Showing posts with label hakikat. Show all posts
Showing posts with label hakikat. Show all posts

Tuesday, September 9, 2014

MATRIX Special : Reality of Life on Earth

Hakikat Hidup di Matrix Dunia







Kita hidup di dunia ini sementara.Tiada manusia yang hidup kekal abadi dalam dunia ini.Malah dunia ini pun akan musnah.Jika ada manusia yang hidup melebihi usia dunia ini,maka apabila bumi ini musnah,orang tadi akan jatuh melayang-layang di alam semesta kerana tiada lagi bumi yang dapat menampung tubuhnya dan segala nafsu serakahnya.

Setiap manusia di dunia telah Allah s.w.t tentukan soal rezeki,jodoh dan mautnya.Semuanya di dalam pengetahuan Allah Yang Maha Mengetahui.Setiap pergerakan makhluknya berada dalam ilmu Allah s.w.t.Apa yang makhluknya mahu dan fikirkan,semua itu telah diketahui dahulu oleh Allah Azza Wa Jalla.Walaupun makhluknya tadi tinggal di dalam batu yang diselimuti rumpai tebal di dasar laut yang kelam di waktu malam gelap yang mendung tiada berbintang,semua itu masih berada di dalam pengetahuan Allah s.w.t.Begitu juga soal rezeki,Allah telah tetapkan seluruh urusan rezeki kepada semua makhluk-makhluknya.Tiada berlebih atau berkurang sedikit pun,semuanya telah tertulis di Lauh Mahfuz.Kita masih bernafas dan bernyawa kerana masih ada lagi rezeki Allah yang kita tidak makan,jika sudah habis rezeki Allah telah diedarkan kepada kita,maka ketika itulah sampainya ajal kita.Walaupun seseorang itu sudah jatuh dari bangunan tinggi,ditembak berulang kali,ditetak dan terbakar,jika masih ada nasi atau gandum yang menjadi rezekinya masih belum dinikmatinya lagi,maka belumlah lagi saat kematian baginya dan tidak layak dia mati sebelum habis rezeki Allah yang ditentukan kepadanya dimakan olehnya.

Setiap hari Allah telah tentukan rezeki manusia,tidak kira yang Islam atau yang kafir.Jika hari ini seseorang itu rezekinya nasi dagang,mungkin besok rezekinya nasi minyak kenduri kahwin.Jika seseorang itu selalu diberi makan makanan yang mewah-mewah,di dalam hotel mewah dan ditemani rakan-rakan,mungkin besok dia hanya makan nasi dengan sedikit kuah dan dua biji telur rebus di dalam penjara yang sunyi sepi.Walaupun orang tadi mengomel-ngomel,mengutuk dan mencerca makanan tadi sebagai makanan anjing sebagai contoh,itulah rezekinya yang ditentukan padanya pada saat itu dan tidak boleh manusia selemah dia untuk menukarnya.Semuanya adalah ketentuan Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Bijaksana.Jika orang tadi tahu betapa bernilainya rezeki Allah itu maka sudah tentu dia akan memakan makanan itu dengan lahap dan berselera.Bayangkan jika Allah menetapkan dia tidak layak diberi sebarang makanan pun pada saat itu,sudah tentu perutnya akan berkeroncong kelaparan.Kemungkinan dia akan menyumpah-nyumpah makhluk lain yang membiarkan dirinya kelaparan.Kemudian setelah tiada daya dan kekuatan lagi,mungkin hatinya merintih kepada Tuhan.



"Tuhan,berikan aku sedikit makanan,aku lapar..."


Di kepalanya mungkin tiada lagi berfikir tentang makanan yang mewah-mewah seperti lamb chop,Italian Cuisine dan sebagainya tetapi sedikit makanan...ya...sedikit makanan untuk menghapuskan penderitaan kelaparan yang mencucuk-cucuk perutnya saat itu.Ketika itu jika disuakan nasi tanpa kuah dan sebiji sahaja telur rebus...sudah pasti dia akan memilih untuk memakannya tanpa segan silu lagi kerana kepedihan yang dasyat melanda dirinya akibat kebuluran.



