Showing posts with label tuhan. Show all posts
Showing posts with label tuhan. Show all posts

Tuesday, September 9, 2014

Matrix02:Terminologi Dalam Masalah Matrix




Peringatan

Artikel-artikel di dalam siri The Matrix kebanyakan di luar kotak pemikiran biasa.Ada yang menyentuh ilmu-ilmu kerohanian tertentu terutamanya Ilmu Tasawuf (Sufism).Sekiranya ada di antara artikel di dalam siri ini telah mengganggu ketenteraman anda,anda tidaklah digalak meneruskan pembacaan.Sekiranya anda merasa keliru atau sangsi setelah membaca isi kandungannya,terutama mengenai ajaran kerohanian,sila rujuk guru-guru agama yang mursyid dalam bidang Tasawuf.Sekiranya perlu sila rujuk AlQuran dan AlHadis serta kitab-kitab Tasawuf yang muktabar,sekadar menyebutkan contoh, kitab Sirus Salikin dan kitab Hikam.The Matrix adalah sekadar model untuk pemahaman masalah kehidupan manusia dari kaca mata terkini,di mana tidak mengubah sedikit pun konsep dan kepercayaan sebenar ilmu kerohanian itu sendiri.Dalam hal ini MistisFiles cuba untuk menyederhanakan isi kandungannya sesuai dengan tingkat kefahaman awam.


-M.O



"You take the red pill, you stay in Wonderland, and I show you how deep the rabbit hole goes"
(Morpheus -The Matrix)



Dalam membahaskan masalah di dalam Matrix,perlulah diketahui dahulu istilah-istilah yang terlibat dalam perbahasan Matrix ini.Kelak apabila kita 'mengembara' ke dalam dunia Matrix ini lebih jauh,kita tidaklah tertanya-tanya istilah atau pengertian yang pelik-pelik yang memungkinkan kita sesat atau ditangkap oleh 'ejen-ejen' (rujuk ejen Smith) yang memang mencari mangsa untuk dikelirukan secukupnya.



"Pengajian The Matrix"

The Matrix adalah sekadar model untuk menerangkan masalah kerohanian dan pengetahuan Kuantum peringkat tinggi,dimana sebelum ditemui model 'The Matrix',para guru kerohanian,nabi-nabi,ahli sufi,orang-orang suci,para rishi,arahat,sami dan pendeta telah cuba mengungkapkan rahsia kehidupan melalui pelbagai model untuk memudahkan orang awam memahaminya sebagai contoh,'sarung','moksha','nirvana','reinkarnasi','karma','samsara,'pakaian','perut burung','karung' dan sebagainya untuk mewakili bahagian-bahagian dalam masalah alam fizikal dan alam ghaib.Semakin tinggi pengetahuan manusia mengenai alam benda di sekelilingnya maka makin berubah dan makin mudah manusia MENGAITKAN masalah kerohanian dengan benda atau pun peralatan yang mereka biasa atau gunakan sehari-hari.

Model The Matrix mengambil perkakasan komputer sebagai asas pemahaman.Di dalam pengajian The Matrix,anda akan bertemu dengan istilah-istilah seperti kerangka utama (mainframe),port,plug in/plug out,hack,virus,trojan,reformat,virtual reality,program dan lain-lain.



"The Matrix"

Matrix sebenarnya suatu istilah umum,yang merujuk kepada dua kategori

*ruang fizikal di luar minda
*ruang esoterik di dalam minda

Ruang fizikal di luar minda ialah ruang-masa yang kita berhidup sekarang.Ruang yang kita TAHU melalui deria kita;kita dapat lihat ia,rasakan,hidu dan dengar.Ia adalah dunia fizikal yang kita SEDAR sekarang ini.Perlu diketahui,di dalam teks-teks kerohanian tidak kira dari sumber Islam atau non-Islam,ada dicatatkan kewujudan pelbagai alam dalam pelbagai istilah seperti 'kayangan','tusita','jabarut' dan sebagainya.Di dalam kajian Fizik Kuantum dan Fizik Teori,alam yang kita berhidup sekarang adalah berbentuk 3 dimensi ruang dan 1 dimensi masa (3D-panjang,lebar,dalam).Jadi sudah tentu terdapat ruang dua dimensi (panjang,lebar) dan 1 dimensi (satu garisan).Dalam pada itu terdapat juga ruang yang lebih tinggi dari ruang 3 dimensi;4 dimensi,5 dimensi dan seterusnya di mana kajian Fizik Kuantum yang bergabung dengan Teori Kuantum-Graviti telah menjumpai keseluruhan jumlah dimensi adalah berjumlah 11 dimensi ruangmasa setakat ini (seterusnya akan dibincangkan di bawah silibus "Matrix Lebih Tinggi" serta "Hubungan Matrix dan Dimensi")

Ringkasnya,dalam kata lain yang lebih sederhana,Matrix bermaksud 'alam-alam'

Ruang esoterik di dalam minda merujuk kepada pengetahuan yang lebih tinggi dan abstrak.Subjek ini akan membincangkan perkaitan antara dunia fizikal dan rahsia minda.Masalah 'Ruang di dalam minda' adakalanya berselisih (distort) dengan masalah 'Ruang di luar minda' tetapi jika diperhalusi,keduanya saling melengkapi dan menjelaskan kewujudan mereka masing-masing.Telah diketahui turun-temurun bahawa minda adalah entiti yang paling misteri di mana guru-guru kerohanian timur ada menerangkan mengenai 'minda' dan 'tubuh' yang terperincinya terdapat dalam '3 Jenis Diri':

-Diri Terdiri
-Diri Terperi
-Diri Sebenar Diri

Ini adalah salah satu definisi popular di mana konsep ini telah dikenali dengan pelbagai istilah mengikut aliran kerohanian tertentu.Kaitan 'minda' dan 'tubuh' adalah misteri yang amat digemari dan dibahaskan selama beribu-ribu tahun oleh pelbagai agama-agama besar,pendiri-pendiri aliran kerohanian,para pengkaji dan pakar-pakar perubatan di seluruh dunia.Di hujung pengembaraan nanti akhirnya dapat ditemui rahsia paling penting;bahawa sebenarnya segala sesuatu itu BUKANLAH DI LUAR MINDA TETAPI DI DALAM MINDA.


"The One"

Istilah ini merujuk kepada orang-orang pilihan Tuhan dalam menyampaikan ilmu pengetahuan ini.Orang-orang ini kerap disebut sebagai nabi,orang suci,peramal,pendeta agung,maitreya,avatar dan sebagainya biasanya merupakan orang yang disegani dari segi akhlak dan sikap yang terpuji.'The One' bukanlah orang yang mewar-warkan dirinya sebagai nabi atau utusan Tuhan melainkan setelah diarahkan begitu.Mereka sendiri tidak tahu pada awalnya bahawa diri mereka terpilih sehinggalah diberitahu secara wahyu,ilham atau cara-cara tertentu.'The One' tidak suka orang disekelilingnya terlalu menyanjung dirinya.Mereka ini biasanya berperawakan tampan,bertubuh tegap dengan ketinggian yang optimum,berwajah manis dan menawan,tutur kata yang elok dan ada aura dan karisma diri.Ini penting untuk memudahkan para pengikut mereka mengikuti ajaran-ajaran mereka dengan rela dan konsisten.


"Plug in/Plug out"

'Plug in' bermaksud dilahirkan di dalam 'Matrix' terutamanya Matrix yang manusia berhidup,mencari pilihan dan membuat pilihan.'Plug in' juga bermaksud masuk ke dalam kesedaran yang lebih tinggi.Proses teknikal dalam penukaran antara Matrix juga disebut 'plug in'.

'Plug out' pula bermaksud dimatikan dalam Matrix yang sedang dialami.Ia juga bermaksud dikeluarkan dari Matrix.'Plug out' adalah simbol kepada 'kematian','pengakhiran' atau 'selesai'.Proses teknikal dalam penukaran antara Matrix juga disebut 'plug out'.


'The Source'

The Source adalah sumber segala sesuatu.Dalam terminologi Matrix,The Source adalah sumber untuk membina kod-kod program di mana dalam hal ini ia digelar 'source code'.Dalam tafsiran kerohanian tradisional,ia adalah mewakili sumber segala kejadian dan penciptaan makhluk.Ia juga digelar 'supermind','overmind' dan 'The Mind'.Setiap minda manusia berhubung dengan 'Mind' ini.'The Source' seringkali bertembung dengan satu lagi entiti iaitu 'The Architect'.Sesetengah kerohanian terutamanya dari Barat memisahkan 'The Architect' dengan 'The Source'.Tetapi dalam disiplin kerohanian Sufism (tasawuf),'The Source' itu adalah 'The Architect'.


'The Architect'

The Architect adalah entiti yang membina Matrix;segala Matrix yang ada.Dialah yang menyusun program dan mengatur segala kod,trafik,protokol,port,format,codec,komunikasi dan lain-lain di dalam Matrix.Dialah yang menghidupkan program,mematikan program (shut down),memasukkan program serta mengeluarkan program.Dia juga yang menentukan jumlah program yang berjalan,protokol yang digunakan dan masa yang dihabiskan ('The Architect' tidak tertakluk pada 'masa' kerana 'masa' juga adalah sebuah program).'The Architect' juga bersikap seperti pengaturcara (programmer).Dalam tafsiran kerohanian dan mungkin saja istilah yang biasa difahami manusia umum,'The Architect' ini adalah apa yang digelar Maha Pencipta;Tuhan,'God','Lord' dan sebagainya.


'Programmer'

Pengaturcara.Iaitu entiti yang tugasnya menyusun program yang berjalan di dalam Matrix.Setiap program ada pengaturcara yang menjaganya.'Programmer' tidak dapat melaksanakan program tanpa 'The Source'.Dari sinilah dia mendapat sumber kod untuk menjalankan tugasnya.'Programmer' yang sebenar adalah 'The Architect' kerana dialah yang sebenarnya mempunyai katakunci (password) untuk semua 'source code' dan tidak ada seorang pun 'programmer' yang dapat mengakses 'mainframe' (kerangka utama) kepada 'source code' ini tanpa keizinannya.Tetapi 'The Architech' telah membina 'programmer-programmer' yang lain,sebagai menunjukkan kebijaksanaannya dan kehebatannya mencipta (bukan untuk membantunya atau menunjukkan kelemahannya).Setiap parameter program dikawal oleh 'programmer' ini.Sebagai contoh,dalam dunia realiti manusia,setiap perjalanan material fizik mempunyai ukuran-ukuran tertentu untuk mampu berjalan lancar.Manusia dan benda-benda mampu bergerak stabil di atas bumi kerana dibekalkan dengan daya graviti yang mempunyai ukuran tertentu.Begitu juga jumlah titisan hujan yang turun,burung-burung yang terbang,pohon-pohon yang bergoyang dan kadar desibel guruh di langit juga kadar haba yang dipancarkan matahari,mempunyai parameter-parameter yang diselia oleh para 'programmer' ini.SETIAP SATU MEMPUNYAI UKURAN TERTENTU MENUNJUKKAN IA ADALAH DICIPTA,BUKAN TERJADI DENGAN SENDIRINYA.Dalam tafsiran yang sederhana dari disiplin kerohanian,para 'programmer' ini adalah para malaikat yang menjalankan pelbagai tugas di semua Matrix yang dibenarkan khasnya Matrix yang manusia berhidup sekarang.Setiap titisan hujan ada malaikat yang menjaganya.Begitu juga elektron-elektron yang berputar-berputar di orbitnya,setiap satu ada malaikat yang mengawalnya.Maha Suci Tuhan.


