Monday, June 27, 2011

MERUNGKAI PERSOALAN BUDDHA SEORANG NABI? (bahagian 2)


HUBUNGAN ISLAM DAN BUDDHA:
SATU PENILAIAN

Banyak orang bertanya-tanya, apakah benar ada hubungan antara kedua agama ini dalam sejarah dunia? Kalau ada, bagaimanakah hubungan tersebut? Oleh karena itu marilah kita bahas pertanyaan tersebut[10]. Barangkali antara sebab mengapa dikatakan Buddha mempunyai hubungan dengan Islam adalah kerana terdapat beberapa ayat dalam Al-Qur'an yang menyatakan setiap umat telah Allah SWT utuskan seorang rasul kepada mereka sebagai pemberi peringatan,

  • "Tiap-tiap umat mempunyai rasul; maka apabila telah datang rasul mereka, diberikanlah keputusan antara mereka dengan adil dan mereka (sedikit pun) tidak dianiaya". (Yunus:47).
  • "Barangsiapa yang berbuat sesuai dengan hidayah (Allah), maka sesungguhnya dia berbuat itu untuk (keselamatan) dirinya sendiri; dan barangsiapa yang sesat maka sesungguhnya dia tersesat bagi (kerugian) dirinya sendiri. Dan seorang yang berdosa tidak dapat memikul dosa orang lain, dan Kami tidak akan mengazab sebelum Kami mengutus seorang rasul". (Al-Isra: 15).
  • "Hampir-hampir (neraka) itu terpecah-pecah lantaran marah. Setiap kali dilemparkan ke dalamnya sekumpulan (orang-orang kafir), penjaga-penjaga (neraka itu) bertanya kepada mereka: “Apakah belum pernah datang kepada kamu (di dunia) seorang pemberi peringatan?” Mereka menjawab: “Benar ada”, Sesungguhnya telah datang kepada kami seorang pemberi peringatan, maka kami mendustakan(nya) dan kami katakan: “Allah tidak menurunkan sesuatupun; kamu tidak lain hanyalah di dalam kesesatan yang besar”. Dan mereka berkata: “Sekiranya Kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) niscaya tidaklah kami termasuk penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala”. (Al-Mulk: 8-10)
Maka sekiranya dikatakan bahawa Gautama Buddha itu adalah seorang Rasul yang memberi peringatan kepada kaumnya maka kemungkinan itu bukanlah satu perkara yang mustahil. Hanyasanya yang perlu dilihat adakah ajaran Buddha itu mengajar Tauhid yakni mengesakan Tuhan Semesta Alam untuk melayakkannya diterima sebagai seorang rasul atau tidak. Hal ini diperjelaskan oleh Syeikh Imran bahawa ajaran Buddha tidak dapat menjelaskan konsep berTuhan kecuali yang dinamakan PENCERAHAN (enlightenment) dan Nirvana sahaja. Malah sehingga akhir hayat Buddha, istilah Pencerahan dan Nirvana itu masih kabur dan tidak difahami maksudnya. Kekaburan ini pada akhirnya Buddha sendiri telah dijadikan Tuhan oleh para penganut Buddha kemudiannya sebagai jalan penyelesaian mudah kepada kekosongan ini[11].

Ajaran Buddha yang kita boleh baca hari ini hanya terdiri dari kitab dua mazhab terbesar iaitu mazhab
Hinayana menggunakan bahasa Pali dan Mahayana pula menggunakan bahasaSanskrit yang mana kedua mazhab saling bertentangan dan bercakaran. Kedua bahasa ini telah pun mati atau hilang hari ini, yang tinggal hanyalah berbentuk manuskrip-manuskrip yang sudah menjadi prasasti [12]. Apabila ajaran Buddha hanya tertulis dalam dua bahasa yang sudah pun pupus maka sudah tentu ia tidak sunyi dari perubahan dan campurtangan manusia sebagai mana yang berlaku ke atas ajaran Isa a.s. (Jesus) yang pada awalnya ditulis dalam bahasa Hebrew.