Begitu lemahnya manusia ini.Manusia yang tiada berkuasa sedikit pun.Rezeki yang Allah tetapkan tiada kaitan dengan status pekerjaan manusia itu.Pekerjaan manusia hanya asbab untuk rezekinya.Adakah seorang peguam hanya layak makan daging,seorang pencuci lantai hospital hanya layak makan ikan masin?Fikirkan seorang ahli politik yang mewah pada suatu hari hanya layak makan sepinggan nasi berkuah berlaukkan dua biji telur rebus,namun pada masa yang sama seorang pemungut sampah layak makan ayam goreng berempah masala,kentang putar Deluxe,burger Double XL dan nugget ikan.Begitu berkuasa dan agungnya Allah menetapkan rezeki kepada semua makhluknya hatta ulat dalam batu pun masih mempunyai rezekinya sendiri.


Pekerjaan tidak boleh memberi rezeki kepada manusia.Kilang tidak boleh beri rezeki kepada manusia.Pejabat bukan punca rezeki kepada manusia.Tetapi Allah s.w.t lah yang memberi rezeki kepada manusia.Allah s.w.t lah punca rezeki manusia.Ada orang bekerja di kilang tetapi 3 bulan tidak dapat gaji kerana kemelesatan ekonomi.Ada orang bekerja di pejabat,berpendapatan besar tetapi yang sempat singgah ditekaknya tiap-tiap bulan hanyalah tidak sampai suku pun dari gajinya kerana hutang keliling pinggang.Ada orang yang kerjanya tukang kebun sahaja tetapi hari-hari makan mewah kerana bekerja di kawasan istana Sultan.Pekerjaan bukanlah tujuan kita untuk hidup.Begitu juga rezeki.Kita bukan diciptakan untuk 24 jam siang dan malam untuk mencari rezeki.Hari ini orang sudah salah sangka bahawa pekerjaanlah yang memberi dia rezeki.Hari ini orang sudah silap menyangka bahawa tanpa bekerja,maka tiada rezeki baginya.Pekerjaan bukan pemberi rezeki kepada manusia.Tetapi Allah lah yang memberi rezeki kepada manusia.Jika Allah tidak benarkan Obama,Presiden Amerika minum setitis air pun pada hari ini,maka tiadalah daya dan kekuatan pun dapat mendatangkan walau setitis air pun walaupun air longkang,air parit mahupun air kumbahan untuk diberi kepada ketua negara Amerika itu.Walaupun dikumpulkan seluruh tentera Marin,Komando,intelligen,seluruh balatentera Amerika di seluruh pengkalannya di serata dunia,ditambah pula tentera-tentera sekutunya seperti NATO,Israel,Britain,malah dipanggil pula tentera-tentera pencacainya seperti Turki dan negara-negara Arab yang bersekutu dengannya akhirnya ditolong pula dengan Zionis Timur Singapura...semua itu masih belum mampu untuk mencarikan setitis air pun untuk Barrack 'Hussein' Obama,malah jika dikumpulkan seluruh jin dan manusia serta alien-alien yang ada (jika ada) untuk membantu Obama yang kehausan tadi,itupun sangat jauh untuk layak menggerakkan kekuatan memasukkan setitis air untuk diteguk oleh Obama jika Allah tidak mengizinkannya berbuat demikian.Allahuakbar....



