Showing posts with label Arab. Show all posts
Showing posts with label Arab. Show all posts

Wednesday, April 1, 2026

KISAH RAJA HINDU YANG MELIHAT NABI MUHAMMAD SAW MEMBELAH BULAN DARI ISTANANYA DI INDIA.

 


Kisah dari seorang raja Hindu di India selatan, di Kerala. Namanya Cheraman Perumal, dan ia memerintah dinasti Chera. Ia dikenal di antara rakyatnya sebagai pemimpin yang adil dan bijaksana.

Suatu malam, saat berdiri di balkon istananya, ia menyaksikan sesuatu yang luar biasa—bulan terbelah menjadi dua. Ia melihatnya dengan jelas, sebuah pertanda agung di langit.

Merasa gelisah dan bingung, ia berpaling kepada para pendeta dan penasihatnya, tetapi tak seorang pun dari mereka memiliki jawaban.

Pada hari-hari berikutnya, ia berbicara dengan para pedagang Arab yang datang untuk berdagang di sepanjang Pantai Malabar. Ketika ia menjelaskan apa yang telah dilihatnya, mereka mengatakan kepadanya bahwa jauh di Arab, seorang pria bernama Muhammad telah menyatakan dirinya sebagai Nabi Allah, dan bahwa terbelahnya bulan ini adalah salah satu tanda-tandanya. Itu persis sama dengan apa yang telah disaksikan raja.

Cheraman tidak menunda-nunda. Ia mengenali kebenaran ketika kebenaran itu menyentuh hatinya. Ia meninggalkan kerajaannya dan bepergian bersama para pedagang.

Perjalanannya panjang, tetapi akhirnya dia sampai di Madinah.

Di sana, ia bertemu dengan Rasulullah. Ia duduk bersama beliau, mengajukan pertanyaan, dan mendengarkan. Kemudian ia memeluk Islam. Ia mengambil nama Tajuddin Radialllahuanhu dan menjadi seorang Sahabat, seorang Muslim pertama dari tanah India.

Ia bermaksud untuk kembali ke Tanah kelahiran dan menyebarkan kebenaran, tetapi dalam perjalanan pulang Qadarullah ia jatuh sakit dan meninggal dunia. Tajuddin dimakamkan di Salalah, Oman - sebuah tempat yang hingga kini lebih menyerupai tanah hijau Kerala daripada gurun Arab. Penduduk Salalah masih mengetahui makamnya hingga kini. Sementara Menantunya, yang bersamanya, kembali ke kerajaan.

Islam masuk ke India bukan melalui peperangan.

Bukan melalui penaklukan politik.

Namun melalui pencarian tulus seorang raja akan kebenaran melalui sebuah mukjizat yang disaksikan, sebuah perjalanan yang dilakukan, dan hati yang berserah.

Kerala menjadi gerbang masuk Islam di India, sebuah wilayah yang sejak awal disentuh oleh bimbingan ilahi.

Tajuddin Radialllahuanhu bukanlah seorang ulama. Bukan pula seorang pendakwah.

Hanya seorang pria yang melihat sebuah pertanda... dan ia dengan ikhlas mengikutinya.

Kisah hidupnya adalah pengingat: Islam berawal dari hati


Kredit : Arie Elreal


Sunday, October 16, 2011

Ke Arah MELAYU ISLAM Maju Jaya.....

     Bismillahirrahmanirrahim.....



   Semakin hari masa berlalu dengan pantas dan tidak lagi menoleh ke belakang. Apa-apa saja yang kita tempuhi sekarang bakal menjadi perbekalan kita jua untuk menempuh alam hakiki yang kekal serta abadi. Sekiranya kita membawa amal kebajikan maka ianya akan menjadi 'back-up' kita di alam 'sana', manakala bagi sesiapa yang memenuhi kehidupan dengan amalan yang jelek, maka 'karma' keburukan itu jualah yang akan kembali menimpa diri-diri mereka.

   Sesungguhnya Allah SWT itu adalah yang Maha Merahmati lagi Maha Mengampuni serta Maha Mengetahui pula akan segala sifat-sifat di dada-dada insan. Dari itu, hendaklah kita merenung diri kita sedalam-dalamnya dengan menggunakan 'mata hati' yang dikurnia Allah SWT kepada kita, semoga kita menemui 'jalan' bagi memecah kebuntuan dan kegelapan yang sentiasa merintangi jalan-jalan kita di hadapan. Allah SWT ada berfirman di dalam Al-Quran mengenai betapa ruginya manusia-manusia yang tidak berpesan-pesan ke arah kebenaran dan tidak menegakkan amar maaruf dan nahi mungkar. Allah SWT jua akan mengganjarkan ganjaran yang mulia untuk mereka yang berjuang memerangi kebatilan dan menegakkan yang Haq.