'Program'

Iaitu rancangan-rancangan,fasiliti,tema,peristiwa,subjek/objek dan sebagainya yang berjalan di dalam Matrix.Program adalah struktur kepada Matrix.Tanpa program,Matrix adalah satu ruang kosong yang menjemukan.Tiada apa-apa.Nothing.Program terdiri dari beratus-ratus,beribu hingga infiniti kod-kod yang diambil dari 'The Source' di 'mainframe'.Kod-kod ini disusun menjadi parameter-parameter,peraturan perisian,masa dan struktur lain sehingga menjelma menjadi program.Setiap entiti yang wujud termasuk para 'programmer' itu sendiri adalah 'program'.Segalanya 'program' sehingga Matrix pun merupakan 'program' yang dicipta.Hanya 'The Architect' sahaja bukan 'program'.Dia adalah entiti yang memegang peranan 'The Architect','The Source' dan 'Programmer' sekaligus.Dalam tafsiran kerohanian tradisional,'program' ini merujuk kepada makhluk,iaitu YANG DICIPTAKAN.Makhluk bukan sahaja bermakna yang bernyawa sahaja,tetapi juga yang tidak bernyawa.Kucing,sudu,pinggan,nasi goreng,tahi cicak,kambing,bantal busuk,komputer,matahari,Nebula Ketam,galaksi,elektron,proton,quark,bozon dan sebagainya adalah 'program',iaitu makhluk yang diciptakan.Makhluk diciptakan oleh Khaliq iaitu PENCIPTA.'Program' berasal dari kod-kod yang disusun,di mana kod-kod itu pula diambil dari 'The Source' yang bertempat di 'mainframe'.

'Mainframe'

Kerangka utama.Iaitu tempat dimana kod-kod disimpan dan dikawal rapi.'Mainframe' bertempat di luar kod biasa Matrix dan mempunyai katakunci (password) yang teramat rahsia untuk memasukinya.'Mainframe' menyimpan segala kod di dalam 'memori' nya yang khas.Tidak diketahui secara jelas adakah terdapat 'programmer' yang dapat mengaksesnya (apa pun dengan kebenaran 'The Architect') tetapi terdapat 'The One' yang dapat mencapai akses ke 'mainframe'.Di dalam tafsiran kerohanian (sufism) 'mainframe' mewakili Lauh Mahfuz yang menyimpan 'Kitab Yang Terpelihara' iaitu berisi pengetahuan yang lepas,kini dan akan datang.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Setakat ini dahulu MistisFiles memberikan definisi istilah-istilah yang dipakai dalam model kerohanian The Matrix.Istilah-istilah di atas adalah istilah dalam kategori asas yang perlu di beri penjelasan dahulu.Terdapat berpuluh-puluh lagi istilah tetapi lebih mudah kalau diterangkan istilah itu bersama-sama artikel kerana istilah-istilah ini lebih bersifat rumit dan mungkin akan menimbulkan anggapan negatif dari pembaca.

Anda sudah faham sekarang?

Ok,sebelum memasuki 'Matrix',kami ingin memberitahu anda beberapa perkara.

Kita semua adalah pengemis kebenaran.Kita semua dilahirkan di dalam penjara. PENJARA MINDA yang TIDAK berbau atau dapat dirasa,didengar dan dilihat.Ia adalah penjara yang sunyi sepi,gelap dan kosong.Malangnya,tidak seorang pun yang dapat memberitahu anda setepatnya apakah Matrix itu.Anda KENA CARI DAN KAJI SENDIRI.Ini adalah peluang anda yang terakhir,selepas ini tiada ruang untuk KEMBALI.Di sini ada dua biji pil;merah dan biru.

Anda ambil pil biru,semua cerita akan berakhir di sini;anda akan bangun dari tidur dan anda percaya apa yang anda ingin percaya.

Anda ambil pil merah,anda akan tetap di dunia yang benar-benar menakjubkan...kami jamin, dan kami akan bawa anda sedalam mana 'lubang sang arnab' itu pergi.

INGAT!Apa yang kami tawarkan di sini adalah bertujuan untuk mencari kebenaran semata-mata,tiada niat yang lain.




OK, SUDAH BERSEDIA?



IKUT KAMI  

Petikan dari : 
http://re-matrix.blogspot.com/2011/11/matrix02terminologi-dalam-masalah.html

Wednesday, July 3, 2013

Berawal dari Hu, Singgah pada God, Telusur Menuju Tuhan...



Berawal dari Hu, Singgah pada God, Telusur Menuju Tuhan









Semenjak pertama mengenal Bahasa Inggris, satu kata yang mengusik saya adalah “God”. Selama puluhan tahun, rasa penasaran itu nongkrong dibenak. Perbedaan penyebutan terhadap Sang Mahakuasa, antara kata Tuhan dan God, berbuntut pada pertanyaan-pertanyaan mengambang. Barangkali, karena yang tertanam di kepala saya adalah pemahaman, bahwa kehadiran sebuah kata, pasti mempunyai rangkaian asal muasal, sebagai jalur dinamika cara berpikir para penggunanya. Bangsa-bangsa yang memakai kata “God” untuk menamai Kausa Prima, tentu memiliki alur argumentasi sendiri. Demikian pula dengan kita, yang memanggilNya dengan Tuhan.
Sayangnya tidak mudah untuk mendapatkan keterangan-keterangan itu secara runtut dan memadat. Perlu penelusuran data, mengais remah-remah informasi. Pengetahuan memang bukan sesuatu yang utuh, glundung begitu saja. Memahami sesuatu adalah proses mengangsur dari pengertian-pengertian kecil.  Ini kewajaran. Saya menyebutnya, perilaku umum dari “homo kreditikus”,  manusia adalah mahluk penyicil. Mengumpulkan apapun sedikit demi sedikit, yang lama-lama dijadikan bukit. Dari soal cara makan, menabung uang, hingga cita-cita. Bukankah segalanya dilakukan secara bertahap?
Karena iseng, pada suatu saat, saya membaca sebuah buku karya Hazrat Inayat Khan. Dari judulnya, terkesan menarik, The Music of Life. Inayat Khan adalah seorang sufi asal India yang juga banyak meneliti tentang musik dan mistik suara. Dalam catatannya, Inayat menulis, bahwa Sang Mahakuasa yang dipanggil dengan beragam nama dalam agama maupun aliran spiritual itu, bermuara pada satu sebutan yaitu Hu. Inayat menyimpulkan ini, setelah melakukan penjelajahan pengalaman dan pengamatan serius terhadap konsep suara. Dia memainkan nada sekaligus melakoni perenungan-perenungan. Baginya, kenyataan material maupun spiritual, berawal dari suara. Vibrasi yang merambat melalui ruang dan waktu memadat jadi bentuk-bentuk dan rasa-rasa. Maka suara menjadi dasar atas segala keadaan atau kejadian. Menjelma warna, kata juga benda-benda.
Hu adalah intisuara, lantas mengejawantah ke beragam keadaan, baik yang terdeteksi indera maupun yang bersifat spiritual. Pada kisaran frekuensi tertentu, suara meeujud jadi kayu, besi, batu-batu dan semacamnya. Dalam fase yang lain, suara juga menjelma sebagai denyut perasaan, kegelisahan, amarah, kepedulian dan sebagainya. Hu merupakan awal dan akhir dari sebuah bunyi yang disebabkan pergerakan benda. Entah itu suara gaduh kereta api, mesin-mesin, teriakan manusia, raungan hewan, tiupan peluit maupun gemerisik daun.
Pada pemahaman mistik sufisme yang didalami Inayat, Hu merupakan abstraksi dari apa yang disebut kehidupan. Termasuk desis nurani, ketika seseorang berdoa atau mengeluh. Nama dari semesta sesungguhnya dan bukan buatan manusia.
Dalam kisah-kisah kitab suci agama-agama besar dunia, percontohan tentang eksistensi Hu, dicantumkan dalam simbol naratif. Intisuara inilah yang dijumpai Muhammad SAW ketika menyepi di Gua Hira, dirasakan Musa sewaktu di puncak Sinai juga Isa tatkala diangkat ke Surga. Seruling Krisna turut serta dicantumkan sebagai simbol atas intisari suara itu. Bunyi serupa yang juga didengar Shiwa saat saat bersemadi di Himalaya. Inayat lalu menarik tafsir, bahwa semangat ketuhanan, sebagaimana yang terekam pada narasi kitab suci, didapatkan melalui interpretasi atas suara kosmik.  Intisari suara atau Hu adalah simbol abstrak yang berusaha di mengerti manusia dalam perjalanannya mengenal Sang Kuasa.
Yang dilakukan Inayat, sesungguhnya adalah menjabar pemahaman tentang konsep Tuhan, lewat jalur kebudayaan. Inayat tidak sedang bersimulasi sekadarnya. Dia pemusik, sufi sekaligus peneliti yang telaten dan tidak main-main. Dia menyelami lautan tanda tanya, untuk mengerti, apa yang sebenarnya di maksud dengan Tuhan itu.
Terus terang, saya terkesima membaca The Music of Life. Sebab sebelum bersinggungan dengan Hazrat Inayat Khan, saya telah tahu, bahwa Hu adalah sebuah kata dari bahasa sansekerta yang berarti “memohon, menyeru”. Tentunya, ini mencengangkan. Sebab memohon atau menyeru adalah kerja pada manifestasi suara, meski batin sekalipun. Dikemudian hari, saya menelusur rantai kata atas Hu ini. Pada bahasa mana lagi digunakan, sekaligus dalam kebudayaan mana lagi konsepnya digunakan.
Proto-Indo-Eropa, sebagai rumpun bahasa tua dunia, memiliki sebuah kosata yang menyerap lema Hu dengan ghut artinya “Sesuatu yang dipanggil”. Ketika diserap dalam Bahasa Proto-Germanic, ghut berubah menjadi guthan. Oleh bahasa Norse Tua, yang digunakan bangsa viking dibilangan Skandinavia, ghutan diserap menjadiGud. Hingga menempel pada bahasa Inggris kuno sebagai God, yang berlaku hingga masa Inggris Modern. Semua mempunyai arti yang sama, yaitu “Sesuatu yang dipanggil, Sumber permohonan”. Kata God sendiri, untuk pertamakalinya digunakan pada manuskrip kuno, Codex Argenteus (silver book) pada abad ke-6 dalam bahasa Gothic, ditulis guþ.
Terdapat pola saling jalin yang sinambung. Kata God yang dipakai hingga kini itu, merupakan jelmaan dari simpul temali bahasa yang sumbernya dari sanskrit. Hu telah mengalami evolusi eja dan tulis, terserap pada beragam bahasa, lalu memuncak padaGod yang tenar sebagai pembahasaan atas Sang Khalik.
Ternyata tak berhenti hanya disitu. Kata Hu juga turut mempengaruhi istilah penting lain. Sebutlah Human. Akarnya masih sama, berinduk kepada sansekerta. Merupakan gabungan dua kata yang saling melengkapi, Hu dengan arti seperti dijelaskan diatas dirangkai dengan kata Manu yang artinya “ciptaan, makhluk yang cerdas”. Tentu terdapat hubungan antara keduanya. Jika Hu diurai dengan penerjemahan lugas yang berarti “Pencipta”, lalu Manu adalah “ciptaan berdayapikir”, maka pengartian “Human” seperti pemahaman terkini, sudah cocok adanya. Pada sisi yang lain, bahasa Indonesia juga mengenal kata “manusia” yang didalamnya terkandung Manu pula. Khusus untuk kata manusia, diserap utuh dari khasanah sanskrit, yaitu “Manusya” dengan arti yang sama dengan Human pada Bahasa Inggris. Manusya diterjemahkan sebagai Ciptaan yang berakal budi, Mankind.
Istilah Hu juga termaktub dalam mitologi-mitologi. Misalnya, Hikayat Tehuti di mesir kuno. Menurut cerita itu, Hu adalah penyuaraan “Mantra agung”, untuk memuja Kekuatan Supranatural tertinggi.  Manuskrip Old Kingdom Pyramid texts, yang diperkirakan ditulis pada 400-2300 SM, menyebut kata itu dengan dengan ejaan “HW”dibaca “HU”. Tentu saja peneraannya menggunakan huruf  hieroglyph. Mantra tersebut dimaksudkan untuk memuja sebuah “Ide besar, Penciptaan”. Dalam senirupa mesir kuno, ide besar penciptaan tadi dilambangkan dengan dengan Manusia berkepala burung. Perwujudan visual yang oleh orang Mesir dipanggil dengan nama Toth. Dikemudian waktu, kata ini diadopsi bahasa Inggris menjadi Thought, artinya memahami lewat pikiran.
Nama Tehuti, merupakan paduan dari tiga kata yaitu Te, Hu, dan Ti. Ketiganya berinduk pada bahasa Proto-Indo-Eropa. Te artinya “kamu”, kemudian bahasa inggris menyerapnya sebagai The. Deret selanjutnya, kata Hu, diartikan “Yang tak terjelaskan” dan terakhir, Ti artinya Dia. Sehingga lengkapnya, Te-Hu-Ti diterjemahkan menjadi “Kamu adalah HU”, “kamu adalah Dia”.
Mitologi Iran yang merupakan turunan budaya Persia juga menyinggung lema Hu pada simbol-simbol kebudayaannya. Sebut saja Huma, sebuah simbol tentang makhluk surgawi yang digambar menyerupai burung Phoenix.  Kata huma dalam mitologi itu, berasal dari Humaya, bahasa iran kuno (Indo Iranian) yang merupakan gandengan dari dua kata, Hu yang berarti “Semangat Ilahiyah” dan Maya yang artinya air. Burung itu memang dimaknai sebagai lambang tentang arus spiritualitas yang bening mengalit seperti air , menuju Ilahi. Selain itu, pada masyarakat Iran kuno, Huma juga diapresiasi sebagai simbol keberuntungan. Orang-orang mengaplikasikan visualnya sebagai jimat-jimat dan ornamen tolak bala. Masa berikutnya, pada tradisi sufistik Iran awal, upaya-upaya pencapaian kebahagiaan dalam laku spiritual, diilustasikan seperti halnya manusia yang berusaha meraih burung Huma. Dia yang berhasil menangkapnya akan bahagia juga beruntung.
Demikian pula, pada kisah-kisah lain yang tersebar didunia. Unsur Hu diambil untuk menandai sesuatu yang istimewa. Misalnya, Terompet Kresna dalam epos besar Mahabharata, di deskripsikan sebagai media untuk mendengungkan suara yang berbunyi Hu. Kosmologi Tibet juga menyertakannya, seperti yang dilukar oleh Giuseppe Tucci, peneliti kebudayaan dan sejarah tibet, yang menulis buku The Religions of Tibet. Dia melansir bahwa orang tibet mempercayai alam semesta tercipta dari “napas” Tuhan yang bernada “Hu Hu” sehingga seluruh karsaNya terbangun dengan indah.
Bahasa Indonesia, memilih kata Tuhan sebagai bahasa representasi atas eksistensi Sang Mahakuasa. Pada sebuah artikel yang pernah termuat di Harian Kompas, ahli bahasa Remy Sylado, menjelaskan dengan menarik mengenai riwayat kemunculan kata ini. “Tuhan” diambil dari kata “Tuan”. Terselipnya huruf  “h” diantaranya adalah kasus biasa yang banyak terjadi dalam bahasa Indonesia. Seperti ‘asut’ menjadi ‘hasut’, ‘utang’ menjadi ‘hutang’, ‘empas’ menjadi ‘hempas’, ’silakan’ menjadi ’silakan. Menurut remy, ini terjadi seiring dengan kasus nominatif dan singularis dalam tatabahasa Sansekerta ke Kawi dan Jawa. Misalnya tertulis ‘hana’ dibaca ‘ono’, ‘hapa’ dibaca ‘opo’.
Adalah Melchior Leijdecker, seorang pendeta tentara yang berlatar pendidikan kedokteran, atas perintah VOC, yang menginisiasi pemisahan kata Tuhan dan tuan. Pada masa sebelumnya, Kata tuan, ditulis dalam ejaan kala itu , “toewan”, dimaknai ganda. Toewan bisa berarti Tuhan seperti yang dipahami sekarang, sekaligus “tuan” yang setara dengan kata majikan, pada konteks manusia. Lalu lewat pertimbangan Leijdecker, makna kedua kata itu dibedakan dengan jelas. Meskipun sama-sama bermakna sebagai sesuatu yang dijadikan curahan pengabdian, namun kata Tuhan kemudian menempati posisi tertinggi, dikarenakan sifat keilahian yang disematkan, sedang “tuan” dicukupkan pada konteks insani, makhluk ciptaan ilahi. Apakah kebiasaan menambahkan aksara “h” pada kata-kata tertentu itu juga merupakan pengaruh dari unsur Hu? Belum ada yang bisa menyimpulkannya
Lema tuan sendiri, bukan kata yang baru bagi penghuni kepulauan ini. Melayu menggunakannya, demikian pula Jawa. Setelah ditelusur, istilah itupun tidak murni satu lema, tapi merupakan gabungan dua kata yang induknya sama-sama ke sansekerta. Keduanya adalah Tu dan VanTu artinya Pemberi kasih sayang, yang oleh bahasa Ingris diterjemahkan dengan “God of Love”. Lalu bersertanya, kata “van” yang kemudian diserap menjadi “wan”, artinya “pujian”. Tuwan (toewan) pada perjalanannya, digunakan sebagai sapaan. Letaknya berada didepan nama seseorang yang dihormati. Semacam sebutan Paduka, Yang mulia, Yang tercinta atau Tulisan penyapa pada surat masa kini : Yang terhormat (Yth).
Konon, Tu adalah kata yang akrab dengan kebudayaan nusantara. Dugaannya, karena pengaruh paham “Kapitayan” yang disinyalir pernah besar dan dianut oleh sebagian besar penguhuni kepulauan ini dimasa lalu. Ajaran spiritual yang meyakini adanya Zat penguasa mutlak disifatkan sebagai “Tan Keno Kinoyo Ngopo”, tak bisa diperkirakan, tak mampu diapa-apakan. Bahkan, bisa jadi, “Tan Keno Kinoyo Ngopo” juga bermakna “Yang tak mampu dinamai” karena agung dan sucinya. Apakah pemaknaan ini juga yang mendasari kenapa  para ahli bahasa sebelum Leijdecker kebingungan mencari padanan kata God ?
Manifestasi atas penyifatan adikodrati yang dianggap sumber segala sumber itu, terpancar pada segala hal yang punya unsur kata Tu dan To. Baik yang negatif atau positif, hakikinya berangkat dari awal yang sama.  Pemeluk Kapitayan meyakini adanya kekuatan supranatural pada wa-tu, tu-gu, tu-lang, tu-nggul, tu-ban, tu-mbak, tu-nggak, tu-lup, tu-rumbuhan, to-san, to-pong, to-parem, to-ya. Saat melakukan ritual pemujaan, para penganut kapitayan juga menyediakan sesaji berupa tu-mpeng, tu-mbal, tu-mbu. Barangkali, sistem kepercayaan dan tatacara peribadatan seperti inilah, oleh para pelancong kemudian disebut sebagai animisme dan dinamisme. Saya belum mendapatkan catatan kesaksian atas riwayat Kapitayan. Tampaknya sejarah konvensional belum banyak menelusur mengenai isu ini. Mencari kemungkinan tanda-tanda tertulis atau bentuk visual lain yang menjadi saksi dan bisa memverifikasi keberadaannya.
Berselancar dalam liuk-liuk kata dan akarnya ibarat meniti jaring laba-laba. Luas dan terkesan berpencar, tapi ternyata punya kaitan satu sama lain.  Dari sebuah kata Hudikemudian hari orang mengenal God, kemudian Tu menjadi Tuwan hingga Tuhan. Layaknya resonansi ide yang menggelinding lalu diterjemahkan bahasa-Bahasa. Setidaknya, beginilah gambaran, bagaimana kebudayaan dari masing-masing peradaban berusaha melukar misteri keberadaan Sang Pencipta, menafsirnya lewat nama-nama. Mencicil pemahaman tentang Tuhan melalui rangkai riwayat kata. Seperti yang saya lakukan. Tentu saja, belum tentu benar dan sempurna. Bukankah ini hanya mengangsur dan belum final?
“When one is united to the core of another, to speak of that is to breathe the name HU, empty of self, filled with love” Kata Rumi dalam puisi.

Sumber :  http://bahasa.kompasiana.com/2013/02/10/berawal-dari-hu-singgah-pada-god-telusur-menuju-tuhan-532976.html

Terima kasih kepada : Tuan Erik Supit atas info yang menarik untuk dikongsi ini....semoga Allah SWT melimpah rahmatNya ke seluruh alam, Amiin...........

Maaf ye, bahasa pengantar nya B. Indonesia.....malas nak tukar2 terjemah dah .......

Saturday, September 29, 2012

ILMU PELITA HIDUP









ILMU, adalah suatu yang AMAT BERHARGA............

UMPAMA seBUTIR EMAS atau PERMATA..............

Ia sukar dicari dan didapati......................

Melainkan, mereka yang benar-benar BERSABAR dan IKHLAS.




ILMU, datang tanpa mengira siapa kau.................

Baiklah kau seorang ULAMA RABBANI................

Atau kau seorang PENIAGA.................

Atau PETANI......................

Atau PENCACAI NAJIS...............

Waima kau seorang PENGEMIS JALANAN SEKALIPUN............


Bahkan kiranya kau PENYANGAK dan PENYAMUN SEKALIPUN!!!


ILMU.............


Dengan ILMU lah manusia BER'MARIFAT akan TUHANNYA............

Dengan ILMU jua, manusia BERTAMADUN..............


Dan dengan ILMU, manusia dapat MENILAI SEGALA SUATU.


TETAPI..............

ILMU, jugalah yang menjadikan MANUSIA BONGKAK............

ILMU jugalah yang menjadikan MANUSIA MENYUSUN STRATEGI TERKUTUK...........

MEROMPAK, MENYAMUN, MELAKUKAN ANEKA KEJAHATAN............

Tanpa rasa BERDOSA, dan tanpa rasa SALAH.


Dengarlah TAULAN.............