Lebih menyedihkan lagi ajaran Buddha hanya berjaya ditulis dalam lingkungan 400 tahun setelah kewafatan Buddha, menguatkan tanggapan bahawa ajaran Buddha yang ada hari ini bukanlah asli dari Buddha. Kalau Kristian hari ini dikatakan bukan ajaran sebenar Isa a.s. disebabkan banyak terdapat kontradiksi dan penyelewengan fakta tentang kerasulan Isa a.s. dalam Bible maka demikian juga yang berlaku kepada ajaran Buddha yang sehingga ke hari ini tidak diketahui adakah Buddha mengaku mempunyai Tuhan atau dia sendiri yang mengangkat diri sebagai Tuhan?

Untuk membandingkan Buddha dengan Islam adalah mudah dengan hanya menggunakan analogi ajaran Kristian seperti yang dijelaskan di atas. Untuk mendapatkan perbandingan antara Buddha dan Islam yang lebih terperinci kami sarankan para pembaca membaca buku
Islam and Buddhism in the Modern World karangan Syeikh Imran Nazar Hosein.


BUDDHA DALAM AL-QUR'AN?


Dr. Alexander Berzin
, adalah seorang Buddhis yang berusaha mengkaji hubungan Buddha dengan Islam. Dalam kajian beliau yang juga menggunakan kajian-kajian sarjana lain membuktikan bahawa doktrin Sufi yang wujud dalam Islam dan sejarahnya adalah berkait rapat dengan doktrin pembersihan jiwa Buddha. Sebenarnya bukan sahaja Dr. Alexander Berzin yang berusaha "menyamakan" Islam dengan Buddha malah ramai pengkaji lain dari Timur dan Barat yang anti ISLAM melakukan perkara yang sama.

Hal penyamaan ini bukanlah pelik yang sebenarnya bukan hanya dirujuk pada Buddha malah Hindu, Kristian dan Yahudi menurut mereka telah dicedok sehingga terbentuknya Islam. Dengan kata lain
"Islam bukanlah agama dari langit yang diwahyukan Tuhan" tetapi adalah cedokan dari pelbagai agama yang terdahulu. Berkenaan hal ini seorang pakar Perbandingan Agama dari India bernama Dr. Zakir Abdul Karim Naik menjawab,

  • "Sekali pun RAM dan KRISHNA itu adalah utusan (i.e. nabi/rasul) Tuhan (sebagaimana dakwaan umat Hindu), mereka hanyalah bermaksud sebagai utusan pada ketika itu yang hanya menjadi ikutan kaum mereka pada batasan masa itu sahaja. Hari ini, semua golongan manusia seluruh dunia, termasuk India semestinya hanya mengikuti utusan terakhir dan penamat KERASULAN dari Tuhan iaitu Muhammad SAW."[13]
Ini bermakna, betapa pun dakwaan bahawa Islam dicedok atau disamakan dengan agama lain ia tetap tidak akan dapat mengubah keabsahan Islam itu sendiri sebagai agama yang benar dari YANG MAHA BENAR. Sememangnya Islam itu adalah sama dari segi ROH ajaran dengan agama-agama lain adalah berdasarkan kenyataan bahawa setiap agama itu pada asalnya adalah sama datang dari Tuhan Yang Satu sebelum mereka sendiri menyelewengkannya. Islam dengan sifatnya sebagai agama terakhir yang dibawa oleh Muhammad SAW sudah tentu "kelihatan sama" dengan agama yang mereka anut sekali gus menunjukkan bahawa ajaran terawal agama mereka itu (Hindu, Buddha, Yahudi, Kristian, dll) adalah 100% Monoteisme sama sebagaimana yang dibawa oleh Muhammad SAW.

