Showing posts with label ADAM. Show all posts
Showing posts with label ADAM. Show all posts

Tuesday, September 9, 2014

The MATRIX - INTRO

PENGENALAN KEPADA PENGAJIAN "THE MATRIX"

"Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama..." (AlQuran 2:31)



Apakah Matrix itu?Matematik?MLM?

atau kad matriks?;>


Matrix ialah bergantung kepada
 APA YANG ANDA PERCAYA.


Bagaimana rupanya?Apa yang ada di dalamnya?


Lama sebelum filem The Matrix yang pertama ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh dunia,beberapa kelompok pemikir dari kalangan Barat telah menemui sedikit kenyataan serta hakikat sebenar dari dunia dan alam kehidupan yang manusia alami.Kelompok pemikir ini telah mengkaji dari pelbagai-bagai sumber;dan di sana ada dua sumber utama yang menjadi tunjang kepada pengetahuan The Matrix,esoterik Hindu dan satu lagi sumber yang mereka rahsiakan kepada umum.

Asas kepada pengetahuan yang mereka gali dari kerohanian di dunia sebelah Timur inilah yang menjadi kuasa kepada pergerakan New Age dan Theosofi.

Selama beratus tahun sebelum pergerakan New Age wujud,pelbagai aliran kerohanian telah muncul bak cendawan selepas hujan di beberapa bahagian Eropah.Rosicrusian,Martinism,Gnostic,Cathars dan banyak lagi termasuk pergerakan 'illumination' dan berasaskan Kabbalah yang berkembang selaras dengan pertembungan budaya Barat-Timur sama ada berpunca dari kegiatan perdagangan mahupun peperangan.Para pendiri aliran-aliran kerohanian ini telah mengembara ke seluruh pelusuk dunia Timur;di mana dapat dipecahkan kepada dua destinasi utama sumber ajaran kerohanian dunia, Timur Tengah dan Indo-Asia.Mereka telah berguru dengan pelbagai guru kerohanian Timur;shaman,tukang tilik,ahli sihir,ahli sufi,pemuka-pemuka agama,pendeta,para sami,dukun dan sebagainya semata-mata untuk menjawab pertanyaan ini:

"SIAPA KITA DAN APA TUJUAN HIDUP KITA?"

Inilah asal-usul bermulanya idea The Matrix sehinggalah Wachowski Brothers mula mengarahkan filem yang popular itu lewat menanti menjelangnya alaf baru.

Sebenarnya,sebelum kesedaran dan pengetahuan rahsia ini timbul dari kalangan orang-orang Barat,pengetahuan rahsia alam dan kehidupan telah lama berlegar-legar di kalangan orang-orang sebelah Timur.Di dunia sebelah Timur di mana agama-agama besar dunia berasal,adalah sumber dan pusat kegiatan spiritual.Dalam pada itu masyarakat sebelah Barat masih teraba-raba dalam zaman gelap yang panjang,menganut fahaman animisme dan pagan,membersihkan diri dengan air kencing sendiri dan sekurang-kurang tamadun Yunani dan Rom lah lebih maju sedikit dengan sistem dewa-dewi yang lebih sistematik dan kelahiran ahli-ahli falsafah yang pada hakikatnya majoriti darinya bergurukan ahli falsafah Timur,sebahagian besarnya dimanfaatkan ketika perang seperti perang dengan Empayar Parsi dan kaum-kaum yang digelar mereka 'barbarian'.Pelbagai falsafah dan pemikiran tentang hakikat dan rahsia disebalik kehidupan menjadi asam garam dan makanan di kalangan penduduk Asia kuno.Pengetahuan rahsia ini tidak syak lagi telah diajarkan oleh orang-orang yang bijak pandai di kalangan mereka,kadangkala digelar ORANG SUCI.