Manusia tidak akan mati jika tidak bekerja.Allah lah yang mematikan dan menghidupkan manusia.Nasi yang dimakan tiap-tiap hari dan air minum yang diteguk tiap-tiap hari bukanlah datang dari pekerjaan.Semua itu datang dari Allah.Hari ini manusia sudah sombong dengan pekerjaan masing-masing.Seorang ahli perniagaan bila melihat seorang buruh kasar sedang meratakan tar di jalan sudah mula mencebik dan sombong.Seorang jurutera bila melihat seorang pencuci tandas pasaraya mula bangga dengan nasib dirinya yang lebih baik dari si pencuci tandas tadi.Seorang wakil rakyat melihat rakyat marhaen yang miskin mula menuduh rakyat hanya mahu subsidi kerajaan,pemalas,dasar meminta-minta dan suka yang percuma sahaja.Dalam hatinya bangga dengan pencapaian dia hari ini yang menjadi seorang yang berkedudukan hasil usaha gigihnya belajar atas usaha sendiri,tidak seperti orang kampung miskin yang suka meminta-minta.Padahal apa yang didapatinya berpunca dari belas ihsan Allah Yang Maha Pemurah,bukan dari pelajarannya dan pekerjaannya.Sampai masa,apabila Allah s.w.t turunkan kepadanya pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis,darah tinggi dan sebagainya,sehinggakan hanya bubur sahaja yang mampu ditelannya maka hanya itulah rezeki baginya walaupun pendapatannya boleh membeli makanan yang mahal-mahal.


Apa jua yang kita buat,sebagai pensyarah,guru,kakitangan kerajaan,jurutera,juruteknik,wireman,menteri,raja,tukang gunting rambut,pekerja majlis bandaran,profesor dan sebagainya bukanlah kerja yang sepatutnya dibuat.Itu hanya KEPERLUAN kita sahaja.Kerja yang SEBENARNYA sepatut kita buat di dunia ini adalah BERIMAN dan mentaati Allah s.w.t serta nasihat-menasihati dengan kebenaran dan kesabaran (dakwah atau menyampaikan kebenaran).Firman Allah s.w.t:



"Demi masa
Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati dengan kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran"

(Surah Al-'Ashr ayat 1-3)


Itulah kerja sebenar kita di dunia.Hari ini orang sudah menjadikan keperluan hidupnya sebagai kerja sepanjang hayat.Hidupnya 24jam berpenat-lelah untuk memastikan perutnya sentiasa kenyang.Hidupnya semata-mata menjadi hamba perut,hamba nafsu dan hamba orang lain.Sibuk menjadi hamba dan kuli sampai tanggungjawab dia kepada Tuhan pun diabaikan.Manusia yakin bahawa jika tidak bekerja maka dia tidak dapat makan.Makanan datang dari pendapatan atau gaji yang didapatinya.Ini adalah YAKIN yang salah.Bahkan Allah lah yang mendatangkan rezeki baginya.Bukan pekerjaan,bukan gaji dan bukan pendapatan.Hari ini manusia yakin jika aku tidak dapat belajar di universiti,maka hidup aku tidak terjamin dan aku tidak dapat pekerjaan yang bagus.Ini juga YAKIN yang salah.Siti Nurhaliza misalnya,dengan keputusan SPM yang tidak berapa cemerlang,kemahiran bahasa Inggerisnya yang sederhana,tidak pernah belajar di universiti namun masih mampu hidup mewah dan bersuamikan orang kenamaan.Hari ini berapa ribu siswazah yang terpaksa menanam anggur di rumah?


PERINTAH


Jadi apa perlunya aku bekerja?Baik aku duduk goyang kaki menunggu rezeki datang dari Allah.Rezeki aku sudah ditetapkan oleh Allah.Jadi apa perlu aku risau.Baik aku duduk di masjid atau pergi berdakwah sahaja tanpa bekerja.Rezeki aku sudah tertulis di Lauh Mahfuz.Jadi kerja atau tidak tak penting.Lebih baik aku tidak payah belajar di sekolah dan hanya tanam anggur sahaja di rumah.Nanti rezeki datang dari langit atau datang ke riba aku.

INI JUGA ADALAH YAKIN YANG SALAH.

Sebenarnya kita bekerja kerana ia adalah PERINTAH DARI ALLAH S.W.T.Kita bekerja bukan kerana ia adalah sumber rezeki atau ia adalah tujuan hidup kita,tetapi ia adalah PERINTAH Allah Azza Wa Jalla.Firman Allah s.w.t:

” …bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurnia (rezeki) Allah dan ingatlah akan Allah sebanyak-banyaknya, mudah-mudahan kamu menang.”

