Saturday, June 4, 2011

KITARO - PUJANGGA MUSIK JIWA KESUFIAN.....

Kitaro adalah antara pemusik yang unggul dan mempengaruhi jiwa seni-ku terhadap arena musik. Kitaro tidak pernah menghasilkan lagu yang menghampakan diriku dan aku menganggap karya Kitaro sebagai suatu karya ke'Tuhan'an, atau Laduni. Tentu sahaja menurut aspek universal kejiwaan. Beliau terkenal di merata dunia disebabkan ciri-ciri musiknya yang menonjolkan tema-tema kerohanian dan kejiwaan sejagat, dan telah berjaya menarik jutaan peminat di merata dunia sehinggalah sekarang.

Kitaro merupakan salah seorang pemain instrument dan composer musik yang terkenal dan terkemuka di dunia pada era 1970'an sehingga 1990'an. Sehingga kini, beliau masih lagi menulis lagu dan memainkan musiknya dengan mengadakan tour jelajah dunia ke merata pelosok dunia. Nama sebenarnya adalah MASANORI TAKAHASHI dilahirkan di Toyohashi, Wilayah Aichi, Jepun.

Sejak dari awal perkembangannya, beliau begitu berminat dan cenderung ke arah musik-musik berunsur elemen alam, dan banyak menggunakan alat musik synthesizer dan keyboard. Kitaro memulai kariernya secara sambilan di Jepun di mana ketika itu beliau bekerja sebagai seorang pekerja Sivil dan bermain musik secara sambilan. Tidak lama kemudian, beliau berkecimpung secara 'full time' dan menyertai kumpulan progressive rock 70an terkemuka Jepun iaitu :"The Far East Family Band" yang mulai mendapat sambutan hangat di sana, dan mula menempa nama di barat. Tetapi dia tidak kekal dalam kumpulan itu.

Akhirnya sekitar akhir 70'an, Kitaro meninggalkan pancaragamnya dan bergerak secara solo. Dia menjadi begitu terkenal apabila menjadi artis solo, dan meletup dengan album awalnya, "Ten Kai" dan "From The Full Moon Story". Album yang paling melonjakkan namanya naik ketika itu adalah lagu untuk documeentari NHK, "Silk Road", di mana beliau menjadi semakin popular di merata dunia.

Pada 1986 telah menyertai Geffen Records dan melancarkan kembali album-album sebelumnya iaitu "Astral Voyage","Full Moon Story", "Millenia", "India", "Silver Cloud", dan "Asia" serta sebuah lagi album baru iaitu "Toward the West." Dia telah berkolabrasi dengan Mick Hart dan Jon Anderson pada 1987 dan 1992 dan pada 1988, jualannya mencecah sehingga 10 juta seluruh dunia. Dia telah memenangi Grammy Award sebanyak dua kali dan lagu dari filem "Heaven and Earth", memenangi kategori 'skor musik terbaik'.

Sejak dari 1995 sehinggalah ke sekarang, dia terus menghasilkan album yang dipenuhi dengan musik-musik kerohanian yang tidak pernah membosankan halwa telinga mendengarnya. Beliau menyertai Domo Records dan albumnya 'Mandala' yang memenangi Grammy sekali lagi. Sejak itu Kitaro menghasilkan hanya kira-kira kurang dari 13 album. Antara yang menjadi 'hit' adalah 'An Enchanted Evening(1995), Gaia Onbashira(1998). dan Ancient(2001), dan semuanya memasuki senarai Anugerah Grammy. Album 'Thinking of You', merupakan 'perjalanan ke arah ekstasis spiritualisme' dan digelar juga 'sebagai musik paling indah dihasilkan sepanjang zaman.', memenangi anugerah Grammy untuk kategori 'Album New Age Terbaik.'

