Monday, July 25, 2011
SUFI BOY : cetusan karya ku.....
Saturday, July 9, 2011
Israk & Mikraj : Benchmarking untuk lonjakan sains atau kejumudan?
Apabila tiba musim ceramah Israk & Mikraj sudah pasti di sana sini terpampang poster ceramah. Ceramah tentang peristiwa ini menjadi 'favourite' selain dari tajuk 'Lailatul Qadr' kerana ia menggambarkan kebesaran Allah swt yang melampaui semua teknologi yang manusia miliki. Sekembalinya Rasulullah saw dari perjalanan merentasi langit/masa/ruang baginda telah menyampaikan kisah yang baginda alami kepada penduduk kota Makkah. Ramai yang menganggap baginda sudah gila malah ada sahabat yang menjadi goyah namun Sayyidina Abu Bakar ra membuat pengakuan kepercayaan sepenuhnya kepada insan yang bergelar Al-Amin ini.
Namun rata-rata ilmuan islam Melayu lebih menafsirkan peristiwa tersebut sebagai keterhadan (limitation) dan menjadikannya sebagai 'taboo' untuk dikaji secara empiris (matematik, hipotesis dan teori sains)
Begitupun peradaban umat Islam semasa zaman keemasan Islam dan teknologi moden Barat yang munkin bersumberkan Al-Quran (hasil kerja Orientalis menggali & mengkaji semua kitab-kitab agama sebelah Timur) mempunyai pendapat yang berbeza iaitu sebagai batu loncatan atau benchmarking eksplorasi manusia.
Sebagai nota di sini , peta dunia yang pernah dicipta Ilmuan Islam pada zaman itu ketepatannya hampir menyamai penggunaan GPS atau satelit. Begitu juga Ibnu Sina dikatakan menguasai suatu ilmu tenaga insan yang mampu memindahkan batu dari bulan di hadapan beliau.wallahu'alam
Di sini saya ulas secara ringkas perbezaan pandangan 2 golongan ilmuan tersebut
Golongan 1 : Dunia Barat (Orientalis) / Zaman Keemasan Islam :
-Bench mark eksplorasi manusia menembusi angkasalepas
-Perlu ada kekuatan atau pesawat ke angkasa lepas (buraq)
-Manusia perlu diubahsuai (mungkin dgn memakai sut tertentu atau mengubah DNA) untuk ke sana (Rasulullah saw dibedah sebelum mikraj)
-Terdapatnya teknologi pantas melebihi cahaya atau teori gerbang universe (warm hole)
-Terdapat kedudukan tertentu untuk pelepasan pesawat ( mikraj di Baitul Maqdis)
-Pengembaraan mungkin anti-masa iaiatu mampu ke masa depan (Teori Relativiti)
-Masa adalah relatif (teknologi internet)
-Seandainya setiap pintu langit ada kunci yang dipegang malaikat dan diumpamakan malaikat itu kuasa alam & kunci itu hukum sains maka untuk menembusi setiap langit suatu formula matematik seperti E=MC2 perlu dicari & diselesaikan
-Angkasa tempat penghantaran maklumat dengan gelombang ( kisah-kisah kejahatan manusia yang dibalas dengan siksaan ditunjukkan kepada Rasulullah saw
Golongan 2 : Ilmuan Islam selepas Zaman Keemasan Islam sehingga kini :
-Hanya Rasulullah saw insan yang mampu naik ke langit. Percubaan manusia adalah sia-sia dan dianggap taboo
-Bulan & langit ada malaikat & kunci. Semua penjelajahan angkasa adalah penipuan
========================================================================
Apa yang penting walaupun ramai yang insaf dan kagum ( selalunya dengan air mata) apabila para penceramah menyampaikan kebesaran Allah saw yang ditunjukkan kepada Rasulullah saw melalui peristiwa Isra' dan Mikraj .tetapi..yaa..tetapi masih ramai yang tidak mahu mengambil Islam secara syumul (keseluruhan) iaitu dari segenap segi iaitu kekeluargaan,pentadbiran, pemerintahan, kehakiman dan lain-lainnya.