Jagalah ILMU yang kedapatan pada DIRI-DIRI kalian...............

kerna SESUNGGUHNYA, tanpa ILMU kita nyata JAHIL dan BINASA............

akan tetapi, JANGAN SEKALI MENYALAH GUNAKAN ILMU............

kerna PADAH MENANTI, jauh lebih berat....................


NUKILAN : SIDI TOK KAJANG RIZALO



Tuesday, December 20, 2011

KONSEP TAUHID DALAM ISLAM,KRISTIAN DAN HINDU(AJARAN ASAL))





Assalamualaikum wbt buat saudara serta saudara muslimin dan muslimat, saya cuma nak berkongsi sedikit tentang Konsep Iman Kepada Allah swt yang merupakan salah satu Rukun Iman dalam Islam.  Sebenarnya hakikat yang dikatakan beriman ini tidak hanya diletakkan pada orang yang mempercayai wujud Tuhan semata-mata, kerana manusia yang tidak mengiktiraf wujudnya Tuhan juga adalah orang yang beriman.


Bagi orang yang beragama sama ada Islam, Kristian, Hindu, Buddha dan lain-lain agama yang tidak saya sebutkan disini semuanya mempunyai Iman dan percaya wujudnya Tuhan. Kemudian di satu sudut terdapat juga  jutaan manusia yang tidak percaya akan wujudnya Tuhan iaitu Allah Pencipta Seluruh Isi Alam dan semua ini adalah di dalam liputan-Nya dan inilah iman mereka
Konsep beriman kepada Tuhan ini terpecah kepada beberapa bahagian yang dapat kita lihat dengan jelas : -
(1) Mempercayai Wujudnya Tuhan seperti Agama Islam, Agama Kristian, Agama Hindu dan Agama Buddha. Beriman wujudnya Tuhan ini adalah suatu berita baik kepada golongan ini, NAMUN dalam kita mempercayai dan beriman wujudnya Tuhan seharusnya manusia memahami siapakah Tuhan dan bagaimana sifat-Nya serta batasannya.
(2) Golongan manusia (Atheis) yang tidak beriman wujudnya Tuhan , dan inilahsebenarnya  iman mereka, MEREKA BERIMAN  bahawa Tuhan tidak wujud dengan pelbagai alasan dan kajian ilmiah yang cuba dibuktikan oleh golongan ini.
Bagi golongan yang mempercayai kewujudan Tuhan, mereka tidak sewenang-wenangnya dibiarkan sendiri dalam mencari petunjuk Tuhan, Tuhan akan memilih Rasul dari kalangan manusia untuk menyampaikan perintah suci sebagai panduan dan batas kepada manusia seluruhnya. Namun sikap manusia yang lebih gemar menurut hatinya menyebabkan konsep Iman kepada Tuhan menjadi pelbagai, sedangkan jika kita memahami isi Kitab ini menunjukkan Konsep Iman Kepada Allah swt dan sifat-Nya adalah sama.
Tuhan BUKANKANLAH Jesus (a.s), Tuhan BUKANLAH Gautama Buddha, Tuhan BUKANLAH Berhala-Berhala atau apa saja yang terlintas difikiran dan terlintas dihati manusia TETAPI TUHAN adalah Allah swt. Allah swt adalah Satu-Satunya Tuhan Yang Patut Disembah dan Tidak ada Tuhan selain Allah swt. Walaupn manusia yang mempunyai latar belakang agama yang berbeza dan mempunyai kepercayaan seperti penyembah gunung ganang, penyembah berhala, penyembah lautan, penyembah alam atau apa saja yang disembahnya atau pun tidak menyembah apa-apa, golongan ini juga akan mendapat pertolongan dari Allah swt.
Siapa lagi TUHAN kalau bukan Allah swt!
Golongan sebegini juga meminta kepada Allah swt sebenarnya, memang tidak masuk akal perbuatan mereka tetapi inilah hakikatnya dan walaupun ia adalah dalam kategori menyekutukanNya, Allah swt tetap mendengar dan memberi perkenan-Nya kepada mereka dan serta seluruh isi alam.
Saya mengajak kita memperhatikan seketika perbandingan Konsep Iman Kepada Allah berdasarkan Kitab Al-Quran, Kitab Bible dan Kitab Hindu. Sangat jelas kepada kita bahawa  ISLAM, KRISTIAN & HINDU mempunyai Konsep iman kepada Allah swt yang sama di dalam kitabnya, namun pelaksanaan iman dikalangan umat beragama ini berbeza sama sekali.


(1) KONSEP TAUHID KEPADA ALLAH DALAM IMAN AGAMA ISLAM
(Surah Al-Ikhlash : Ayat 1-4)
“Katakanlah; Dialah Allah Tuhan Yang Maha Esa, Allah adalah Tuhan Yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tidak beranak dan tiada pula di peranakkan dan Dia tiada sesuatupun yang setara dengan-Nya”.
PENJELASAN : Inilah Konsep Tauhid yang sebenarnya, Allah swt beriri dengan sendiri tanpa bergantung dengan sesuatu apa pun kerana segala sesuatu itu adalah bergantung pada Allah swt.
(a) Allah swt Mencipta Oksigen Adalah Untuk Hamba-Hamba-Nya Dan BUKAN Untuk Allah Bernafas Dengannya. Ini Kerana Allah swt Tetap Hidup Tanpa Oksigen, Malah Oksigen Itulah Yang Bergantung Hidup Pada Allah swt.
(b) Allah swt Mencipta Sumber Makanan Adalah Untuk Hamba-Hamba-Nya Dan BUKAN Untuk Allah Makan Dengannya. Ini Kerana Allah swt Tetap Hidup Tanpa Sebarang Makanan, Malah Makanan Itulah Yang Bergantung Hidup Pada Allah swt.
(c) Allah swt Mencipta Takdir Adalah Untuk Hamba-Hamba-Nya dan BUKAN Untuk Allah Hidup Di Dalam Takdir. Ini Kerana Allah swt Di Luar Dari Menemui Takdir. Sebagai Contoh, Wajib Bagi Manusia Menemui Hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu Dan Ahad Sama Ada Suka Atau Tidak! Tidak Seorangpun Dari Hamba-Hamba-Nya Akan Terlepas Dari Takdir Ini.
(d) Allah swt Mencipta Masa Adalah Untuk Hamba-Hamba-Nya Mengatur Hidup Dan Berurusan Dengannya TETAPI BUKAN Untuk Allah Yang Menikmati Masa Untuk Mengatur urusan-Nya atau Diri-Nya Kerana Allah swt Di Luar Dari Sifat Masa, Sama Ada Masa Lalu, Masa Kini Dan Masa Akan Datang  Semuanya Telah Tamat Di Sisi Allah swt. Sebagi Contoh, Wajib Bagi Manusia Melalui Masa 1 Hari 24 Jam, 7 Hari Seminggu, 30 Hari Sebulan, 365/6 Setahun Dan Seterusnya, Tidak Seorangpun Yang akan Terlepas Dari Melalui Masa-Masa Ini.
Dalam hal lain perkara yang perlu kita ambil perhatian adalah Allah swt itu tidak menyerupai atau diserupai oleh hamba-hamba-Nya, oleh kerana itu kita harus memahami sifat Allah dengan sebaiknya. Sesetengah manusia salah faham Konsep Allah Maha Kuasa Lagi Maha Esa dengan menyamatarafkan Allah dengan ciptaan-Nya. Ini adalah sifat HARAM Bagi Allah.
Kita perhatikan seketika berkenaan hal ini :-
(a) Allah swt MELIHAT BUKAN Bermaksud Allah Mempunyai MATA Seperti Makhluk Ciptaan-Nya.
(b) Allah swt MENDENGAR BUKAN Bermaksud Allah Mempunyai TELINGA Seperti Makhluk Ciptaan-Nya.
(c) Allah swt BERKATA-KATA BUKAN Bermaksud Allah Mempunyai MULUT Seperti Makhluk Ciptaan-Nya.
(d) Allah swt MENGENGGAM BUKAN Bermaksud Allah Mempunyai TANGAN Seperti Makhluk Ciptaan-Nya.
(e) Allah swt DILUAR dari Sifat Masa, Sama Ada Masa Lalu, Masa Kini & Masa Akan Datang. Allah swt DILUAR Dari Sifat Berubah Bentuk Sama Ada Muda, Tua Atau Apa Saja. Allah swt DILUAR Dari Sifat Mati.
(f) Allah swt BERWAJAH BUKAN Bermaksud Allah Mempunyai WAJAH Seperti Makhluk Ciptaan-Nya.
“Allah swt Maha Kuasa Mengatasi Logik Akal Manusia”
(2) KONSEP TAUHID KEPADA ALLAH DALAM IMAN AGAMA KRISTIAN


(Yohanes 17:3)
“Inilah hidup yang kekal, yaitu supaya mereka mengenal Engkau, Allah yang Esa dan Yesus kristus yang telah Engkau suruhkan itu”.
(Markus 12:29)
“Maka jawab Yesus kepadanya, HUKUM YANG TERUTAMA ialah: Dengarlah olehmu hai Israel, adapun ALLAH TUHAN KITA ialah Tuhan yang Esa.”
(Ulangan 4:35)
“Maka kepadamulah ia itu ditunjuk, supaya diketahui olehmu bahwa Tuhan itulah Allah, dan kecuali Tuhan yang Esa tiadalah yang lain lagi”.
(Ulangan 6:4)
“Dengarlah olehmu hai Israel, sesungguhnya Hua Allah kita, Hua itu Esa adanya.”
(Ulangan 4:39)
“Maka sekarang ketahuilah olehmu dan perhatikanlah ini baik-baik, bahwa Tuhan itulah Allah, baik di langit yang di atas, baik di bumi yang di bawah, dan kecuali Ia tiadalah lain lagi.”
(II Samuel 7:22)
“Maka sebab itu besarlah Engkau, ya Tuhan Allah karena tiada yang dapat disamakan dengan dikau dan tiada Allah melainkan Engkau sekedar yang telah kami dengar dari telinga kami”.
(Yahya 17:8)
“Karena segala firman yang telah Engkau firmankan kepadaku, itulah aku sampaikan kepada mereka itu, dan mereka itu sudah menerima dia, dan mengetahui dengan sesungguhnya bahwa aku datang dari pada-Mu, dan lagi mereka itu percaya bahwa Engkau yang menyuruh aku”
PENJELASAN : Kitab Bible yang mengalami perubahan besar di dalamnya masih terdapat juga terdapat perkara-perkara yang benar seperti ayat-ayat yang dikemukakan di atas. Allah Maha Esa bererti Allah BUKAN 3 Tuhan atau Allah BUKAN 3 dalam 1 atau 1 dalam 3.
Allah iaitu Al-Ilah, adalah Satu-Satunya Yang Patut Disembah dan tiada sekutu bagi-Nya.
(3) KONSEP TAUHID KEPADA ALLAH DALAM IMAN AGAMA HINDU