Dengan kata lain Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW adalah
"defoult setting" kepada semua agama sebelumnya yang sudah "corrupted" ditangan para perosak. Kekeliruan ini (menyamakan ajaran Sufi Islam dengan ajaran Buddha @ Hindu) turut mempengaruhi sebahagian umat Islam yang digelar ulama'. Mereka membaca kajian-kajian para musuh-musuh Islam inilah yang kemudian mereka terima sebagai benar "Sufi dicedok dari Buddha dan Hindu" hinggakan ajaranSufi (Tasawwuf) ditanggapi sebagai ajaran bid'ah sesat yang bukan berasal dari Rasulullah SAW.

Hal ini pada akhirnya turut memalit amalan mulia lainnya yang diterima oleh jumhur ulama' muktabar sebagai baik telah mula disesatkan hari ini seperti amalan "
sambutan Malulidurrasul SAW" yang mereka katakan sebagai "Sunnah Abu Jahal" dan mencontohi "amalan Kristian seperti menyambut Krismas sempena kelahiran Jesus a.s."

Maka berbalik kepada maudhu' perbahasan, benarkah Buddha itu disebut dalam Al-Qur'an? Sebenarnya tidak ada kata-kata “
Buddha” dalam Al-Qur'an, namun menurut Dr. Alexander Berzin bahawa terdapat catatan para sejarawan dan peneliti yang mengaitkan beberapa ayat Al-Qur'an dengan Sang Buddha, iaitu pada maksud ayat;

  • "Demi (buah) Tin (fig) dan (buah) Zaitun, dan demi bukit Sinai, dan demi kota (Mekah) ini yang aman, sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka), kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya. Maka apakah yang menyebabkan kamu mendustakan (hari) pembalasan sesudah (adanya keterangan-keterangan) itu? Bukankah Allah Hakim yang seadil-adilnya?"(At-Tin 95 : 1)
Beliau menjelaskan bahawa buah Zaitun melambangkan Jerusalem, Isa a.s. (Jesus, Kristian). Bukit Sinai melambangkan Musa a.s. dan Yahudi. Kota Mekah pula menunjukkan Islam dan Muhammad SAW. Manakala pohon Tin (fig) pula melambangkan apa?

Tin
(fig) = Pohon Bodhi

Pohon Bodhi adalah tempat Buddha mencapai Pencerahan Sempurna. Al-Qasimi di dalam tafsirnya berpendapat bahawa sumpah Allah SWT dengan buah tin yang dimaksud ialah pohon
Bodhi. Prof. Hamidullah juga berpendapat sama dengan al-Qasimi bahawa perumpamaan pohon (buah) tin (fig) di dalam Al-Qur'an ini menunjukkan Buddha itu sendiri, maka dari sinilah mengapa sebahagian ilmuan Islam meyakini bahawa Buddha telah diakui sebagai nabi di dalam agama Islam.

Manakala Hamid Abdul Qadir, seorang sejarawan abad ke-20 mengatakan dalam bukunya
Buddha Yang Agung: Riwayat dan Ajarannya (Arab: Budha al-Akbar Hayatuh wa Falsaftuh), menjelaskan bahawa Buddha adalah nabi Dhul-Kifl, yang bererti ia yang berasal dari Kifl. Nabi Dhul-Kifl @ Zulkifli disebutkan 2 kali dalam Al-Qur'an:

  • "Dan (ingatlah kisah) Ismail, Idris dan Dzulkifli (Dhul Kifl). Semua mereka termasuk orang-orang yang sabar." (Al-Anbiya' 21: 85).
  • "Dan ingatlah akan Ismail, Ilyasa, dan Dzulkifli (Dhul Kifl). Semuanya termasuk orang-orang yang paling baik." (Shad 38 : 48).
Kifl” adalah terjemahan Arab dari Kapilavastu (Kapil), tempat kelahiran Bodhisattva (Buddha). Hal ini juga yang mungkin menyebabkan Mawlana Abul Azad seorang ahli teologi Muslim abad ke-20 turut menekankan bahawa Dhul-Kifl dalam Al-Qur'an boleh jadi adalah Buddha. Dalam sejarah Islam, Nabi Zulkifli a.s. adalah antara nabi yang mempunyai cerita yang paling sedikit dibicarakan. Hal ini mungkin menjadi faktor kepada sebahagian ulama' menyamakan watak Dzul-Kifli dalam Al-Qur'an dengan Buddha yang secara kebetulan banyak persamaan sekiranya disuaikan. Berikut beberapa pendapat dan catatan sejarah para ulama' Islam terdahulu tentang Buddha dan ajarannya yang dikumpul oleh Dr. Alexander Berzin,

