Sunday, November 27, 2011

Selamat Hari Maal Hijrah 1433


Assalamualaikum kepada semua.......

Hari ini, tanggal 1 Muharram bersamaan 1433 H, merupakan detik yang bersejarah buat kita selaku umat Islam dan baginda Rasulullah SAW. Sekali lagi kita bersyukur kehadrat Allah SWT kerana telah diberinya kesempatan untuk kita menghirup udaraNya dan mengharungi kehidupan yang penuh makna buat membawa bekalan ke negeri hakiki.....

Bersempena dengan ini, marilah kita sama-sama menanam hasrat dan impian serta cita-cita untuk membawa perubahan kepada diri supaya menuju ke arah yang lebih baik, baik terhadap diri, bangsa, ugama mahupun seluruh alam maya......

Semoga Allah SWT memakbulkan doa-doa kita dan membawa kita ke hadratNya dengan penuh barakah dan kemuliaan dan tidak akan tertinggal ke belakang lagi, sekian Wassalam......

Salam Ya Rasulullah SAW Habib'ullah........

Nukilan : Sidi Rijjal@Lijai

1 comment: