILAI jarang dihargai kecuali sebagai adab sahaja kalau adapun- tetapi PEMERGIAN nya lah yang akan jadi satu SENTUHAN HATI.....Masya Allah...

-Alfatihah- Rahmatullahi Fil Alamin-

Dari : Sidi Rijjal Wadud

Sunday, May 4, 2014

Secebis Tinta Makripat ~


Assalamualaikum WBT kepada semua sahabat2 dan taulan yang saya hormati sekalian dan khususnya buat para pengikut BLOG SPIRITUAL sulungku ini.... 

Syukur kepadaNya yang tidak terhingga kerana sehingga ke hari ini, saya masih lagi terus menulis untuk menyampaikan suatu bahan thesis dan amali SPIRITUAL yang tentunya berbentuk THESIS, untuk dikaji, diolah dan diteliti dengan baik segala PRO dan CONTRA sebelum dinilai dengan penapis AGUNG untuk menyaring mana yang baik dan buruk berdasarkan KITABULLAH dan SUNNAH RASULNYA...

                                               

Sesungguhnya, ALLAH SWT memberikan kita AKAL, BUDI dan FIKIRAN yang waras bagi menilai mana yang HAQ dan mana yang BATHIL....berdasarkan senario keadaan semasa sehingga la ke hari ini, di NAFAS WAKTU DAN TIKA INI, aku melihat dengan mata kepala aku sendiri, betapa apa yang telah SANGAT2 DITAKUTI yang DINUBUAT dalam QURAN, HADIS serta seluruh KITAB2 SUCI telah pun benar2 terjadi dan "PROPHESIZED".

Lebih ramai manusia yang semakin rakus dan meninggalkan NILAI2 MURNI sebaliknya memilih untuk MENILAI MATERI dan PANGKAT serta BARANG DUNIA dari NILAI2 MURNI yang dipupuk dalam ajaran Agama, KHUSUSNYA dalam AGAMA ISLAM! Mereka sanggup secara SUKA RELA menurut jalan HAWA NAFSU mereka sendiri dan meninggalkan HAQ.No,no,no! Aku tak cakap TINGGAL TERUS DUNIA!! Tapi motto hidup kita skang ni dah terbalik "DUNIA dulu, AKHIRAT kemdian." Patutnye mestilah "AKHIRAT dulu, DUNIA jangan LUPAKAN BAHGIANNYA!!!"

Maka dengan penuh rasa SYUKUR ke HADRAT-NYA, aku berdoa semoga OTAK aku di PANDANG LUASKAN supaya mampu MENEMBUS segala SUATU RAHASIA ghaib yang halus lagi MENIPUDAYA terutama nya di sebalik segala suatu tabir HAKIKAT...

Sesungguhnya tiada daya upaya kita mau manghadapi DUGAAN dan GODAAN besar AKHIR ZAMAN ini, terutama mencapai ZAMAN mau mengesahkan mana yang MAHDI nya (The LIGHT SIDE) dan mana yang DAJJAL nya (The DARK SIDE). Aku sangat2 YAKIN dan PERCAYA akan hakikat ini, kerana ia telah pun "FORESEEN" di hadapan mata kita, dan dapat dilihat mata kepala kita sendiri.....


So, Alhamdulillah, dengan izinNYA, aku digerakkan hati aku untuk me-NAAKUL dan me-NILAI dengan baik akan setiap SEGALA SESUATU APA PUN yang datang ke hadapanku dalam kehidupanku ini, sama ada yang baik maupun yang buruk, dan dengan demikianlah, maka PENCERAHAN akan KEBENARAN ISLAM yang HAKIKI akan AKU, ENGKAU, DIA, maupun MEREKA melihat akan kebenarannya tanpa prejudis lagi....

Selagi diizinkanNya, maka aku akan terus menulis dan mengarang BLOG ini, selagi diizinNYA, dan saya berharap agar pembaca sekalian dapat memaafkan seandainya ada antara kandungan yang tidak serasi dengan KAJIAN ANDA, kerana percayalah, sesungguhnya kita ini masih BELAJAR dan terus belajar sehingga bertemu akan kebenaran HAKIKI.....

Tidak aku sangka yang sehingga detik ini, BLOG saya telah mendapat sambutan hangat saehingga mencecah 53,000++ pembaca, dan sekali lagi DIPANJATKAN segala SYUKUR pada ILLAHI dan tidak lupa jua saya berterima kasih kepada anda yang terus setia bersama saya hingga kini....

Insya Allah, jika sekiranya dipanjangkan usia kita, maka akanlah kita lihat sendiri bagaimana ALLAH dan PARA WALI serta ULAMA'-Nya akan menaikkan kembali CAHAYA yang suatu masa dulu terpadam sewaktu JATUHNYA KHALIFAH UTHMANIYYAH dulu.....

Semoga DIRAHMATI lah akan ANDA sekalian INSYA ALLAH....AMIIINN.

Hasil Nukilan : Sidi Rijal Wadudiyyah