(Surah An-Nisaa’ 4:164)
Dan (Kami telah mengutus) rasul-rasul yang sungguh telah Kami kisahkan tentang mereka kepadamu dahulu, dan rasul-rasul yang tidak Kami kisahkan tentang mereka kepadamu. Dan Allah telah berbicara kepada Musa dengan langsung.
(Shevatashvatara Upanishad Ch 4: V.19)
Tuhan itu tidak ada sesuatupun yang menyerupai Dia
(Shevatashvatara Upanishad Ch 4: V.20)
Dia tidak bisa dilihat, tidak ada orang mampu melihat dengan mata.
(Bhagavad Gita Ch.10:V.3)
Allah Tuhan yang tidak dilahirkan, tiada permulaan, Tuhan Seru Sekalian Alam.
(Yajurveda Ch.32:V.3)
Tiada rupa buat Tuhan, Dia tidak pernah dilahirkan, Dia berhak disembah.
(Yajurveda Ch.40:V.8)
Allah tidak berbentuk dan Dia Suci
(Rigveda Book 1 Hymn 164:V.146)
Allah Maha Esa. Panggilah dengan berbagai nama.
(Rigveda Book 10 Hymn 114:V.5)
Tuhan itu satu, Dia disebut dengan berbagai nama.
(Rigveda Book 8 Hymn 1:V.1)
Kami tidak menyembah seseorang kecuali Allah yang satu.
(Rigveda Book 6 Hymn 45:V.16)
Sembahlah Dia saja Tuhan yang sesungguhnya.
(Chandogya Upanishad Ch.6 Sek.2 V.1)
Tuhan hanya satu tidak ada sekutu dengan-Nya
(Shevatashvatara Upanishad Ch 6: V.9)
Allah itu tidak beribu bapa.
KESIMPULAN : Betapa kita harus memikirkan hal ini seketika, di dalam Al-Quran Allah swt hanya menyebut 4 Kitab sahaja iaitu Kitab Taurat (Nabi Musa a.s), Kitab Zabur (Nabi Daud a.s), Kitab Injil (Nabi Isa a.s), Kitab Al-Quran (Nabi Muhammad saw).
AKHIR KATA : Kitab apapun selain dari Kitab Suci Al-Quran BUKANLAH Kitab yang diimani oleh Umat Islam bahkan Nabi-Nabi dari Nabi Adam a.s sehingga Nabi Muhammad saw. Mungkin saja kitab ini mengandungi Firman Allah swt, mengapa tidak! ya memang terdapt Firman Allah tapi bagaimana dengan kesalahan-kesalahan Ilmiah, pertentangan ayat-ayat,  perkara-perkara yang tidak sepatutnya bagi para Nabi dan perkara-perkara yang HARAM bagi Allah?
Oleh kerana itu semua manusia di ajak dialog antara agama, supaya jika kita dapat mengenali dan memahami Konsep Iman Kepada Allah swt dengan yang sebenarnya.
(Surah Ali’Imran 3:64)
Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah”. Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam”.

Friday, December 2, 2011

RAHSIA GUNUNG QAF

RAHSIA GUNUNG QAF


:::::::::::::::::::::::::

Rasulullah SAW bersabda :
Sesungguhnya di balik gunung Qof terdapat sebidang tanah putih yang tiada tumbuhannya. Luas tanah itu seperti luas dunia tujuh kali, disitu penuh sesak dengan malaikat. Sehingga andaikata sebuah jarum dijatuhkan dari atas niscaya terjatuh diatas salah satu dari mereka.
Tiap-tiap tangan mereka memegang bendera yang panjangnya empat puluh farsakh. Tiap bendera tulisannya.
“Laailaahaillallaah-Muhamammadur Rasulullah”.

Tiap-tiap malam jum’ah, mereka berkumpul dikeliling gunung itu untuk merendahkan diri kepada Allah, dan memohon keselamatan buat umat Muhammad SAW.
Jika fajar subuh sudah terbit, mereka berdo’a : Ya Allah, ampunilah orang yang mandi hari Jum’ah dan yang datang menghadiri Jum’ah. Mereka berdo’a dengan suara tangis dan keras.
Lalu Allah berfirman : Hai Malaikatku ! Apa yang kalian kehendaki ?
Mereka menjawab : Kami berkehendak, engkau mau mengampuni dosa umat Muhammad SAW. Aku telah mengampuni mereka, jawab Allah SWT.
Bukit Qaf yang dicipta oleh Allah dari jamrud yang hijau (sehingga warnanya berpengaruh terhadap warna biru langit dunia yang sering dan selalu kita saksikan) adalah bukit yang mengelilingi ke segenap penjuru pada urat bumi agar bumi tidak bergerak bergoncang dan ia dijaga oleh satu malaikat yang besar, kekar dan kuat.
Pada suatu hari Saidina Iskandar Zul-Qarnain naik ke atas bukit Qaf dan bertanya: “Hai Jabal Qaaf, di bawahmu ada sejumlah bukit-bukit kecil, coba ceritakan kepadaku kekuasaan Allah yang demikian itu”, jawab bukit Qaaf: “Di balik saya ada bumi yang berjarak 500 tahun perjalanan ditambah pula oleh Allah yang memiliki kekuasaan yang sangat besar yakni 500 buah bukit yang dijadikan dari air yang dibekukan, bukan es atau salju. Dengan air yang dibekukan dimaksudkan sebagai daya tahan terhadap lapisan-lapisan bumi agar tidak habis hancur terbakar oleh kedahsyatan ganasnya api neraka yang ada di bawah lapisan bumi yang terbawah”. “Dan dipancangkan-Nya di bumi itu gunung menjadi pasaknya agar kamu tidak berguncang” (Luqman: 10). “Dan bersegeralah untuk mendapatkan ampunan dari Tuhanmu serta mendapatkan surga seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa” (Ali Imran: 133).
Seluas langit dan bumi memberikan arti dua kali lipat. Langit berpasangan dengan bumi, matahari dengan bulan, siang dengan malam. “Maha Suci Allah yang telah menciptakan segala sesuatu berpasangan” (Yasin: 36). Kita dipastikan mengerti maksud berpasangan itu bagaimana. Tentunya luas, panjang, lebar dan besarnya adalah sama. Kalau tidak sama, orang jawa menyebutnya “Gitang” (pincang). “Sesungguhnya Allah telah menciptakan tujuh langit dan bumi seperti itu pula” (al-Thalaq: 12).
Sewaktu Saidina Abdullah bin Salam bertanya kepada Nabi Saw.: “Dengan apa bumi ini bisa tenang?”, jawab Nabi Saw.: “Dengan beberapa gunung“, pertanyaan berikutnya: “Dengan apa gunung-gunung itu dikokohkan?”, jawab Nabi Saw.: “Dengan gunung Qaf yang dibuat dari zamrud hijau dan birunya langit“, setelah itu ditanya lagi: “Berapa jarak tingginya dari bumi ke langit dunia?”, jawab Nabi Saw.: “500 tahun perjalanan“. Pertanyaan selanjutnya tentang jarak antara perjalanan kiri dan kanannya (utara-selatan) dari titik tengah? jawab Nabi Saw.: “200 tahun perjalanan” dan ketika ditanyakan tentang penghuni bumi yang berlapis tujuh itu. Nabi Saw. menyebutkan: “Penghuni lapisan ketujuh adalah para malaikat, penghuni lapisan keenam adalah Iblis beserta bala tentaranya, penghuni lapisan kelima adalah setan, penghuni lapisan keempat adalah ular, penghuni lapisan ketiga adalah kalajengking, penghuni lapisan kedua adalah jin, dan penghuni lapisan pertama adalah manusia“. Allah berfirman: “Dan di bumi terdapat bagian-bagian yang mendampingi” (al-Ra’d: 4).
Berkaitan dengan ayat ini, Nabi Saw. selanjutnya menerangkan bahwa di belakang gunung Qaf ada +70 bumi dari misik (kasturi), +70 bumi dari emas, +70 bumi dari besi, +70 bumi dari Anbar, +70 bumi dari kapur. Di belakang ini semua terdapat alam malaikat. Tidak ada satu manusia-pun yang mengetahui jumlah para malaikat ini kecuali Allah, dan mereka bertasbih dengan kalimat: “La Ilaha Illallah Muhammadun Rasulullah”.
Dalam masalah bumi ini, Saidnuna Ibnu Abbas Ra. mengatakan: “Bahwasanya tiap-tiap bumi, sebagian dari padanya seperti bumi kita ini dan di dalamnya terdapat alam seperti alam kita”.
Nabi Saw. bersabda: “Hai Aisyah! di alam yang tidak nampak ini, terdapat hujan, mendung, matahari dan bulan. Tidak ada yang mengetahui kecuali kekasih Allah dan orang-orang yang baik“.
kita bincang daripada permulaan alam..jangan baca jak..tetapi BINCANG
Alam keseluruhannya dinamakan alam kejadian atau alam makhluk atau segala sesuatu yang Allah ciptakan daripada yang sekecil-kecilnya hinggalah ke sebesar-besarnya. Makhluk kejadian Allah boleh dibahagikan kepada tiga peringkat alam.

1: Alam Syahadah

2: Alam Misal

3: Alam Arwah.

Alam Syahadah adalah benda dalam erti kata yang luas. Jangan menyangka sesuatu yang jauh dan tidak dapat dipandang dengan mata kasar itu sebagai bukan benda. Jika bintang merupakan benda yang paling jauh kelihatan pada pandangan kita, yang lebih jauh daripada bintang dan tidak dapat dipandang juga termasuk dalam kumpulan kebendaan. Benda atau jisim boleh dibahagikan kepada tiga kategori:
1: Jisim yang boleh dilihat dan dipegang
2: Jisim tipis yang ditembusi pandangan (transparent)
3: Jisim halus yang ghaib.
Ketiga-tiga jenis jisim tersebut boleh didapati di dalam Alam Syahadah. Alam Syahadah pula boleh dibahagikan kepada empat peringkat alam.
1: Alam Langit Dunia
2: Alam Bumi
3: Alam Langit-langit
4: Alam al-Kursi Yang Agung.