Orang-orang suci inilah menjadi misteri.Di sebelah Benua Kecil,India telah muncul para rishi yang mengajarkan hikmah kehidupan kepada penduduk asli India yang kurang bertamadun.Pada awalnya mereka mengajarkan bahawa TUHAN ITU SATU,satu entiti yang digelar Brahman.Itulah hikmah pertama yang paling kuno di mana ketika itu ajaran tersebut tidaklah dikenali sebagai Hindu (di mana konotasi 'Hindu' sebenarnya dipopularkan orang-orang Barat) tetapi satu ajaran suci yang dipercayai berasal dari para utusan Tuhan.Kajian juga mendapati bahawa ajaran-ajaran yang lebih maju dan sistematik di dalam sejarah kuno Hindu sebenarnya dibawa ketika penaklukan bangsa Aryan dari kawasan Asia Tengah ke atas India Dravidia iaitu penduduk asli India yang masih bercawat dan duduk di pinggir-pinggir hutan beribu-ribu tahun dahulu.Bangsa Aryan yang lebih maju dan bertamadun ini membawa bersama-sama mereka ajaran kerohanian mereka;pengetahuan tentang entiti yang dikenali sebagai Tuhan dan rahsia kehidupan manusia.Teks-teks Sanskrit kuno ada menyatakan tentang rahsia penciptaan alam semesta dan para utusan Tuhan,di mana terdapat nama-nama yang menyebut perihal Ibrahim dan Muhammad dalam lenggok sanskrit kuno (rujuk Rig Veda).Ini tidaklah menghairankan apabila para pengkaji manuskrip Sanskrit-Hindu pada hari ini telah telah mendapati bahawa kitab Rig Veda yang merupakan paling tertua di antara kitab-kitab Veda yang lain mengandungi peristiwa-peristiwa berkenaan raja-raja Babilon dan Mesir serta peperangan mereka.Lebih menarik lagi,ditemui kenyataan bahawa seperlima daripada Rig Veda adalah berasal daripada kitab-kitab Babilon Kuno (Dr. Pran Nath,Times of India).

Terdapat banyak lagi kenyataan yang menggemparkan di dalam teks-teks kuno Hindu termasuk di dalam Upanishad,Purana dan Antharva Veda,menunjukkan satu bukti terahsia selama beribu-ribu tahun- bahawa pengetahuan The Matrix (merujuk kepada pengetahuan rahsia ini) sebenarnya telah diajarkan oleh para rishi bersumber dari wahyu yang diterima dari para utusan Tuhan;para nabi yang mulia.Dan akhirnya bersumber dari The Source;Allah Rabbul Izzati (sesetengah bukti dari manuskrip Hindu menunjukkan rishi iaitu guru kerohanian itulah para nabi).Kajian yang lebih lanjut ke atas teks-teks Babilon dan Sumeria pula,sebahagian besarnya masih dalam tulisan pepaku (cuneiform) menunjukkan kehadiran para utusan Tuhan yang mengajarkan hikmah kehidupan dan pengetahuan TUHAN YANG SATU.Ini tidak termasuk teks-teks kuno dari warisan Judeo-Kristian,iaitu Yahudi dan Nasrani seperti Injil dan Taurat berserta suhuf-suhuf serta zabur (psalms,hynms) nabi-nabi dari kalangan Yahudi seperti Ezekiel,Jeremiah,Ezra dan lainnya yang sudah dahulu ditemui tentang agama Tauhid,para Kekasih-Nya dan 'The One',Muhammad yang misteri;tercantum dalam ramalan-ramalan tua (prophecies),puji-pujian,hikayat serta nyanyian keagamaan (hymns) berusia beribu tahun.Benarlah bahawa agama Tuhan itu telah disebarkan ke seluruh dunia oleh orang-orang pilihan-Nya dan benarlah kata-kata AlQuran yang mulia:

"Sesungguhnya Kami mengutus kamu dengan membawa kebenaran sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan. Dan tidak ada suatu umat pun melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan". (AlQuran 35:24)


Pengetahuan The Matrix (istilah ini diambil dari sensasi filemnya-mewakili perspektif terkini kerohanian) adalah rahsia turun-temurun dari Sang Pencipta kepada yang diciptakannya.Sang Pencipta yang Maha Tunggal apabila menciptakan makhluk-makhluk dari zatnya yang Maha Suci;berkehendakkan INGIN DIKENAL;maka pengetahuan mencari dan mengenali Sang Pencipta inilah menjadi rahsia yang teragung yang ingin dicari zat-zat yang tercipta dari Zat Induk;Allah Rabbul Izzati (The Source).


"Dan Dia mengajarkan kepada Adam NAMA-NAMA seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku NAMA-NAMA itu jika kamu mamang benar orang-orang yang benar!"