(Surah Al-Jumu’ah:10)

Ini adalah ayat perintah dari Allah s.w.t supaya kita tidak duduk diam mengharapkan rezeki semata tetapi bertebaran mencari rezeki Allah yang Allah telah letakkan di segenap penjuru dunia.Allah PERINTAH KITA BEKERJA TETAPI ALLAH TAK SURUH KITA YAKIN PEKERJAAN ITU BAGI REZEKI PADA KITA.

Rezeki datang dari Allah s.w.t.Rezeki bukan datang dari pekerjaan kita.Begitu juga makan.Kekenyangan datang dari Allah dan bukan datang dari apa yang kita makan.Ada orang yang makan 2-3 pinggan nasi tapi masih tidak kenyang-kenyang.Ada yang hanya makan 3 biji kurma dan seteguk air tetapi Allah beri dia kenyang.Jadi kenapa aku makan?Baik aku duduk diam sahaja dan harap Allah bagi aku kenyang.Tidaklah perlu aku bersusah-payah memasak atau pergi ke kedai mamak untuk membeli makanan.Tidak payahlah aku bersusah-payah mengunyah dan menelan untuk makan kerana Allah lah yang bagi aku kenyang bukan makan atau makanan.

INI JUGA MASIH YAKIN YANG SALAH.

Sebenarnya kita makan kerana Allah PERINTAH kita untuk makan.Kita makan bukan kerana dengan makan kita boleh kenyang tetapi kerana ia adalah PERINTAH dari Allah.Firman Allah s.w.t:

"Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah"

(AlBaqarah ayat 172)

"Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu"

(AlBaqarah ayat 168)


Kekenyangan datang dari Allah.Kekenyangan bukan datang dari apa yang kita makan.ALLAH PERINTAH KITA MAKAN TAPI ALLAH TAK SURUH KITA YAKIN BAHAWA DENGAN MAKAN KITA BOLEH KENYANG.

Begitu juga yang lain-lain.Allah perintahkan kita berusaha dan bertawakkal kepada Allah.Bila kita sakit kita akan makan ubat.Eh,Allah yang kasi aku sembuh bukan ubat.Ya,Allah yang kasi sembuh tapi Allah perintah kita makan ubat TAPI ALLAH TAK SURUH KITA YAKIN UBAT BOLEH KASI KITA SIHAT.

Firman Allah s.w.t:

"dan bertawakkallah kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai Pemelihara"

(AlAhzab ayat 33)


Jika kita memahami maksud AlQuran,kita akan dapati perintah Allah itu memang sesuai dengan fitrah manusia.Hari ini ada orang memandang AlQuran hanya sinonim dengan perintah HUdud potong tangan.Perintah jihad pergi berperang bunuh orang.Ini bukan sahaja yakin yang salah tetapi bodoh dan tidak berpelajaran sama sekali.Padahal AlQuran bukan sahaja perintah kita menjalankan undang-undang-Nya tetapi Allah perintah kita untuk makan,minum,bekerja malah tidur juga.Tetapi siapa yang bagi kita ngantuk?Allah...


ALLAH PERINTAH KITA TIDUR TETAPI ALLAH TAK SURUH KITA YAKIN BAHAWA TIDUR ITU BAGI KITA MENGANTUK.


Setiap perintah Allah s.w.t di dalam AlQuran mengandungi erti yang mendalam sekali.Allah perintah semua ini kerana ia adalah fitrah manusia.Sepertimana seseorang yang membeli satu mesin atau kenderaan,sudah pasti mesin atau kenderaan tadi dilengkapi manual cara menggunakan atau penjagaannya dari si pembuat mesin atau kenderaan tadi.Begitu juga manusia.Allah Azza Wa Jalla yang menciptakan manusia dan hanya Allah lah yang faham fitrah manusia.Jadi apakah dia manual bagi manusia tadi.

ITULAH ALQURAN.

