Showing posts with label Ulama. Show all posts
Showing posts with label Ulama. Show all posts

Thursday, February 12, 2015

Tuan Guru Nik Aziz dan Hasbullah Awang Kembali ke Rahmatullah...

Semalam kita dikejutkan dengan berita meninggalnya DUA TOKOH NEGARA dari DUA ARENA yang berbeza. Seorang dengan ketokohan dalam bidang masing2. Iaitu ALLAHYARHAM HASBULLAH AWANG- iaitu pengulas sukan terkenal di tanah air yang pergi kembali ke Rahmatullah di sebelah siang semalam bersamaan Khamis- 12 February 2015 tepat jam 12.20 tengahari. Manakala seorang lagi TOKOH ULAMA merangkap AHLI POLITIK terkenal tanahair- Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat(TGNA) yang kembali ke Rahmatullah di sebelah malam tadi, bersamaannya Khamis nya malam Jumaat.

Semoga mereka berdua diberkati dan dirahmati Allah SWT dan diampunkan segala dosa-dosa mereka sesuci bayi bersih dan maknawi. Agar ruh mereka berdua dicucuri rahmatNya. Al Fatihah.

Dibawah saya mengambil sahaja cebisan keratan dari petikan surat khabar online negara- Berita Harian Online:


Hasbullah Awang


Datuk Hasbullah Awang (1952 - 2015)
KUALA LUMPUR: Pengulas sukan terkenal, Datuk Hasbullah Awang, 63, meninggal dunia ketika dalam rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), pada jam 12.20 tengah hari.
Hasbullah yang dirawat di IJN sejak 4 Februari lalu adalah seorang pengulas sukan termasyhur di Malaysia. Beliau berkhidmat dengan saluran Astro Arena sejak Januari 2014 setelah berhenti berkhidmat sebagai pengulas sukan di Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Beliau memulakan tugas sebagai juruhebah radio di Radio 1. Pernah menjadi pembantu mengendalikan program khas radio untuk kanak-kanak bersama Kak Yong.Hasbullah lebih dikenali sebagai pengulas untuk pelbagai acara sukan tempatan mahupun luar negara.
Populariti beliau memuncak ketika zaman bola sepak Malaysia memasuki era Semi-Pro pada awal 1990-an. Belia juga pernah menyumbangkan suara untuk filem Sumolah arahan Afdlin Shauki.
Kalangan peminat sukan menganggap beliau sebagai antara pengulas terbaik yang pernah dilahirkan negara sebaris nama-nama besar lain seperti Datuk Rahim Razali.
Beliau mempunyai aura tersendiri dengan intonasi suara yang menarik membuatkan penonton menjadi seronok mendengar setiap ulasan beliau.
Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Seksyen 32, Bukit Naga Shah Alam jam 3 petang ini dan dijangka disemadikan selepas Asar atau pagi esok.
Belasungkawa: Datuk Hasbullah Awang (1952 - 2015):
TGNA.


DATUK Nik Aziz Nik Mat meninggal dunia di kediamannya di Pulau Melaka, di sini, kira-kira jam 9.40 malam tadi. - Foto fail NSTP/Khairull Azry Bidin
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat meninggal dunia akibat kanser prostat, selepas menerima rawatan selama 25 hari di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira jam 9.40 malam di sisi ahli keluarganya, di rumahnya di Pulau Melaka, kira-kira satu jam selepas keluar daripada HUSM.
Bapa kepada 10 orang itu meninggalkan balu, Tuan Sabariah Tuan Ishak, menghidap penyakit kanser prostat tahap empat.Anaknya, Nik Mohammad Abduh, ketika mengesahkan perkara itu berkata, ayahnya meninggal dunia di sisi semua ahli keluarga mereka.
"Saya ingin memaklumkan pada jam 9.40 malam iaitu malam Jumaat ayahanda saya menghembuskan nafas terakhir.
"Kita akan mengadakan solat jenazah  pada malam ini dan urusan pengebumian ayahanda akan dilakukan esok," katanya pada sidang media, di sini, sebentar tadi.

ORANG ramai mengunjungi rumah Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Jembal. - Foto Fathil Asri

ORANG ramai mengunjungi rumah Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Jembal. - Foto ihsan pembaca
Antara yang hadir termasuk Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.
Nik Mohamad Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berharap seluruh rakyat Malaysia mendoakan untuk ayahanda.
Solat jenazah dijangka diadakan pada jam 10 pagi esok di Masjid Pulau Melaka dan jenazah akan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka untuk dikebumikan.
Orang ramai yang ingin menziarahi dikehendaki menggunakan kenderaan 'shuttle' yang akan disediakan di dataran Stadium Sultan Muhammad IV mulai jam 7.30 pagi esok.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka menziarahi jenazah Nik Aziz kira-kira jam 9 pagi esok,
Sementara itu, seramai lebih 2,000 orang ramai mula membanjiri kawasan kediaman Allahyarham, sebaik mendapat berita pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka.
Suasana sedih menyelubungi pekarangan kediaman Allahyarham apabila orang ramai yang hadir ternyata gagal menahan sedih dan beratur untuk masuk secara bergilir-gilir ke kediaman Allahyarham.

sumber petikan: http://www.bharian.com.my/ 

ORANG ramai mula membanjiri kediaman Nik Aziz sebaik mendapat maklumat pemergian Allahyarham. - Foto Nor Fazlina Abdul Rahim

Sunday, May 4, 2014

Secebis Tinta Makripat ~


Assalamualaikum WBT kepada semua sahabat2 dan taulan yang saya hormati sekalian dan khususnya buat para pengikut BLOG SPIRITUAL sulungku ini.... 

