Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya masa terus beredar dengan pantas dan tiada lagi bertangguh-tangguh. Saban hari ku lihat semakin ramai insan yang bergelumang di dalam noda dan dosa yang tiada berpenghujung, termasuklah diriku yang juga kadang kala terpengaruh dengan anasir-anasir keliling serta segala sampah sarap penyakit masyarakat yang akan sering menjangkiti jiwa-jiwa insan-insan yang mahu berubah menjadi lebih baik.
Sememangnya, demikianlah lumrah alam, segala yang memaparkan CAHAYA NUR MUHAMMAD akan segera dipangkah Iblis dan konco-konconya. Ini untuk menguji janji sumpah setia kita dengan HAQ. Dan semakin tua juga dunia yang kudiami ini dalam sedar tak sedar. Saat kebangkitan akan tiba jua satu masa nanti. Saat kebangkitan MAHDI AS dan juga saat timbulnya FITNAH DAJJAL. Nauzubillah Min Zaliik. Semoga Allah SWT melindungi kita dari godaan dan fitnah Dajjal. Kalau kita teliti pula, bencana alam semakin banyak dan acap kali terjadi seolah-olah me'manifestasi'kan kemurkaan Tuhan, Allah SWT Penguasa Semesta Alam terhadap kita semua.
Tetapi, kulihat dan amati, ramai yang masih tidak mahu sedar dan terus terjerumus dalam jurang maksiat, penipuan, keingkaran bahkan kekufuran sehingga Allah SWT menampakkan kemurkaanNya di mana-mana jua sekarang ini. Jangan kita semua terkejut kiranya Allah SWT melancarkan tipu daya ke atas kita semua, kerana ALLAH MAHA MEMBALAS SEGALA TIPU DAYA. Kepada insan-insan sepertiku di luar sana, pesanku hanya satu, berhentilah berbohong, lebih-lebih lagi dalam urusan UGAMA, supaya TUHAN tidak akan MENGLAKNAT dan membalas TIPU DAYA kita. Perakuilah kekurangan dan kelemahan kita, Insha Allah akan diampuni.
Bagaimana tuan-tuan, kalau kita asyik berdegar-degar dan berbangga dengan kedatangan Imam Mahdi AS, tetapi dalam masa yang sama, masih menganggap diri mulia sedangkan perbuatan kita bercanggah dengan SyariatNYA? Bagaimana kalau Allah pusing kita, dan putar balik kita sehingga Mahadi AS tidak akan mengenali kita, sebaliknya beliau pergi ke umat lain? Ini adalah suatu pesanan kepada umat Melayu Islam yang kusanjung. Kembalikanlah Islam tulen atas dunia dan jangan lagi PUTAR BELIT dalam APA JUA URUSAN.......
Nukilan : Sang Sidi Rijjal - pencari cinta.......
No comments:
Post a Comment