Showing posts with label akhirat. Show all posts
Showing posts with label akhirat. Show all posts

Monday, February 2, 2026

 IMAM MAHDI







Secara zahirnya, kita semua kenal siapa itu Imam Mahdi. Manakala secara Ilmiah, hanya segelintir saja yg benar² mengenalinya.

Imam Mahdi tidak muncul dengan banyak nama, tidak muncul dengan awal pengenalannya, dia datang dengan membawa sempurna syariatnya...

Dia sendiri tidak mengenali dirinya adalah IM,
Dia sendiri tidak mengetahui Nasabnya,
Dia sendiri tidak menyedari apakah yg bakal dilakukan olehnya.


Apa yg dilakukan olehnya adalah mentaati Perintah Allah dan Rasulnya..

Dia yakin, suatu hari nanti panji Islam akan muncul.
Dia yakin, kebangkitan Islam akan menentang jajahan bangsa Laknatullah.
Dia yakin, syariat agama yg ASLI yg diikutinya.
Dia yakin, dengan tidak mengikuti sistem secara buta tuli akan memelihara AGAMAnya.
Dia yakin, akan perolehi kejayaan Dunia Akhirat dengan mentaati Perintah² Agama.

Suatu hari nanti apabila tiba masanya, dia dengan sendirinya akan bergerak ke tempat yg TELAH diperintahkan oleh Rasulullah saw.
Dia, akan bertembung dan bersama dengan orang² yg Beriman yg menjaga KEASLIAN SYARIAT, kearah yg telah DIJANJIKAN oleh Rasulullah Saw.

Dia, Akan bersama dengan Ahli² yg BERSEDIA.
Dia, Akan berada ditengah² mereka.
Dia, Diantara yg lebih Arif dalam Perintah Agama dan Petunjuk dari Allah swt ketika "Disana" nanti.

Dia, diantara yg paling TERASING diantara orang² yg beriman.
Iaitu Berimannya 12,000 orang Lelaki,
dan Berimannya 7,000 orang Perempuan.
          



Dan dia tidak akan dibaiah sebelum TIBA DISANA. Dan dia akan jadi IMAM kepada IMAM² yg memimpin jemaah² dari seluruh pelusuk bumi.


Kenalilah Pemimpin² kalian, cuba fahami setiap perinci ayat² yg telah sy sampaikan diatas. Ketahuilah, Imam Mahdi TIDAK AKAN DIBAIAH selagi KAMU SEMUA tidak sampai di tempat yg Diriwayatkan oleh Rasulullah Saw. Bahkan Nabi Isa juga TIDAK AKAN Diutus turun menjadi Makmumnya Imam Mahdi, selagi dia tidak dibaiah menjadi Imam Mahdi.
  


-Jazakallahu Khairon-

Kredit : Dakwah Tabligh








Sunday, October 16, 2011

Ke Arah MELAYU ISLAM Maju Jaya.....

     Bismillahirrahmanirrahim.....



   Semakin hari masa berlalu dengan pantas dan tidak lagi menoleh ke belakang. Apa-apa saja yang kita tempuhi sekarang bakal menjadi perbekalan kita jua untuk menempuh alam hakiki yang kekal serta abadi. Sekiranya kita membawa amal kebajikan maka ianya akan menjadi 'back-up' kita di alam 'sana', manakala bagi sesiapa yang memenuhi kehidupan dengan amalan yang jelek, maka 'karma' keburukan itu jualah yang akan kembali menimpa diri-diri mereka.

   Sesungguhnya Allah SWT itu adalah yang Maha Merahmati lagi Maha Mengampuni serta Maha Mengetahui pula akan segala sifat-sifat di dada-dada insan. Dari itu, hendaklah kita merenung diri kita sedalam-dalamnya dengan menggunakan 'mata hati' yang dikurnia Allah SWT kepada kita, semoga kita menemui 'jalan' bagi memecah kebuntuan dan kegelapan yang sentiasa merintangi jalan-jalan kita di hadapan. Allah SWT ada berfirman di dalam Al-Quran mengenai betapa ruginya manusia-manusia yang tidak berpesan-pesan ke arah kebenaran dan tidak menegakkan amar maaruf dan nahi mungkar. Allah SWT jua akan mengganjarkan ganjaran yang mulia untuk mereka yang berjuang memerangi kebatilan dan menegakkan yang Haq.