Syukur kepadaNya yang tidak terhingga kerana sehingga ke hari ini, saya masih lagi terus menulis untuk menyampaikan suatu bahan thesis dan amali SPIRITUAL yang tentunya berbentuk THESIS, untuk dikaji, diolah dan diteliti dengan baik segala PRO dan CONTRA sebelum dinilai dengan penapis AGUNG untuk menyaring mana yang baik dan buruk berdasarkan KITABULLAH dan SUNNAH RASULNYA...

                                               

Sesungguhnya, ALLAH SWT memberikan kita AKAL, BUDI dan FIKIRAN yang waras bagi menilai mana yang HAQ dan mana yang BATHIL....berdasarkan senario keadaan semasa sehingga la ke hari ini, di NAFAS WAKTU DAN TIKA INI, aku melihat dengan mata kepala aku sendiri, betapa apa yang telah SANGAT2 DITAKUTI yang DINUBUAT dalam QURAN, HADIS serta seluruh KITAB2 SUCI telah pun benar2 terjadi dan "PROPHESIZED".

Lebih ramai manusia yang semakin rakus dan meninggalkan NILAI2 MURNI sebaliknya memilih untuk MENILAI MATERI dan PANGKAT serta BARANG DUNIA dari NILAI2 MURNI yang dipupuk dalam ajaran Agama, KHUSUSNYA dalam AGAMA ISLAM! Mereka sanggup secara SUKA RELA menurut jalan HAWA NAFSU mereka sendiri dan meninggalkan HAQ.No,no,no! Aku tak cakap TINGGAL TERUS DUNIA!! Tapi motto hidup kita skang ni dah terbalik "DUNIA dulu, AKHIRAT kemdian." Patutnye mestilah "AKHIRAT dulu, DUNIA jangan LUPAKAN BAHGIANNYA!!!"

Maka dengan penuh rasa SYUKUR ke HADRAT-NYA, aku berdoa semoga OTAK aku di PANDANG LUASKAN supaya mampu MENEMBUS segala SUATU RAHASIA ghaib yang halus lagi MENIPUDAYA terutama nya di sebalik segala suatu tabir HAKIKAT...

Sesungguhnya tiada daya upaya kita mau manghadapi DUGAAN dan GODAAN besar AKHIR ZAMAN ini, terutama mencapai ZAMAN mau mengesahkan mana yang MAHDI nya (The LIGHT SIDE) dan mana yang DAJJAL nya (The DARK SIDE). Aku sangat2 YAKIN dan PERCAYA akan hakikat ini, kerana ia telah pun "FORESEEN" di hadapan mata kita, dan dapat dilihat mata kepala kita sendiri.....


So, Alhamdulillah, dengan izinNYA, aku digerakkan hati aku untuk me-NAAKUL dan me-NILAI dengan baik akan setiap SEGALA SESUATU APA PUN yang datang ke hadapanku dalam kehidupanku ini, sama ada yang baik maupun yang buruk, dan dengan demikianlah, maka PENCERAHAN akan KEBENARAN ISLAM yang HAKIKI akan AKU, ENGKAU, DIA, maupun MEREKA melihat akan kebenarannya tanpa prejudis lagi....

Selagi diizinkanNya, maka aku akan terus menulis dan mengarang BLOG ini, selagi diizinNYA, dan saya berharap agar pembaca sekalian dapat memaafkan seandainya ada antara kandungan yang tidak serasi dengan KAJIAN ANDA, kerana percayalah, sesungguhnya kita ini masih BELAJAR dan terus belajar sehingga bertemu akan kebenaran HAKIKI.....

Tidak aku sangka yang sehingga detik ini, BLOG saya telah mendapat sambutan hangat saehingga mencecah 53,000++ pembaca, dan sekali lagi DIPANJATKAN segala SYUKUR pada ILLAHI dan tidak lupa jua saya berterima kasih kepada anda yang terus setia bersama saya hingga kini....

Insya Allah, jika sekiranya dipanjangkan usia kita, maka akanlah kita lihat sendiri bagaimana ALLAH dan PARA WALI serta ULAMA'-Nya akan menaikkan kembali CAHAYA yang suatu masa dulu terpadam sewaktu JATUHNYA KHALIFAH UTHMANIYYAH dulu.....

Semoga DIRAHMATI lah akan ANDA sekalian INSYA ALLAH....AMIIINN.

Hasil Nukilan : Sidi Rijal Wadudiyyah