"Mereka menjawab: "Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana"


"Allah berfirman: "Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka NAMA-NAMA ini." Maka setelah diberitahukannya kepada mereka NAMA-NAMA itu, Allah berfirman: "Bukankah sudah Ku katakan kepadamu, bahwa sesungguhnya Aku mengetahui rahsia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan?" (AlBaqarah ayat 31-33)

Pengetahuan ini telah disebarkan oleh orang-orang pilihan-Nya iaitu para Nabi dan Rasul sejak Bumi diduduki manusia pertama Adam (juga salah seorang nabi) hinggalah ke nabi yang terakhir,Muhammad s.a.w dan disambung oleh para mukmin pewaris para nabi sampailah ke hari ini-zaman komputer,televisyen dan telefon bimbit.


The Matrix adalah bukan sekadar teknologi komputer dan aksi kungfu ala Hollywood,tetapi ada maksud tersirat darinya.Soalannya sekarang:

"Bagaimana Hollywood mengadaptasi pengetahuan rahsia ini ke dalam filem dan dari mana mereka mengetahuinya?"

Jika anda membaca bahagian awal artikel ini,anda akan tahu satu sumber para pemikir Barat ini...

Tetapi ada satu sumber lain yang dirahsiakan mereka...

Sumber rahsia ini pula berpecah kepada dua bahagian;satu sumber rahsia yang mereka rahsiakan kepada umum

dan satu lagi rahsia yang mereka tidak ingin dunia tahu inilah sumber rahsia mereka...

Keliru?

Di sini ada satu jigsaw puzzle.

Bahagian rahsia yang mereka rahsiakan kepada umum adalah rahsia yang mereka pelajari dari para syaitan dan Iblis Laknatullah,sebahagiannya melalui bantuan Dajal Laknatullah,'syaitan manusia' kesayangan Iblis.Pengetahuan ini disebarkan melalui pelbagai cara;melalui mimpi atau suara bisikan yang dimainkan oleh syaitan,penjelmaan Iblis atau syaitan peringkat tinggi kepada bentuk manusia dan bantuan Dajal Al-Masih Laknatullah.Pengetahuan ini biasanya telah diselewengkan di sana-sini,bertujuan menyesatkan manusia.Terdapat beberapa bahagian dikekalkan kebenarannya bagi menampakkan keaslian dan keunggulannya.Ada yang ditokok tambah menjadikannya 'multilayer' (rujuk jigsclue #001)

Iblis Laknatullah sebelum bergelar Makhluk yang Terkutuk adalah bekas Ketua Para Malaikat.Gelarannya Izazil(Azazel),dia adalah makhluk yang paling taat dan rapat dengan Tuhan Maha Perkasa.Sejak dari kecil dia telah diajar rahsia-rahsia dan pengetahuan agung menjadikan dirinya dihormati oleh para malaikat yang lain.TETAPI ILMU YANG BANYAK TIDAK CUKUP,IMAN YANG MANTAP DIPERLUKAN UNTUK MEMBACA SETIAP PERMAINAN DAN UJIAN TUHAN.Akhirnya dia tertipu nafsu sendiri dalam peristiwa dirinya dan Nabi Adam yang ketika itu baru diciptakan.

The Matrix adalah kisah pencarian manusia kepada asal-usulnya;dari mana dia datang,di mana dia dan ke mana dia akan pergi.

"You're going to have to make a choice..."
(Oracle -The Matrix)


Setiap orang diberi masa dan pilihan.

“Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan.” (Al–Balad 90:10)

MASALAHNYA IALAH PILIHAN.Dan setiap orang bertanggungjawab terhadap pilihan masing-masing.

"Choice. The problem is choice"
(Neo -MatrixReloaded)


Tetapi ada satu rahsia lain...

Di peringkat lebih tinggi,PILIHAN bukanlah permasalahan penting lagi

"Because you didn't come here to make the choice, you've already made it. You're here to try to understand why you made it..."
(Oracle - MatrixReloaded)


Hakikat yang paling mendalam sebenarnya TIADA PILIHAN.Pilihan adalah ilusi,digunakan untuk menguji manusia.