ALAM LANGIT DUNIA

Satu bahagian kecil daripada alam ini ialah planet bumi di mana tinggal di atasnya makhluk yang berbangsa manusia. Planet bumi bersama-sama bulan dan planet-planet yang lain berada di dalam satu tingkatan alam yang dinamakan Sistem Matahari. Pada mulanya ahli astronomi menyangkakan matahari menjadi pusat kepada alam. Penemuan kemudiannya menunjukkan matahari hanyalah sebiji bintang di antara jutaan bintang-bintang. Apabila ilmu astronomi semakin maju manusia menemui maklumat bahawa kumpulan bintang-bintang yang sangat banyak membentuk satu galaxy. Ahli astronomi membuat anggaran terdapat kira-kira satu ratus ribu juta bintang dalam galaxy yang ada planet bumi. Bintang-bintang berpusing mengelilingi satu pusat yang dipanggil Pusat Sistem Galaxy. Ahli astronomi membuat kiraan dan mendapati matahari kita mengambil masa 225 juta tahun untuk mengelilingi Pusat Sistem Galaxy satu pusingan.
Di samping galaxy yang terkandung planet bumi terdapat pula galaxy-galaxy lain. Bintang-bintang bagi setiap galaxy mengelilingi Pusat Sistem Galaxy masing-masing. Ada ahli astronomi membuat kiraan dan menganggarkan terdapat kira-kira 10 ribu juta galaxy semuanya.
Ukuran di antara bintang-bintang dan galaxy-galaxy tidak lagi diukur dengan kiraan batu atau kilometer, tetapi digunakan sukatan tahun cahaya. Cahaya bergerak selaju 186,000 batu satu saat. Hasil kiraan ahli astronomi mendapati jarak matahari kita dengan bintang yang paling hampir ialah 4 ? tahun cahaya.
Tiap galaxy bergerak dengan kelajuan yang berbeza. Galaxy yang dekat dengan kita lambat pergerakannya sementara yang lebih jauh lebih pantas pergerakannya. Pada jarak tertentu galaxy tidak kelihatan lagi kerana ia sudah lebih laju daripada cahaya lalu membawa cahayanya bersama-sama dan tidak mungkin lagi cahaya tersebut sampai ke bumi. Hasil kiraan ahli astronomi mendapati jarak di mana galaxy membawa cahaya bersama-samanya ialah tidak kurang daripada 13 ribu juta tahun cahaya. Inilah perbatasan ahli astronomi yang dapat dicapai melalui bantuan teleskop yang paling canggih. Kesemua galaxy tersebut berada di dalam satu alam yang bulat dan mengembang seumpama belon yang ditiupkan angin ke dalamnya.
Hasil penemuan melalui teleskop melahirkan teori-teori untuk menceritakan keadaan galaxy-galaxy selepas batas teleskop. Timbullah istilah Group, Metagalaxy, Teragalaxy dan sebagainya, sehingga sampai kepada yang tanpa batas (infinity).
Teori-teori tersebut adalah bersifat mungkin dan agak-agak sahaja. Walaupun bersifat mungkin dan agak-agak tetapi bila disandarkan kepada sains dan teknologi manusia umum dapat menerimanya sebagai kebenaran. Malangnya teori yang dibuat oleh ahli agama berdasarkan kitab ilmu alam yang paling jitu yang ‘ditulis’ sendiri oleh Pencipta alam, tidak dapat diterima umum kerana tidak saintifik. Sains siapa yang lebih hebat di antara sains yang menghidupkan orang ‘mati’ dengan memasukkan darah dan memindahkan organ dengan sains yang membangkitkan orang yang di dalam kubur hanya dengan berkata, :”Bangunlah kamu dengan izin Allah”. Sesungguhnya sains “Dengan izin Allah” tidak dapat dicabar dan tidak mungkin dicabar oleh sains manusia buat selama-lamanya. Oleh itu apabila sains manusia mengaku kalah berpindahlah kepada sains “dengan izin Allah”. Pasti keterangan yang lebih lanjut dan jelas dapat diperolehi.
Ahli agama yang mendapat sains “Dengan izin Allah” dinamakan ahli al-hak, ertinya pakar yang sebenarnya. Ada juga kalangan masyarakat menamakan mereka sebagai manusia kebenaran atau orang kebenaran. Malangnya pula manusia kebenaran ini dianggap sebagai orang yang ‘betul bendul’. Tertutuplah rahsianya sebagai ahli sains yang hakiki dan tidak adalah orang yang bertanyakan perkara sains kepadanya.
Penghulu kepada sekalian ahli al-hak, Nabi Muhamamd .s.a.w, telah menjelajah ke seluruh alam maya sehingga ke puncak yang paling tinggi, yang tidak ada lagi alam kejadian selepas itu. Baginda s.a.w menceritakan apa yang baginda saksikan. Cerita yang dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w menjadi pedoman bagi ahli al-hak yang lain untuk mencungkil rahsia alam maya, seterusnya membina teori alam maya berdasarkan keterangan Rasulullah s.a.w dan penyaksian mereka sendiri. Bertaburanlah maklumat tentang alam maya yang telah dikeluarkan oleh manusia-manusia kebenaran yang tidak pernah mempelajari sains dan tidak tahu istilah-istilah sains. Mereka menggunakan istilah mereka sendiri. Timbullah teori bumi berada di atas tanduk lembu. Lembu pula berada di atas belakang ikan nun. Lembu memakan rumput yang tumbuh di atas belakang ikan. Apabila lembu bergerak berlakulah kegoncangan di atas bumi. Mendengar teori yang demikian orang terus menutup telinga, tidak masuk akal, Israiliyat dan karut. Padahal teori itu dikeluarkan oleh seorang yang diperakui ilmunya oleh Rasulullah s.a.w kerana baginda sendiri mendoakan agar mengurniakannya ilmu dan kefahaman. Beliau adalah Ibnu Abbas r.a.
Apabila ahli nujum membuat teori mengenai bintang 12, di antara 12 bintang tersebut ada dua bintang yang dinamakan lembu dan ikan. Ada pengaruh mempengaruhi di antara bintang lembu dengan bintang ikan dan juga bintang-bintang lain kepada penduduk di atas muka bumi. Teori ahli nujum tersebut diterima dengan penuh yakin sehingga boleh dikatakan semua orang tahu bintangnya masing-masing. Mereka boleh percaya kepada bintang lembu dan ikan yang dikatakan oleh ahli nujum tetapi menolak perkataan ahli kasyaf yang dapat menyaksikan apa yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.
Kita kembali kepada Alam Langit Dunia. Kita mulai dari satu planet yang bernama bumi di mana kita tinggal di atasnya. Planet yang kita tinggal ini dinamakan bumi kerana kita mendiaminya. Jika kita mendiami bulan maka bulanlah bumi kita. Jika kita mendiami matahari maka mataharilah bumi kita. Jadi, maksud bumi adalah relatif. Yang menjadi identiti bumi ialah ia berada di dalam satu kerangka. Bagi planet bumi kita banjaran gunung-gunung menjadi kerangka. Gunung di atas bulan menjadi kerangka bulan.
Apabila planet bumi yang kecil ini berada di dalam satu kumpulan yang mengandungi berjuta-juta bintang ia dinamakan galaxy. Terdapat banyak galaxy sehingga sampai kepada satu peringkat semua galaxy tersebut berada di dalam satu kerangka. Seperti di planet bumi kerangka galaxy juga dinamakan gunung. Ia diistilahkan sebagai Gunung Qaf. Gunung Qaf merupakan satu alam yang luas yang terdapat di dalamnya banyak galaxy. Di samping Gunung Qaf yang planet bumi ada di dalamnya terdapat enam Gunung Qaf yang lain. Jumlah Gunung Qaf semuanya adalah tujuh. Tujuh Gunung Qaf itu berada atau terapung-apung di dalam ruang angkasa yang luas yang dikelilingi oleh satu bulatan yang dinamakan Langit Dunia atau Langit Rendah atau Langit Pertama.
Apabila planet bumi sudah menjadi terlalu kecil dibandingkan dengan kewujudan yang lain, konsep bumi itu pun berubah. Pada peringkat ini satu alam di dalam satu Gunung Qaf dinamakan satu bumi. Tujuh Gunung Qaf menjadi tujuh bumi. Terdapat tujuh bumi yang dilengkungi oleh Langit Dunia. Seluruh alam di dalam Langit Dunia ini dinamakan Alam al-Mulk. Jika istilah Alam al-Mulk dirasakan tidak sesuai maka boleh juga digunakan istilah Universe. Begitulah keadaan Universe yang digambarkan oleh ahli al-hak berdasarkan penyaksian mata hati mereka.

ALAM BUMI

Langit Dunia, iaitu langit pertama merupakan permulaan Alam Malakut Bawah yang dinamakan juga Alam Barzakh, tempat roh yang meninggalkan jasad berhenti sementara menunggu ditiup sangkakala. Langit Dunia dengan segala isinya menjadi satu alam kecil terapung di dalam ruang angkasa alam Langit Kedua. Begitulah keadaannya sehinggalah sampai ke alam Langit Ketujuh.
Selepas Langit Ketujuh terdapat satu tingkat Alam Ghaib, bukan lagi Alam Syahadah. Alam Ghaib ini terdiri daripada benda juga Cuma ia ghaib daripada pancaindera. Bahagian pertama daripada Alam Ghaib ini dinamakan Sidratul Muntaha. Sidrat bermakna pokok bidara dan muntaha bermakna yang penghabisan. Sidratul Muntaha bermakna pokok bidara yang penghabisan. Ia merupakan satu tingkat alam yang menjadi perbatasan, tempat berhenti perjalanan dan ilmu makhluk yang dari alam atas dengan alam bawah. Apa sahaja yang datang dari bawah terhenti di Sidratul Muntaha dan apa sahaja yang turun dari atas juga terhenti di Sidratul Muntaha. Hanya yang mendapat keizinan dapat menyeberangi perbatasan ini.
Peristiwa mikraj menceritakan, “Kemudian baginda s.a.w sampai ke langit ke tujuh…tiba-tiba didapatinya Nabi Ibrahim a.s…Kemudian aku (Nabi Muhamamd s.a.w diangkat ke Sidratul Muntaha. Tiba-tiba kelihatan buahnya seperti tempayan dan daunnya seperti telinga gajah”.
Pada planet bumi kita ada pulau-pulau seperti tempayan dan semenanjung seperti telinga gajah. Alam Sidratul Muntaha juga mempunyai ciri-ciri yang demikian.
Pada bahagian tengah Sidratul Muntaha terdapatlah Baitul Makmur yang menjadi pusat pentadbiran alam bawah. Di bahagian atas Sidratul Muntaha terdapat satu lagi bahagian Alam Ghaib yang dinamakan al-Kursi berbentuk empat persegi. Seluruh alam maya yang diperkatakan hingga kini berada di dalam ruang alam al-Kursi yang ghaib ini. Al-Kursi pula menjadi alam yang kecil di dalam ruang alam Arasy ar-Rahman, yang masih lagi di dalam peringkat Alam Ghaib. Di bawah daripada Arasy ar-Rahman terdapat satu kumpulan syurga tujuh tingkat: Darul Jalal, Darussalam, Jannatul Ma’wa, Jannatul Khuldi, Jannatul Na’im, Jannatul Firdaus dan Jannatul ‘Adn.
Di kanan Arasy ar-Rahman terdapat pula sempadan yang memisahkan alam yang di atasnya dengan alam yang di bawahnya, dinamakan Sidratul Muntaha kedua. Arasy ar-Rahman dan Sidratul Muntaha kedua berada di dalam ruang angkasa bulatan Alam Syahadah semula yang dinamakan al-Mastawa. Al-Mastawa bukan lagi Alam Ghaib tetapi alam nyata. Pada keliling permukaan al-Mastawa terdapat Loh Mahfuz yang padanya al-Qalam menulis perintah Allah.
Al-Mastawa dengan segala isi kandungannya berada dalam satu bulatan alam yang juga Alam Syahadah, yang dinamakan Bumi Rendah atau Bumi Pertama. Alam Bumi Pertama ini dikelilingi oleh tiga lapisan alam. Lapisan pertama dinamakan Alam Laut. Lapisan Kedua dinamakan Alam Angin. Lapisan ketiga dinamakan Alam Kegelapan. Semuanya berada di dalam ruang angkasa Bumi Kedua. Bumi Kedua berada di dalam ruang angkasa Bumi Ketiga dan Begitulah seterusnya hingga ke Bumi Ketujuh.
Semua peringkat alam sehingga alam Bumi Ketujuh berada di dalam ruang angkasa bulatan alam yang dinamakan Alam Gunung Kemurkaan. Alam Gunung Kemurkaan berada di dalam bulatan alam yang dinamakan Alam Lautan Kegelapan. Di dalam Alam Lautan Kegelapan di bawah Alam Gunung Kemurkaan terdapat an-Nar atau neraka. Ada tujuh tingkat neraka: Jahannam, Sa’ir, Luzi, Huthamah, Jahim, Saqar dan Hawiyah.
Alam Lautan Kegelapan dikelilingi oleh lapisan alam yang dinamakan Alam Kegelapan. Di dalamnya terdapat Sijjin, penjara tempat disimpan roh-roh dan catatan amalan orang-orang kafir. Mengelilingi Alam Kegelapan ialah Alam Gunung Pendakian. Alam Gunung Pendakian dengan segala isinya berada di dalam kerangka yang dinamakan juga Gunung Qaf. Semua peringkat alam yang diperkatakan hingga kini termasuklah Gunung Qaf terakhir ini diistilahkan sebagai Alam Bumi. Ia masih di dalam peringkat Alam Malakut Bawah atau Alam Barzakh.

