Saturday, July 13, 2013

Selamat Berpuasa Ramadhan 1434 H.



Assalamu alaikum kepada peminat-peminat dan anda yang melayari Blog saya yang tidak seberapa ini. Hari ini sudah genap empat hari kita umat Islam berpuasa dan saya minta maaflah sebab lambat sikit mengucapkan "Selamat Menyambut Ramadhan serta Selamat Berpuasa untuk seluruh Umat Islam".

Sempena Hari Ramadhan yang jatuh pada 1434 Hijrah Tahun Islam dan bersamaan dengan 10 Julai 2013, maka ingin di sini saya menyeru kepada sahabat handai dan rakan taulan semua semoga memperbaiki diri kita dan berazam berubah diri kita dari yang buruk kepada yang baik dan yang baik kepada yang lebih baik. Sekiranya mampu, bagus juga sekiranya anda dapat melakukan suatu "Anjakan Paradigma" ke arah perubahan. Tetapi, bagi yang kurang mampu dengan kaedah itu (macam aku lah tu hehehe), sekurang-kurangnya berubahlah walaupun sedikit. Contohnya, sekiranya tahun lepas Puasa cuma buat 3-4 hari je, cubalah lebihkan bilangan, Insya Allah, akan berhasil mencapai kemuncak penyempurnaan nanti. Tetapi, kalau boleh, puasa lah penuh sebab memang wajib kita berpuasa di bulan Ramadhan ini.

Apa pun, saya ingin memberi ucapan terima kasih banyak-banyak kepada pembaca dan pengikut setia blog yang memberi sokongan padu kepada saya pengarang, dan sedar tak sedar telah pun lebih setahun Blog ini dicipta, syukur pada Allah SWT. Maka di kesempatan ini, saya ucapkan selamat berbahagia kepada anda dan moga-moga puasa anda diterima Allah SWT dan semoga kita diberi kekuatan untuk menghadapi dugaan di bulan Ramadhan ini. Amiin.........



Oleh : Sidi Rijal Tok Kajang - Selamat Berpuasa di bulan Ramadhan

No comments:

Post a Comment