"No. Wrong. Choice is an illusion, created between those with power..."
(Merovingian -MatrixReloaded)


Zat-zat lain mencari-cari pilihan dan menghabiskan masanya membuat pilihan padahal mereka sebenarnya telahpun memilih

Zat-zat lain pula belajar memahami mengapa ia membuat pilihan itu...

Allah Swt berfirman: "Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi". (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)", atau agar kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya orang-orang tua kami telah mempersekutukan Tuhan sejak dahulu, sedang kami ini adalah anak-anak keturunan yang (datang) sesudah mereka. Maka, apakah Engkau akan membinasakan kami karena perbuatan orang-orang yang sesat dahulu" (QS. Al A'raf: 172-173)

Rupa-rupanya di alam roh ('the real world'),manusia telah pun mengaku "Allah adalah TUHAN" sebelum masuk ke "MATRIX" lagi!!



Kami mengalu-ngalukan anda...

dipetik dari : http://re-matrix.blogspot.com/2011/11/pengenalan-kepada-pengajian-matrix.html

Monday, September 8, 2014

BANI MIM - tak hilang di dunia

BANGSA 'MIM' – tak hilang di dunia (siri 1)

Pengenalan


Bangsa di raja. Itulah ungkapan yang terungkap kali pertama bila saya melihat gambaran sepenuhnya tentang apa yang berlaku sejak dulu hingga kini. Ungkapan itu terhasil bila saya membuat kajian mengenai ‘asalnya Melayu’. Pada mulanya, saya tidak berminat mengenai sejarah lebih-lebih lagi kalau melibatkan sejarah tempatan atau asia tenggara. Ia langsung tidak terlintas untuk saya mengetahui mengenai sejarah sendiri. Apa yang saya suka ialah sejarah mesir kuno, Babylon dan seumpamanya. Selain itu, saya juga suka dengan sejarah-sejarah eropah. Lantas saya berfikir, kenapa perlu saya menyukai sejarah negara dan bangsa orang lain? Pada mulanya, saya ingatkan saya seorang yang mempunyai tabiat begitu, tapi rupanya ramai rakan saya yang berminat pada skop sejarah yang sama. Sejarah orang di kaji, sejarah sendiri di biar pergi.
Mungkin agak awal untuk saya mengeluarkan teori perihal bangsa ‘Melayu’ ini, tapi sedikit sebanyak, karya ini adalah sebagai ‘pit stop’ untuk saya mendedahkan apa yang terbuku di fikiran saya. Di samping itu juga, di harap karya ini akan menyedarkan ‘melayu’ yang sebenarnya sedang tidur nyeyak sedangkan musuh-musuh sedang mencucuk luka.Bukan senang untuk mengeluarkan teori ‘Bangsa Diraja’ ini. Ia terhasil selepas beberapa teori-teori saya yang lain seperti ‘returning to motherland’ dan ‘bangsa jurai kenabian’. Saya tidak pasti bukti yang saya ada atau bahan baca saya sudah cukup atau belum untuk membuktikan teori terbaru saya ini.

Walaubagaimanapun, manusia tetap manusia. Walaupun di beri bukti sebesar gunung sekalipun, mereka tetap meragui dan mahukan bukti seterusnya. Manusia nafsunya tidak puas dan meragui apa yang tidak sealiran dengan mereka. Hanya dengan ‘open-minded’, ‘bersederhana’ dan bersifat ‘universal’, barulah kita dapat menerima pelbagai teori dan menyerap masuk dalam idealogi kita sendiri. 

Jadi, karya ini mungkin dapat membantu kita semua dalam mengenali bangsa yang kompleks serta misteri ini. Inilah kajian saya dan inilah luahan hati saya. Jangan bimbang, saya tidak mahu mengumpul pengikut atau musuh mahupun harta kekayaan. Saya lakukan kerana saya ‘dipaksa’ oleh diri sendiri. Jika tidak berkongsi, saya berasa ‘sengsara’. Jadi, dengan berkongsi, mereka yang mempercayai dan berfikir serta mengambil langkah seterusnya itulah ‘syurga kesenangan’ saya. Moga kita dapat mereka-cipta dunia yang lebih baik dengan keizinanNYA.


