Sunday, January 4, 2026

 

Kenali Imam Mahdi sebenar

PENDAPAT paling tepat ialah al-Mahdi dilahirkan di Madinah daripada silsilah Nabi Muhammad SAW.
PENDAPAT paling tepat ialah al-Mahdi dilahirkan di Madinah daripada silsilah Nabi Muhammad SAW.

Imam al-Mahdi adalah seorang insan yang akan dilahirkan di akhir zaman bagi memberi petunjuk kepada manusia yang mula hilang arah dan tujuan sebenar beragama. Dengan kedudukan Imam al-Mahdi yang agong, kita diperlihatkan mutakhir ini ada sosok manusia yang mula mengaku secara langsung bahawa dia adalah Imam al-Mahdi. Tidak sekadar pengakuan yang biasa, bahkan mereka yang taasub mula menjadikannya sebagai 'tuan' sehingga Imam al-Mahdi palsu memiliki ramai pengikut yang sesat dan menyesatkan.

Pengakuan sesetengah manusia sebagai Imam al-Mahdi ini bukan hanya berlaku pada zaman ini sahaja, bahkan telah dikenali sejak zaman berzaman sebelum ini lagi. Di antara individu yang pernah membuat dakwaan bahawa dia adalah al-Mahdi ialah Ubaidullah bin Maimun al-Qaddah yang merupakan pengasas Daulah Fathimiyah. Muhammad bin Tumart membuat dakwaan jahat lagi dusta bahawa dirinya adalah al-Mahdi al-Muntazhar. Al-Mahdi kelompok Kaisan yang menyangka bahawa al-Mahdi adalah Muhammad bin al-Hanafiah. Kewujudan individu ini secara asasnya adalah keyakinan mereka bahawa akan turunnya Imam al-Mahdi, namun disebabkan ketaasuban, mereka dengan sendirinya melantik diri mereka sebagai al-Mahdi akhir zaman.

Imam al-Mahdi merupakan manusia yang akan muncul di akhir zaman sebagaimana hadis yang menceritakan perihal beliau. Peranan beliau adalah menguasai keseluruhan bangsa Arab sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Dunia tidak akan berlalu pergi sehinggalah bangsa Arab akan dikuasai oleh seorang lelaki daripada kalangan ahli baitku yang namanya bersamaan dengan namaku." (Hadis Riwayat al-Tirmizi)

Beliau akan turut serta memenuhi bumi dengan keadilan dan saksama selama tujuh tahun. Perkara ini berdasarkan hadis Baginda Nabi SAW yang bermaksud:  "Al-Mahdi daripadaku. Dahinya luas dan hidungnya mancung. Dia akan memenuhkan bumi dengan keadilan sebagaimana ia dahulunya dipenuhi dengan kezaliman dan dia akan menguasai selama tujuh tahun." (Hadis Riwayat Abu Daud)

Al-Mahdi ialah Muhammad bin Abdillah al-Alawi al-Hasani dari zuriat al-Hasan bin Ali bin Abi Thalib RA. Di dalam kitab al-Tazkirah, al-Imam al-Qurthubi menyebut bahawa kelahiran Imam al-Mahdi adalah di negara Maghrib. Sebahagian ulama pula berkata bahawa al-Mahdi dilahirkan di Andalus. Walau bagaimanapun pendapat yang paling tepat ialah yang diriwayatkan daripada Abu Nu'aim daripada Hammad daripada Ali bin Abi Thalib RA bahawa al-Mahdi dilahirkan di Madinah.

ADVERTISEMENT

Kemunculan Imam Al-Mahdi adalah petunjuk kepada sekalian manusia yang mula hanyut dan terpalit dengan kezaliman yang banyak berlaku. Silsilah keturunan Imam Al-Mahdi ini adalah berdasarkan sabda Nabi SAW daripada Abdullah bin Mas'ud RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya: ‏ "Sekiranya tidak berbaki daripada dunia itu melainkan hanya satu hari nescaya Allah akan memanjangkan hari tersebut sehinggalah Dia mengutuskan seorang lelaki pada hari tersebut yang mana lelaki itu daripada kalangan aku – atau daripada ahli baitku – Namanya berbetulan dengan namaku dan nama bapanya berbetulan dengan nama bapaku. Dia akan memenuhi bumi dengan penuh adil dan saksama sebagaimana ia (bumi) dahulunya dipenuhi oleh kegelapan dan kezaliman." (Hadis Riwayat Abu Daud)

Menurut al-Imam Ibn Kathir Rahimahullah: Iaitu Allah mengampunkannya dan memberi taufiq kepadanya serta Allah memberi ilham dan petunjuk kepadanya sedangkan dia tidak diberikan perkara tersebut sebelumnya.