   Bangsa Melayu, secara khususnya, merupakan antara 'race' di kalangan banyak-banyak 'race' di dunia yang amat unik dan instimewa dari beberapa segi. Benar setiap bangsa punya kelebihan dan kekurangan masing-masing, tetapi sejarah telah banyak membuktikan bangsa Melayu sebagai antara bangsa yang paling muda di dunia dan memiliki keunikan tersendiri dengan memiliki 'mixed-culture' dan juga 'mixed ancestry' yang paling banyak. Sekiranya kita meneliti, bangsa Melayu tidak boleh di'spesifikasi' mengikut rupa tertentu, contohnya, dalam bangsa Melayu, ada yang memiliki paras rupa wajah dan kulit seperti India, Cina, Papua, Jepun, Arab, Turki, Eropah dan berbagai. Bangsa Melayu dikatakan memiliki kacukan terbanyak dari pertembungan berbagai budaya.


   Inilah yang menjadikan Bangsa Melayu suatu bangsa yang amat unik. Dari segi agama pula, sejarah menunjukkan bahawa nenek moyang kita didapati menganuti agama Hindu dan Buddha sebelum beralih ke agama Islam di nusantara ini. Ada juga bangsa rumpun Melayu yang menerima agama lain seperti Nasrani dan sebagainya. Dikatakan penduduk-penduduk lama Tanah Melayu adalah beragama Hindu dan Buddha. Kemungkinan juga sejak agama-agama tersebut masih agama langit. Sebab dikatakan kedua-dua agama ini berasal dari ajaran Rasul-Rasul lama.

   Pujangga Melayu Hang Tuah pernah melaungkan "Takkan Melayu hilang di dunia." Perkataan ini, merujuk kepada bangsa Melayu-Islam yang bererti setiap Melayu adalah Islam. Begitu juga ada kalangan ulama'-ulama' nusantara menyatakan "Melayu itu Islam" kerana kehidupan Melayu semasa baru menerima Islam memang amat sebati dari segi Syariatnya, tarekatnya, hakikatnya dan marifatnya. Zaman dahulu, tanah Melayu memang kaya dengan undang-undang Syariah dan jalan-jalan Tarekat Muktabar yang Haq lagi jauh dari kebatilan memenuhi sekitar Nusantara.

   Tetapi, sekiranya kita melihat hari ini, 'senario'nya amatlah jauh berbeza. Bangsa Melayu ketinggalan dalam semua bidang. Agama Islam pun seolah-olah hanya menjadi 'sarung' dan 'kulit' kebanyakan umat Islam Melayu di Nusantara, sedangkan mereka banyak mendabik dada akan dogma 'kemuliaan Melayu' atau 'keramat bangsa Melayu' sedangkan tanpa disedari, Melayu kita hari ini, tidak seperti zaman-zaman dahulu, hanyalah menjadi bahan senda dan gurauan bangsa-bangsa lain, sama ada yang Islam mahupun yang Kafir Laknatullahi alaihi.

   Melayu semakin hanyut dengan arus gelombang modenisasi yang tidak berpaksi moral dan nilai keruhanian, hanyut dalam budaya hedonisme, maksiat, kemungkaran, kebatilan dan lain-lain budaya yang buruk dan keji. Bangsa Melayu ibarat layu dan semakin melayu-layu di tepian padang pasir tanpa sebarang air untuk menyegarkannya. Gejala moral semakin menjadi-jadi, kekufuran dan kebatilan seolah-olah tiada berpenghujung lagi, dan pejuang kebenaran yang Haq ditentang dan dicaci maki habis-habisan.

   Tahun ini, adalah tahun 2011, dan sedang menghampiri ke arah 2012. Banyak telah kita saksikan segelintir  puak Melayu yang insaf dan bangkit keluar dari kepompong kehinaan asobiyah dan mitos yang mengarut dan melampau-lampau. Mereka mula melaung-laungkan perjuangan yang mengkehendaki Islam secara syumul dan menyeluruh serta tiada lagi berbaur politik sempit. Menghampiri zaman kemuncak dan penghujung alaf dalam tamadun keduniaan, tanda-tanda penghujung zaman telah nyata secara menyeluruh dan tidak lagi disangsikan bahkan disetujui ramai ulama'-ulama' ahlus Sunnah Wal Jamaah.


   Zaman yang penuh dengan fitnah dan kekacauan sehingga akan berlaku suatu perang besar yang agung. Dan ramai bangsa Melayu yang sudah mula sedar di samping ramai pula yang masih tidak sedar-sedar dan tidak mahu menyedarkan pula diri-diri mereka bahawa mereka sedang ditunggang nafsu dan Syaithan di belakang mereka. Semoga kedatangan zaman baru kebangkitan Islam di bawah pimpinan Sohib Uz Zaman Imamul Mahdi AS akan membentuk suatu kesatuan Melayu-Islam-Dunia Raya yang tiada berpecah belah dan mampu duduk dengan aman, damai dan harmoni tanpa sebarang hasad dan iri hati. Dengan laungan TAKBIR : ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!!


Hasil NUKILAN : SIDI RIJAL AL-WADUD