  • Pada abad ke-8, Khalifah al-Mahdi dan Khalifah al-Rashid mengundang para pelajar Buddha dari India dan Nava Vihara di Balkh ke “Rumah Pengetahuan” (Bayt al-Hikmat) di Baghdad. Khalifah memerintahkan para pelajar Buddhis untuk membantu penterjemahan teks-teks perubatan dan astronomi dari Sanskrit ke bahasa Arab. Hinggakan Ibn al-Nadim pada abad ke-10 M kemudian berjaya menyusun Buku Katalog (Kitab al-Fihrist), juga memberikan daftar teks-teks Buddhis yang diterjemahkan dan ditulis dalam bahasa Arab pada masa itu, seperti Kitab Al-Budd (Buku Buddha, kitab Al-Budd ini didasarkan atas kitab Jatakamala dan Buddhacarita).
  • Keluarga Barmak mempunyai pengaruh di istana Abbasiyyah sampai pada pemerintahan Khalifah Abbasiyyah yang keempat, Harun al-Rashid (r. 786-809 M) dan perdana menterinya iaitu Yahya ibn Barmak adalah cucu Muslim dari salah seorang ketuaadministrator Buddhis dari Nava Vihara di Balkh, Afghanistan. Yahya mengundang para pelajar Buddhis, terutama dari Kashmir untuk datang ke “Rumah pengetahuan” di Baghdad. Tidak ada kitab-kitab ajaran Buddha yang diterjemahkan dari Sanskrit ke bahasa Arab. Namun lebih fokus terhadap penterjemahan teks-teks perubatan Buddhis sepertiSiddhasara yang ditulis Ravigupta.
  • Penulis Umayyad Arab yang bernama Umar ibn al-Azraq al-Kermani tertarik untuk menjelaskan agama Buddha pada penonton Islam. Pada permulaan abad ke-8 M, beliau menulis sebuah catatan yangs angat terperinci tentang Nava Vihara di Balkh, Afghanistan dan tradisi Buddhis di sana. Dia menjelaskan dengan memperlihatkan kesamaan ajaran Buddha dengan agama Islam. Maka dari itu ia mendeskripsikan vihara tersebut sebagai sebuah tempat yang di tengahnya terdapat kotak batu (stupa) yang ditutupi kain dan para penganutnya bersujud dan bernamaskara, mirip seperti Kabah di Mekah. Tulisan-tulisan Al-Kermani tersimpan dalan karya abad ke-10 M iaitu dalam “Buku Lahan(Kitab al-Buldan) yang ditulis oleh Ibn al-Faqih al-Hamadhani.
  • Pada abad ke-9 M, seorang ilmuwan Islam dari Baghdad menterjemahkan kisah Buddha ke dalam bahasa Arab iaitu dalam Kitab al-Budasaf wa BalawharBuku Bodhisattva dan (gurunya) Balawhar” yang ditulis Aban Al-Lahiki (750-815 M) di Baghdad. Teks ini kemudian diterjemahkan lagi dalam bahasa Yunani dan Georgia, terkena pengaruh Kristiani dan akhirnya menjadi Kisah St. Barlaam dan Josaphat di Eropah.
  • Sejarawan Muslim bernama Abu Ja`far Muhammad ibn Jarir al-Tabari (839-923 M), menyebutkan bahawa rupang-rupang (patung-patung?) Buddha dibawa dari Kabul, Afghanistan ke Baghdad pada abad ke-9 M. Juga dilaporkan bahawa rupang-rupang Buddha dijual di sebuah vihara Buddhis dekat masjid Makh di pasar kota Bukhara (Uzbekistan).
Abu Rayhan Al-Biruni