AlQuran adalah panduan bagi manusia.Sebagaimana mesin yang mempunyai panduan menggunakannya maka AlQuran menjadi panduan atau petunjuk (guide book) bagi manusia 'menggunakan' dirinya sendiri dengan betul.Firman Allah s.w.t:

"Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa"

(AlBaqarah ayat 2)

Tetapi hari ini orang menyalahgunakan dirinya atau tidak 'menggunakan' dirinya dengan betul.Manusia yang benar-benar faham akan menggunakan AlQuran untuk menyelesaikan masalah kehidupannya.Hari ini segala jenis kaedah ciptaan manusia tidak berjaya dan gagal.Segala faham ciptaan manusia tidak sempurna.Komunisme tidak dapat menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial,Kapitalisme juga tidak seluruhnya berjaya.Hari ini kita lihat China dan Jepun umumnya sebagai gergasi ekonomi sebelah Timur tetapi kita tidak tahu berapa ramai rakyat China yang terpaksa makan bayi sendiri kerana kelaparan.Kekayaan hanya bertumpu di zon-zon ekonomi utama sahaja daripada seluruh China yang besar itu.Di Jepun berapa ramai yang gila dan bunuh diri kerana tekanan kerja yang tinggi.

Inilah akibat kerana tidak menggunakan manual yang diberi oleh pencipta manusia itu sendiri.Kita yakin Allah perintah kita makan,minum,tidur dan bekerja tetapi kita tidak yakin dengan sistem ekonomi dan undang-undang dari-Nya?Betapa pelik sikap manusia hari ini.

Kita juga makan,minum,tidur dan bekerja tetapi kita tidak melakukan dengan cara yang betul.Apakah cara yang betul itu?IAITU DENGAN CARA NABI S.A.W.

Ada orang pada hari ini tidak sukakan nabi s.a.w.Mereka tolak hadis-hadisnya.Ada orang mempertikaikan kalimah syahadah dengan menolak lafaz 'MuhammadurrasullUllah',kerana bagi mereka kita bersyahadah dengan Allah sahaja,berguru dengan Allah sahaja.Hanya AlQuran yang patut diikuti bukan hadis-hadis.Padahal kalau mereka ikut AlQuran mereka juga kena ikut cara nabi Muhammad s.a.w.Firman Allah s.w.t:

"Katakanlah: "Ta'atilah Allah dan Rasul-Nya; jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir."

(Ali Imran ayat 32)


Lihat,di dalam AlQuran sendiri Allah PERINTAH supaya kita taat pada-Nya dan juga kepada Rasul-Nya iaitu Nabi Muhammad s.a.w.


LAILAHAILLALLAH,MUHAMMADURRASULULLAH.Kita taat PERINTAH Allah,tetapi taat dengan cara bagaimana?DENGAN CARA YANG DITUNJUKKAN NABI MUHAMMAD S.A.W.Bukan cara syariat Nabi Ibrahim,Nabi Isa atau Nabi Musa.Apatah lagi syariat Komunis,Kapitalis,Zionis dan Iblis.Tetapi dengan syariat Nabi Muhammad s.a.w.

Jika kita faham rahsia di sebalik semua ini,kita akan faham bahawa semua perintah Allah jika dilakukan dengan cara Nabi s.a.w maka inilah KERJA kita yang sebenar hidup di dunia ini.

Makan cara nabi,minum cara nabi,tidur cara nabi,bekerja cara nabi...Inilah yang dinamakan sunnah nabi s.a.w.

Seterusnya jika kita lakukan apa saja dalam dunia mengikut sunnah nabi s.a.w maka apa yang kita buat adalah dikira sebagai ibadah;membuahkan pahala ganjaran di sisi Allah...

Ibadah bukan sahaja solat,puasa,zikir dan sebagainya.Hidup berpandukan sunnah Rasulullah s.a.w juga dikira ibadah.Tidur berdengkur melepek pun dikira ibadah!Bagaimana?Tidur dengan niat i'tikaf di dalam masjid.Tambah-tambah jika adab tidur dijaga,dimulakan dengan doa dan diakhiri dengan syukur sepertimana yang nabi buat.Bukan itu saja,berak bersembur najis busuk dan duduk termenung dalam tandas juga dikira ibadah!Eh,pulak...bagaimana?Membuang air besar yang disertai dengan adab-adab masuk tandas sebagaimana yang nabi ajarkan.Lihat,betapa indahnya Islam.Betapa lengkapnya Islam.Islam adalah manual kehidupan lengkap seorang manusia.Dari manual cara-cara membuang najis sehinggalah manual cara menguruskan ekonomi dan negara,semuanya termaktub dalam Islam.