Permulaan kepada kajian

Segala-galanya bermula bila saya menyertai beberapa forum di internet. Pada mulanya, kami lebih membincangkan tentang sejarah mesir lama, tamadunan sumeria, dan beberapa misteri keagamaan seperti tabut as-sakinah, huyun hayat, spear of destiny, annunaki, lost word of god dan lain-lain. Kami berbincang berasaskan sumber-sumber internet dan buku-buku yang kebanyakkannya dari barat. Kami berbincang sehinggalah kami berada di titik penghabisan. Kami tidak tahu apa lagi yang harus di bincangkan. Kemudiannya, datang seorang hamba ALLAH yang membuat ‘onar’ di forum itu dengan membuka ‘thread’ yang berbaur kesufian. Ia membuka minda kami ke arah yang cukup berbeza. Pada ketika itu, kami tinggalkan semua perkara yang berkaitan dengan sejarah. Setelah terpesona dengan Sufism yang sepatutunya menjadi ‘basic’ dari diri seseorang muslim itu, saya mula mencari guru tarikat dan berjumpa dengan guru-guru tidak formal untuk bertanyakan apa yang bermain di benak saya ketika itu. Kebanyakkannya adalah mengenai sufi dan hakikat dunia.Kemudian, pada tahun 2009, saya harus siapkan thesis untuk subjek wajib di peringkat ijazah di sebuah university tempatan. Dari situ, saya buntu kerana tidak mengetahui apa yang harus saya selidik dan kaji. Pada tika itu juga, saya suka membaca siri ‘Alter Melayu’ dari mistisfiles.blogspot.com. Dari situ, saya mula teringat tentang perbincangan kami di awal pembabitan saya dalam dunia forum internet.Pada awal pembabitan dalam dunia forum intenet, perbincangan kami mengenai sejarah dunia ibarat ‘tuang air ke daun keladi’. Ia kerana itu semua setakat di dalam internet dan kami langsung tidak mengambil iktibar tentangnya. Ia ibarat berbincang di kedai kopi. Kosong dan tiada isi. Apabila memasuki dunia sufi, saya mulai nampak tentang hakikat setiap perkara yang berlaku dan barulah saya tahu, setiap apa yang berlaku itu tidak sia-sia.Dengan nekad, saya memilih tajuk kajian mengenai melayu ke dalam Thesis saya biarpun ia agak kelihatan janggal. Pada waktu yang sama juga, seorang hamba ALLAH yang tinggal di Eropah telah memasukkan duit kedalam akuan Pay Pal saya. Dari situ saya membeli buku ‘Eden in the East’ serta ‘Polynesian Research’. Saya cukup berterima kasih kepada hamba ALLAH itu dan mudah-mudahan hidupnya di sempurnakan. Dari situ, pengembaraan saya dalam kajian mengenai ‘Melayu’ bermula. Biarpun kadang-kala di sindir dan di pandang ‘pelik’ dalam kajian ini, tapi saya tidak berputus asa kerana seolah-olah, itulah misi saya. Hidup tanpa misi adalah ibarat robot. Hidup dengan rutin yang sama dan tiada kesempurnaan sebagai ‘insan’. Jadi, di harap kajian saya ini dapat memberi kebaikan kepada ‘melayu’ yang lainnya dan semua yang berada di dunia ini hendaknya.

Umat Yang Satu

“Manusia dahulunya hanyalah satu umat, kemudian mereka berselisih . Kalau tidaklah karena suatu ketetapan yang telah ada dari Tuhanmu dahulu , pastilah telah diberi keputusan di antara mereka, tentang apa yang mereka perselisihkan itu.” 
Surah Yunus, ayat 19

