Monday, September 8, 2014

BANI MIM - tak hilang di dunia

BANGSA 'MIM' – tak hilang di dunia (siri 1)

Pengenalan


Bangsa di raja. Itulah ungkapan yang terungkap kali pertama bila saya melihat gambaran sepenuhnya tentang apa yang berlaku sejak dulu hingga kini. Ungkapan itu terhasil bila saya membuat kajian mengenai ‘asalnya Melayu’. Pada mulanya, saya tidak berminat mengenai sejarah lebih-lebih lagi kalau melibatkan sejarah tempatan atau asia tenggara. Ia langsung tidak terlintas untuk saya mengetahui mengenai sejarah sendiri. Apa yang saya suka ialah sejarah mesir kuno, Babylon dan seumpamanya. Selain itu, saya juga suka dengan sejarah-sejarah eropah. Lantas saya berfikir, kenapa perlu saya menyukai sejarah negara dan bangsa orang lain? Pada mulanya, saya ingatkan saya seorang yang mempunyai tabiat begitu, tapi rupanya ramai rakan saya yang berminat pada skop sejarah yang sama. Sejarah orang di kaji, sejarah sendiri di biar pergi.
Mungkin agak awal untuk saya mengeluarkan teori perihal bangsa ‘Melayu’ ini, tapi sedikit sebanyak, karya ini adalah sebagai ‘pit stop’ untuk saya mendedahkan apa yang terbuku di fikiran saya. Di samping itu juga, di harap karya ini akan menyedarkan ‘melayu’ yang sebenarnya sedang tidur nyeyak sedangkan musuh-musuh sedang mencucuk luka.Bukan senang untuk mengeluarkan teori ‘Bangsa Diraja’ ini. Ia terhasil selepas beberapa teori-teori saya yang lain seperti ‘returning to motherland’ dan ‘bangsa jurai kenabian’. Saya tidak pasti bukti yang saya ada atau bahan baca saya sudah cukup atau belum untuk membuktikan teori terbaru saya ini.

Walaubagaimanapun, manusia tetap manusia. Walaupun di beri bukti sebesar gunung sekalipun, mereka tetap meragui dan mahukan bukti seterusnya. Manusia nafsunya tidak puas dan meragui apa yang tidak sealiran dengan mereka. Hanya dengan ‘open-minded’, ‘bersederhana’ dan bersifat ‘universal’, barulah kita dapat menerima pelbagai teori dan menyerap masuk dalam idealogi kita sendiri. 

Jadi, karya ini mungkin dapat membantu kita semua dalam mengenali bangsa yang kompleks serta misteri ini. Inilah kajian saya dan inilah luahan hati saya. Jangan bimbang, saya tidak mahu mengumpul pengikut atau musuh mahupun harta kekayaan. Saya lakukan kerana saya ‘dipaksa’ oleh diri sendiri. Jika tidak berkongsi, saya berasa ‘sengsara’. Jadi, dengan berkongsi, mereka yang mempercayai dan berfikir serta mengambil langkah seterusnya itulah ‘syurga kesenangan’ saya. Moga kita dapat mereka-cipta dunia yang lebih baik dengan keizinanNYA.


