Monday, June 13, 2011

Kajian Agama-Agama Besar Dunia(2) : Hinduisme

Pengenalan Ajaran Hindu.

Hinduisme, atau agama Hindu merupakan agama lama di India dan sekitarannya. Agama Hindu juga digelar sebagai 'Sanandha Dharma' yang bermakna 'Agama Yang Abadi'. Agama Hindu merupakan antara agama yang paling kompleks di dunia dengan ribuan mazhab dan aliran-aliran dari aliran-aliran kecil sehingga yang besar. Teologi dalam ajaran Hinduisme juga beragam dan berbagai menurut sesuatu kawasan dan masyarakat, ada yang Monotheisme, ada yang Polytheisme, gabungan kedua-dua, bahkan terdapat aliran-aliran yang Agnostisme dan Atheisme.

Kitab Suci bagi agama Hindu adalah Kitab Veda yang terbahagi kepada banyak bahagian. Teks-teks dalam Kitab-Kitab Suci Hindu adalah terbahagi kepada dua jenis iaitu, 'Sruti' (diwahyu Tuhan), dan juga Smiriti(yang diingat para rishi dan ulama'). Kesemua ini membincangkan tentang Ketuhanan, falsafah dan mitologi, dan sumber utama bagi Dharma/Agama. Antara kesemua ini, Kitab Veda merupakan pegangan utama dari segi otoriti, kepentingan dan antik.
Lain-lain kitab-kitab suci adalah Upanishad, Purana, dan Epik Mahabrata dan Ramayana. Bhagavad Gita juga merupakan antara kitab penting.

Agama Hindu merupakan gabungan dari Tradisi-tradisi lama dan tidak memeliki seseorang penngasas yang khusus. Agama ini sering digelar agama yang paling tua di dunia kerana sejarahnya yang lama. Bahkan ada kalangan sarjana kini telah menemui beberapa persamaan dengan Ajaran Agama Ibrahim yang dalam keyakinan Hindu digelar Brahma. Ajaran Hinduisme juga menurut kajian, seperti ajaran-ajaran agama lain berasal dari Agama Tauhid yang mungkin diajar oleh utusan-utusan Allah pra-Arab Islam. Ini berasaskan kepada ajaran agama Quraish lama di Arab yang juga berasal dari agama Hanif yang diselewengkan menjadi ajaran berhala.

Matlamat penganut Hindu adalah untuk melakukan segala ajaran Dharma yang mengandung kebaikan hakiki dan ibadah yang tulus dan benar serta bertujuan mencapai 'Moksha', iaitu Fana' dalam Sang Brahma, Maha Pencipta Agung. Sekiranya insan tidak berupaya maka ruhnya akan terhijab dan melalui reinkarnasi dalam tubuh-tubuh rendah seperti haiwan-haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Walau bagaimana pun, setelah kitaran selesai, maka ruh-ruh jahat akan dimasukkan ke Neraka bagi menyuci kejahatan dan dosa, manakala ruh-ruh baik dan suci akan masuk ke Syurga Loka. Bagi yang mencapai marifat, mereka akan bersama Tuhan selama-lama mencapai Moksha yang Abadi.

Menurut ajaran Hindu, ruh suci dalam manusia iaitu 'Atman' adalah kekal abadi. Pada hakikatnya Atman dan Brahman ini asalnya tidak berpisah jua dan sekiranya seseorang insan mengenali dirinya, maka mereka akan menyatu bersama Brahman.

Ajaran Hindu yang paling lama mengishtiharkan bahawa hanya ada satu Tuhan Maha Esa yang digelar Brahman, yang mentadbir seluruh semesta dan mereka menyembahNya. Dia juga memiliki nama-nama dan atribut yang cantik menurut bahasa Sanskrit iaitu Vishnu, Brahma, Shiva, Shakti dan beberapa nama lain. Kemudian setelah melalui peredaran zaman, umat Hindu mula menyembah Vishnu, Brahma, Shiva, Shakti atau apa sahaja Dewa-dewa lain sebagai Tuhan yang layak disembah jua. Ishvara juga merupakan satu lagi nama bagi Tuhan Yang Maha Esa dalam Hindu. Begitu juga dengan Bhagavan(Yang Maha Kuasa) dan Parameshwara(Yang Maha Agung).

Dewa Dan Avatara.

Menurut kitab-kitab suci Hindu terdapat makhluk-makhluk alam ghaib yang digelar Dewa, yang kalau kita sinonimkan dengan ajaran-ajaran Agama Rumpun Ibrahim AS (Yahudi, Nasrani dan Islam) adalah merupakan para Malaikat dan Jin-Jin Beriman. Avatara pula merupakan manusia biasa yang telah dilimpahkan dengan ilmu-ilmu Ketuhanan dan Kesaktian yang diutus Tuhan untuk membentuk manusia dan mengajar jalan kebaikan, Dharma. Kalangan para Rishi ramai yang termasuk sebagai Avatara ini.

