Jenuhkah anda menanti-nanti "Savior" anda tetapi masih tidak kunjung tiba? Apakah mungkin ramai di kalangan kita sudah benar2 berputus asa untuk berharap lagi akan peristiwa besar yang Hadis Rasul SAW khabarkan menjelang Akhir Zaman sebelum berhimpun semua makhluk di Padang Masyar yakni hari Akhirat? Mungkinkah anda kelompok yang aktif dalam pencarian "The ONE" iaitu Sahib Zaman sehingga anda berputus asa tidak menemui yang diharap-harap? Ataukah anda kalangan yang bersikap 'tunggu dan lihat'. Mungkin juga anda tidak mahu mempercayai hal tersebut atas banyak alasan, sama ada tiada tersebut dalam AlQuran atau lain2 alasan dan rumusan?
Di mana pun anda duduk dan bagaimana pun yang anda percaya, inilah hakikatnya. Akan ada diutus seorang yang benar di sisi Allah dan Rasulnya yang akan membela nasib Umat Islam dan mengembalikan keamanan dalam dunia ini sehingga tiada satu pun manusia dan makhluk Allah SWT yang tidak terbela nasibnya dan keamanan didapati sehinggakan menurut suatu Hadis dari Rasulullah SAW, bahawasanya kiranya seekor singa duduk sebelah manusia maka amanlah manusia itu dari serangan singa, Wallahualam. Ada berbagai pendapat tentang peristiwa besar ini antaranya ada yang bersikap menerima dan ada yang berkecuali serta ada pula yang menentang. Maka pelbagai dalil mereka berikan untuk menegakkan pendirian mereka masing2. Di sini, pengarang tidak ingin menghukum kepercayaan anda, tetapi andalah sendiri yang harus membuka minda anda serta menerima Allah dan Rasulnya dalam 'setiap' aspek kehidupan anda.
Tetapi, walau bagaimana pun terdapat banyak Hadis2 bertaraf Sahih dan Hassan serta Dhaif yang menyokong pendapat berkenaan kewujudan insan bergelar "Imam Mahdi" ini. Kesemua dalil2 yang terdapat dalam Hadis2 ini sudah cukup kuat dan dapat mematahkan hujah2 penentang dengan mudah dan tanpa sebarang masalah. Tetapi golongan Anti Hadis dan Wahabi Extreme sememangnya gemar menolak Hadis serta menakwil Quran menurut selera mereka sahaja, jadi jika puak2 ini hendak menafikan dan mengingkari nubuat Hadis2 Sahih sekalipun, segala kesalahan adalah di pundak mereka sendiri dan kita sebagai Islam beraliran ASWJ, sememangnya berpegang teguh pada Hadis2 Sahih dan Hassan, meskipun tiada nas jelas dalam satu pun hadis yang menghukum golongan yang tidak mempercayai adanya Imam Mahdi AS maupun turunnya Nabi Isa AS dari langit dan keluarnya Dajjal Laknatullah. Sebab itulah, TIDAK MEMPERCAYAI IMAM MAHDI AS, TIDAKlah sampai MEMBATALKAN IMAN. Melainkan kalau maksudnya sengaja atas dasar MENGINGKARI NUBUAT RASUL SAW.
Di bawah ini saya selaku pengarang ARTIKEL melampirkan beberapa Riwayat2 Hadis yang Sahih dan Hassan dari merata sumber :
1. Dari Dzar dari Abdullah dari Nabi SAW yang bersabda : "Sekiranya dunia hanya tinggal sehari sahaja (sebelum Qiamat) nescaya Allah akan memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya seorang lelaki dari keturunanku atau dari kaum keluargaku, yang namanya seperti namaku, nama bapanya seperti nama bapaku, ia akan memenuhi bumid engan keadilan dan saksama sebagaimana bumi dipenuhi kezaliman dan kekejaman. - Hadis riwayat Abu Daud dan Tarmizi.
2.Dari Abu Said Al-Khudri ra berkata : "Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda ; "Akan lahir dari umatku seorang lelaki yang menyeru dengan sunahku, Allah menurunkan hujan dari langit untuknya, bumi mengeluarkan kasil dan darinya buni dipenuhi dengan kedurjaan dan kekejaman. Ia memerintah umat ini selama tujuh tahun dan akan berada di baitul Maqdis. Hadith riwayat At-Tabarani.
3.Telah bersabda baginda Rasulullah SAW, "Pada akhir zaman akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya. Dan ia sama sekali tidak akan menghitung-hitungkannya." (HR Muslim dan Ahmad).