Permulaan kepada kajian

Segala-galanya bermula bila saya menyertai beberapa forum di internet. Pada mulanya, kami lebih membincangkan tentang sejarah mesir lama, tamadunan sumeria, dan beberapa misteri keagamaan seperti tabut as-sakinah, huyun hayat, spear of destiny, annunaki, lost word of god dan lain-lain. Kami berbincang berasaskan sumber-sumber internet dan buku-buku yang kebanyakkannya dari barat. Kami berbincang sehinggalah kami berada di titik penghabisan. Kami tidak tahu apa lagi yang harus di bincangkan. Kemudiannya, datang seorang hamba ALLAH yang membuat ‘onar’ di forum itu dengan membuka ‘thread’ yang berbaur kesufian. Ia membuka minda kami ke arah yang cukup berbeza. Pada ketika itu, kami tinggalkan semua perkara yang berkaitan dengan sejarah. Setelah terpesona dengan Sufism yang sepatutunya menjadi ‘basic’ dari diri seseorang muslim itu, saya mula mencari guru tarikat dan berjumpa dengan guru-guru tidak formal untuk bertanyakan apa yang bermain di benak saya ketika itu. Kebanyakkannya adalah mengenai sufi dan hakikat dunia.Kemudian, pada tahun 2009, saya harus siapkan thesis untuk subjek wajib di peringkat ijazah di sebuah university tempatan. Dari situ, saya buntu kerana tidak mengetahui apa yang harus saya selidik dan kaji. Pada tika itu juga, saya suka membaca siri ‘Alter Melayu’ dari mistisfiles.blogspot.com. Dari situ, saya mula teringat tentang perbincangan kami di awal pembabitan saya dalam dunia forum internet.Pada awal pembabitan dalam dunia forum intenet, perbincangan kami mengenai sejarah dunia ibarat ‘tuang air ke daun keladi’. Ia kerana itu semua setakat di dalam internet dan kami langsung tidak mengambil iktibar tentangnya. Ia ibarat berbincang di kedai kopi. Kosong dan tiada isi. Apabila memasuki dunia sufi, saya mulai nampak tentang hakikat setiap perkara yang berlaku dan barulah saya tahu, setiap apa yang berlaku itu tidak sia-sia.Dengan nekad, saya memilih tajuk kajian mengenai melayu ke dalam Thesis saya biarpun ia agak kelihatan janggal. Pada waktu yang sama juga, seorang hamba ALLAH yang tinggal di Eropah telah memasukkan duit kedalam akuan Pay Pal saya. Dari situ saya membeli buku ‘Eden in the East’ serta ‘Polynesian Research’. Saya cukup berterima kasih kepada hamba ALLAH itu dan mudah-mudahan hidupnya di sempurnakan. Dari situ, pengembaraan saya dalam kajian mengenai ‘Melayu’ bermula. Biarpun kadang-kala di sindir dan di pandang ‘pelik’ dalam kajian ini, tapi saya tidak berputus asa kerana seolah-olah, itulah misi saya. Hidup tanpa misi adalah ibarat robot. Hidup dengan rutin yang sama dan tiada kesempurnaan sebagai ‘insan’. Jadi, di harap kajian saya ini dapat memberi kebaikan kepada ‘melayu’ yang lainnya dan semua yang berada di dunia ini hendaknya.

Umat Yang Satu

“Manusia dahulunya hanyalah satu umat, kemudian mereka berselisih . Kalau tidaklah karena suatu ketetapan yang telah ada dari Tuhanmu dahulu , pastilah telah diberi keputusan di antara mereka, tentang apa yang mereka perselisihkan itu.” 
Surah Yunus, ayat 19

Itulah permulaan kepada kini dan permulaan kepada pentas dunia yang kita lihat kini. Umat yang satu dari diri yang satu. Pada tekaan awalnya, itulah umat nabi adam. Hanya Adam dan Hawa serta beberapa orang anaknya. Jika kita melihat sepintas lalu, itulah yang kita akan dapati. Jika di kaji terma ‘umat’ itu, ia bererti ‘segolongan manusia yang berkelompok yang mempunyai kesamaan’. Terma ‘segolongan’ itu pula bukannya bermaksud 10-100 orang, bahkan ia adalah melibat ribuan orang. Ia adalah mengenai Umat, bukannya kaum atau kumpulan manusia.
Setahu saya, nabi Adam mempunyai umur yang cukup panjang dan di katakan umurnya melebihi 1000 tahun. Kemudiannya, legasinya di teruskan oleh anak cucunya. Dalam usia 1000 tahun dan di sambung oleh anak cucunya yang mungkin melangkaui umur ratusan tahun itu, pelbagai usaha dapat di buat.
Apa yang saya maksudkan ialah, perkembangan manusia bermula dari Adam itu cukup produktif. Jarak Adam sehinggalah cucunya Nabi Idris adalah cukup lama. Tapi, saya rasa kita akan berfikir bahawa orang zaman dulu hidupnya di gua-gua serta memburu bintang dengan tombak dan sebagainya, meskipun usia mereka melampaui ratusan tahun.“Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu mamang benar orang-orang yang benar!"
Surah Al-Baqarah, ayat 31