Itulah permulaan kepada kini dan permulaan kepada pentas dunia yang kita lihat kini. Umat yang satu dari diri yang satu. Pada tekaan awalnya, itulah umat nabi adam. Hanya Adam dan Hawa serta beberapa orang anaknya. Jika kita melihat sepintas lalu, itulah yang kita akan dapati. Jika di kaji terma ‘umat’ itu, ia bererti ‘segolongan manusia yang berkelompok yang mempunyai kesamaan’. Terma ‘segolongan’ itu pula bukannya bermaksud 10-100 orang, bahkan ia adalah melibat ribuan orang. Ia adalah mengenai Umat, bukannya kaum atau kumpulan manusia.
Setahu saya, nabi Adam mempunyai umur yang cukup panjang dan di katakan umurnya melebihi 1000 tahun. Kemudiannya, legasinya di teruskan oleh anak cucunya. Dalam usia 1000 tahun dan di sambung oleh anak cucunya yang mungkin melangkaui umur ratusan tahun itu, pelbagai usaha dapat di buat.
Apa yang saya maksudkan ialah, perkembangan manusia bermula dari Adam itu cukup produktif. Jarak Adam sehinggalah cucunya Nabi Idris adalah cukup lama. Tapi, saya rasa kita akan berfikir bahawa orang zaman dulu hidupnya di gua-gua serta memburu bintang dengan tombak dan sebagainya, meskipun usia mereka melampaui ratusan tahun.“Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu mamang benar orang-orang yang benar!"
Surah Al-Baqarah, ayat 31

Allah telah mengajar Adam mengenai ‘nama-nama’. Di dalam dunia sufi (hakikat dan makrifat), nama-nama (ismu) adalah tentang kerahsiaan. Dunia di cipta kerana adanya ‘nama’. ZatNYA yang di ‘maujud’kan harus mempunyai nama. Dari ‘nama’ itu, terbitlah ‘sifat’ dan dari ‘sifat’ terbitlah ‘kelakuan’.
ADAM TELAH DI AJAR TENTANG SEGALA-GALANYA TENTANG DUNIA DAN AKHIRAT.

Jika Adam yang ‘bijaksana’ itu tinggal di gua-gua dan memburu binatang dengan tombak, apakah ia menentang apa yang telah di beritahu di dalam Quran?! Dan adakah Adam hanya mengunakan ‘kebijaksanaan’ itu hanya untuk diri sendiri. Sudah tentu tidak. Ia akan di ‘wasiat’kan kepada anak cucunya yang terpilih. 

Kenapa terpilih?
Ini kerana peristiwa Habil dan Qabil itu memulakan peristiwa baru yang belum pernah terjadi sebelum ini di era ADAM. Ia adalah lambing kepada jahat dan baik, ego dan ikhlas, patuh dan engkar dan sebagainya. Jadi, wasiat ‘nama-nama’ ini di serahkan kepada siapa? Itulah persoalannya, tapi jika di amati, wasiat itu kita akan dapat lihat pada perilaku Nabi Idris a.s. 


Harus di ingat formula ini:

ZATNYA – NAMA – SIFAT PADA NAMA – KELAKUAN PADA SIFAT

Contoh: ALLAH mencipta sesuatu benda yang bercahaya dan menjadi penyuluh di malam hari. Nama kepada benda itu ialah Bulan. Bulan di panggil oleh rumpun Melayu. Moon di panggil oleh barat dan Qamar di panggil oleh Arab. Nama ialah isyarat untuk berkomunikasi. Sifat kepada nama ‘Bulan’ tadi itu adalah seperti bercahaya dan cantik. Kelakuan pada sifat itu pula, bulan hanya muncul di waktu malam. Dek kerana itulah di kelihatan cantik kerana tiada benda lain yang lebih terang di langit selain bulan.

Formula inilah yang menyebabkan wali-wali ALLAH mampu melakukan perkara di luar adat. Apa yang pasti, kita harus tahu di mana hendak ‘dijatuh’kan iktikad itu dan setakat mana keyakinan kita pada aturan itu. Dari mana saya tahu tentang ini? Tidak lain tidak bukan, dari pengembaraan saya di dalam dunia ‘sufi’ dan kedegilan saya untuk membantu ‘melayu’.

Formula inilah yang mampun untuk ADAM dan anak cucunya membina sesuatu di dunia ini. ADAM adalah khalifah pertama. Khalifah bermaksud ‘wakil tuhan untuk mengurus dunia’. Dari situ, dengan kemampuan luar biasa yang di anugerahkan oleh ALLAH kepada hambaNYA, Adam, maka terciptalah satu legasi.