   Bangsa Melayu, secara khususnya, merupakan antara 'race' di kalangan banyak-banyak 'race' di dunia yang amat unik dan instimewa dari beberapa segi. Benar setiap bangsa punya kelebihan dan kekurangan masing-masing, tetapi sejarah telah banyak membuktikan bangsa Melayu sebagai antara bangsa yang paling muda di dunia dan memiliki keunikan tersendiri dengan memiliki 'mixed-culture' dan juga 'mixed ancestry' yang paling banyak. Sekiranya kita meneliti, bangsa Melayu tidak boleh di'spesifikasi' mengikut rupa tertentu, contohnya, dalam bangsa Melayu, ada yang memiliki paras rupa wajah dan kulit seperti India, Cina, Papua, Jepun, Arab, Turki, Eropah dan berbagai. Bangsa Melayu dikatakan memiliki kacukan terbanyak dari pertembungan berbagai budaya.


   Inilah yang menjadikan Bangsa Melayu suatu bangsa yang amat unik. Dari segi agama pula, sejarah menunjukkan bahawa nenek moyang kita didapati menganuti agama Hindu dan Buddha sebelum beralih ke agama Islam di nusantara ini. Ada juga bangsa rumpun Melayu yang menerima agama lain seperti Nasrani dan sebagainya. Dikatakan penduduk-penduduk lama Tanah Melayu adalah beragama Hindu dan Buddha. Kemungkinan juga sejak agama-agama tersebut masih agama langit. Sebab dikatakan kedua-dua agama ini berasal dari ajaran Rasul-Rasul lama.

   Pujangga Melayu Hang Tuah pernah melaungkan "Takkan Melayu hilang di dunia." Perkataan ini, merujuk kepada bangsa Melayu-Islam yang bererti setiap Melayu adalah Islam. Begitu juga ada kalangan ulama'-ulama' nusantara menyatakan "Melayu itu Islam" kerana kehidupan Melayu semasa baru menerima Islam memang amat sebati dari segi Syariatnya, tarekatnya, hakikatnya dan marifatnya. Zaman dahulu, tanah Melayu memang kaya dengan undang-undang Syariah dan jalan-jalan Tarekat Muktabar yang Haq lagi jauh dari kebatilan memenuhi sekitar Nusantara.

   Tetapi, sekiranya kita melihat hari ini, 'senario'nya amatlah jauh berbeza. Bangsa Melayu ketinggalan dalam semua bidang. Agama Islam pun seolah-olah hanya menjadi 'sarung' dan 'kulit' kebanyakan umat Islam Melayu di Nusantara, sedangkan mereka banyak mendabik dada akan dogma 'kemuliaan Melayu' atau 'keramat bangsa Melayu' sedangkan tanpa disedari, Melayu kita hari ini, tidak seperti zaman-zaman dahulu, hanyalah menjadi bahan senda dan gurauan bangsa-bangsa lain, sama ada yang Islam mahupun yang Kafir Laknatullahi alaihi.

   Melayu semakin hanyut dengan arus gelombang modenisasi yang tidak berpaksi moral dan nilai keruhanian, hanyut dalam budaya hedonisme, maksiat, kemungkaran, kebatilan dan lain-lain budaya yang buruk dan keji. Bangsa Melayu ibarat layu dan semakin melayu-layu di tepian padang pasir tanpa sebarang air untuk menyegarkannya. Gejala moral semakin menjadi-jadi, kekufuran dan kebatilan seolah-olah tiada berpenghujung lagi, dan pejuang kebenaran yang Haq ditentang dan dicaci maki habis-habisan.

   Tahun ini, adalah tahun 2011, dan sedang menghampiri ke arah 2012. Banyak telah kita saksikan segelintir  puak Melayu yang insaf dan bangkit keluar dari kepompong kehinaan asobiyah dan mitos yang mengarut dan melampau-lampau. Mereka mula melaung-laungkan perjuangan yang mengkehendaki Islam secara syumul dan menyeluruh serta tiada lagi berbaur politik sempit. Menghampiri zaman kemuncak dan penghujung alaf dalam tamadun keduniaan, tanda-tanda penghujung zaman telah nyata secara menyeluruh dan tidak lagi disangsikan bahkan disetujui ramai ulama'-ulama' ahlus Sunnah Wal Jamaah.


