Wednesday, October 26, 2011

Kisah SHRI RAMA seimbas lalu...


(Sempena Deepavali elok rasanya saya menceritakan sedikit kisah berkaitan dengan perayaan agama Hindu ini, dan untuk umat Hindu diucapkan Selamat Hari Deepavali.)



   Shri Rama atau dikenali sebagai Megat Seri Rama dalam hikayat-hikayat Melayu lama merupakan seorang utusan dari Vishnu(Tuhan) untuk umat di India. Beliau merupakan putera raja kerajaan Ayodhya di India dan merupakan kesayangan rakyat dan bakal menduduki takhta kerajaan ayahandanya yang merupakan raja kerajaan Ayodhya. Di kalangan umat Hindu, beliau dianggap seorang Avatara iaitu insan yang terpilih dan suci. Tidak mustahil bagi Islam bahawa beliau merupakan seorang Rasul atau Nabi yang telah diutus untuk umat India. Kisah-kisahnya paling banyak didapati dari Epik Ramayana.

   Lahir sebagai anak yang paling sulung kepada Kausalya, pemerintah Ayodhya dan Dashrata isterinya, Rama digelar dalam ajaran Hindu sebagai "Maryada Purushottama", iaitu Insan Yang Kamil atau Yang Menguasai Diri, atau Yang Berkebajikan. Rama merupakan suami kepada Sita, yang dalam kepercayaan Hindu merupakan Avatara Dewi Lakshmi dan merupakan manifestasi wanita sempurna.Kehidupan Shri Rama adalah berpaksikan kepada hukum-hukum Dharma meskipun dirintangi berbagai dugaan dan ujian yang berat. Demi maruah bapanya dan mengabdi kepada Tuhan, Rama meninggalkan takhta kerajaannya dan tinggal dalam pengasingan serta uzlah di hutan Pancawati. Sita telah diculik Ravana dan dibawa ke istananya dengan ilmu sihir dan penipuannya. Ravana mengirim utusan syaithannya untuk menjelma menjadi
seekor rusa emas, dan menggoda Sita untuk mendapatkannya. Lakshman diarahkan mengejar rusa itu, dan kemudian dapat membunuhnya. Bagaimanapun, syaithan itu menjerit memanggil Rama dengan menyamar sebagai suara Lashman. Setelah itu,Rama yang pada mulanya enggan keluar kerana risau keselamatan Sita juga terpaksa keluar tetapi telah memasang 'pagar ghaib' di sekeliling pondok untuk melindungi Sita. Dia berpesan supaya Sita jangan meninggalkan pondok kediaman mereka itu walau apa pun yang terjadi. Setelah peninggalan Shri Rama, maka Ravan datang dan menjelma dirinya sebagai seorang Shwami yang alim lagi bijaksana. Dia berpura-pura meminta sedekah dengan alasan Sita akan mendapat barakah dari itu. Sita yang sememangnya patuh pada Dharma dan agama keluar dari garisan 'pagar ghaib' dan
diculik Ravana yang zalim dan jahat itu.

   Sepanjang kurungan, Sita meskipun didesak untuk berkahwin dengan Ravana dan hidup dalam kemewahan sebaliknya memilih untuk hidup dalam zuhud dan pertapaan di sebuah pohon. Rama sedih dan gundah gulana sepanjang penculikan Sita dan cuba mancarinya di banyak tempat. Akhirnya, Dewa Kera Putih Hanuman yang perkasa berjaya menemui Sita di pohon berhampiran istana Ravana itu. Hanuman menyampaikan pesanan Shri Ram kepadanya yang berjanji untuk mencari dan menyelamatkannya. Setelah mendapat tahu, Hanuman kembali mendapatkan Shri Rama dan Lakshman dan mereka telah
mengumpulkan bala tentera mereka untuk menggempur kota Lanka kediaman Ravana. Mereka membina suatu tambak dengan mengumpul batu-batuan dari berbagai jenis. Yang anehnya batu-batu itu memang terapung dan ada sehingga sekarang menghubungi tanah besar India dengan Sri Lanka digelar Ram Setu.

   Setelah tiba di Lanka dan menggempur kota emas Lanka jajahan Ravana yang angkuh itu, Shri Ram telah membunuh kesemua panglima-panglima syaitan dan raksaksa Ravana yang antaranya merupakan anak-anaknya. Setelah itu Ravana sendiri telah keluar untuk beradu dan ditumpaskan Rama dengan ilmu sakti dan hikmah. Setelah itu, Rama menyelamatkan Sita dan kembali ke Ayodhya serta ditabalkan menjadi Raja.

Sidi Rijjal : Selamat Hari Raya Deepavali kepada umat Hindu dan semoga umat Hindu yang tercerah dan pernah diutus para pesuruhNya kembali kepada kebenaran yang satu yang disempurnakan Habibullah Rasulullah SAW.....Amin..........

No comments:

Post a Comment