Sejak itu, pada tahun 2003, beliau terus menghasilkan album siri Sacred Journey of Ku Kai- sejak episod 1 hingga 4 yang mana diterbitkan mengikut turutan pada 2003,2005,2007,2011. Ini diinspirasi dari Ziarah Shikoku. Ini bersempena dengan memperingati tragedi September 11,2001 di Amerika Syarikat dan mempromosi keamanan sejagat. Setiap trek lagu dalam album 'Sacred Journey of Ku Kai siri 1-4, mengandungi sample bunyi loceng dari Tokong-Tokong Jepun Lama(Loceng Keamanan) dari 88 Tokong Suci yang dimaksudkan bagi menginspirasikan kebangkitan keruhanian dan menghasilkan sensasi aman dan damai, serta ketenangan kepada pendengarnya.

Kemudian sekitar 2007, menghasilkan pula musik untuk West Lake Impressions, suatu opera berskala besar, yang diarahkan pengarah filem terkenal China iaitu Zhang Yimou. Di situ, Kitaro mendapat ilham pula untuk menghasilkan soundtrack dari lagu asal yang dihasilkannya itu, :"Impressions Of The West Lake" yang berjaya sekali lagi memasuki Anugerah Grammy ke 52.

Sekitar 2007-2009, beliau melancarkan 'Love and Peace World Tour', suatu jelajah antarabangsa di mana, Kitaro ingin menyampaikan mesej keamanannya kepada dunia sejagat. Beliau menjelajah Asia Tenggara sekitar 2007, Greece pada 2008, dan Hong Kong, Jepun dan Asia Tenggara pada 2009. Pada bulan March- April 2011, Kitaro telah pun menjelajah seluruh Thailand, Hong Kong, Indonesia, Singapura dan Malaysia. Dia telah mendermakan sebahagian hasil jualan CD dan keuntungan konsertnya kepada 'Tohoku Earthquake and Tsunami Relief' sebagai suatu usaha membantu mangsa-mangsa gempa bumi dan tsunami di Jepun baru-baru ini.

Mengenai muziknya, Kitaro pernah berkata : "Aku tidak pernah menghadiri pelajaran dalam bidang muzik, aku cuma mempercayai naluri dan pendengaran serta perasaanku." Dia menyatakan mengenai 'kuasa di luar keupayaan diri' atas penghasilan muziknya, "Muzik ini bukanlah dari mindaku. Ia turun dari Syurga di langit, melalui seluruh jasadku dan menggerakkan jari jemariku. Kadang kala aku terfikir. Aku tidak pernah berlatih. Aku tidak pandai membaca not-not muzik, tetapi, jari jemariku rancak terus bergerak. Aku terfikir, 'Lagu siapakah ini. Dari siapa?' Aku menulis lagu-lagu ini, tetapi bukanlah lagu diriku, melainkan ada suatu 'kuasa lain'."

7 comments:

  1. terbaekk...
    aku mmg peminat setia lagu2 mcm ni dan new age.
    bro, cuba try layan Enya lak, highly recommended:

    http://www.youtube.com/watch?v=7wfYIMyS_dI <--lyric best.
    http://www.youtube.com/watch?v=KIpt_BIrIzM
    http://www.youtube.com/watch?v=7nTGHMOuV8A <---lyric nya best.
    http://www.youtube.com/watch?v=gPKAN7XHCxU <-- lyric best.

    byk lagi..

    ReplyDelete
  2. lagi satu lagu terbaek - ENIGMA- terutana lagu Beyond the Inbisible............ mamang hakikat dalam giler cakap luu..........

    ReplyDelete
  3. enigma mmg faveret aku time sek men dulu.. cuma dulu aku tak tau pun yg enigma ni lagu2 yg ada unsur ketuhanan..

    sadness..
    mea culpa..
    return to innocence..
    fuhh!! terkenang 90an ...hehehe.

    ReplyDelete
  4. Itu tentang The ONe yg hadir dr Adam as hingga kiamat

    ReplyDelete
  5. dulu tak tahu pun ada kitaro .lepas dengaq 1 post dari shahrizal (kitaro-matsuri)trus jatuh hati kat lagu kitaro. tenggelam dlm muzik ..siok.

    ReplyDelete
  6. marifat diri tu dah pasti = tapi marifatullah, bergantung pd Qalbun dirinya....

    ReplyDelete