Monday, March 25, 2013

YANG MAHA MELIPUTI LAGI MEMBERI HIDAYAH







Oh Tuhan ku.........Ya Allahu Ya Rabb, 
hanya ENGKAU MAHA MELIPUTI SELURUH JASAD dan BATINku.................
kau mengetahui APA SAHAJA MASALAH KEJIWAANKU.............
engkau MAHA BENAR ya ALLAH, meskipun ANA tersesat langkah SEJUTA SIMPANGAN.............
hanya ENGKAU semata-mata KUN DZAT yang MAHA KUASA memberi HIDAYAH dan NUR-mu.............
bukankah sejak AZALI lagi AKU SUDAH banyak BERTANYA PADAMU...........
tetapkanlah apa sahaja KETENTUAN-MU RABB......
dan berilah AKU JALAN TERBAIK............
ku tahu hanya ENGKAU PENENTU SEGALA...............
aku hanya usahakan yang tidak seberapa meski KUAT MANA AKU KAYUH............
kerna ku tahu..........
NATIJAH TETAP HAQQ MUTLAKMU...............
YA ALLAH, perbetulkanlah semua SALAHKU.............
dan percantiklah AMALANKU YANG TEMPANG...............

Nukilan : Sidi RIJAL TOK KAJANG AL BANGIYYA

Sunday, March 17, 2013

Sejenak Peristiwa Besar Penggempuran Pengganas Sulu di Sabah.

Assalamualaikum WBT..........

   Berjumpa lagi kita semua Alhamdulillah dengan izinNya, diizinkan saya untuk menulis KALAM, agak lama, kira2 5 bulan rasanya penulis meninggalkan blog ini dan sibuk dengan banyak lagi urusan2 yang lain. Kali ini kita bertemu dan ingin sekali rasanya saya membahaskan persoalan 'peristiwa besar' yang baru-baru ini sahaja terjadi di negeri Sabah.



   Bermula 9hb Februari 2013 yang lalu, seluruh Malaysia digemparkan dengan peristiwa yang sangat menyayat hati dan telah mengorbankan agak ramai perajurit-perajurit negara yang terdiri dari Polis Komando, dan Polis.


   Peristiwa berdarah ini merupakan suatu manifestasi kezaliman dan kekejaman manusia yang tamak, gilakan kuasa dan ingin berkuasa dengan menakluk negara lain sewenang-wenangnya. Memang sejak dahulu lagi manusia memang suka berperang sesama sendiri atas sebab-sebab yang kadangkala kecil sahaja.


   Berikut di bawah ini adalah KRONOLOGI PERISTIWA sepanjang peristiwa berdarah ini :

  
Kronologi Tragedi Perang Lahad Datu
Kronologi Tragedi Perang Lahad Datu

Pada 9 Februari - Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.
 
Pada 11 Februari - Sebahagian daripada anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan tempatan pada waktu malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis mengenai lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tandou.
 
Pada 12 Februari - Kumpulan itu dikenal pasti berpecah di beberapa lokasi di kampung itu iaitu di kawasan sungai bakau kampung itu, sebuah surau di kampung itu dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad bon.
 
Pada 14 Februari - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan, bagi menangani isu pencerobohan tersebut sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan itu.
 
14 Februari - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina.
 
Ismail berkata kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal. Ismail berkata rundingan dengan pihak bersenjata masih dijalankan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik tanpa melibatkan pertumpahan darah.
 
14 Februari - Laporan memetik salah seorang anggota tentera Filipina yang merupakan pengikut setia Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram sebagai berkata kedatangan kumpulan tersebut selepas mendapat jemputan pihak pembangkang untuk membincangkan isu tanah di Sabah.
     
Pada 16 Februari - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat 'Kesultanan Sulu' dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal.
 
Kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai 'Askar Diraja Kesultanan Sulu' antara lain menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana sebelum ia diambil British ia di bawah kerajaan Sulu.
 
Pada 18 Februari - Hishammuddin berkata kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasa bekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan secara diplomasi tanpa sebarang pertumpahan darah.
 
Pada 24 Februari - Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.
 
Pada 26 Februari - Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.
 
Pada 28 Februari - Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu.
 
Gesaan tersebut disuarakan adik bongsu Jamalul, Agbimuddin Kiram yang menegaskan hanya abangnya boleh mengarahkan kira-kira 180 'tentera diraja' meninggalkan Felda Sahabat 17, Lahad Datu.

1 Mac - Pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduo, menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera. Dua belas penceroboh bersenjata terbunuh.

