Showing posts with label wali. Show all posts
Showing posts with label wali. Show all posts

Sunday, May 4, 2014

Secebis Tinta Makripat ~


Assalamualaikum WBT kepada semua sahabat2 dan taulan yang saya hormati sekalian dan khususnya buat para pengikut BLOG SPIRITUAL sulungku ini.... 

Syukur kepadaNya yang tidak terhingga kerana sehingga ke hari ini, saya masih lagi terus menulis untuk menyampaikan suatu bahan thesis dan amali SPIRITUAL yang tentunya berbentuk THESIS, untuk dikaji, diolah dan diteliti dengan baik segala PRO dan CONTRA sebelum dinilai dengan penapis AGUNG untuk menyaring mana yang baik dan buruk berdasarkan KITABULLAH dan SUNNAH RASULNYA...

                                               

Sesungguhnya, ALLAH SWT memberikan kita AKAL, BUDI dan FIKIRAN yang waras bagi menilai mana yang HAQ dan mana yang BATHIL....berdasarkan senario keadaan semasa sehingga la ke hari ini, di NAFAS WAKTU DAN TIKA INI, aku melihat dengan mata kepala aku sendiri, betapa apa yang telah SANGAT2 DITAKUTI yang DINUBUAT dalam QURAN, HADIS serta seluruh KITAB2 SUCI telah pun benar2 terjadi dan "PROPHESIZED".

Lebih ramai manusia yang semakin rakus dan meninggalkan NILAI2 MURNI sebaliknya memilih untuk MENILAI MATERI dan PANGKAT serta BARANG DUNIA dari NILAI2 MURNI yang dipupuk dalam ajaran Agama, KHUSUSNYA dalam AGAMA ISLAM! Mereka sanggup secara SUKA RELA menurut jalan HAWA NAFSU mereka sendiri dan meninggalkan HAQ.No,no,no! Aku tak cakap TINGGAL TERUS DUNIA!! Tapi motto hidup kita skang ni dah terbalik "DUNIA dulu, AKHIRAT kemdian." Patutnye mestilah "AKHIRAT dulu, DUNIA jangan LUPAKAN BAHGIANNYA!!!"

Maka dengan penuh rasa SYUKUR ke HADRAT-NYA, aku berdoa semoga OTAK aku di PANDANG LUASKAN supaya mampu MENEMBUS segala SUATU RAHASIA ghaib yang halus lagi MENIPUDAYA terutama nya di sebalik segala suatu tabir HAKIKAT...

Sesungguhnya tiada daya upaya kita mau manghadapi DUGAAN dan GODAAN besar AKHIR ZAMAN ini, terutama mencapai ZAMAN mau mengesahkan mana yang MAHDI nya (The LIGHT SIDE) dan mana yang DAJJAL nya (The DARK SIDE). Aku sangat2 YAKIN dan PERCAYA akan hakikat ini, kerana ia telah pun "FORESEEN" di hadapan mata kita, dan dapat dilihat mata kepala kita sendiri.....


So, Alhamdulillah, dengan izinNYA, aku digerakkan hati aku untuk me-NAAKUL dan me-NILAI dengan baik akan setiap SEGALA SESUATU APA PUN yang datang ke hadapanku dalam kehidupanku ini, sama ada yang baik maupun yang buruk, dan dengan demikianlah, maka PENCERAHAN akan KEBENARAN ISLAM yang HAKIKI akan AKU, ENGKAU, DIA, maupun MEREKA melihat akan kebenarannya tanpa prejudis lagi....

Selagi diizinkanNya, maka aku akan terus menulis dan mengarang BLOG ini, selagi diizinNYA, dan saya berharap agar pembaca sekalian dapat memaafkan seandainya ada antara kandungan yang tidak serasi dengan KAJIAN ANDA, kerana percayalah, sesungguhnya kita ini masih BELAJAR dan terus belajar sehingga bertemu akan kebenaran HAKIKI.....

Tidak aku sangka yang sehingga detik ini, BLOG saya telah mendapat sambutan hangat saehingga mencecah 53,000++ pembaca, dan sekali lagi DIPANJATKAN segala SYUKUR pada ILLAHI dan tidak lupa jua saya berterima kasih kepada anda yang terus setia bersama saya hingga kini....