ALAM LANGIT-LANGIT

Alam Bumi bergerak pada satu lakaran mengelilingi satu pusat yang dinamakan Kalbu Langit-langit. Selepas lakaran pusingan Alam Bumi ada pula tujuh lakaran lain, menjadikan lapan lakaran semuanya. Pada lakaran pertama hanya Alam Bumi berpusing mengelilingi Kalbu Langit-langit. Pada lakaran kedua terdapat 70,000 bulatan alam-alam mengelilingi Kalbu Langit-langit. Begitu juga pada lakaran ketiga sehingga lakaran ke lapan. Bulatan alam pada tujuh lakaran selepas lakaran Alam Bumi tersebut dinamakan Alam Langit-langit tujuh lapis. Alam Langit-langit ini sangat indah dan menjadi syurga Barzakh yang sekarang didiami oleh para malaikat. Ini adalah kumpulan syurga yang kedua, jua mempunyai tujuh tingkat dan memakai nama yang sama seperti syurga kumpulan pertama.
Selepas lakaran pusingan Alam Langit-langit ada satu lagi lakaran yang ke sembilan. Pada lakaran yang ke sembilan ini terdapat dua belas buah bulatan alam yang juga mengelilingi Kalbu Langit-langit. Alam yang dua belas ini dinamakan Buruj Alam Atas. Dan diberi nama mengikut lambang malaikat yang memerintah pada setiap alam tersebut: biri-biri, lembu, kembar dua, ketam, singa, gadis, neraka, busur panah, kambing, timba dan ikan. Begitulah nama 12 Buruj Alam Atas.
Sebenarnya terdapat juga Buruj Alam Bawah, iaitu bintang-bintang tertentu dalam Langit Dunia yang menjadi tempat pengawalan malaikat, menjaga supaya tidak ada syaitan yang dapat naik ke atas untuk mencuri maklumat dari alam atas. Mana-mana syaitan cuba menceroboh akan dipanah dengan panah api. Buruj Alam Atas pula bukanlah bintang tetapi adalah 12 buah alam yang sangat luas.
Planet bumi tempat kita tinggal ini apabila ia berpusing satu pusingan pada paksinya terjadilah satu hari. Apabila ia berpusing satu pusingan mengelilingi matahari terjadilah satu tahun matahari. Alam Bumi yang besar di dalam Alam Barzakh itu apabila berpusing satu pusingan di atas paksinya satu hari Alam Bumi yang dinamakan Hari Allah, bersamaan dengan satu ribu tahun matahari.
“Dan satu hari di sisi Tuhan kamu adalah seribu tahun mengikut hitungan kamu”. (Surah al-Hajj, ayat 47).
Ukuran kelajuan pada peringkat ini bukan lagi kelajuan cahaya tetapi kelajuan malaikat, nur yang jauh lebih seni daripada sebarang cahaya yang diketahui.
“”Malaikat dan roh naik kepada-Nya pada satu hari yang kadar ukurannya lima puluh ribu tahun”. (Surah al-Ma’arij, ayat 4).
Satu hari perjalanan malaikat bersamaan lima puluh ribu tahun matahari.
Kalbu Langit-langit memancarkan nur keseluruh alam-alam di sekelilingnya. Nur yang dipancarkan itu adalah ilmu Allah. Malaikat katibun menerima pancaran tersebut dan menulisnya di Loh Mahfuz dalam Alam Bumi.

AL-KURSI YANG AGUNG

Semua alam-alam yang diperkatakan sehingga ini berada di dalam ruang angkasa al-Kursi al-A’dzam (al-Kursi Yang Agung), yang menjadi batas terakhir Alam Syahadah. Alam selepas al-Kursi Yang Agung ini adalah Alam Ghaib yang dinamakan Alam Misal.

2: ALAM MISAL

Alam Syahadah yang berbataskan al-Kursi Yang Agung dengan segala isinya berada di dalam ruang angkasa Alam Ghaib yang dinamakan al-Arasy al-Majid (al-Arasy Yang Megah), yang sudah termasuk dalam peringkat Alam Misal. Rasulullah s.a.w memberi gambaran tentang keluasan al-Arasy al-Majid, “Hai Abu Zar. Langit yang tujuh dan bumi yang tujuh di sisi al-Kursi hanya seumpama sebentuk cincin di atas padang pasir luas, dan al-Kursi di sisi al-Arasy hanya seumpama sebentuk cincin di atas padang pasir yang luas pula. Lebihnya al-Arasy daripada al-Kursi seperti lebihnya padang pasir yang luas daripada sebentuk cincin tersebut”.
Di bawah al-Arasy al-Majid terdapat pula sempadan yang memisahkan makhluk alam bawah daripada makhluk alam atas. Sempadan ini dinamakan Sidratul Muntaha ke tiga. Al-Arasy al-Majid mempunyai 18,000 tiang. Di sisi tiap-tiap tiang terdapat gugusan alam-alam yang merupakan syurga kumpulan ke tiga. Syurga kumpulan ini dinamakan Jannatul Firdaus Atas. Ia merupakan salah satu syurga yang tidak binasa bila berlaku kiamat. Syurga Jannatul Firdaus Atas menjadi sempadan terakhir Alam Barzakh atau Alam Malakut Bawah. Al-Arasy al-Majid yang di dalamnya terkandung Alam Barzakh, sudah termasuk di dalam peringkat Alam Malakut Atas.
Al-Arasy al-Majid mengelilingi satu pusat, pada satu lakaran. Pusat yang dikelilingi oleh al-Arasy al-Majid ini dinamakan Kalbu Alam. Lakaran pusingan al-Arasy al-Majid merupakan salah satu daripada seribu lakaran. Pada setiap lakaran itu terdapat satu buah alam yang besarnya lebih kurang sebesar al-Arasy al-Majid. Jadi, terdapat seribu alam-alam mengelilingi Kalbu Alam. Alam-alam tersebut dinamakan alam Arasy-arasy. Kalbu Alam menjadi pusat dan menguasai Arasy-arasy tersebut.
Al-Arasy al-Majid sama dengan Arasy-arasy yang lain terletak di dalam ruang angkasa alam yang dinamakan Alam Hijab. Alam Hijab yang mengandungi Arasy-arasy ini berada di dalam peringkat Alam Hijab yang lain pula, berlapis-lapis sehingga 70,000 lapis bagi satu peringkat Alam Hijab yang dinamakan Hijab Nur Putih. Kemudian ia diikuti oleh peringkat Alam Hijab yang lain, hinggalah kepada beberapa peringkat. Setiap peringkat mengandungi 70,000 lapisan Hijab. Peringkat terakhir dinamakan Hijab Ketunggalan, yang juga terdiri daripada 70,000 lapisan. Peringkat Hijab Ketunggalan berakhir dengan lapisan Hijab yang dinamakan Hijab Hamparan Emas.
Alam-alam bermula daripada al-Arasy al-Majid hingga ke lapisan Hijab Hamparan Emas merupakan syurga yang dinamakan Iliyyun. Ia juga terdiri daripada tujuh tingkat seperti syurga-syurga yang lain. Di Iliyyun inilah disimpan catatan amalan orang-orang yang beriman yang baik-baik.
Di atas permukaan Hijab Hamparan Emas terdapat umbi bagi Sidratul Muntaha ke empat.
Seluruh alam yang dinyatakan sehingga ini berada di dalam ruang alam yang dinamakan al-Arasy al-Karim (al-Arasy yang mulia). Ia menjadi batasan terakhir Alam Misal.
Manusia yang berada dalam Alam Syahadah di planet bumi, lebih-lebih lagi yang terkongkong dengan alam jasad, hanya memandang kepada yang zahir atau nyata sahaja. Akal fikirannya sukar menggambarkan betapa seninya jisim pada Alam Misal. Tetapi bagi seorang insan yang tinggi makamnya di sisi Allah dapat masuk ke dalam Alam Misal dan melihat keadaan di dalam alam tersebut, dan mendapati Alam Misal adalah satu alam yang boleh disaksikan dan dirasa, seperti Alam Syahadah juga. Apa yang ghaib itu apabila dibukakan ia menjadi nyata dan boleh berinteraksi dengannya. Jika ada kerusi di dalam alam ghaib itu maka kerusi tersebut boleh diduduki. Jika ada buah-buahan di sana maka buah-buahan tersebut boleh dimakan. Begitu juga air yang ada di sana.
Jisim tipis dalam Alam Misal dipanggil an-Nuur. Jisim bersifat nuur adalah jisim yang sangat murni. Ia juga merupakan benda-benda seperti benda-benda yang ada dalam Alam Syahadah. Ada yang bercahaya menyilaukan pandangan, ada yang cair seperti air dan ada yang padat seperti tanah dan logam. Tetapi ia lebih murni, lebih indah dan lebih ajaib daripada apa yang ada dalam Alam Syahadah.

