Sunday, September 7, 2014

STAR CHILDREN : KANAK2 INDIGO- (Tribute Bro Aixa Adli @ Aizverus)



STAR CHILDREN: KANAK-KANAK INDIGO star children adalah terma yang di bina untuk membezakan antara kanak-kanak biasa dan luar biasa. Seringkali Star Children ini di lihat sebagai bermasalah dan sukar di jaga. Akibatnya, mereka di anggap punyai penyakit ADHD yakni sukar untuk berkomunikasi dan terima arahan. Mereka juga suka berkata yang bukan-bukan seperti mereka punyai ayah emak di tempat lain, atau pernah hidup di suatu planet atau melihat kelibat benda bercahaya di belakangnya.

Tapi, benarkah itu adalah suatu penyakit JIWA?

Star Children adalah suatu kebangkitan secara rohaniah di kalangan kanak-kanak (tak semua) yang mempunyai kreativiti yang tinggi. Bahkan kebolehan berfikir mereka juga jauh melangkaui kanak-kanak biasa. Tetapi, kerena keistimewaan ini, mereka sering di lihat sebagai REBELLIOUS yakni yang suka memberontak dan tak dengar kata. Akibatnya, mereka sering di buli oleh rakan-rakan sebaya atau di tengki dan di herdik di rumah oleh ibu bapa. Indigo ini juga banyak penyakit. Dan penyakit mereka sukar di fahami oleh orangg sekiling. Hanya mereka yang memahami penyakit mereka dan mereka sendiri yang boleh pulihkan diri sendiri. Jika STAR CHILDREN ini stress, biasanya mereka memilih untuk senyap dan menjadi anti-sosial. Ini cukup tidak bagus untuk kemanusiaan kerena mereka adalah harapan untuk manusia dalam memulihara bumi menuju zaman yang lebih gemilang.

Kanak-kanak STAR CHILDREN ini terbahagi kepada 3 sub-domain:
- indigo (lahir tahun 1970an-1990an) berperanan seperti Tentera
-Crystal(lahir tahun 2000an-2010) berperanan seperti Teacher
-rainbow (maybe tahun 2020 ke atas) berperanan seperti Healer



Untuk kali ini, kita berbicara tentang INDIGO sahaja kerana kanak-kanak INDIGO kini sudah dewasa dan remaja. Mereka kini dalam tahap KRITIKAL kerana saat ini, mereka perlukan sesuaut transformasi yang positif. Jika tidak, mereka akan musnahkan diri mereka dan memberi kesan negatif kepada sosial-masyarakat sekeliling.

Jika anda menjawab lebih dari 15 "YA" daripada 20 soalan ini, bermakna anda seorang INDIGO (star children) yang di lahirkan sekitar 1970-1990an.

1- Ketika kecil anda berasakan diri anda seperti BANGSAWAN?
2- Ketika kecil anda rasa anda harus hidup di dunia kerana sesuatu misi?
3- Anda sering hadapi masalah displin dan tatacara dari kecil hingga kini?
4- Anda sering lakukan perkara berlainan dari apa yang di suruh?
5- Anda seorang yang kreatif?
6- Anda seorang yang punyai rasa simpati tinggi terhadap orang lain dan juga makhluk lain?
7- Anda suka berfikir tentang perkara abstrak seperti perihal ketuhanan, alam ghaib, Planet, falsafah dan seumpamanya?
8- Anda suka berkhayal?
9- Anda punyai abiliti seperti boleh menyembuh penyakit tanpa anda sedari?
10- Anda sering melihat entiti abstrak seperti 'cahaya di tepi anda', kabus bercahaya, dan seumpamanya?
11- Ketika kecil, anda sering di buli kerana anda tidak serasi dengan rakan-rakan anda yang lain?
12- Anda lebih suka menyendiri dari terlibat dengan masyarakat?
13- Anda akan aktif berbual bila ada rakan yang berbicara tentang falsafah, idea, perihal ghaib, planetary dan seumpamanya?
14- Anda payah untuk tidur malam bahkan aktif di waktu malam?
15- Anda cuba untuk mengenali diri sendiri kerana anda rasa anda 'berlainan' dari orang lain?
16- Anda suka memerhati kejadian alam dan sesuatu teknikal/mechnical/system?
17- Anda berasa sistem pemerintahan atau sistem dunia sekarang ini tidak sesuai untuk anda
18- Anda mudah berasa bosan bila membuat sesuatu perkara dan cuba membuat perkara lain pula? 19- Ada orang memberitahu anda bahawa pandangan mata anda seperti serigala/suka tenung/punyai aura yang kuat?
20- Anda sering mahu BUNUH DIRI bila semua kehendak anda tidak dipenuhi?
21- Anda berasa diri anda INDIGO?

Fakta: Kanak-kanak INDIGO kini bukan lagi kanak-kanak, tetapi sudah remaja. Dan tika ini, ramai INDIGO yang hadapi masalah pada diri mereka kerana sukar untuk meletakkan diri mereka di sistem dunia. Akibatnya, ramai INDIGO yang alami stress dan melibatkan diri dengan gejala dadah, sexsual dan bunuh diri. Ini kerana mereka cuba melupakan tentang KEISTIMEWAAN diri mereka dan mahu meletakkan diri dalam masyarakat. Akibatnya, mereka 'memusnahkan diri mereka'.

INDIGO KINI DALAM TAHUN-TAHUN KRISIS, BERSABAR DAN BERTENANGLAH!!!

Untuk melindungi dan membawa mereka ke jalan selamat, kerajaan atau suatu organisasi haruslah bersatupadu dalam memberi peluang kepada mereka dalam menjana IDEA, KREATIVITI dan EXPRESSI kerana kemahuan mereka dalam mengubah bumi yang lebih aman, adalah terlalu tinggi. Star children ni berperanan untuk membina bumi yang aman dan naikkan ketamadunan manusia.. tapi creativiti, dan kehendak mereka biasanya akan di tolak oleh orang tua kerana tidak selari dengan kehendak sistem lama. INDIGO tika ini masih remaja dan tak mampu untuk ambil alih apa-apa sistem dunia.. mereka hanya boleh memberontak semata-mata.kecuali ada sesuatu organisasi yang memahami mereka dan beri panduan pada mereka untuk explore potensi diri.

Tahukah anda:

Di CHINA dan USA, mereka tahu perihal ini dan mereka beri bantuan kewangan dan pelajaran pada budak-budak ini. Ada budak berumur 13 tahun dan mendapat PHD serta di berikan kerja di organisasi penyelidikan. DI CHINA, kerajaan mereka melancarkan projek Star Children dan berjaya mengesan seramai 100,000 kanak-kanak yang berpotensi. Dan ada kanak-kanak ini di beri peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi dan melakukan kajian dalam kerajaan.

petikan dari : http://nusanaga.blogspot.com/2014/06/star-children-kanak-kanak-indigo.html

1 comment:

  1. ironinye- aku mendapat 16 jawapan ya- jujur aku pada diriku- memang ya- tapi ad sikit beza-

    ReplyDelete