Insya Allah, jika sekiranya dipanjangkan usia kita, maka akanlah kita lihat sendiri bagaimana ALLAH dan PARA WALI serta ULAMA'-Nya akan menaikkan kembali CAHAYA yang suatu masa dulu terpadam sewaktu JATUHNYA KHALIFAH UTHMANIYYAH dulu.....

Semoga DIRAHMATI lah akan ANDA sekalian INSYA ALLAH....AMIIINN.

Hasil Nukilan : Sidi Rijal Wadudiyyah


Tuesday, October 9, 2012


KARTUN SUFI CINCAI2- CIPTAAN AKU!!! (SPIRITUAL INNER POWER)



Terjemah utk kawan2 yang tak pandai ENGLISH(kalau ada....):

1.Dalam diri setiap insan, ada SIMPANAN TENAGA SPIRITUAL yang TIADA BATASNYA. -Ianya adalah seUSIA sejarah MANUSIA itu sendiri sehingga jejak ke zaman ADAM AS.

2.Ia dipanggil dengan bermacam
 nama menurut berbagai agama, mazhab dan tradisi serta aliran. Dalam tradisi Sufi Islam digelarkan ia "Ilmu Al Hikmah", apabila berlaku pada Rasul2 digelarkan ia "Mukjizat", manakala para Wali digelarkan "Keramah" dan "Mauunah utk manusia awam. Umat Hindu menggelarkan tenaga ini, "Mana", atau "Prana Shakti", orang Cina menggelarkan "Chi", Jepun "Ki", Christian menggelar dengan "Divine Light-Cahaya Ketuhanan" dan berbagai lagi menurut mermacam budaya.
-Tak kira pada budaya apa pun, dan apa aliran spiritual pun, matlamat adalah sama, sama ada mencari kekuatan batin, mendekatkan diri dengan cara rohani pada Yang Esa dan bermacam lagi matlamat.

3.Dalam apa hal sekalipun, Sang Mistik mendapatkan kuasa kerohanian ini dari amalan tertentu melalui ibadah berterusan, semadi dan pertapaan serta uzlah khalwah berterusan dan beberapa lagi bentuk latihan keruhanian. Ada juga didapat melalui ibadah berbentuk doa dan mantra.

4.Ada terdapat beberapa titik dalam tubuh rohani manusia, yang MENYIMPAN AMAUN TENAGA SPIRITUAL YANG BANYAK. Dalam tradisi ISLAM SUFI, ia dipanggil LATAIF. Dalam HINDUISME, dipanggil Cakra dan banyak lagi nama2 menurut budaya dan aliran masing2. Kedudukan titik2 mungkin berbeza menurut aliran dan kepercayaan masing2, tetapi fungsi yang sama.

5.Bila titik2 tenaga ini terbuka, perkara CARIK ADAT atau LUARBIASA terjadi ke atas seseorang insan, seperti KASYAF, PSIKIK, dan banyak lagi keanehan yang biasanya diperolehi sang MISTIK, RASUL2, NABI2, WALI2, maupun SHAMAN dan PENDITA serta RAHIB.

6.Bila titik2 telah menjadi SEMPURNA PEMBUKAANNYA, keajaiban berbentuk "MUKJIZAT" atau "KERAMAT" pun terjadi di mana "CAHAYA KETUHANAN" menjadi PENUH dan dicapai dengan IZIN ALLAH SWT jua.

->gambar hanya ilustrasi, tiada gambaran WAJAH NABI2 DISEBUT DILUKISKAN, so jangan jadikan KONTROVERSI LAK........

->Transfigurasi Nabi Isa AS- penampakan CAHAYA TERANG BENDERANG SELURUH JASAD BAGINDA yang MULIA....

->Exodus-peristiwa pelarian BANI ISRAEL dari Mesir dan FIRAUN, MUSA AS belah laut....

->maaf kerna lukisan tak cantik

7.Lataif2 atau LATIFAH ini dibuka seorang saufi dengan latihan spiritual, sama ada diperolehi dengan mempelajari bersungguh-sungguh atau tanpa BELAJAR. Sebagaimana para RASUL2, NABI2 dan WALI2 BESAR, biasa nya tidak mempelajari benda ini secara pembelajaran KITA, melainkan LADUNI. Dan mereka tidak pula sekali2 mencari KEKUATAN LUARBIASA. Itu bukanlah MATLAMAT.

