Showing posts with label nusanaga. Show all posts
Showing posts with label nusanaga. Show all posts

Thursday, February 12, 2015

DIMANA MELAYU TIKA DUNIA SEDANG BERUBAH ERA



selepas era revolusi industri hingga kini, kita di anggap sebagai marvel of human civilization sebab dengan pencapaian moden, kita telah jauh meninggalkan ketamadunan lampau. cumanya, what next?

era digital di anggap sebagai pemula arah ke suatu era baru. dan di anggap sebagai pembuka pintu era 4 dimensi. atau lebih best di panggil, era dunia baru. selain dari tu, manusia mulai menuju hubungan intergalactic yg mana manusia dah bersedia untuk explore melebihi bumi. jadi, di mana MELAYU ketika dunia sedang menuju era baru?

rata-rata kini melayu dan umat islam menanti dengan penuh harapan supaya imam mahdi akan memimpin mereka. Tahukah anda bahawa ketika mongol menyerang Abasiyah dulu, mereka juga berharap perkara yang sama. Sedangkan ketika itu, tamadun Islam di tahap tertinggi. Tapi kenapa mereka kalah teruk sedangkan mereka punyai ketamadunan yang hebat? Kalah dengan babarian dari padang rumput?

Ini terjadi bila umat islam ketika itu saling bertanya-tanya sesama sendiri, apakah kita sudah di puncak ketamadunan?! Apakah telah kita habis mengkaji. Akibatnya, mereka berhenti mengkaji. Tanpa sedar, musuh mula merancang untuk menjarah mereka.

Begitu jugalah kita sekarang. Kita takut untuk mengkaji, kononnya kita mencabar tuhan. itu bukan. tuhan tetap agong. manusia kena explore apa yang telah di cipta untuk mereka. sudah tiba masa kita, orang melayu dan islam membina sesuatu untuk menuju era baru. insyallah

EXACT "COPY PASTED" FROM : http://nusanaga.blogspot.com/2014/12/dimana-melayu-tika-dunia-sedang-berubah.html

Monday, September 8, 2014

NUR MUHAMMAD itu mula NYATA SEGALA KAZANAH

PETIKAN DARI KITAB SIRRUL ASRAR(TERJEMAHAN)
Permulaan Penciptaan
Semoga Allah s.w.t memberikan kamu kejayaan di dalam amalan2 kamu yg disukaiNya dan semoga kamu memperolehi keredaanNya. Fikirkan, tekankan kepada pemikiran kamu dan fahamkan apa yang aku katakan.

Allah Yang Maha Tinggi pada permulaannya menciptakan cahaya
Muhammad daripada cahaya suci KeindahanNya. Dalam Hadis Qudsi Dia berfirman :

"Aku ciptakan Ruh Muhammad daripada cahaya Wajah-Ku."



Ini dinyatakan juga oleh Nabi Muhammad S.A.W dengan sabdanya :

"Mula2 Allah ciptakan ruhku. Pada permulaannya diciptakanNya sebagai ruh yg suci."
"Mula2 Allah ciptakan adalah Qalam."
"Mula2 Allah ciptakan Aqal."

Apa yang dimaksudkan dengan ciptaan permulaan itu ialah ciptaan "hakikat" kepada Nabi Muhammad S.A.W, kebenaran tentang Muhammad yang tersembunyi. Dia juga diberi nama yang indah2.

Dia dinamakan nur, cahaya suci kerana dia dipersucikan dari kegelapan yang tersembunyi di bawah sifat jalal Allah, Allah Yang Maha Tinggi berfirman :

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu dari Allah, cahaya dan kitab yang menerangkan". (Al-Maaidah, ayat 15)

Dia dinamakan akal yang meliputi (Akal Universal) kerana dia telah melihat dan mengenali segala-galanya.

Dia dinamakan qalam kerana dia menyebarkan hikmah dan ilmu dan dia mencurahkan ilmu ke dalam huruf2.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------




PENERANGAN NUSANAGA


Jika dikaji kisah penciptaan dari pelbagai agama atau teori, kalian akan jumpai apa yang dinamakan "Immortal flame/Internal flame/Undestroyable Flame."

Pada era tiada apa2, bukan gelap bukan sunyi. Bermulah satu cahaya yang menerangi alam (dibaca: me'nyata'kan alam atau me'real'kan alam). Firman Allah : "Biarlah ujud cahaya atas cahaya - Nuurun alaa Nuur".

Dari saat itu, wujud yang dinamakan 'awal@permulaan' sedangkan pada mulanya tiada apa2 istilah wujud.

Maka, kewujudan bermula bila cahaya tadi menampakkan segalanya. Kekuasaan, keilmuan, kebijaksanaan yang pencipta di terjemahkan oleh cahaya tadi dengan wujudnya kehidupan pada keujudan.

Istilah Nur Muhammad ini diambil sempena nama Nabi Muhammad SAW sedangkan cahaya itu di gelarkan dengan perlbagai nama. Cahaya ini di puji kerana kehidupan bermula dengannya. Umpama kita, kalau berada dalam bilik gelap tiada satu pun yang ada. Kita tidak nampak kehidupan di situ melainkan yang ada hanya "RASA WUJUD", atau "KESEDARAN DIRI ITU WUJUD". Jadi Nur Muhammad ini di gelar begitu kerana cahaya yang di puji.

ALLAH SELAWAT KE ATAS MUHAMMAD SAW KERANA CAHAYANYA.






TRIBUTE : Bro Aixa Adli@ Aizverus
dipetik dari : http://nusanaga.blogspot.com/2014/08/nur-muhammad-itu-mula-nyata-segala.html