Sumber:  Bernama

   Penulis berasa amat sedih melihatkan peperangan ini berlaku antara Islam sesama Islam jua dan bukannya merupakan pertempuran menegakkan Haq melawan kebathilan, terutama kepada Agimuddin Kiram yang sangat zalim dan tidak sepatutnya menggunakan kekerasan untuk menuntut apa yang mereka rasakan sebagai hak mereka. Mereka sepatutnya berunding dahulu dengan pihak lain.

   Walaubagaimanapun penulis tetap berBANGGA dan berdiri di belakang perajurit-perajurit negara terdiri dari barisan TENTERA, POLIS dan POLIS KOMANDO yang berjuang bermati-matian demi kedaulatan BANGSA dan AGAMA. Syabas kuucapkan kepada PERWIRA-PERWIRA SEJATI. Semoga Allah SWT sentiasa memberkahi kalian dalam perjuangan, sehinggalah jalan penyelesaian kemelut umat Islam Sulu dengan rakyat Sabah terutama yang Islam di negeri tersebut.

   Mungkin sudah sepatutnya hampirlah saat Imam Mahdi AS harus turun kembali untuk 'MEMBERSIHKAN DUNIA' dari dosa-dosa umat agama Muhammad SAW dan Mahdi AS yang syumul lagi meliputi SYARIAT, TARIKAT, HAKIKAT dan MAREFAT sehingga tercapai hasrat KHILAFAH HAQ ISLAMIYYAH............takbirlah kita sekiranya melihat tanda-tanda CAHAYA-NYA bersinar kembali, bukankah ALLAH SWT telah berjanji, "....dan kamu akan lihat manusia-manusia berbondong-bondong menuju jalan KAMI....." - menjadi ISLAM pada hakiki.

   Semoga Allah SWT melimpahi rahmat kepada roh para SYAHID dan SHUHADA, AMIIN.....

Soda Qollah ul Az'eem-

Hasil Nukil : Sidi Rijal Tok Kajang
Kronologi Dipetik dari Sumber BERNAMA.

Tuesday, October 9, 2012


KARTUN SUFI CINCAI2- CIPTAAN AKU!!! (SPIRITUAL INNER POWER)



Terjemah utk kawan2 yang tak pandai ENGLISH(kalau ada....):

1.Dalam diri setiap insan, ada SIMPANAN TENAGA SPIRITUAL yang TIADA BATASNYA. -Ianya adalah seUSIA sejarah MANUSIA itu sendiri sehingga jejak ke zaman ADAM AS.

2.Ia dipanggil dengan bermacam
 nama menurut berbagai agama, mazhab dan tradisi serta aliran. Dalam tradisi Sufi Islam digelarkan ia "Ilmu Al Hikmah", apabila berlaku pada Rasul2 digelarkan ia "Mukjizat", manakala para Wali digelarkan "Keramah" dan "Mauunah utk manusia awam. Umat Hindu menggelarkan tenaga ini, "Mana", atau "Prana Shakti", orang Cina menggelarkan "Chi", Jepun "Ki", Christian menggelar dengan "Divine Light-Cahaya Ketuhanan" dan berbagai lagi menurut mermacam budaya.
-Tak kira pada budaya apa pun, dan apa aliran spiritual pun, matlamat adalah sama, sama ada mencari kekuatan batin, mendekatkan diri dengan cara rohani pada Yang Esa dan bermacam lagi matlamat.

3.Dalam apa hal sekalipun, Sang Mistik mendapatkan kuasa kerohanian ini dari amalan tertentu melalui ibadah berterusan, semadi dan pertapaan serta uzlah khalwah berterusan dan beberapa lagi bentuk latihan keruhanian. Ada juga didapat melalui ibadah berbentuk doa dan mantra.

4.Ada terdapat beberapa titik dalam tubuh rohani manusia, yang MENYIMPAN AMAUN TENAGA SPIRITUAL YANG BANYAK. Dalam tradisi ISLAM SUFI, ia dipanggil LATAIF. Dalam HINDUISME, dipanggil Cakra dan banyak lagi nama2 menurut budaya dan aliran masing2. Kedudukan titik2 mungkin berbeza menurut aliran dan kepercayaan masing2, tetapi fungsi yang sama.

5.Bila titik2 tenaga ini terbuka, perkara CARIK ADAT atau LUARBIASA terjadi ke atas seseorang insan, seperti KASYAF, PSIKIK, dan banyak lagi keanehan yang biasanya diperolehi sang MISTIK, RASUL2, NABI2, WALI2, maupun SHAMAN dan PENDITA serta RAHIB.

