Wednesday, May 25, 2011

Tribute to Highlander 07....first ZPE - Sufi relationship In Malaysia...





Dalam perjalanan mencari erti kehidupan MATRIX : Hidup INFINITI, dunia ILUSI ini.......

Pengarang amat merasakan penghargaan setinggi-tinggi perlu ditujukan kepada guru-guru yang telah mengajar kerohanian sufi dengan bersadur pengetahuan yang lebih saintifik serta telah merumus dan memudahkan pemahaman saya akan teori-teori kesufian yang rumit menjadi lebih mudah untuk difahami dan dicerna.

Highlander 07 adalah seorang tokoh misterius yang harus diingati dan diberi penghargaan, kerana merekalah yang telah bertungkus lumus dalam pengkajian kesufian tradisional, dan setelah tamat pengajian mereka bergerak ke satu lagi 'platfom' yang menyahut seruan zaman kini yang canggih dan mahu pembaharuan mengetahui tradisi-tradisi ilmu keruhanian lama, dengan cara yang lebih mudah dieksperesi berdasarkan penemuan-penemuan yang lebih modern dan saintifik. Sesungguhnya, perkara ini adalah kerana perkembangan zaman yang semakin modern memerlukan suatu kaedah penjelasan yang lebih 'direct ' dan 'more scientifically based' kerana kebanyakan manusia zaman sekarang, susah hendak di'tarbiyah' menurut skop tradisional iaitu mengaji pondok.

Beliau berjaya mengaitkan penemuan saintis baru yang berasas iaitu Zero Point Energy, iaitu suatu medan tenaga yang paling suci dan halus, yang disebut sebagai 'medan tenaga terhalus dan paling berkuasa di semesta alam'. Highlander 07 lah orang yang pertama membawa masuk kefahaman ZPE yang mudah dan dikaitkan dengan teori-teori kesufian iaitu penghasilan tenaga lataif-lataif, tenaga 'nasma' dan lain-lain tenaga yang berasal dari tenaga hayat. Highlander 07 telah berjaya memahamkan orang-orang yang berfikiran saintifik dengan suatu pemahaman yang 'clear', jelas, menepati Al-Quran dan Hadis-Hadis Soheh, dan mudah difahamkan lagi, senang diterima kefahamannya.

Untuk itu, di ruangan ini, saya ingin mengucapkan selamat dan sejahtera kepada tuan H07, walau di mana anda berada........

Saya sedekahkan Al-Fatihah yang ikhlas kepada Baginda Rasulullah SAW, para sahabat baginda, Rasul-Rasul, Nabi-Nabi,Wali-Wali, para guruku semua, dan yang terakhir untuk Sang Arif, HIGHLANDER 07...........ikhlas dariku, Shahrizal........

No comments:

Post a Comment