Diriwayatkan daripada Thauban RA beliau berkata, Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya:  "Apabila kalian melihat panji-panji hitam telah datang dari arah Khurasan maka datangilah ia. Kerana sesungguhnya padanya terdapat Khalifah Allah al-Mahdi."  (Hadis Riwayat al-Hakim)

Berdasarkan perbahasan ulama, terdapat tanda-tanda yang terdapat pada Imam Al-Mahdi antaranya di bahagian bahu beliau terdapat tanda yang sama pada bahu Nabi SAW. Beliau akan berkumpul bersama Nabi Isa AS dan Nabi Isa akan bersolat di belakangnya. Pada ketika itu, penduduk bumi akan merasa cukup pada zaman kekuasaannya dan banyaknya keberkatan dari bumi akan keluar. Keistimewaan beliau juga ialah apabila menanam satu batang kayu di atas tanah yang kering lalu ia akan menjadi hijau dan berdaun.

Di antara sifat-sifat keperibadian al-Imam al-Mahdi adalah seperti berikut:

• Beliau merupakan seorang anak Adam.

• Dahinya luas dan hidungnya mancung.

• Kedua-dua matanya bercelak.

• Wajahnya bercahaya seakan-akan beliau adalah bintang yang menyinar.

• Di bahagian bahunya ada tanda seperti yang terdapat pada Rasulullah SAW.

• Warna kulitnya adalah warna orang Arab dan tubuhnya seperti tubuh orang Israel.

• Umurnya 40 tahun dan dalam sebahagian riwayat 30 hingga 40 tahun.

• Akhlak beliau menyerupai akhlak Nabi SAW.     

Al-Imam al-Hafiz Ibn Kathir di dalam kitab al-Fitan wal-Malahim, berkata: "Aku menyangka bahawa keluarnya al-Mahdi berlaku ketika turunnya Nabi Isa AS. Ini berasaskan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah Radhiallahu anhu beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda maksudnya:  "Isa bin Maryam turun lalu berkata pemimpin mereka (Al-Mahdi): Marilah solat bersama kami. Lalu Isa berkata: "Tidak, sesungguhnya sebahagian kalian menjadi pemimpin atas sebahagian yang lain. Kemuliaan Allah kepada umat ini." (Hadis Riwayat Muslim)

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pandangan daripada ulama berkaitan kemunculan Imam al-Mahdi:

Pandangan pertama: Imam al-Mahdi adalah seorang pemimpin soleh yang Allah SWT utuskan untuk memenuhkan bumi dengan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan kezaliman. Beliau menjadi seorang mujaddid (tokoh pembaharuan) untuk agama ini.

Ibn Khaldun menjelaskan bahawa pendapat yang masyhur di sisi umat Islam keseluruhannya kelak akan munculnya seorang lelaki daripada kalangan ahli bait yang akan menguatkan agama, menzahirkan keadilan dan diikuti oleh kaum Muslimin dan beliau akan menguasai ke atas kerajaan Islam. Beliau dinamakan sebagai Al-Mahdi. Sesungguhnya Isa akan datang selepasnya dan membunuh Dajjal atau Isa turun bersama-samanya (al-Mahdi) lalu dia membantunya untuk membunuh Dajjal dan Nabi Isa menjadi makmum kepada al-Mahdi semasa solatnya

Pandangan kedua: Mereka yang menolak kewujudan al-Mahdi dan menafikan kemunculannya pada akhir zaman disebabkan kelemahan dalam pemahaman terhadap hadis akhir zaman.

Justeru itu, Imam al-Mahdi merupakan salah satu tanda daripada tanda kiamat besar yang akan berlaku kelak. Maka kepercayaan terhadap kewujudannya adalah sebagaimana keimanan kita terhadap Hari Kiamat yang akan meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT.

Penulis  Pensyarah Kanan,  Fakulti Pengajian Bahasa Utama,  Universiti Sains Islam Malaysia (Usim)

Tuesday, November 26, 2024

7 MARTABAT NAFSU

 Kali ini kita akan membicarakan 7 Martabat Nafsu serta peel²nya.

1. Nafsu Ammarah - 

 Nafsu yg terpaling rendah dan hina di sisi Allah SWT. Manusia² yg duduk pada martabat nafsu ini sering cenderung melakukan segala bentuk kemungkaran dan kejahatan. Hidupnya dlm perkataan lain adalah "bersultan di mata, beraja di hati" hanya menyukai perkara yg kena dgn hawa nafsunya. Nafsu ini Allah janjikan dgn azab & siksa di akhirat kelak. Nafsu ini patut dijauhi dan jangan diikuti.


2. Nafsu Lawwamah -

Nafsu pada peringkat ini, atas dari Nafsu Ammarah dan perbuatannya bercampur aduk antara perbuatan baik & jahat. Bagaimanapun, manusia² yg duduk pada martabat nafsu ini sering menyesali akan perbuatannya yg menyalahi Allah SWT. Mereka perlu banyak berzikir utk menyuci sisa² kekotoran nafsu mereka. Peluang mereka ke syurga adalah 50-50.


3. Nafsu Mulhammah -

Atas dari Nafsu Lawwamah dan perbuatan² buruk terlihat berkurangan dengan banyaknya. Ia semakin banyak berbuat kebajikan yg diredhoi Allah SWT. Pada peringkat ini sifat² seperti tenang, sabar dan murah hati mulai berakar umbi. Mereka perlu terus menyucikan hati dengan zikrullah secara berterusan agar dpt naik ke nafsu seterusnya. Peluang ke Syurga adalah 60-40.


