Assalamualaikum, dan salam sejahtera kepada sekalian peminat dan pengikut blog yang mengikuti setiap perkembangan penulisanku ini......
Maaf kuucap kepada anda sekalian, kerana memandangkan aku sibuk beraya di kampungku, maka lama aku tidak menulis di blog ini. Sepatutnya, post ini kutulis semalam tetapi aku terlupa dan mungkin agak terkejut dengan pemergian ke alam baka salah seorang Sheikh Tariqat Agung di Indonesia yang tidak dapat dicari tolok gantinya iaitu ABAH ANOM, salah seorang karakter dunia yang sangat kusanjung2 sebagai seorang yang sangat Taqarrub dalam mendekatkan diri padaNya. Semoga ALLAH mencucurkan RAHMAT-NYA yang tidak berbatas.......AL-FATIHAH..........

Tapi apa kan daya, sekarang ni, aku rasa, SEMANGAT raya dah makin pudar dan hilang. Bila kita lihat, hari ini, Hari Raya masuk 'aje', pasti kita akan disajikan dengan siaran televisyen yang berbentuk hedonisme sehingga ramai kalangan umat Islam yang lebih suka beraya di rumah sahaja. Mereka mengabaikan untuk beraya ke rumah jiran dan sanak saudara. Ada juga orang yang menggunakan Hari Raya untuk berlibur dan berhibur semata-mata tanpa pengisian iaitu bermaaf-maafan sesama saudara dan sebagainya....
Jadi pembaca-pembaca dan pengikut Blog sekalian, marilah kita saling maaf-bermaafan dan ziarah-menziarahi sesama kita di Bulan Syawal yang penuh mulia dan berkah ini, setelah Sebulan di bulan Ramadhan kita bertarung dengan nafsu dan serakah kita dengan berpuasa. Hidupkanlah kembali 'SPIRIT of HARI RAYA' di dalam sanubari kita dan berusahalah kalian untuk menjadi INSAN yang KAMIL dan SEMPURNA, dan paling tidak pun, hamba yang SOLEH dan BAIK.......
Semoga Allah SWT akan meRAHMATI kita semua....
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI-MAAF ZAHIR DAN BATIN"
Ikhlas Dari : Shahrizal Sidi Munthazzar(pengagung MAHDI AS-penegak SYARIAT AGUNG ZAHIR dan BATIN)
No comments:
Post a Comment