3: ALAM ARWAH

Peringkat terakhir Alam Misal ialah al-Arasy al-Karim, selepasnya bermula pula Alam Arwah (Alam Roh). Pada Alam Arwah terdapat juga alam-alam Hijab. Seluruh al-Arasy al-Karim bersama-sama segala isi kandungannya berada di dalam bulatan sejenis Alam Hijab yang lebih ghaib dan lebih seni. Ada beberapa peringkat Alam Hijab dalam Alam Arwah. Setiap peringkat ada 7,000 lapis Hijab. Lapisan pertama daripada Alam Hijab itu dinamakan Hijab Permata.
Hadis mengenai mikraj menceritakan, “Hingga aku sampai pada Hamparan Emas. Kemudian aku maju lagi bersama malaikat wakil Hijab Hamparan Emas terus ke Hijab Permata, lalu mengetuk-ngetuknya. Berkata malaikat di belakang Hijab, ‘Siapa ini?’ Ia menjawab, ‘Tuan punya Hijab Hamparan Emas dan ini Muhammad Rasul Rabbil ‘Izzati’. Berkata malaikat itu, ‘Allahu Akbar!’ Ia pun menghulurkan tangannya dari bawah Hijab dan meletakkan daku di hadapannya. Begitulah keadaannya dari satu Hijab kepada Hijab yang lain hingga aku melampaui 70,000 Hijab, tebal tiap-tiap Hijab 500 tahun”.
“Maka meluncurlah bersamaku malaikat itu lebih cepat dari sekelip mata hingga sampai ke Hijab Permata. Ia mengetuk pintu Hijab. Berkata malaikat dari sebalik Hijab, ‘Siapa ini?’ Ia berkata, ‘Saya tuan punya Hamparan Emas. Ini Muhamamd Rasul al-‘Arabi bersamaku.’ Berkata malaikat itu, ‘Allahu Akbar!’ Lalu ia mengeluarkan tangannya dari bawah Hijab hingga dia meletakkan daku dihadapannya. Begitulah keadaannya dari satu Hijab kepada Hijab yang lain. Tiap-tiap satu Hijab perjalanannya lima ratus tahun dan di antara satu Hijab dengan Hijab yang lain lima ratus tahun”.
Semua lapisan Alam Hijab bermula selepas al-Arasy al-Karim merupakan syurga-syurga yang dipanggil secara tunggal dengan nama Darul Khulud, negeri yang abadi. Ia juga mengandungi tujuh tingkat dengan tujuh nama seperti syurga-syurga yang lain. Jannatul ‘And merupakan syurga yang paling tinggi, paling besar dan paling indah. Di dalamnya ada Syajaratul Thubi, pokok thubi, yang terdapat padanya satu syurga yang menjadi induk bagi semua syurga, dinamakan Darul Qarar, negeri ketetapan.
Di atas Jannatul ‘And adalah al-Arasy al-‘Adzim, arasy yang besar. Ia dinamakan juga al-Arasy al-Muhith, arasy yang meliputi, maksudnya meliputi seluruh alam makhluk. Al-Arasy al-‘Adzim merupakan bulatan terakhir atau kerangka yang paling luar bagi seluruh alam kejadian, alam makhluk atau apa sahaja yang Allah ciptakan. Al-Arasy al-‘Adzim mengandungi 70 juta lapisan kulit-kulit yang di antara satu kulit dengan kulit yang lain terdapat ruang angkasa. Al-Arasy al-‘Adzim dijadikan daripada nuur, jisim yang bersifat nurani, lagi seni dan tinggi. Hadis menceritakan tentang nuur al-Arasy al-’Adzim, “Diliputi pada tiap-tiap hari oleh seribu warna dari nuur”. “(Diliputi) 70,000 warna dari nuur, tiada dapat dipandang kepadanya oleh seorang pun dari makhluk”.
“Nuur al-Arasy al-‘Adzim kalau dizahirkan kepada penduduk dunia ini dan (dalam keadaan) ia telah merendahkan diri (kepada Allah) nescaya lemah cahaya matahari bersamanya sebagaimana lemah cahaya pelita bersamanya (cahaya matahari) dan lebih kurang lagi”.
Meskipun nuur al-Arasy al-‘Adzim itu sangat kuat namun, orang yang mencapai makam yang tinggi pada sisi Allah dapat mendekatinya tanpa terjadi apa-apa dan mendapatinya suatu jisim alam yang sangat indah, tiada bandingannya.
Di bawah al-Arasy al-‘Adzim ada pula Loh Mahfuz yang kedua. Catatan yang tertulis di sini diambil oleh malaikat dan diturunkan kepada Kalbu Alam yang kemudian memancarkannya kepada Alam-alam Arasy, termasuklah al-Arasy al-Majid. Dari al-Arasy al-Majid ia diturunkan pula kepada Kalbu Langit-langit yang kemudiannya dipancarkan kepada Alam Langit-langit termasuklah Alam bumi di dalam Alam Barzakh. Begitulah salah satu cara perintah Tuhan turun seperingkat demi peringkat hingga sampai kepada masing-masing yang telah ditentukan.
Di bahagian atas al-Arasy al-‘Adzim yang paling luar dan paling tinggi terdapat satu alam yang besar dan indah dinamakan Qubah. Ia merupakan tempat yang paling tinggi dalam seluruh alam makhluk. Qubah ini merupakan syurga yang lebih indah daripada syurga-syurga yang lain. Ia juga terdiri daripada tujuh peringkat syurga seperti syurga-syurga yang lain.
Di dalam alam Qubah yang besar ini, pada bahagian yang paling atas, terdapat satu Qubah yang lebih kecil yang terdiri dari Permata Putih, berupa seperti sebuah mahligai yang besar terapung di ruang angkasa Qubah besar. Qubah Permata Putih ini merupakan tempat terakhir perjalanan mikraj Rasulullah s.a.w.
Qubah besar menjadi pusat pentadbiran alam di bawahnya sebagaimana Baitul Makmur menjadi pusat pentadbiran alam yang lebih bawah. Qubah yang kecil pula menjadi inti atau istana bagi Qubah besar.
Apabila dilihat kepada keseluruhan alam makhluk maka bahagian yang ada Qubah itu diisyaratkan sebagai bahagian atas. Jika dibandingkan dengan sebiji buah maka Qubah itu adalah umpama tampuk yang menentukannya sebagai bahagian atas dan lawannya sebagai bahagian bawah.
Hingga kepada al-Arasy al-‘Adzim yang terdiri daripada 70 juta lapisan dengan Qubah di bahagian atasnya, maka tamatlah perbicaraan mengenai Alam Malakut Atas dan berakhir juga ilmu manusia tentang alam. Al-Arasy al-‘Adzim itulah kerangka alam. Ia adalah sebesar-besar makhluk. Seluruh alam atau kejadian yang Tuhan jadikan berada di dalamnya. Sekaliannya dinamakan Alam sahaja, atau dinamakan juga Alam Kejadian atau Alam Makhluk atau A’yan Luar atau al-Mumkinat (segala yang mungkin) atau Alam Yang Baharu atau Yang Selain Allah. Semuanya menggambarkan apa yang termasuk di dalam kalimah “KUN” (jadilah kamu).
Jisim dalam Alam Arwah bersifat latif atau halus atau murni atau terlebih ghaib. Insan yang tinggi makamnya pada sisi Allah memasuki alam yang terlebih ghaib ini dan mendapati alam ini sama seperti Alam Syahadah juga, berjisim dan berbentuk benda dalam bebagai-bagai keadaan yang boleh disaksikan dan dirasa. Jadi, seluruh alam, iaitu Alam Syahadah, Alam Misal dan Alam Arwah merupakan alam benda yang jika diizinkan boleh disaksikan samada dengan pancaindera ataupun dengan hati. Hati insan bersifat nurani, sama seperti sifat Alam Malakut. Kekuatan pancaran nuurnya boleh menembusi tujuh petala langit dan tujuh petala bumi untuk menyaksikan dan memperolehi makrifat tentang Alam Makhluk atau Alam Kejadian.
“Orang yang dilapangkan dadanya oleh Allah untuk menerima Islam lalu ia beroleh nuur dari Tuhannya”. (Surah az-Zumar, ayat 22).
“Allah jualah nuur bagi semua langit dan bumi”. (Surah an-Nuur, ayat 35).
“Perumpamaan nuur-Nya seperti sebuah lubang di dinding di dalamnya mengandungi pelita. Pelita itu berada di dalam kaca. Kaca itu bagaikan bintang berkilau-kilauan. Dinyalakan dari pohon kayu yang berkat iaitu minyak zaitun yang bukan dari timur dan bukan dari barat. Hampir minyaknya mengeluarkan cahaya dengan sendirinya biarpun tidak disentuh api”. (Surah an-Nuur, ayat 35).
“Nuur di atas nuur”. (Surah an-Nuur, ayat 35).
“Dipimpin Allah kepada nuur-Nya bagi siapa yang dikehendaki-Nya”. (Surah an-Nuur, ayat 35).

PENUTUP

Bagaimana ahli al-kasyaf menyaksikan alam yang begitu luas dan jauh? Adakah dia perlu menaiki sejenis kenderaan dan terbang ke seluruh alam maya untuk menyaksikannya? Nabi Muhamamd s.a.w telah menaiki boraq dan mengembara ke seluruh alam di bawah bumbung Langit Dunia (Langit Pertama). Kemudian baginda s.a.w mikraj menggunakan tangga yang dihulurkan dari alam atas seumpama lif yang dibawa turun dari tingkat atas. Tetapi boraq hanya untuk kegunaan nabi-nabi tidak bagi manusia biasa, walaupun seorang yang kasyaf. Namun, Allah s.w.t mempunyai caranya sendiri untuk memperlihatkan alam ciptaan-Nya kepada sesiapa yang Dia kehendaki.
Cuba kamu pandang kepada sebuah bangunan. Kamu dapat melihat bangunan tersebut kerana ada cahaya dari sumber cahaya iaitu matahari. Cahaya matahari menerpa ke arah bangunan itu lalu membawa seluruh bangunan tersebut kepada mata kamu. Mata kamu juga bercahaya sebagai persediaan untuk menerima pancaran cahaya matahari yang datang. Jika mata kamu terpejam atau berselaput tidak mungkin cahaya matahari boleh memasukinya. Pertemuan cahaya matahari dari atas dengan cahaya mata di bawah melahirkan gambar pada belakang bola mata kamu. Gambar yang tertera pada skrin bola mata kamu itu dalam keadaan terbalik. Otak berperanan membetulkannya kembali. Otak boleh berfungsi sebagai kesan aktiviti akal. Akallah yang melihat bangunan tersebut. Seluruh bangunan yang begitu besar boleh masuk ke dalam akal kamu.
Andainya kamu berada di tempat yang tinggi dan pandangan kamu cukup kuat maka kamu boleh melihat seluruh planet bumi berada di dalam akal kamu. Akal kamu menjadi seperti satu ruang angkasa yang luas yang memuatkan planet bumi. Jika kamu berada pada tempat yang lebih tinggi dan pandangan kamu lebih kuat kamu akan dapat menyaksikan seluruh Alam Syahadah. Begitulah keadaannya hingga kamu dapat melihat seluruh Alam Misal dan Alam Arwah. Jadilah diri kamu seolah-olah satu ruang angkasa yang di dalamnya terapung-apung seluruh alam makhluk.
Jika kamu memandang kepada sebuah bangunan maka bangunan itu yang datang kepada kamu bukan kamu yang pergi kepadanya. Kamu tidak bergerak satu langkah pun. Begitu juga keadaan ahli al-kasyaf yang tidak bergerak dari tikar sembahyangnya namun dia dapat menyaksikan seluruh alam makhluk. Keadaan ini boleh terjadi kerana Allah jualah nuur bagi langit dan bumi. Nuur-Nya juga memancar di dalam kalbu orang mukmin. Nuur di atas nuur. Nuur dari alam atas membawa turun seluruh alam kejadian dan dapat ditangkap oleh nuur di bawah iaitu kalbu orang mukmin. Jadi, kalbu orang mukmin itu meliputi seluruh alam makhluk tanpa dia perlu terbang ke mana-mana.
“Dipimpin Allah kepada nuur-Nya siapa yang Dia kehendaki”.
“Katakanlah: Roh adalah urusan Tuhanku”.
Urusan Tuhan, inilah makam terakhir seorang hamba. Tidak ada apa-apa lagi padanya melainkan urusan Tuhan. Apabila dia sudah larut di dalam urusan Tuhan maka urusan Tuhanlah yang memperjalankannya ke seluruh alam maya hingga terdampar ke Sidratul Muntaha. Seterusnya memanjat ke Qubah yang menjadi puncak segala alam kejadian. Tidak ada apa-apa lagi kecuali: “ALLAH, RABBIL ‘IZZATI!’
Allah jualah yang memiliki Hijab Yang Teguh

Sumber : Kitab-kitab al-hadith Qudsi dan sumber-sumber ilmu Tasauf