Dalam tempoh 1000 tahun dan dengan berbekalkan kebijaksanaan ‘nama-nama sekaliannya’ itu, Adam mampu mengolah fizikal dan spiritual atau mungkin perkara yang tidak kita ketahui. Tidak mustahil dalam tempoh 1000 tahun itu, Adam tidak ‘mencipta’ syurga untuk isteri dan anak-anaknya. Memori syurga di dalam diri Adam itu tidak mustahil tidak di aplikasikan di dunia ini. Syurga dunia tidak akan sama dengan Syurga di ‘sana’, walaubagaimanapun, syurga dunia adalah nyata pada fizikalnya. 

Dari situ, bermulalah ketamadunan era ADAM. Legasi itu berterusan sehinggalah muncul bandar-bandar para ‘dewa’. Dewa di sini bukanlah bermaksud ‘tuhan’ selain DIA. Hanya kita saja yang mengunakan terma dewa untuk mendewa-dewakan manusia berkebolehan luar biasa ini. Saya di beritahu oleh seorang tua, bahawa ‘para dewa-dewa’ ini tidak suka bila manusia bertuhankan mereka. Bahkan mereka menyembah tuhan yang satu.

Ketamadunan ADAM itulah di gelar sebagai ‘umat yang satu’. Hidup dalam kebahagian. Walaubagaimanapun, ada perselisihan terjadi pada suatu zaman. Ia ibarat takdir yang harus di lalui oleh manusia pada era itu. Apa yang saya baca, perselisihan itu terjadi kerana ada segolongan yang tidak mempunyai ‘keluarbiasaan’ membuat onar. Ada pendapat mengatakan golongan ini bukan calang-calang orang. Mereka ini hebat dalam ilmu fizikal, lantas sebuah ketamadunan di gelar Atlantis di bina. 

Pada era ADAM, manusia terdiri dari keluarga diraja, para pedagang, pekerja dan penyelidik. Tapi, ada di antara golongan-golongan ini tidak menyukai ‘para dewa’ yang mengurus bumi sebagai khalifah. Dek kerana itulah mereka berdendam dan cuba menjadi ‘tuhan’. Perselisihan ini kemudiannya menyebabkan perang yang amat besar dan ia ada di nyatakan dalam hikayat Ramayana dan Mahabrata. 

AKhirnya perang ini menyebabkan kedua-dua golongan ini rugi lantas berpecah. inilah perang antara Atlantis dan Lemuria. Banjir besar noh itulah yang menengelamkan segala-galanya. Tidak pula di ketahui jarak masa ADAM sehingga tempoh peristiwa banjir Nabi Nuh yang mana di simpan elok dalam memori setiap insan sejak dulu hinggalah kini. Apapun, itulah permulaan dari pengakhiran era ADAM.Apakah yang terjadi sehinggakan berlakunya perang besar yang hebat itu? Masih wujudkah ‘wasiat Adam’ dan ‘Ilmu segala’ itu? Apakah peranan dewa-dewa itu dan bagaimana mengenalinya? Apa pula kaitan Melayu dan umat yang satu ini? Nantikan siri seterusnya di nusanaga.blogspot.com.

p/s: maaf kalau ada salah silap. Jika ada komen atau pendapat serta pembetulan, sila kemukan di blog ini atau emailkan kepada hasellusiby@gmail.com. Sekian, terima kasih
……………………………………
Rujukan:-
- Al-quran dan Hadis
- Eden in the east, the drowned continent of Southeast Asia, Stephen Oppenheimer, 1998
- Walking with Abraham, Danial Koplan,1999
- Malay Archipelago, Alfred russel Wallace, 1869, London
- Atlantis, the lost continent finally found, Prof. Arysio Santos, 1997
- Finger print of God, Graham hancock, 1999
- A Malay site for a book of Mormon Event, Ralph Austin Olsen, 2007
- Encyclopedia of World Mythology, Arthor Cotterell, 2008
- Sulalat Sulatin (Malay annals) 
- Hikayat Merong Mahawangsa
- Hikayat indraputra
- Golden Khersonese, Paul Wheatley, 1966
- A history of Southeast Asia, D.G.E Hall, 1953
- The quarterly review- Polynesian researches, William Ellis, 1830
- Mistisfiles.blogspot.com
- Forum.cari.com.my (Sejarah,legenda dan mitos)
- Forum atasbawah.com


-DIPETIK DARI : 
http://www.nusanaga.blogspot.com/2009/10/bangsa-mim-takkan-hilang-di-dunia-siri.html