8.Dalam terma Sufi, untuk mendapatkan tenaga Dalam Spiritual yang bersih, Latihan adalah dengan zikrullah yang berterusan dalam khalwah dan uzlah. Semakin "suci" seseorang bersama Tuhan-nya, maka lebih banyak Kuasa Keruhanian diperolehi. Ia TIDAK SAMA dengan ILMU HITAM, di mana, lagi banyak dikumpul EMOSI2 BENCI SEMASA AMALAN, dan "AURA HITAM" yang dikumpul menjadikan ia semakin kuat, memang ilmu hitam sangat2 mudah mendapatkannya, memandangkan ALLAH SWT dah sodorkan NERAKA JAHANNAM utk mereka........

9.Kuasa keruhanian inii, kadangkala dipanggil "NASMA", bukanlah sasaran utama seorang AHLI SUFI, MATLAMAT utama masih tetap menuju ALLAH SWT semata. ibarat ILAHI ANTA MAQSUDI WARIDHAKA MATLUBI- Hanya Allah maksudku, dan keredhaanMU kutuntut- itulah tujuan mereka. Tapi beberapa tika dalam sejarah, terdapat RASUL2, NABI2 mahupun WALI2 yang menggunakan ini untuk meng"COUNTER" ilmu sihir- ilmu hitam yang banyak pada zaman2 itu.

10.Kini, jarang kita dapat menyaksikan KERAMAH NYATA, sebab tiada keperluan untuk itu, begitu pula MAUUNAH jarang2 dapat dilihat. Apa lagi, manusia sekarang gemar MENYINDIR2 dan memperlekehkan keberadaan KERAMAH dan MAUUNAH. MUKJIZAT bagaimanapun memang telah tiada, kerna RASUL terakhir adalah NABI MUHAMMAD SAW.

 -TAMMAT-

NUKILAN : SIDI RIZAL POYO..

Wednesday, May 25, 2011

Tribute to Highlander 07....first ZPE - Sufi relationship In Malaysia...





Dalam perjalanan mencari erti kehidupan MATRIX : Hidup INFINITI, dunia ILUSI ini.......

Pengarang amat merasakan penghargaan setinggi-tinggi perlu ditujukan kepada guru-guru yang telah mengajar kerohanian sufi dengan bersadur pengetahuan yang lebih saintifik serta telah merumus dan memudahkan pemahaman saya akan teori-teori kesufian yang rumit menjadi lebih mudah untuk difahami dan dicerna.

Highlander 07 adalah seorang tokoh misterius yang harus diingati dan diberi penghargaan, kerana merekalah yang telah bertungkus lumus dalam pengkajian kesufian tradisional, dan setelah tamat pengajian mereka bergerak ke satu lagi 'platfom' yang menyahut seruan zaman kini yang canggih dan mahu pembaharuan mengetahui tradisi-tradisi ilmu keruhanian lama, dengan cara yang lebih mudah dieksperesi berdasarkan penemuan-penemuan yang lebih modern dan saintifik. Sesungguhnya, perkara ini adalah kerana perkembangan zaman yang semakin modern memerlukan suatu kaedah penjelasan yang lebih 'direct ' dan 'more scientifically based' kerana kebanyakan manusia zaman sekarang, susah hendak di'tarbiyah' menurut skop tradisional iaitu mengaji pondok.

Beliau berjaya mengaitkan penemuan saintis baru yang berasas iaitu Zero Point Energy, iaitu suatu medan tenaga yang paling suci dan halus, yang disebut sebagai 'medan tenaga terhalus dan paling berkuasa di semesta alam'. Highlander 07 lah orang yang pertama membawa masuk kefahaman ZPE yang mudah dan dikaitkan dengan teori-teori kesufian iaitu penghasilan tenaga lataif-lataif, tenaga 'nasma' dan lain-lain tenaga yang berasal dari tenaga hayat. Highlander 07 telah berjaya memahamkan orang-orang yang berfikiran saintifik dengan suatu pemahaman yang 'clear', jelas, menepati Al-Quran dan Hadis-Hadis Soheh, dan mudah difahamkan lagi, senang diterima kefahamannya.

Untuk itu, di ruangan ini, saya ingin mengucapkan selamat dan sejahtera kepada tuan H07, walau di mana anda berada........

Saya sedekahkan Al-Fatihah yang ikhlas kepada Baginda Rasulullah SAW, para sahabat baginda, Rasul-Rasul, Nabi-Nabi,Wali-Wali, para guruku semua, dan yang terakhir untuk Sang Arif, HIGHLANDER 07...........ikhlas dariku, Shahrizal........