6.Bila titik2 telah menjadi SEMPURNA PEMBUKAANNYA, keajaiban berbentuk "MUKJIZAT" atau "KERAMAT" pun terjadi di mana "CAHAYA KETUHANAN" menjadi PENUH dan dicapai dengan IZIN ALLAH SWT jua.

->gambar hanya ilustrasi, tiada gambaran WAJAH NABI2 DISEBUT DILUKISKAN, so jangan jadikan KONTROVERSI LAK........

->Transfigurasi Nabi Isa AS- penampakan CAHAYA TERANG BENDERANG SELURUH JASAD BAGINDA yang MULIA....

->Exodus-peristiwa pelarian BANI ISRAEL dari Mesir dan FIRAUN, MUSA AS belah laut....

->maaf kerna lukisan tak cantik

7.Lataif2 atau LATIFAH ini dibuka seorang saufi dengan latihan spiritual, sama ada diperolehi dengan mempelajari bersungguh-sungguh atau tanpa BELAJAR. Sebagaimana para RASUL2, NABI2 dan WALI2 BESAR, biasa nya tidak mempelajari benda ini secara pembelajaran KITA, melainkan LADUNI. Dan mereka tidak pula sekali2 mencari KEKUATAN LUARBIASA. Itu bukanlah MATLAMAT.

8.Dalam terma Sufi, untuk mendapatkan tenaga Dalam Spiritual yang bersih, Latihan adalah dengan zikrullah yang berterusan dalam khalwah dan uzlah. Semakin "suci" seseorang bersama Tuhan-nya, maka lebih banyak Kuasa Keruhanian diperolehi. Ia TIDAK SAMA dengan ILMU HITAM, di mana, lagi banyak dikumpul EMOSI2 BENCI SEMASA AMALAN, dan "AURA HITAM" yang dikumpul menjadikan ia semakin kuat, memang ilmu hitam sangat2 mudah mendapatkannya, memandangkan ALLAH SWT dah sodorkan NERAKA JAHANNAM utk mereka........

9.Kuasa keruhanian inii, kadangkala dipanggil "NASMA", bukanlah sasaran utama seorang AHLI SUFI, MATLAMAT utama masih tetap menuju ALLAH SWT semata. ibarat ILAHI ANTA MAQSUDI WARIDHAKA MATLUBI- Hanya Allah maksudku, dan keredhaanMU kutuntut- itulah tujuan mereka. Tapi beberapa tika dalam sejarah, terdapat RASUL2, NABI2 mahupun WALI2 yang menggunakan ini untuk meng"COUNTER" ilmu sihir- ilmu hitam yang banyak pada zaman2 itu.

10.Kini, jarang kita dapat menyaksikan KERAMAH NYATA, sebab tiada keperluan untuk itu, begitu pula MAUUNAH jarang2 dapat dilihat. Apa lagi, manusia sekarang gemar MENYINDIR2 dan memperlekehkan keberadaan KERAMAH dan MAUUNAH. MUKJIZAT bagaimanapun memang telah tiada, kerna RASUL terakhir adalah NABI MUHAMMAD SAW.

 -TAMMAT-

NUKILAN : SIDI RIZAL POYO..

KARTUN SUFI CINCAI2- CIPTAAN AKU!!! (ZIKR ISMU DZAT)







terjemah BM, utk yang tak reti baca BI :

1. Zikir ALLAH yang diulang-ulang dengan istikamah dan penuh tawadhu' menyuci hati dan minda, serta mendatangkan ketenangan rohani dan jasmani.

2.Ketika dalam pertengahan ZIKIR, adalah kebiasaan, kiranya kita 
akan merasa "sensasi" panas dan terbakar, dari jantung dan meresap ke seluruh tubuh, tapi usah risau bab ni, ia sebagian proses penyucian.

3.Ini adalah kerana pertarungan dengan NAFSU, SYAITHAN DAN UNSUR2 KEJAHATAN lain sedang hebat berlangsung dalam diri kita. Kadangkala dalam setengah kes anasir ini agak KUAT PERTENTANGANNYA, tapi JANGAN PUTUS ASA! TERUSKAN BERJUANG!!!

4.Perbuatan mengulangi ZIKRULLAH menerangkan CAHAYA MATA-HATI insan dan menggalakkan INGATAN MESRA kepada ALLAH MAHA TINGGI, dan sekaligus membawa ketenangan dalaman.