Marilah kita menilai tangisan kita adakah benar tulus dan 100% tunduk serta taat akan perintahNya atau sekadar kisah-kisah hiburan setahun sekali
P/s : Ini pandangan peribadi PHD sahaja
Kajian Agama-Agama Besar Dunia(3): TAOISME
Kitab-kitab suci dalam ajaran Taoisme termasuk Tao Te Ching dan Zhuangzi. Menurut ajaran Tao, setiap kejadian dalam dunia ini dilumrahkan berpasang-pasangan yang digelar sebagai "Yin dan Tang". Kedua unsur ini boleh dikatakan paksi 'negatif dan positif' dalam setiap kejadian dan memiliki tenaga sendiri. Setiap kejadian alam memiliki unsur ini, dan unsur ini saling melengkapi bagi menyempurnakan keseimbangan alam semesta. Contohnya setiap benda dijadikan berpasangan seperti, siang lawannya malam, panas lawannya sejuk, hidup lawannya mati, baik lawannya jahat, dan sebagainya.
Dalam pengajian masyarakat Cina, Taoisme banyak menyumbang pengaruh terbesar dalam masyarakat Cina seperti senaman Tai Chi, latihan tenaga dalam Qigong, bidang medik, kesihatan, ilmu kimia dan alchemi, musik, kesenian dan sebagainya. Sepanjang perkembangan ajaran Taoisme, ia telah melalui berbagai perubahan dari segi ajaran dan modifikasi kaedah peribadatan dan kaedah perjalanan kerohanian masing-masing. Maka wujudlah beberapa aliran yang begitu banyak dalam ajaran Tao yang memiliki ranting-ranting yang berbeza antara satu sama lainnya.
Jadi, seperti agama-agama lain, agama Taoisme yang sinonimnya dengan masyarakat Cina ini, juga tidak terlepas dari pengaruh tulisan tangan dan anasir-anasir luar ajarannya yang asli.
SUMBER : http://www.indospiritual.com/artikel_mengenal-ajaran-taoisme.html, http://ms.wikipedia.org/wiki/Taoisme
PROS 'N' CONS PERHIMPUNAN BERSIH 2.0.....
1.Perhimpunan BERSIH 2.0 bertujuan utk menunjuk perasaan sebagai REAKSI terhadap KEKOTORAN POLITIK DAN UNDI HANTU yang berleluasa dalam negara ini...
2.Diterajui AMBIGA anak KELING sebagai platform menaikkan fahaman SOSIALIS, dan ini tidak baik utk ISLAM
3.Di sebalik kehendak ramai umat MELAYU, CINA dan INDIA yg mahukan KEBENARAN di segi KEBERSIHAN POLITIK tersebut, tidaklah kita PERTIKAIKAN di situ, tetapi, AGENDA JANGKA PANJANGNYA kelak boleh dipertikaikan
4.AMBIGA sebenarnya mahukan DEMOKRASI MELAMPAU, termasuk HAK KEBEBASAN MURTAD dan BERAGAMA, INILAH YG KAMI PERTIKAIKAN......dan patut dipertikai semua REGARDLESS of apa PARTI ANDA SOKONG
5.Meskipun ramai di kalangan yg hadir berniat BAIK dan mahu ia berjalan secara AMAN, PROVOCATOR2 tetap berniat jahat dan akan MELAGA-LAGA SEHINGGA TERCETUS, 'TRAGEDI MESIR' yang mahu diulangi setelah melihat betapa berkesannya terhadap KEJATUHAN MUBARAK yg KUKU BESI, meskipun demikian, kita berjaya melihat hari ini, di sisi buruk AMERIKA pasti masuk campur dan akan tunjuk diri sebagai WIRA DUNIA, AGENDA ni dah lama AKU BACA DAH...........
Itulah saja ringkasan rumusan yang dapat aku tunjukkan di sini.....terpulang pada anda utk menilai........Sesungguhnya setiap sesuatu, MESKI ADA KEBAIKANNYA, namun di situ ADA JUGA KEBURUKAN YG TIDAK KITA NAMPAK......KALIAN SEHARUSNYA tahu, aku juga bukan PENYOKONG TEGAR KRONI2 RASUAH dan MAKAN DUIT RAKYAT, cuma jangan TERBURU2 bertindak..........