  • Sejarawan Muslim yang terkenal, Abu Rayhan Al-Biruni (973–1048) yang pergi ke India dan menetap di sana selama 13 tahun untuk mengenal bangsa India dan mempelajari teks-teks Sanskrit mendefinisikan Buddha sebagai seorang nabi. Pada waktu dinasti Ghaznavid, sejarawan dari Persi, Al-Biruni menemani Mahmud dari Ghazni pada abad ke-11 M di mana Mahmud menyerang India. Dalam buku Sejarah India (Kitab al-Hind) yang ditulisnya, Al-Biruni memuji Buddha dan ajarannya. Al-Biruni juga menulis sebuah teks yang menceritakan tentang ukiran Buddha di Bamiyan.
  • Ibn al-Nadim (995 M), penulis kitab Al-Fihrist, berkata:
    "Orang-orang ini (Buddhis di Khurasan) adalah yang paling dermawan di antara seluruh penghuni bumi dan semua kaum agama. Ini dikeranakan nabi mereka, Budhasaf(Bodhisattva) telah mengajarkan pada mereka bahawa dosa yang terbesar, di mana tidak diperbolehkan untuk berfikir atau melakukan, adalah perkataan “tidak”. Maka dari itu mereka bertindak sesuai anjurannya dan mereka menganggap perkataan “tidak” sebagai tindakan Syaitan. Inti ajaran agama mereka (Buddha) adalah untuk membasmi Syaitan".
  • Ibn al-Nadim juga menyebut Budhasf (Bodhisattva) sebagai nabi dari Sumaniyya (Sramana) yang bererti para bhiksu Buddhis. Sumaniyya ini dijelaskan oleh kaum Muslim sebagai masyarakat agama yang tinggal di Timur sebelum kedatangan agama-agama yang diwahyukan, yang bererti di Negara Iran sebelum kemunculan Zarathustra (Zoroaster, penyembah api), India dan Tiongkok. Agama Buddha sebagai Sumaniyya dijelaskan oleh umat Muslim pada masa itu sebagai agama penyembah berhala dan penganut paham kekekalan, kosmologi khusus dan tumimbal lahir (Tanasukh al-Arwah). Agama Sumaniyya juga dideskripsikan sebagai agama yang skeptis, menolak argumen (Nazar) dan pemikiran logis (Isitidlal). Dakwaan ini sungguh aneh, kerana agama Buddha tidak menolak argumen sama sekali, bahkan dalam agama Buddha ditekankan pemikiran yang logis.
  • Al-Ihranshahri (abad 9 -10 M) memperincikan kosmologi Buddhis namun telah hilang dan beberapa naskah darinya telah digunakan oleh Al-Biruni sebagai rujukan. Penulis Kitab Al-bad wa-‘l-ta’ rich yang ditulis pada tahun 966 M mendeskripsikan tentang ajaran Buddha dan kelahiran kembali (Ingkernasi).
  • Catatan sejarah Muslim tentang agama Buddha dapat ditemukan dalam Kitab al-Milal wa Nihal yang bererti “The Book of Confessions and Creeds” yang ditulis oleh Muhammad al-Shahrastani (1076–1153 M) di Baghdad pada masa Dinasti Seljuk. Kitab sejarah yang ditulis oleh Al-Shahrastani tersebut adalah kitab yang paling akurat dalam dunia pendidikan Muslim ketika menjelaskan agama Buddha di India. Al-Shahrastani menjelaskan agama Buddha sebagai agama “pencarian kebenaran dengan kesabaran, memberi dan ketidakmelekatan” yang “dekat dengan ajaran Sufi (Mistik Islam)”.
  • Al-Shahrastani memperbandingkan Sang Buddha dengan Al-Khidr a.s. (Eliyah), tokoh dalam Al-Qur'an, sebagai dua orang yang sama-sama mencari pencerahan. Al-Shahrastani juga membandingkan Buddha dengan Bodhisattva (Budhasf). Ia memberikan catatan yang mendeskripsikan penampilan dari para Buddhis (Asahb al-Bidada) di India dan memberikan perhatian yang lebih tentang agama Buddah di India beserta ajaran-ajarannya.
  • Catatan Kamalashri tentang agama Buddha, ada di bahagian akhir Jami al-Tawarikh atau Sejarah Dunia dari Rashid al-Din (1247 - 1318), yang mendeskripsikan secara menyeluruh, dan karya tulis ini ditulis oleh seorang Buddhis dengan menunjukkan banyak aspek-aspek legendaris[14].