5.Bila hati terus menerus mengingati ALLAH RABBULJALIL, "ISTANA IBLIS LAKNATULLAHI A
LAIHI" akan mulai terbakar sementara "ISTANA ALLAH" semakin kukuh dan teguh.

6.Di kemuncak ZIKIRULLAH yang berterusan tanpa henti-henti ini, akhirnya ISTANA IBLIS ini akan BINASA SEPENUHNYA, dengan IZIN ALLAH SWT.


 7.Maka, "Istana Allah" segar bugar dan hidup kembali di 'taman hati' dan IBLIS dan KONCO2 tidak lagi punya KUASA MUTLAK ke atas diri kita dan tidak lagi berupaya menembusi ISTANA QALBUN YANG SUCI INI. Sementara itu............ISTANA IBLIS habis hancurberantakan......

8.Tapi tunggu sebentar...........
Istana SYAITHAN" tidaklah hapus binasa terus, dan boleh bangkit kembali, jika kita LUPA ZIKRULLAH dan AMAL, serta memenuhi otak dengan FIKIRAN2 KEJI.......dan INGATLAH!!! IBLIS itu berDENDAM dengan kita dan berjanji akan memusuhi seluruh anak-anak ADAM AS.


9.Jadi, ingatlah kanak2 dan orang dewasa, teruskan IBADAH dan AMAL KEBAJIKAN YANG BAIK dan MULIA, dan terus BERZIKIR, dan kita akan kecapi hidup AMAN dan DAMAI hingga ke AKHIR HAYAT...... ^_^


nukilan : SIDI RIZAL GILO ISIM.....


Saturday, September 29, 2012

ILMU PELITA HIDUP









ILMU, adalah suatu yang AMAT BERHARGA............

UMPAMA seBUTIR EMAS atau PERMATA..............

Ia sukar dicari dan didapati......................

Melainkan, mereka yang benar-benar BERSABAR dan IKHLAS.




ILMU, datang tanpa mengira siapa kau.................

Baiklah kau seorang ULAMA RABBANI................

Atau kau seorang PENIAGA.................

Atau PETANI......................

Atau PENCACAI NAJIS...............

Waima kau seorang PENGEMIS JALANAN SEKALIPUN............


Bahkan kiranya kau PENYANGAK dan PENYAMUN SEKALIPUN!!!


ILMU.............


Dengan ILMU lah manusia BER'MARIFAT akan TUHANNYA............

Dengan ILMU jua, manusia BERTAMADUN..............


Dan dengan ILMU, manusia dapat MENILAI SEGALA SUATU.


TETAPI..............

ILMU, jugalah yang menjadikan MANUSIA BONGKAK............

ILMU jugalah yang menjadikan MANUSIA MENYUSUN STRATEGI TERKUTUK...........

MEROMPAK, MENYAMUN, MELAKUKAN ANEKA KEJAHATAN............

Tanpa rasa BERDOSA, dan tanpa rasa SALAH.


Dengarlah TAULAN.............

Jagalah ILMU yang kedapatan pada DIRI-DIRI kalian...............

kerna SESUNGGUHNYA, tanpa ILMU kita nyata JAHIL dan BINASA............

akan tetapi, JANGAN SEKALI MENYALAH GUNAKAN ILMU............

kerna PADAH MENANTI, jauh lebih berat....................


NUKILAN : SIDI TOK KAJANG RIZALO



Tuesday, August 28, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.......


Selamat Hariraya Aidilfitri 1433: Salam Ukhuwwah


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1433 : 


Kepada peminat2 dan pengikut2 blog saya, saya Sidi Rizal ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, sempena hari lebaran yang penuh mulia dan barakah, dan MAAF ZAHIR BATIN...

Hehehe, lama rasanya tak bersua, kerana penulis kebalakangan ini sibuk dengan urusan2 peribadi dan kerja.....so secara tak langsung, bulan PUASA pun miss nak buat apa2 artikel.....secara tak langsung Selamat RAMADHAN juga.....semoga PUASA anda dimabrurkan.....

apa2 hal............SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.....MAAF ZAHIR dan BATIN.....bukan tenaga BATIN "SUPER SAIYA" YE..........HEHEHE...........

Nukilan yang PALING CINCAI penah kubuat (sebab dah jarang MENDAPAT PELUANG GUNA PC)...

-harap2 anda suka juga..........