Allah telah mengajar Adam mengenai ‘nama-nama’. Di dalam dunia sufi (hakikat dan makrifat), nama-nama (ismu) adalah tentang kerahsiaan. Dunia di cipta kerana adanya ‘nama’. ZatNYA yang di ‘maujud’kan harus mempunyai nama. Dari ‘nama’ itu, terbitlah ‘sifat’ dan dari ‘sifat’ terbitlah ‘kelakuan’.
ADAM TELAH DI AJAR TENTANG SEGALA-GALANYA TENTANG DUNIA DAN AKHIRAT.

Jika Adam yang ‘bijaksana’ itu tinggal di gua-gua dan memburu binatang dengan tombak, apakah ia menentang apa yang telah di beritahu di dalam Quran?! Dan adakah Adam hanya mengunakan ‘kebijaksanaan’ itu hanya untuk diri sendiri. Sudah tentu tidak. Ia akan di ‘wasiat’kan kepada anak cucunya yang terpilih. 

Kenapa terpilih?
Ini kerana peristiwa Habil dan Qabil itu memulakan peristiwa baru yang belum pernah terjadi sebelum ini di era ADAM. Ia adalah lambing kepada jahat dan baik, ego dan ikhlas, patuh dan engkar dan sebagainya. Jadi, wasiat ‘nama-nama’ ini di serahkan kepada siapa? Itulah persoalannya, tapi jika di amati, wasiat itu kita akan dapat lihat pada perilaku Nabi Idris a.s. 


Harus di ingat formula ini:

ZATNYA – NAMA – SIFAT PADA NAMA – KELAKUAN PADA SIFAT

Contoh: ALLAH mencipta sesuatu benda yang bercahaya dan menjadi penyuluh di malam hari. Nama kepada benda itu ialah Bulan. Bulan di panggil oleh rumpun Melayu. Moon di panggil oleh barat dan Qamar di panggil oleh Arab. Nama ialah isyarat untuk berkomunikasi. Sifat kepada nama ‘Bulan’ tadi itu adalah seperti bercahaya dan cantik. Kelakuan pada sifat itu pula, bulan hanya muncul di waktu malam. Dek kerana itulah di kelihatan cantik kerana tiada benda lain yang lebih terang di langit selain bulan.

Formula inilah yang menyebabkan wali-wali ALLAH mampu melakukan perkara di luar adat. Apa yang pasti, kita harus tahu di mana hendak ‘dijatuh’kan iktikad itu dan setakat mana keyakinan kita pada aturan itu. Dari mana saya tahu tentang ini? Tidak lain tidak bukan, dari pengembaraan saya di dalam dunia ‘sufi’ dan kedegilan saya untuk membantu ‘melayu’.

Formula inilah yang mampun untuk ADAM dan anak cucunya membina sesuatu di dunia ini. ADAM adalah khalifah pertama. Khalifah bermaksud ‘wakil tuhan untuk mengurus dunia’. Dari situ, dengan kemampuan luar biasa yang di anugerahkan oleh ALLAH kepada hambaNYA, Adam, maka terciptalah satu legasi.

Dalam tempoh 1000 tahun dan dengan berbekalkan kebijaksanaan ‘nama-nama sekaliannya’ itu, Adam mampu mengolah fizikal dan spiritual atau mungkin perkara yang tidak kita ketahui. Tidak mustahil dalam tempoh 1000 tahun itu, Adam tidak ‘mencipta’ syurga untuk isteri dan anak-anaknya. Memori syurga di dalam diri Adam itu tidak mustahil tidak di aplikasikan di dunia ini. Syurga dunia tidak akan sama dengan Syurga di ‘sana’, walaubagaimanapun, syurga dunia adalah nyata pada fizikalnya. 

Dari situ, bermulalah ketamadunan era ADAM. Legasi itu berterusan sehinggalah muncul bandar-bandar para ‘dewa’. Dewa di sini bukanlah bermaksud ‘tuhan’ selain DIA. Hanya kita saja yang mengunakan terma dewa untuk mendewa-dewakan manusia berkebolehan luar biasa ini. Saya di beritahu oleh seorang tua, bahawa ‘para dewa-dewa’ ini tidak suka bila manusia bertuhankan mereka. Bahkan mereka menyembah tuhan yang satu.

Ketamadunan ADAM itulah di gelar sebagai ‘umat yang satu’. Hidup dalam kebahagian. Walaubagaimanapun, ada perselisihan terjadi pada suatu zaman. Ia ibarat takdir yang harus di lalui oleh manusia pada era itu. Apa yang saya baca, perselisihan itu terjadi kerana ada segolongan yang tidak mempunyai ‘keluarbiasaan’ membuat onar. Ada pendapat mengatakan golongan ini bukan calang-calang orang. Mereka ini hebat dalam ilmu fizikal, lantas sebuah ketamadunan di gelar Atlantis di bina. 

Pada era ADAM, manusia terdiri dari keluarga diraja, para pedagang, pekerja dan penyelidik. Tapi, ada di antara golongan-golongan ini tidak menyukai ‘para dewa’ yang mengurus bumi sebagai khalifah. Dek kerana itulah mereka berdendam dan cuba menjadi ‘tuhan’. Perselisihan ini kemudiannya menyebabkan perang yang amat besar dan ia ada di nyatakan dalam hikayat Ramayana dan Mahabrata. 

AKhirnya perang ini menyebabkan kedua-dua golongan ini rugi lantas berpecah. inilah perang antara Atlantis dan Lemuria. Banjir besar noh itulah yang menengelamkan segala-galanya. Tidak pula di ketahui jarak masa ADAM sehingga tempoh peristiwa banjir Nabi Nuh yang mana di simpan elok dalam memori setiap insan sejak dulu hinggalah kini. Apapun, itulah permulaan dari pengakhiran era ADAM.Apakah yang terjadi sehinggakan berlakunya perang besar yang hebat itu? Masih wujudkah ‘wasiat Adam’ dan ‘Ilmu segala’ itu? Apakah peranan dewa-dewa itu dan bagaimana mengenalinya? Apa pula kaitan Melayu dan umat yang satu ini? Nantikan siri seterusnya di nusanaga.blogspot.com.

p/s: maaf kalau ada salah silap. Jika ada komen atau pendapat serta pembetulan, sila kemukan di blog ini atau emailkan kepada hasellusiby@gmail.com. Sekian, terima kasih
……………………………………
Rujukan:-
- Al-quran dan Hadis
- Eden in the east, the drowned continent of Southeast Asia, Stephen Oppenheimer, 1998
- Walking with Abraham, Danial Koplan,1999
- Malay Archipelago, Alfred russel Wallace, 1869, London
- Atlantis, the lost continent finally found, Prof. Arysio Santos, 1997
- Finger print of God, Graham hancock, 1999
- A Malay site for a book of Mormon Event, Ralph Austin Olsen, 2007
- Encyclopedia of World Mythology, Arthor Cotterell, 2008
- Sulalat Sulatin (Malay annals) 
- Hikayat Merong Mahawangsa
- Hikayat indraputra
- Golden Khersonese, Paul Wheatley, 1966
- A history of Southeast Asia, D.G.E Hall, 1953
- The quarterly review- Polynesian researches, William Ellis, 1830
- Mistisfiles.blogspot.com
- Forum.cari.com.my (Sejarah,legenda dan mitos)
- Forum atasbawah.com


-DIPETIK DARI : 
http://www.nusanaga.blogspot.com/2009/10/bangsa-mim-takkan-hilang-di-dunia-siri.html

No comments:

Post a Comment