KESIMPULAN TANGGAPAN


Apa pun tuduhan dan perbandingan buruk yang dilontar ke atas agama Islam namun ia tetap tidak akan dapat menjejaskan kedudukannya sebagai AGAMA YANG BENAR dan tetap akan bertahan sebagai agama kesatuan umat manusia sehingga kiamat. Al-Qur'an yang menjadi tiang utama Islam yang dibawa oleh Muhammad SAW tetap akan selamat dan terjaga sebagaimana janji-Nya. Inti Al-Qur'an ialah Tauhid (Monoteisme) yang disusuri oleh hukum-hakam Syari'at sebagai panduan hidup berhubung sesama umat manusia di dunia.

Ajaran Monoteisme ini telah dibenarkan oleh Al-Qur'an sebagai ajaran para nabi dan rasul terdahulu sebelum diselewengkan oleh para penyeleweng. Hal ini turut dibuktikan oleh sejarah bangsa Maya Purba di Peru Amerika bahawa nenek moyang mereka menyembah SATU TUHAN sebelum disesatkan oleh ajaran pagan.
Malah bukanlah mengejutkan sekiranya sejarah ajaran Hindu juga mengakui bahawa ajaran Hindu moyang mereka yang awal adalah Monoteisme yakni menyembah Tuhan Yang Satu dan mengharamkan penyembahan patung.

  • "Hindu Pundit dan para ilmuwannya bersetuju bahawa ajaran Veda dan ajaran dalam kiktab-kitab Hindu lainnya melarang (i.e. mengharamkan) penyembahan patung, tetapi oleh kerana mungkin permulaan (i.e. mengingat Tuhan) itu kurang matang, maka patung digunakan sebagai cara untuk konsentrasi. Setelah fikiran dapat mencapai kesedaran maka patung sesembahan tidak diperlukan lagi untuk dapatkan konsentrasi."[15]
Ajaran Kristian juga mengalami nasib yang sama sebagaimana Hindu yang dinyatakan di atas kerana membuat patung atau gambar Jesus dan mempertuhankannya. Demikian juga yang berlaku ke atas ajaran Buddha yang ketika hayatnya tidak menggunakan patung malah tidak menyukai kesesatan yang dilakukan oleh penganut Hindu ketika itu tetapi apa yang berlaku hari ini Buddha pula yang dijadikan patung lalu disembah.

Walau pun para penganut Buddha hari ini menafikan tuduhan bahawa diri mereka menyembah Buddha tetapi pada hakikatnya dengan adanya patung dan upacara menyembah ke arah patung menunjukkan mereka benar-benar menyembah Buddha.


Akhirnya, kesimpulan yang jelas terhadap Buddha dan agama lain ialah pada asalnya adalah ISLAM (berserah diri kepada Allah SWT) yang menyembah SATU TUHAN dan yakin terhadap KEESAANNYA. Maka kesamaan amalan yang ada dalam Islam dengan agama lain bukanlah "dicedok" tetapi "itulah Islam" sejak azali.



No comments:

Post a Comment