   Zaman yang penuh dengan fitnah dan kekacauan sehingga akan berlaku suatu perang besar yang agung. Dan ramai bangsa Melayu yang sudah mula sedar di samping ramai pula yang masih tidak sedar-sedar dan tidak mahu menyedarkan pula diri-diri mereka bahawa mereka sedang ditunggang nafsu dan Syaithan di belakang mereka. Semoga kedatangan zaman baru kebangkitan Islam di bawah pimpinan Sohib Uz Zaman Imamul Mahdi AS akan membentuk suatu kesatuan Melayu-Islam-Dunia Raya yang tiada berpecah belah dan mampu duduk dengan aman, damai dan harmoni tanpa sebarang hasad dan iri hati. Dengan laungan TAKBIR : ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!!


Hasil NUKILAN : SIDI RIJAL AL-WADUD

Saturday, July 9, 2011

Kajian Agama-Agama Besar Dunia(3): TAOISME

Taoisme juga disebut DAOISME, diamalkan dan diasaskan Lao Tse sejak akhir zaman Chunqiu. Taoisme berasaskan ajaran Tao Te Ching. Pengikut yang terkenal bagi Lao Tse adalah Zhuangzi. Menurut kitab Shi Ji, nama asli Lao Tse adalah Lier, nama panggilannya Bo Yang dan nama Almarhumnya Dan. Lao Tse(570-470 SM), dilahirkan di 'province' Qu, Chuguo yang sekarang lebih dikenali sebagai Hainan. Beliau juga terkenal sebagai sahabat Kong Hu Chu pengasas satu lagi ajaran Cina lama.

Taoisme menekankan unsur-unsur primitif untuk mencapai kehidupan yang abadi. Unsur-unsur primitif itu merupakan tenaga di dalam jiwa manusia yang hanya boleh dibangkitkan melalui amalan yoga dan tafakur apabila seseorang berjaya mengosongkan fikirannya. Selain itu, tenaga alam juga memberi kesan kepada manusia seperti melalui amalan feng shui. Penganut Taoisme perlu bertapa di gua-gua dan gunung-gunung untuk menghapuskan dosa.

Taoisme menekankan anti kebendaan yang mengajak penganut-penganutnya meninggalkan hal-hal keduniaan "duniawi" supaya mempermudahkan mereka mengenali diri mereka, dan mereka kurang menekan urusan Akhirat meskipun ada juga ditekankan unsur tersebut.

Agama Tao kemudiannya berkembang menjadi agama yang menjadi anutan ramai umat di negara Cina. Ajaran agama ini mengajarkan misteri-misteri kerohanian manusia dan jalan untuk manusia menyatu kepada Sang Wujud Hakiki iaitu Tao atau 'Dao'. Menurut Lao Tse, Tao bererti yang 'tidak berbentuk, tidak terdengar dan tidak terlihat' tetapi merupakan 'asas bagi semua kejadian benda hidup dan alam semesta'. Tao yang berwujud dalam semua benda hidup dan kebendaan digelar 'De'. Gabungan ini membentuk kesatuan dalam hirarki Taoisme.

Kitab-kitab suci dalam ajaran Taoisme termasuk Tao Te Ching dan Zhuangzi. Menurut ajaran Tao, setiap kejadian dalam dunia ini dilumrahkan berpasang-pasangan yang digelar sebagai "Yin dan Tang". Kedua unsur ini boleh dikatakan paksi 'negatif dan positif' dalam setiap kejadian dan memiliki tenaga sendiri. Setiap kejadian alam memiliki unsur ini, dan unsur ini saling melengkapi bagi menyempurnakan keseimbangan alam semesta. Contohnya setiap benda dijadikan berpasangan seperti, siang lawannya malam, panas lawannya sejuk, hidup lawannya mati, baik lawannya jahat, dan sebagainya.

Dalam pengajian masyarakat Cina, Taoisme banyak menyumbang pengaruh terbesar dalam masyarakat Cina seperti senaman Tai Chi, latihan tenaga dalam Qigong, bidang medik, kesihatan, ilmu kimia dan alchemi, musik, kesenian dan sebagainya. Sepanjang perkembangan ajaran Taoisme, ia telah melalui berbagai perubahan dari segi ajaran dan modifikasi kaedah peribadatan dan kaedah perjalanan kerohanian masing-masing. Maka wujudlah beberapa aliran yang begitu banyak dalam ajaran Tao yang memiliki ranting-ranting yang berbeza antara satu sama lainnya.

Jadi, seperti agama-agama lain, agama Taoisme yang sinonimnya dengan masyarakat Cina ini, juga tidak terlepas dari pengaruh tulisan tangan dan anasir-anasir luar ajarannya yang asli.

SUMBER : http://www.indospiritual.com/artikel_mengenal-ajaran-taoisme.html, http://ms.wikipedia.org/wiki/Taoisme