4. Nafsu Mutmainnah -

Nafsu yg diredhoi oleh Allah SWT. Allah menjanjikan Syurga utk mereka yg duduk pada martabat nafsu ini. Sifat² positif seperti murah hati, tenang dan sabar mulai terlihat kepada mereka ini. Kadang² mulut mereka juga masin dan apa yg diucap terjadi. Ramai juga yg mulai dikurniakan karomah pada nafsu ini. Mereka perlu mempertahankan kedudukan mereka di nafsu ini atau lebih baik berterusan lagi dgn zikrullah menyuci nafsu sehingga ke peringkat seterusnya. 


5. Nafsu Mardhiyah - 

Mereka pada peringkat nafsu ini sudah pun menjadi Wali dan jiwa mereka sentiasa asyik memandang Allah. Sifat² kebaikan semakin bersebati dgn dirinya. Pada masa ini, mereka sudah pun suci diri mereka dari segala bentuk kemungkaran. Karamah² super banyak yg terjadi kpda mereka. 


6. Nafsu Rodhiyah - 

Peringkat ini atas sedikit dari Nafsu Mardhiyah. Kadang kala mereka terlatah kata² zouk seperti "Ana Al Haq" dan sebagainya akibat kuatnya gelora cinta Allah. Mereka tetap suci dan pada peringkat ini mereka mulai diziarahi Rasul² dan Wali² secara rohani.


7. Nafsu Kamilah

Nafsu yg dimiliki Rasul², Nabi² dan Wali². Pada peringkat ini, sifatnya menjadi amat sakti. Zikirnya tetap di dlm Qalbun Dan tidak bercerai-berai. Ianya nafsu yg kamil lagi sempurna. Mereka yg duduk dlm Nafsu Kamilah ini haruslah kembali ke Nafsu Mutmainnah. 

Wednesday, September 6, 2023

Era Baharu Imam Mahdi AS

    Hari-hari Kita tidak dapat tidak, telah lali mendengar slogan2 tentangnya. Tentang Imam Mahdi AS Dan susuk Nabi Isa AS yg Akan turun dengan misi membunuh Dajjal.

   Soalnya sekarang sejauh manakah keyakinan anda berkenaan peristiwa2 tersebut. Adakah anda menganggap ianya "bedtime stories" atau anda benar2 Yakin Akan keluarnya Imam Mahdi AS bersama dengan kemudiannya turun Nabi Isa AS Dari langit? 

   Perhatikan baik2 bahawa terdapat banyak Hadith sahih berkenaan akan zahirnya Imam Mahdi. Seorang sosok tubuh yg Akan membersihkan Dunia ini dan mengangkat martabat Islam yg selama ini diperlekehkan Barat & paksi2 kufur. Tidak perlulah saya "list"kan di sini memandangkan hadith2nya yg bertaraf Hassan maupun Hassan begitu banyak. Yg dhaif pun ada. 

   Dan perlu Pula Kita ingat, seperti musuh2 kebenaran yg silam, ramai Ulama' Suk yg Akan mengikuti Dajjal. Pengikut Dajjal bukanlah kecik2 anak. Apatah lagi Dajjal itu sendiri sehinggakan hanya Nabi Isa sahaja yg mampu membunuhnya. Jika hendak selamat Fitnah Dajjal maka eloklah Kita menghafaz Di samping Cuba memahami Surah Al Kahfi 1-10 dan 100-110.

   Bila keluar je Imam Mahdi serta Dajjal maka game peperangan Malhamah Al Qubra pun bermula. Sebagaimana yg Kita semua tau, ia Akan dimenangi pasukan Islam yg mengikuti Nabi Isa AS & Imam Mahdi AS. Walaubagaimanapun fitnah Dajjal sangat besar sehingga ramai yg Akan terikutnya. 

   So, fokusnya sekarang adalah untuk menjauhi Dari segala makar Dan kejahatan Dajjal dan tentera2 nya. Banyakkan mendengar bacaan Quran. Itulah penguat batin kita. 


Nukilan Mr Rizal @ Zero Pointo Enaagy 

Tuesday, July 26, 2022

Sufi dan pengaruhnya Di Asia Tenggara

   Kesufian Islam di Bumi Nusantara ini sememangnya berakar umbi kukuh di jiwa kebanyakan penduduknya sejak zaman dahulu sehinggalah zaman sekarang. 

Ini ditunjukkan dengan Sejarah Wali Songo contohnya di Jawa. Dan lain2 Wali2 Allah Yang datang mengislamkan majoriti penduduknya. Hasilnya hari ini penduduk Islam teramai Di Dunia adalah di Nusantara. 

Malangnya hari ini Kita melihat betapa ramainya penghina kesufian yang melontar berbagai tohmahan dan fitnah yang tidak berasas. Semoga anda semua yang menghina jalan kesufian Akan dibuka hijab Dan petunjuk Akan Kebenaran jalan Sufi. 

Tanpa jasa2 ahli Sufi silam, tidak mungkin Kita semua Hari ini beragama Islam. Tanpa jasa mereka entah apa agama Yang Kita anuti Hari ini.