"KEBAIKAN SOLAT MENURUT SAINS"
Kajian mengenai rahsia solat yang dilakukan melalui sains bertujuan untuk menyelidik hikmah dan kesan terapeutik perubatan daripada pergerakan ibadat solat yang sempurna kepada kesihatan manusia.
Solat merupakan suatu aktiviti fizikal unik yang ditunaikan secara berterusan oleh orang Islam dan memainkan peranan penting dalam memelihara kesinambungan sistem fisiologikal manusia yang meliputi kesihatan fizikal, mental, rohani dan emosi.
Solat terbukti memberi ketenangan kepada pelakunya dan ia menjadi amalan para sahabat nabi ketika mereka sedang kepenatan. Menurut para sahabat, solat mampu mengembalikan 'tenaga dalaman' dan buat mereka rasa lebih baik.
Menurut Timbalan Pengarah Pusat Islam, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr. Haji Wan Nudri Wan Daud, berdasarkan kajian yang dilakukan oleh pelbagai penyelidik kesihatan dari seluruh dunia, kebaikan solat dapat dibuktikan oleh sains dengan penemuan pemulihan penyakit sendi dan tulang serta merendahkan kandungan lemak dalam badan.
Solat juga dapat memberi ketenangan minda melalui eksperimen yang dibuktikan menggunakan gelombang isyarat otak yang diukur menggunakan alat ‘Electroencephalography’ (EEG).
Sains pun sudah membuktikan bahawa besarnya fadhilat SOLAT. Jadikanlah solat sebagai salah satu terapi kita setiap hari selain ia menjadi kewajipan kita sebagai Muslim.
Bagi rakan-rakan kepulihan, SOLAT adalah salah satu kaedah kita kembali kepada fitrah dan mendapatkan kekuatan bukan sahaja dari sudut emosi, malah dari aspek fizikal juga.
Semoga apa yang Min kongsikan ini bermanfaat buat semua.

No comments:
Post a Comment