Thursday, February 12, 2015

Tuan Guru Nik Aziz dan Hasbullah Awang Kembali ke Rahmatullah...

Semalam kita dikejutkan dengan berita meninggalnya DUA TOKOH NEGARA dari DUA ARENA yang berbeza. Seorang dengan ketokohan dalam bidang masing2. Iaitu ALLAHYARHAM HASBULLAH AWANG- iaitu pengulas sukan terkenal di tanah air yang pergi kembali ke Rahmatullah di sebelah siang semalam bersamaan Khamis- 12 February 2015 tepat jam 12.20 tengahari. Manakala seorang lagi TOKOH ULAMA merangkap AHLI POLITIK terkenal tanahair- Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat(TGNA) yang kembali ke Rahmatullah di sebelah malam tadi, bersamaannya Khamis nya malam Jumaat.

Semoga mereka berdua diberkati dan dirahmati Allah SWT dan diampunkan segala dosa-dosa mereka sesuci bayi bersih dan maknawi. Agar ruh mereka berdua dicucuri rahmatNya. Al Fatihah.

Dibawah saya mengambil sahaja cebisan keratan dari petikan surat khabar online negara- Berita Harian Online:


Hasbullah Awang


Datuk Hasbullah Awang (1952 - 2015)
KUALA LUMPUR: Pengulas sukan terkenal, Datuk Hasbullah Awang, 63, meninggal dunia ketika dalam rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), pada jam 12.20 tengah hari.
Hasbullah yang dirawat di IJN sejak 4 Februari lalu adalah seorang pengulas sukan termasyhur di Malaysia. Beliau berkhidmat dengan saluran Astro Arena sejak Januari 2014 setelah berhenti berkhidmat sebagai pengulas sukan di Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Beliau memulakan tugas sebagai juruhebah radio di Radio 1. Pernah menjadi pembantu mengendalikan program khas radio untuk kanak-kanak bersama Kak Yong.Hasbullah lebih dikenali sebagai pengulas untuk pelbagai acara sukan tempatan mahupun luar negara.
Populariti beliau memuncak ketika zaman bola sepak Malaysia memasuki era Semi-Pro pada awal 1990-an. Belia juga pernah menyumbangkan suara untuk filem Sumolah arahan Afdlin Shauki.
Kalangan peminat sukan menganggap beliau sebagai antara pengulas terbaik yang pernah dilahirkan negara sebaris nama-nama besar lain seperti Datuk Rahim Razali.
Beliau mempunyai aura tersendiri dengan intonasi suara yang menarik membuatkan penonton menjadi seronok mendengar setiap ulasan beliau.
Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Seksyen 32, Bukit Naga Shah Alam jam 3 petang ini dan dijangka disemadikan selepas Asar atau pagi esok.
Belasungkawa: Datuk Hasbullah Awang (1952 - 2015):
TGNA.


DATUK Nik Aziz Nik Mat meninggal dunia di kediamannya di Pulau Melaka, di sini, kira-kira jam 9.40 malam tadi. - Foto fail NSTP/Khairull Azry Bidin
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat meninggal dunia akibat kanser prostat, selepas menerima rawatan selama 25 hari di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira jam 9.40 malam di sisi ahli keluarganya, di rumahnya di Pulau Melaka, kira-kira satu jam selepas keluar daripada HUSM.
Bapa kepada 10 orang itu meninggalkan balu, Tuan Sabariah Tuan Ishak, menghidap penyakit kanser prostat tahap empat.Anaknya, Nik Mohammad Abduh, ketika mengesahkan perkara itu berkata, ayahnya meninggal dunia di sisi semua ahli keluarga mereka.
"Saya ingin memaklumkan pada jam 9.40 malam iaitu malam Jumaat ayahanda saya menghembuskan nafas terakhir.
"Kita akan mengadakan solat jenazah  pada malam ini dan urusan pengebumian ayahanda akan dilakukan esok," katanya pada sidang media, di sini, sebentar tadi.

ORANG ramai mengunjungi rumah Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Jembal. - Foto Fathil Asri

ORANG ramai mengunjungi rumah Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Jembal. - Foto ihsan pembaca
Antara yang hadir termasuk Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.
Nik Mohamad Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berharap seluruh rakyat Malaysia mendoakan untuk ayahanda.
Solat jenazah dijangka diadakan pada jam 10 pagi esok di Masjid Pulau Melaka dan jenazah akan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka untuk dikebumikan.
Orang ramai yang ingin menziarahi dikehendaki menggunakan kenderaan 'shuttle' yang akan disediakan di dataran Stadium Sultan Muhammad IV mulai jam 7.30 pagi esok.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka menziarahi jenazah Nik Aziz kira-kira jam 9 pagi esok,
Sementara itu, seramai lebih 2,000 orang ramai mula membanjiri kawasan kediaman Allahyarham, sebaik mendapat berita pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka.
Suasana sedih menyelubungi pekarangan kediaman Allahyarham apabila orang ramai yang hadir ternyata gagal menahan sedih dan beratur untuk masuk secara bergilir-gilir ke kediaman Allahyarham.

sumber petikan: http://www.bharian.com.my/ 

ORANG ramai mula membanjiri kediaman Nik Aziz sebaik mendapat maklumat pemergian Allahyarham. - Foto Nor Fazlina Abdul Rahim

1 comment:

  1. SAYA SEKELUARGA INGIN MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH KEPADA AKI NAWE BERKAT BANTUANNNYA SEMUA HUTANG HUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARAN SAYA SUDAH BISA BUKA TOKO SENDIRI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN AKI YG TELAH MEMBERIKAN ANKA JITUNYA KEPADA SAYA DAN ALHAMDULILLAH ITU BENER2 TERBUKTI TEMBUS..BAGI ANDA YG INGIN SEPERTI SAYA DAN YANG SANGAT MEMERLUKAN ANGKA RITUAL 2D 3D 4D YANG DIJAMIN 100% TEMBUS SILAHKAN HUBUNGI AKI NAWE DI 085-218-379-259

    ReplyDelete