Taoisme juga disebut DAOISME, diamalkan dan diasaskan Lao Tse sejak akhir zaman Chunqiu. Taoisme berasaskan ajaran Tao Te Ching. Pengikut yang terkenal bagi Lao Tse adalah Zhuangzi. Menurut kitab Shi Ji, nama asli Lao Tse adalah Lier, nama panggilannya Bo Yang dan nama Almarhumnya Dan. Lao Tse(570-470 SM), dilahirkan di 'province' Qu, Chuguo yang sekarang lebih dikenali sebagai Hainan. Beliau juga terkenal sebagai sahabat Kong Hu Chu pengasas satu lagi ajaran Cina lama.
Taoisme menekankan unsur-unsur primitif untuk mencapai kehidupan yang abadi. Unsur-unsur primitif itu merupakan tenaga di dalam jiwa manusia yang hanya boleh dibangkitkan melalui amalan yoga dan tafakur apabila seseorang berjaya mengosongkan fikirannya. Selain itu, tenaga alam juga memberi kesan kepada manusia seperti melalui amalan feng shui. Penganut Taoisme perlu bertapa di gua-gua dan gunung-gunung untuk menghapuskan dosa.
Taoisme menekankan anti kebendaan yang mengajak penganut-penganutnya meninggalkan hal-hal keduniaan "duniawi" supaya mempermudahkan mereka mengenali diri mereka, dan mereka kurang menekan urusan Akhirat meskipun ada juga ditekankan unsur tersebut.
Agama Tao kemudiannya berkembang menjadi agama yang menjadi anutan ramai umat di negara Cina. Ajaran agama ini mengajarkan misteri-misteri kerohanian manusia dan jalan untuk manusia menyatu kepada Sang Wujud Hakiki iaitu Tao atau 'Dao'. Menurut Lao Tse, Tao bererti yang 'tidak berbentuk, tidak terdengar dan tidak terlihat' tetapi merupakan 'asas bagi semua kejadian benda hidup dan alam semesta'. Tao yang berwujud dalam semua benda hidup dan kebendaan digelar 'De'. Gabungan ini membentuk kesatuan dalam hirarki Taoisme.
Kitab-kitab suci dalam ajaran Taoisme termasuk Tao Te Ching dan Zhuangzi. Menurut ajaran Tao, setiap kejadian dalam dunia ini dilumrahkan berpasang-pasangan yang digelar sebagai "Yin dan Tang". Kedua unsur ini boleh dikatakan paksi 'negatif dan positif' dalam setiap kejadian dan memiliki tenaga sendiri. Setiap kejadian alam memiliki unsur ini, dan unsur ini saling melengkapi bagi menyempurnakan keseimbangan alam semesta. Contohnya setiap benda dijadikan berpasangan seperti, siang lawannya malam, panas lawannya sejuk, hidup lawannya mati, baik lawannya jahat, dan sebagainya.
Dalam pengajian masyarakat Cina, Taoisme banyak menyumbang pengaruh terbesar dalam masyarakat Cina seperti senaman Tai Chi, latihan tenaga dalam Qigong, bidang medik, kesihatan, ilmu kimia dan alchemi, musik, kesenian dan sebagainya. Sepanjang perkembangan ajaran Taoisme, ia telah melalui berbagai perubahan dari segi ajaran dan modifikasi kaedah peribadatan dan kaedah perjalanan kerohanian masing-masing. Maka wujudlah beberapa aliran yang begitu banyak dalam ajaran Tao yang memiliki ranting-ranting yang berbeza antara satu sama lainnya.
Jadi, seperti agama-agama lain, agama Taoisme yang sinonimnya dengan masyarakat Cina ini, juga tidak terlepas dari pengaruh tulisan tangan dan anasir-anasir luar ajarannya yang asli.
SUMBER : http://www.indospiritual.com/artikel_mengenal-ajaran-taoisme.html, http://ms.wikipedia.org/wiki/Taoisme
No comments:
Post a Comment