Solat dan puasa adalah PERINTAH Allah sebagaimana makan,minum dan tidur.Bezanya solat,puasa dan undang-undang Islam bertentangan dengan nafsu kita tetapi makan,minum dan tidur sesuai dengan nafsu serakah kita.Jika solat,puasa serta hukum Allah akan mendatangkan dosa dan hukuman Allah jika tidak melaksanakannya,bagaimana pula dengan perintah makan,minum dan tidur jika kita tidak melaksanakannya?Ah,setahun ni aku tak nak makan dan minum.Ah,3 bulan aku tak nak tidur,aku nak bertapa, aku nak zuhud kononnya.

Juga berdosa kerana Allah s.w.t melarang kita sengaja mencampakkan diri ke dalam kebinasaan.Firman Allah s.w.t:

"Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimusendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik"

(AlBaqarah ayat 195)

Solat dan puasa misalnya sudahlah memang ibadah tetapi jika hidup kita seluruhnya berpandukan Allah dan Rasul-Nya maka,

Makan jadi ibadah,minum jadi ibadah,tidur jadi ibadah,bekerja jadi ibadah...semuanya dalam rangka mengabdikan diri pada Allah s.w.t.

Maka inilah yang menjadi sebab musababnya mengapa Allah Azza Wa Jalla menciptakan manusia malah jin juga,


"Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku."

(Surah az-Zariyat ayat 56)







INILAH TUJUAN KITA DICIPTAKAN ALLAH,IAITU MENGABDIKAN DIRI KEPADA-NYA...INILAH TUJUAN HIDUP KITA,INILAH KERJA SEBENAR KITA DI DUNIA.














Thursday, May 26, 2011

Perjalanan ku......


Wahai, Allah Rabbul Izzaty,
Dahulu, ku rasakan hidup penuh makna,
Segala pandangan hatiku, hanyalah ke arah duniawi,
Tanpa makna,
Segalanya dalam hidupku,
Hanyalah, seronok, seronok dan seronok....
Namun........jauh dalam lubuk hati,
Aku 'hilang' sesuatu....

Hinggalah pada suatu ketika,
Daku diuji dengan ujianMu yang Maha Berat,
Segala nikmat yang kurasai,
Tak semena-mena,
Ditarik satu persatu dariku,
Aku dari seorang yang senang lenang,
Jatuh merudum dalam hidupku,
Segala perniagaanku yang maju,
Pendapatan boleh ku kumpul sehingga RM2000lebih sebulan,
Habis, menjadi punah ranah, bersama dengan susut ekonomi global,
Kawan-kawan semua jauh dariku,
Kecuali, mereka yang tetap setia bersamaku,
Dari solat 5 waktu yang kulakukan,
Kerna 'terpaksa', menurut suruhan ibu dan bapa,
Aku menjadi malas untuk beribadah,
Aku mula meroyan sendirian,
Dahulu aku menyangka aku ini mudah dapat Surga,
Hanya dengan solat 5 waktu yang kujadikan tiket,
Meskipun, tidak sesempurna mana,
Dan masih dipenuhi ujub,
Solat tanpa kesedaran yang utuh di sanubari....

Makanya, setelah itu, aku menerus kembara Ruhani,
Dalam keadaan kemelut hidup yang penuh tertekan,
Aku menjalani berbagai perguruan,
Sehingga aku menimbang-nimbang,
Mana yang Haq dan mana pula yang Bathil,
Dari bersolat, aku semakin lama merasa tidak perlu bersolat,
Kerna dalam hatiku bergetus, "Untuk apa? Untuk apa?"
"Bukankah Tuhan yang kalian panggil, Ar-Rahman itu telah tinggalkan daku?"
Jadi, aku, berbekalkan 'pengajian hakikatku' yang tinggi,
Menjadi semakin bongkak, keras kepala, dan menurut emosi,
Aku meletakkan dirikulah Tuhan,
Iaitu egoku.....