 

Wednesday, July 11, 2012

PENDAPAT PENGARANG BERKENAAN ISU "IMAM MAHDI" MENGAMUK.....




KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dan wanita yang mengamuk di luar pekarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya semalam, dipercayai mengalami masalah mental, kata polis.

Khalil Afandi Hamid, 47, yang mendakwa dirinya Imam Mahadi dan wanita berusia 28 tahun itu juga dipercayai ekstrem dengan ajaran Islam menyebabkan mereka bertindak mengamuk bersenjatakan dua bilah pedang samurai dan sebilah pisau pemotong daging.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, berkata Khalil Afandi dan wanita itu, dipercayai baru mengenali satu sama lain seminggu lalu dan tidak mempunyai rekod jenayah.

Bercakap pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) di sini, hari ini, beliau berkata Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur menggerakkan unit khasnya untuk menyiasat sama ada mereka menganggotai kumpulan ajaran sesat.

"Siasatan mendapati kedua-dua suspek bertindak demikian berikutan ajaran agama yang songsang. Polis sedang menyiasat sama ada suspek anggota ajaran sesat," katanya.

Mohmad berkata, siasatan awal mendapati sebelum kejadian itu, mereka dihantar oleh sebuah kenderaan sebelum ditinggalkan di pekarangan JPM.

Dalam kejadian jam 2.30 petang semalam, Khalil Afandi mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari manakala wanita yang juga bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, terkena tembakan di paha kanan dan dirawat di hospital sama.

Polis terpaksa melepaskan tembakan apabila usaha memujuk lelaki dan wanita itu gagal, sebaliknya mereka yang bersenjatakan pedang samurai, cuba menyerang polis dan merosakkan beberapa kenderaan di kawasan itu.

Mohmad menjelaskan tindakan polis terpaksa menembak kedua-dua suspek itu sebagai langkah mempertahankan diri daripada terus diserang dan meminta orang ramai supaya tidak mempolitikkan kejadian itu.

Mayat Khalil Afandi dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Wanita terbabit ditahan reman mulai hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 307, 427 dan 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Hakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

- BERNAMA

    Dari petikan BERNAMA di atas, kita dapat melihat akan seorang lelaki yang memiliki "hati waja ibarat PANGLIMA MAHDI" yang merusuh akan ketidakpuashatian terhadap keadaan CORRUPT dan PENYELEWENGAN dalam agama dan kerajaan MALAYSIA....dalam masa yang sama menjadi "KAMBING HITAM" kezalimam masyarakat yang suka menjadikan bahan jenaka akan isu2 agama yang penting IMAM MAHDI AS/DAJJAL/NABI ISA kembali dan sebagainya.....

   Apa yang penulis cuba katakan di sini ialah, SAYA bukanlah sekali-kali bermaksud nak menyokong perbuatan ARUAH yang mengaku IMAM MAHDI AS dan mengamuk di PUTRAJAYA. Pada pandangan saya, arwah adalah seorang yang ikhlas dan berniat menegakkan ISLAM serta "MERINDUI KEMBALINYA ISLAM SECARA SYUMUL DI BUMI BERTUAH- MALAYSIA INI"....

   Jangan lah sekali-kali kita mencerca ARWAH yang telah menjalankan amanah dengan BAIK tetapi TIDAK SEMPURNA......beliau tidaklah lain, melainkan SAKIT HATI dan JIWA dengan kalian masyarakat MUNAFIK yang SUKA MEMAKAI TOPENG ISLAM DALAM SETIAP KERJABUAT tetapi MEMAKAI "HAKIKAT" KAFIR.......Maafkan kekasaran bahasa ku, tetapi di MALAYSIA ini, dari FIRASAT-KU berdasarkan guru2 MARIFAT yang handal, kira-kira 13 JUTA manusia di MALAYSIA ini merupakan AHLI NERAKA JAHANNAM.....

   Cakap macam main2 je, tapi kalau tengok REALITI MELAYU SEKARANG.......macam tu lah GAMAKNYA......cuma, kita tak leh nak HUKUM DIRECT je.........apa2 hal, saya merasai SEDIH DENGAN KEHILANGAN ARUAH, dan semoga ALLAH SWT, mengampuni DOSA2NYA, yang tidak bersabar hendak melihat DAULAH BANGKIT, sehingga keluar menonjol diri sebagai IMAM MAHDI AS.....AL-FATIHAH...............

NUKILAN : SIDI RIJJAL AL-FAKIR ILALLAH

RUJUKAN PETIKAN : BERNAMA