4.Rasulullah SAW bersabda, : "Al-Mahdi akan muncul dalam umatku. Dia akan muncul selama sedikitnya 7 tahun dan paling banyak 9 tahun. Umatku akan mengalami perasaan yang tidak dialami sebelumnya. Akan terjadi limpahan makanan, yang tidak perlu disimpan sama sekali, harta pada saat itu berlimpah, sehingga jika seorang manusia meminta Mahdi, dia akan berkata: "Ini, ambil.' " (Ibnu Majah)
5. Hudzaifah berkata : "Rasulullah SAW bersabda : "Mahdi adalah putraku yang wajahnya seperti bintang kejora(bercahaya iman)". Dari Hudzaifah ia berkata: Rasulullah SAW bersabda : "Mahdi adalah putraku yang wajahnya seperti bintang kejora, warna kulitnya seperti warna kulit orang Arab, dan badannya seperti badan orang Israel yang akan memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana telah dipenuhi oleh kezaliman, penduduk langit akan rela atas kepimpinannya, dan begitu juga burung di angkasa, di mana beliau akan memerintah selama dua puluh tahun".
6.Aisyah Ummul Mukminin RA telah berkata, " Pada suatu hari tubuh baginda Rasulullah SAW bergetar dalam tidurnya. Lalu kami bertanya: "Mengapa kau melakukan sesuatu yang belum pernah engkau lakukan wahai Rasulullah?' Rasulullah SAW menjawab, 'Akan terjadi suatu keanehan, iaitu bahawa sekelompok orang dari umatku akan berangkat menuju baitullah untuk memburu seorang laki2 Quraisy yang pergi mengugsi ke Kaabah. Sehingga apabila orang2 tersebut telah sampai ke padang pasir, maka mereka ditelan bumi.' Kemudian kamu bertanya,'Bukankah di jalan padang pasir itu terdapat bermacam-macam orang?' Beliau menjawab,'Benar, di antara mereka yang ditelan bumi tersebut ada yang sengaja pergi untuk berperang, dan ada pula yang dipaksa berperang, serta ada pula orang yang sedang berada di dalam suatu perjalanan, akan tetapi mereka binasa dalam satu waktu dan tempat yang sama. Sedangkan mereka berasal dari arah (niat) yang berbeza-beza. Kemudian Allah SWT akan membangkitkan mereka pada hari berbangkit menurut niat mereka masing2." (HR Bukhari, Muslim).

Tidaklah kita menafikan di sini bahawa ramai juga yang kecewa dan mulai menaruh prasangka akan kebenaran yang dijanjikan ini semata-mata kerana melihat begitu ramai manusia2 'musang bertopengkan ayam" yang mengaku-ngaku diri sebagai Imam Mahdi AS Sahib Zaman dan mendakwa itu ini sehingga menimbulkan kemarahan umat yang banyak.
Pada pendapat saya, tidak perlulah kita tergesa-gesa membuat keputusan yang gopoh gapah dan agak kelam kabut berkenaan isu dan masalah ini. Memadai dengan santai berpandukan Iman dan Pedoman Quran dan Hadis. Menolak keras juga tidak perlu, bahkan menyokong membabi buta pun tidak perlu sehingga tertipu dengan dakwaan 'Dajal2 Kecil' bahawa dirinya itulah Imam Mahdi AS. Naudzubillah Min Zaalik. Semoga Allah SWT berkenaan menunjukkan kita yang sanggup bersabar akan siapa sebenar hakikatnya Imam Mahdi AS yang disebut dalam Hadis2.
Jadi kepada anda sekalian yang saya hormati dan sanjungi, bersabarlah! Satu masa nanti segala kebenaran sejati akan terungkai dan ketika itu, penantian anda tidak lagi sia2. Dan percayalah! Dunia yang dipenuhi kezaliman akan hancur dan lebur berganti dunia "Orde Baru" yang penuh dengan kebaikan dan Rahmah di dalamnya di bawah naungan cahayaNya. Semoga Allah SWT merahmati anda semua serta memberi kesabaran kepada diriku dan dirimu untuk bersama menantikan Imam yang dijanjikan sambil berjanji padaNya untuk memperbaiki diri selagi nyawa dikandung badan. Amiin... Ya Rabbal.... A'lamiin......
Nukilan : Sidi Rijjal Kajang
Petikan Hadis2 sahih dari riwayat : Sahih Abu Daud dan Tarmidzi, At-Tabrani, Muslim dan Ahmad, Ibnu Majah, Hudzaifah dan Bukhari dan Muslim.
salam,annur nak kamu ubah muka profile kamu.jgn letak muka tu.annur tak suka tengok.kamu letak jugak,blog ni takkan ada orang baca.hanya kamu je.xpercaya buat.
ReplyDeleteDewanbagsharif.net
ReplyDeleteDewanbagsharif.net
ReplyDelete