Aku berlagak mengerti dan arif dalam dunia Tasauf,
Meskipun, perjalananku hakikatnya baru bermula 5 persen,
Aku semakin berbuat maksiat, semakin meninggalkan solat,
Dan, yang penting, aku sering meletakkan semua pada DIA,
Yalah, apa yang tidaknya, bukankah DIA penentu semua?
Bukankah DIA yang menjadikan aku susah?
Bukankah DIA yang meletakkan 'sifat ego dan bongkak' dalam hatiku?
Aku terus yakin yang aku telah mengenal, meski tidak jaga syariatNya,
Dan, aku tinggalkan semua guru tarekat dan hakikatku,
Serta menongkah arus sendirian, dengan Ego dan Bongkak,
Yang kukira sebagai Marifahku.......

Bukan ujianmu itu buat aku lagi syukur padaMu,
Bahkan, aku yang merasa telah 'terpilih' dan ada maqom di sisiMu,
Mendabik dan membangkang, "Aku patut dan berhak senang"
"Bagaimana sang kafirin ko perhias dengan rezeki tanpa putus?"
"Bagaimana, sang salik, kau susahkan?"
"Apa benarkah kata Engkau bahawa Engkau cinta makhluk yang menujuMu?"
Betapa susah aku menuju jalanMu, Ya ALLAH,
Akhirnya, aku menerima Istidraj darimu,
Sehingga perjalananku dalam keruhanian,
Yang lebih berupa sangka-sangka,
Menyangka telah 'berme'raj' naik dekat denganMu,
Dan berkhayal-khayal,
"Biarlah aku susah, Syurga pasti untukku."
Aku ni bukan saja Surga, bahkan akan menyatu dalamNya,
"Getus hatiku, yang merasa telah 'tinggi'."
Sehingga suatu ketika,
Aku merasa sangat gelisah,
Api neraka terbuka depan kosad mataku,
Sehingga aku nampak,
Dengan Mata pancaindera keenamku,
Seksaan yang bakalku terima,
Di neraka Jahannam yang pedih,
Bersama, penyangak-penyangak yang suka kau jadikan sahabat,
Bersama, gadis-gadis seksi yang suka engkau lihat,
Bersama, penipuan yang engkau lakukan,

Aku menjerit dan meraung di dalam Jahannam yang berjelaga,
Gelap dan pekat, serta mengerikan,
Dalam perjalanan ruhaniku itu,
"Arghhhhhh, Sakitttt, It hurts..........Arghhhhhhh",
Terdengar suara dari hatiku,
"Inilah neraka yang kau sindir-sindir, yang engkau permainkan"
Teringatlah aku, kalamku dulu masa zaman 'MARIFAT aku HEBAT',
"Ah, neraka tu, aku duduk dalam dia aku 'STEAM',
pasal apa, aku dah jadik Tohan, Aku tengok pompuan naked kena seksa,
Lagi aku STEAM."
"Lagipun apa perguruan yang tadak kat aku? Naqshband, aku pegang, ABJAD dah kuambil.",
"Mestilah Syafaat senang-senang melimpahiku."
Begitulah teruknya pemikiranku di zaman Jahiliyah yang ku sangka Marifat,
Aku sering menjadi kusut dan tidak tentu arah,
Aku menangis, dan meratap sendirian,
Hatiku semakin layu....

Barulah kusedar, jalanku salah, dan masih perlu pembetulan,
Teologi marifatku memang tak dinafikan,
Sehingga aku berupaya menarik pengikut,
Di kalanganku sendiri,
Tetapi, semua telah kuselewengkan selama ini,
Dengan kehendak nafsu serakahku,
Guru-guru mengajar yang Haq, kita tafsir ikut nafsu,
Mana serasi dengan kita diambil,
Mana tidak dicampak jauh-jauh......

