Tuesday, May 24, 2011

NABI MUHAMMAD SAW SEPERTI YANG DISEBUT DALAM KITAB ZEND AVISTA(ZOROASTER).

NABI MUHAMMAD SAW SEPERTI YANG DISEBUT DALAM KITAB ZEND AVISTA(ZOROASTER).

Ada dinyatakan dalam kitab suci umat Zoroaster iaitu Avesta Farvadhin Yasht, bab 28, ayat 129 (Kitab Suci Timur,Volume 23,Zend Avesta Bahagian 2, muka surat 220), yang berbunyi kira-kira begini :

"Dialah yang namanya akan diberi kejayaan mutlak, Soeshyant yang akan diberi nama Astvat-ereta. Dia akan menjadi Soeshyant (Yang membawa rahmat), kerana baginda akan memberi manfaat kepada seluruh dunia ini. Baginda bergelar Astvat-ereta (yang memberi cahaya kepada makhluk) kerana sesungguhnya, sebagai manusia yang berjasad kasar dan ruh yang hidup, akan bangkit untuk menentang segala kezaliman, memerangi mereka yang memuja-muja dadah dan arak memabukkan, baginda akan bangkit menentang segala kejahatan dan kezaliman yang datang dari orang-orang yang pernah beriman(penyembah berhala, dan aliran kesesatan lain, seperti kesilapan puak Mazda', yang awalnya diajar menyembah Zat yang Satu)".

Ramalan dalam kitab ini tidaklah menepati karakter lain, melainkan untuk insan sempurna Nabi Muhammad SAW.

Baginda Nabi Muhammad SAW bukan sahaja berjaya menakluk Mekah dengan jaya tetapi juga melepaskan musuh-musuh yang dahaga darah dan sentiasa menganiayai golongan Muslim dengan bersabda : "Hari ini, tiada perseteruan antara kami denganmu."

Soeshyant membawa maksud 'yang Terpuji', yang dalam bahasa Arabnya berbunyi Muhammad (SAW).

Astvat-ereta pula diambil dari gabungan perkataan Astu yang berasal dari bahasa Sanskrit dan digunapakai juga dalam kitab Zend yang membawa maksud 'puji-pujian'. Bahasa Parsi yang ada sehingga sekarang juga maksudnya adalah sedemikia. Dan juga perkataan Istadan yang bermaksud 'seorang yang menaikkan martabat sesuatu'. Oleh itu, Astvat-ereta bermaksud 'orang yang terpuji', dan inilah pernyataan yang tepat merujuk perkataan 'Ahmad' iaitu satu lagi nama bagi Nabi Muhammad SAW. Ramalan ini menyatakan kedua-dua nama tersebut dengan jelas menurut bahasa mereka. Nabi seterusnya ada juga menyatakan yang dia diutus untuk menerangi dunia nyata dan dibenarkan kitab Al-Quran dalam Surah Al-Anbiya', bab 21, ayat 107 :

"Kami hantar kamu sebagai suatu rahmat kepada sekalian alam". (Al-Quran 21:107)

Berkenaan Sahabat-Sahabat Rasulullah SAW.

Dalam kitab suci Zend Avesta, Yasht, bab 16, ayat 95 (Kitab Suci Timur,Volume 23 Zend Avesta, Bahagian 2, mukasurat 308), dinyatakan :

"Dan beliau diiringi dengan para sahabat yang setia datang membantu, sahabat Astvat-ereta, yang bersifat bengis terhadap musuh kafir, bijak pemikiran, petah berkata-kata, perbuatan yang mulia, menuruti jalan yang suci dan lidah tak pernah mengucap kata-kata yang palsu."

Di sini, sekali lagi nama baginda disebut sebagai Astvat-ereta.

Ada juga disebut berkenaan Rasul SAW bersama sahabat-sahabatnya memerangi musuh, yang merupakan orang-orang bertaqwa, yang akan menentang kezaliman, suci, dan memiliki sikap-sikap yang mulia dan sentiasa bercakap benar. Sungguh ini suatu berita kebenaran yang kita dengan mengenai Rasul SAW dan para sahabatnya.

Nabi Muhammad SAW di dalam Kitab Dasatir

Inti dari ramalan-ramalan yang banyak diperkatakan di dalam Kitab Suci Dasatir adalah, di mana suatu zaman umat-umat Parsi akan membelakangkan ajaran murni agama mereka dan telah berlaku berbagi kesesatan dan penyelewengan, seorang lelaki akan bangkit dari Tanah Arabia, yang para pengikut-pengikutnya akan menawan Parsi, dan menumpaskan sang kufur Parsi. Di sebalik menghadap api suci sebagai simbol agama di rumah-rumah ibadah mereka, mereka akan bertukar menghadapkan wajah mereka ke arah Ka'abah Baitullah Ibrahim AS, yang akan dibersihkan dari berhala. Mereka(pengikut-pengikut Nabi Arab itu), akan menjadi rahmat kepada seluruh alam. Mereka akan menakluk dan menjadi tuan Parsi, Madain, Tus, Balkh, tempat-tempat suci Zoroaster, dan negeri-negeri kejiranannya. Nabi ini akan dikurnia mukjizat yang tak terbilang banyaknya.

Muhammad SAW akan jadi Rasul terakhir.

Disebutkan dalam Kitab Suci Bundahish, bab 30, ayat 6 hingga 27, yang menyatakan Soeshyant adalah merupakan Nabi yang terakhir dan mengisyaratkan sekaligus Muhammad SAW sebagai Rasul terakhir. Kitab Suci Al-Quran mengesahkan lagi berkenaan ini di dalam Surah Ahzab.

"Muhammad SAW bukanlah ayah kepada sesiapa kamu, tetapi Rasul Allah, dan penutup segala Rasul, dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan semua perkara."

(Al-Quran 33:40)

SUMBER : http://www.ilovezakirnaik.com/muhammad_prophesised/parsis.htm

No comments:

Post a Comment