
Sekiranya kita melihat dengan seksama, hari ini, begitu banyak sekali filem-filem barat yang menayangkan filem-filem yang berunsur dan bertema perjalanan hakikat serta lapis-lapis dimensi alam dan realiti seperti filem The Matrix, Knowing, Watchmen(Dr Manhattan) dan sebagainya. Filem-filem sebegini semakin berkembang atas sebab kesedaran manusia moden yang semakin menyedari bahawa manusia berpotensi melaksanakan perkara-perkara yang di luar kapasitas dan tidak terikat oleh hukum dunia logik akal semata-mata. Begitu juga setelah itu, dilihat trend sebegini juga mengular di dunia 'Video Games' pula, seperti siri permainan Final Fantasy (yang paling ketara adalah bahagian 7, di mana tema keruhaniannya agak tinggi), Star Ocean, Ragnarok, Xenogears, God Of War dan sebagainya.
Sepertimana kita melihat dalam filem The Matrix, maka begitu ramai arifbillah Sufi yang haq, yang telah sampai dan faham akan perjalanan ruh manusia telah mengkaji dan mendapati bahawa dunia nyata yang kita lihat pada h

Kajian bijakpandai dan pakar sains quantum juga telah mengesahkan dengan teori 'Quantum Fizik' dan teori 'Zero Point Energy'. Menurut kajian mereka Quantum Fizik merupakan penjelasan akan bagaimana contohnya kita mampu melipat ruang, waktu dan tempat. Zero Point Energy pula adalah suatu kajian mengenai suatu tenaga yang 'paling kuat' boleh dihasilkan dari tenaga paling kuat. Zero Point Energy ini bolehlah kita katakan lebih pantas dari cahaya. Di lain-lain masa. Saya akan mencari maklumat yang lebih mendalam tentang ZPE dan QF ini Insha Allah.
Dalam dunia animasi dan permainan video, juga tak kurang hebatnya bertema hakikat potensi kerohanian tanpa batas insan. Dalam dunia animasi, kita boleh melihat bagaimana dalam filem Avatar yang menceritakan kisah seorang budak mistik bernama 'Aang' yang mampu mengawal elemen angin, begitu juga kawan-kawannya yang mampu mengawal elemen-elemen api, air, tanah. Pasti anda pernah melihat kartun animasi seperti Dragon Ball, Naruto dan lain-lain animasi bertema spiritual kebolehan manusia. Dalam Dragon Ball misalnya, anda pasti teringat bagaimana, Son Goku yang amanah dan jujur, betapa cepat meneroka dunia persilatan dan kerohanian berbanding mahagurunya sendiri Dato' Kame yang agak lambat meneroka ilmu kerana masih suka melihat gadis-gadis seksi seperti Buma. Begitu juga dengan tenaga dalam yang ditunjukkan dalam animasi Naruto oleh Sasuke dan rakan-rakan serta banyak lagi animasi-animasi sedemikian.
Nampak

Akhirnya, suatu ketika Cloud hampir menemui kematiannya di pertengahan permainan dan ditemui gila di sebuah hospital di sebuah bandar kecil. Ketika Tifa dan lain-lain menemuinya di bandar terpencil itu, tiba-tiba berlaku suatu gempa bumi dan Cloud seta Tifa terjatuh ke dalam air pancuran Gaia yg memancur keluar. Semasa dalam air pancuran hayat Gaia itulah, Tifa telah masuk ke dalam diri Cloud dan mengenali 'pemecahan diri' Cloud yang sebelum itu pun tercari-cari hala tuju. Setelah mengenal diri akhirnya Cloud meneruskan perjuangan mereka sehinggalah penamat permainan. Yang berakhir dengan tewasnya Sephiroth, tetapi nasib dunia masih dalam tanda tanya.
Yang menariknya di sini, adalah bagaimana mereka mampu memahami akan hakikat dunia kerohanian, bahkan terkadang, agak melampau kalau pengarang tulis kat sini, lagi hebat dari kefahaman yang ada pada ustaz-ustaz berijazah atas kertas. Bagaimana mereka berjaya merungkai perkara-perkara yang diakui di alam keruhanian. Penulis kagum dengan mereka, kerana mereka mungkin lebih membuka minda mereka ke arah mengkaji sesuatu jika hendak dibandingkan dengan masyarakat kita yang lebih suka 'terikat' dalam pemahaman logik akal dan kebiasaan. Walla'hualam. Sekian dulu dari saya.
Sumber : Tadak sumber la, diambil dari kajian sendiri berdasarkan pengamatan akan filem-filem, animasi dan permainan video bertema spiritual. And of course la ada sikit pengaruh penulisan pakar-pakar metafisik modern (SHAHRIZAL)
No comments:
Post a Comment