Sehingga suatu ketika,
Aku menemui seseorang,
Yang membantu kehidupanku,
Sehingga aku berupaya mengenal semula diriku,
Meskipun dirinya bersahaja,
Beliau sanggup turun dari jauh, ke sini,
Semata-mata untuk mengajar aku marifat sebenar,
Maka, setelah itu,
Baharulah aku di'buka'kan,
Bahawa, 'diriku sendirilah' Syaithan paling besar,
Yang menyembah hawa dan nafsuku,
Diajar aku suatu rahsia,
Hanya melihat wajahnya yang bersih,
Telah menggentar segala Iblis dalam sanubariku,
Dan sering berlakon seperti orang awam sahaja....

Maka, fahamlah aku bahawa,
Semua jalan yang aku ambil sebelum ini,
Tidaklah lain,
Hanya membawa cahaya yang SATU,
Berbeza pada ranting sahaja,
Tiada dia memaksakan SOLAT itu,
Melainkan mengarahkan diriku,
Carilah dirimu sendiri,
Maka engkau akan kenal TUHANMU.....

Saat perpisahan,
Aku terasa begitu berat,
Rasa macam dah tertulis kebaikan dalam penemuan itu,
Yang Diatur Sang Maha.....

Nyata, aku pulang dengan penyempurnaan Syariat ke atas diriku,
Yang kurasakan semakin ringan kulaksanakan,
Aku berbuat Solat, bukan lagi mengharap suatu apa pun,
Melainkan atas kesedaran,
Tanggungjawab tanpa soal periksa kepada Sang Yang Satu,
Maka, bermula di situlah,
Aku berupaya mematikan kelima-lima pancainderaku,
Satu persatu hijab terbuka untukku,
Dan akhirnya, Aku kembali menongkah jalan CAHAYA,
Dengan penuh 'Courage' dan Kekuatan jiwa.......

Ya Allah, kini aku bersyukur kepadaMu,
Kerna menunjuki akan kebenaran yang meski masih sekitar satu perlima,
Tetapi sudah cukup baik untuk menghadirkan,
Suatu sensasi 'perubahan' yang kucari-cari,
Dan kini Ya Allah,
Aku tenang padamu,
Meskipun dilanda dengan cobaan,
Rezeki yang tidak banyak mana,
Tapi aku mampu senyum sehingga ke kuping telingaku,
Segala jalan-jalan yang kuambil sebelum ini,
Barulah, mendatangkan 'kesan' seusai aku kenal diriku,
Maka, aku menitis air mata,
Tetapi kali ini, sambil senyum,
"Ya ALLAH, terima kasih Ya ALLAH."
Sehingga hujan RAHMAT membasah kawasan kediamanku,
Aku terus menangis.........dan menangis........

Syukur Ya Allah, Ampun Ya Allah, Agung Kau Ya Allah!!!
Benar Kau pada janji Kau Ya Allah!!!

Aku terdengar bisikan dalam Qalbiku,
"Usahlah Kau risau Rizal.",
Engkau telah berjuang jiwa raga,
dengan penderitaan batinmu,
Demi mencari SANG MAHDI kebenaran,
Zamannya akan tiba jua,
Dan telah begitu hampir,
Biarkanlah mereka yang kufur terus kufur,
Akan tiba suatu saat,
Segala-gala dibumi,
Akan dipenuh CAHAYA KETUHANAN,
yang dalam Injil disebut KERAJAAN ALLAH,
Sedang Quran menyebut sebagai BERITA GEMBIRA,
Maka, marilah kita berdoa kepada Allah,
Agar mendudukkan kita dalam CAHAYA-NYA,
Yang dibawa MAHDI, sang Mujadid Hakiki.....

SEKIAN HASIL NUKILAN : SHAHRIZAL FAKIR ILALLAH
TRIBUTE : HIGHLANDER 07, PENGEMBARA ALAM MASTER OF ASTRAL, SHEIKH AHMAD JUNIDIN, SHEIKH MOLANA SULTAN UL AWLIYA NAZIM AL-HAQQANI, SH YUSUF NAQSHBAND, SH HAJI SARONI KAJANG, SH MUKHTAR DASUKIYAH DAN SEMUA YANG PERNAH JADI GURUKU ZAHIR BATIN.....TIMA KACEH....