Yoga.

Merupakan latihan-latihan kerohanian menurut Syariat umat India bagi mencapai ketenangan dan kekuatan meditasi dan tafakur serta ibadat. Terbahagi kepada Bhakti Yoga, Karma Yoga, Raja Yoga, dan Jnana Yoga.

Ritual dan bentuk Ibadat.

Majoriti umat Hindu beribadat setiap hari. Mereka menjalankan ajaran agama mereka di rumah sendiri dan kuil-kuil ibadat. Mereka biasanya menyanyi lagu-lagu suci pujian Tuhan dan Dewa, Bermeditasi, Membaca Mantra, dan membaca kitab suci dal lain-lain. Mereka amat menekankan kesucian dan membuat ritual berterusan supaya kekal dalam kesucian dan menolak segala keburukan dan kejahatan serta bala jauh-jauh. Bagi suatu peristiwa kematian, penganut Hindu kebiasaannya akan membakar mayat. Bagaimanapun, ada juga yang menanam mayat umat yang meninggal dunia.

Perjalanan Suci.

Agama Hindu menilai beberapa bandar-bandar di India sebagai suci termasuk bandar Allahabad, Haridwar, Varanasi dan Vrindavan. Kumbh Mela merupakan ibadah yang paling suci dan mereka akan berkumpul di bandar Allahabad setiap empat tahun untuk meraikannya dengan seramai jutaan jemaah berkumpul serta menjalankan ibadah mereka.

Sekilas Ajaran Awal dan Asal Agama Hindu- Sanandha Dharma.

Dalam ajaran Hindu, Alam semesta dan segala isinya diciptakan Wujud Maha Tunggal yang disebut Brahma. Dia tidak dapat dilihat mata kasar dan tidak dapat diraba serta didengar akan adaNya. Dia hanya mampu dikenal melalui manifestasiNya. Alam semesta berserta isinya merupakan pancaran dari Zat Brahma, dan bukan sama dengan Brahma. Dalam Upanishad ada diriwayatkan Rishi(Nabi) Uddakala memahamkan konsep ini kepada Svetaku dengan menyuruhnya meletakkan kepingan garam ke dalam mangkuk berisi air tawar. Setelah diminta memeriksa kepingan garam itu, ternyata ia sudah tiada. Lantas Rishi menyuruhnya merasai air yang masin itu. Rishi Uddalaka menjelaskan bahawa demikianlah Zat Brahma itu meresap ke dalam seluruh wujud yang ada dan itulah disebut Atman.

Dalam perkembangan ajarannya, ia mulai mengalami banyak perubahan dan penafsiran baru yang lari dari ajaran asal. Iaitu timbulnya konsep Trimurti iaitu Wujud Azali dari tiga oknum iaitu Brahma, Vishnu dan Shiva. Wujud tiga ini ditafsir sebagai tiga oknum yang berlainan sedangkan Brahma, Vishnu dan Shiva adalah Nama-Nama bagi Yang Satu jua.

Maka sejak dari itu, berpecahlah mazhab-mazhab dan aliran dalam ajaran Hindu kepada ribuan aliran bahkan sehingga di setiap desa dan kota sekalipun memiliki ajaran-ajaran yang jauh berbeza antara satu sama yang lain. Timbullah berbagai ajaran yang sama sekali tidak ada dasarnya dalam ajaran asal Veda dan Rishi-Rishi yang benar.



3 comments:

  1. Ramai yg tak tahu sebenarnya yg informasi begini sgt2 diperlukan apabila kita berhadapan dgn ahli baru bukan islam yg nak belajar mengenal diri. Dgn maklumat yg ada ini, kita boleh kaitkan bbrp persamaan yg menurut mereka adalah sama spt kita. Barulah dorang suka dan mudah utk pelajari. Perkara akan lebih susah kalo kita nak 'reinvent the wheel' semula. Pengajian mengenal diri tidak mengenal agama dan bangsa seseorang, kan bro?

    Sehingga apabila ahli yg bukan islam itu dlm perjalanannya nak tak nak akan melalui Muhammad sbg 'gateway' ... silap haribulan, mereka akan menganut islam..

    Teruskan bro.... segala kat dunia ni sama je cuma istilah/terma je yg berbeza.. psl tak sama ni la ramai nak berbalah2.. sedihnya dunia ni..

    ReplyDelete
  2. Salam tuan. Kita harus melihat lebih dalam tentang islam. Dalam islam takde konsep emenasi dan reingkarnasi. Tapi dalam hindu ada seperti tuan CZ ceritakan itu. Jadi tak ada persamaan antara hinduisme dgn Islam. Kita kena berhati2 dalam melihat ini. Harap CZ lebihkan kefahaman tentang emenasi dan reingkarnasi.

    ReplyDelete